Saturday, April 05, 2014

Selepas 30 Tahun, Keluarga Memali Mahu Penyelesaian

Oleh
Looi Sue-Chert
Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya (kiri) di dalam gambar bersama rakan-rakannya semasa belajar di Tripoli, Libya. Ketika insiden itu pada 18 November 1985, 14 penduduk kampung ditembak mati dan 159 lagi penduduk ditahan, dan 36 daripada dibawah tahanan ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  
Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya (kiri) di dalam gambar bersama rakan-rakannya semasa belajar di Tripoli, Libya. Ketika insiden itu pada 18 November 1985, 14 penduduk kampung ditembak mati dan 159 lagi penduduk ditahan, dan 36 daripada dibawah tahanan ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. 

Selepas hampir 30 tahun, mereka yang terselamat daripada tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat pegawai polis mahukan keadilan bagi mereka yang kehilangan nyawa dan kebenaran mengenai mengapa ianya berlaku dan siapa yang bertanggungjawab.

Harapan ini berpunca daripada pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam minggu lepas mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di dalam negara ketika insiden itu berlaku, bercanggah dengan laporan media dahulu yang mengatakan beliau berada di China.

Sekarang mereka ingin ketahui apakah peranan Dr Mahathir dalam insiden itu. Pendedahan ini juga menyebabkan ahli Parlimen pembangkang menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat tragedi berdarah itu.

Bagi Saleha Husin, 61, yang kehilangan suaminya, Ibrahim Mahmud ketika insiden Memali berlaku pada November 1985 di perkampungan terpencil di Baling, Kedah, penyiasatan akan membantu menjawab persoalan daripada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

"Sudah hampir tiga dekad. Saya tidak tahu hendak kata apa ... tetapi sudah pasti saya mahu penamatan bagi perbahasan ini," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual telefon.

Ibrahim, yang dikenali sebagai Ibrahim Libya, adalah guru agama yang "berpengaruh" dan pemimpin politik yang mengendalikan sekolah di kediamannya di Kampung Charuk Putih. Dituduh menyebarkan ajaran sesat, Ibrahim dijadikan sasaran serbuan polis di kampung berkenaan pada pagi 19 November. Dia ditembak bersama mereka yang menghadiri kelasnya pagi itu. Saleha berkata Ibrahim berdiri di hadapannya ketika ditembak.

"Ketika dia ditembak, saya berlari ke arahnya. Penduduk kampung pegang dan letakkan dia di pangkuan saya.
"Banyak darah pada masa itu ... macam air paip. Kemudian polis arahkan saya bangun dan menyerah.
 "Suami saya masih lagi hidup pada ketika itu. Dia tanya saya apa yang berlaku. Bila saya dipaksa ke tepi, saya nampak orang lain pun kena tembak," katanya mengingati kembali kejadian itu.

Kesan peluru daripada tembakan polis semasa insiden Memali pada 18 November, 1985, dilihat pada dinding pondok padi di kawasan ruman Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  
Kesan peluru daripada tembakan polis semasa insiden Memali pada 18 November, 1985, dilihat pada dinding pondok padi di kawasan ruman Ibrahim Mahmud ataupun Ibrahim Libya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. 

Saleha ditahan oleh anggota polis bersama lebih 100 penduduk kampung yang didakwa "menyerang" polis ketika serbuan itu. Ketika siasatan pada awal penahanannya, beliau ditanya pelbagai soalan, seperti penglibatan Ibrahim dalam ajaran sesat, dan membuatkan suaminya itu kelihatan seperti penjenayah. Beliau berkata mereka yang ditahan sepertinya dipaksa mengaku Ibrahim mengajar ajaran sesat.

"Saya ditahan selama dua bulan tujuh hari, kebanyakan masanya di penjara Alor Star selepas Tanjung Pari dan Sungai Petani. Tiada lagi soal siasat di penjara Alor Star.
"Kami beratur dalam barisan setiap pagi dan menyanyikan lagu Negaraku. Kami diberi tugas membersihkan longkang dan tandas. Kami diberi makan sedikit," katanya.

Saleha mengetahui dia hanya akan dibebaskan pada saat-saat akhir dan tidak sempat menghubungi sesiapa bagi menjemputnya pulang ke rumah dan beliau terpaksa menggunakan teksi.

"Saya balik dan lihat rumah saya musnah. Tempat kerja suami saya bersepah dan duit yang saya simpan untuk sekolah, madrasah, surau dan gaji guru hilang," katanya.

Saleha menuruskan kehidupan dan menjaga lima anak Ibrahim. Saleha kini mempunyai 10 cucu dan bakal menerima dua lagi cucu penghujung tahun ini. Beliau berkata menerima pampasan RM20,000 bagi kematian suaminya daripada kerajaan pada 2004, sama seperti 13 janda daripada kampung itu.

"Kami ke mahkamah namun tidak berhasil, kami perlu selesaikannya di luar mahkamah. Kami orang kampung jadi ikut sahaja kata peguam," katanya.
"Kami diberitahu mahkamah menutup kes itu, kami ikut sahaja peguam.
"Kes itu tidak pernah disebut di mahkamah sebagai insiden Memali. Jadi persoalan kami belum terjawab," katanya.

Salah satu tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada insiden Memali, Zakaria Abdul Rahman memberitahu pengalamannya ketika kehilangan bapanya, Abdul Rahman Jusoh kerana tembakan polis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  
Salah satu tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada insiden Memali, Zakaria Abdul Rahman memberitahu pengalamannya ketika kehilangan bapanya, Abdul Rahman Jusoh kerana tembakan polis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. 

Bagi Zakaria Abdul Rahman, 52, yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran tragedi itu berkata penduduk kampung masih lagi bersedih. Mereka tidak diberitahu kisah sebenar dan mengapa perkara itu berlaku.

Bapanya, Abdul Rahman Jusoh ditembak di abdomen bawahnya dan meninggal dunia disebabkan kecederaan tersebut dua bulan kemudian, berkata mereka dituduh menyerang polis dan cuba menjatuhkan kerajaan.

"Macam mana kami mampu menyerang polis kerana ratusan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan yang datang ke kampung kami dengan bersenjata?
"Kami terkejut bila mereka menembak Ibrahim dan gas pemedih mata. Kami tak jangka polis akan buat sampai macam tu. Mampukah kami melakukan semua itu sedangkan kami masih terkejut?"
"Ingat senang hendak jatuhkan kerajaan? Kalau betul pun pasti sudah lama kami terjerat," katanya ketika ditemui di perkampungan tersebut.

Zakaria berkata, tiada bukti Ibrahim melakukan tindakan sedemikian. Ibrahim, katanya bersikap kritikal terhadap kerajaan dan disebabkan beliau begitu berpengaruh, mereka yang menjadi seteru politiknya berasa tidak selesa.

"Apa maksud sebenarnya, dan definisi siapa? Adakah bersama PAS itu salah?
"Ibrahim mengajar agama dan penduduk kampung ingin menuntut ilmu dengannya dan menghormati lelaki tersebut. Dia tidak minta orang berhimpun dan melindunginya.
"Dia juga pernah bekerja dengan jabatan agama kerajaan jadi kami merasakan dia yang akan menghentikan perkara yang tidak betul. Penduduk mempertahankannya," kata Zakaria.
"Jika pihak berkuasa cuba untuk menahan paderi atau sami, sudah pasti pengikutnya akan buat perkara sama," katanya, dan menambah Ibrahim enggan ditahan polis kerana tidak mahu ditahan di bawah ISA.

Zainab Salleh, 86, di rumahnya di Kampung Memali, Baling, sebuah daerah di Kedah pada 1 April, 2014. Dia kehilangan suaminya Abdul Rahman Jusoh dan 3 orang anaknya ditahan dan salah seorangnya, Zakaria Abdul Rahman ditahan di bawah ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  
Zainab Salleh, 86, di rumahnya di Kampung Memali, Baling, sebuah daerah di Kedah pada 1 April, 2014. Dia kehilangan suaminya Abdul Rahman Jusoh dan 3 orang anaknya ditahan dan salah seorangnya, Zakaria Abdul Rahman ditahan di bawah ISA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014.  

Zakaria adalah salah seorang penduduk kampung yang ditahan ISA di Kem Kamunting selama enam bulan selepas tragedi Memali. Datuk Muhamad Yusof Husin yang juga senator PAS turut menjadi pemimpin mereka. Zakaria berkata, perkara itu tidak dirancang dalam satu hari, ia dilakukan atas motif politik ketika ketegangan antara PAS dan Umno berlaku. Beliau berkata ketika soal siasat, semua soalan menjurus ke arah politik.

"Saya melihatnya sebagai tindakan politik. Dr Mahathir, Musa dan pemimpin bahagian Umno turut bertelagah berkenaan insiden Memali dalam Perhimpunan Umno 1986.
"Ia tidak berlaku seperti mana mereka mahu rakyat percaya. Jauh sekali. Mereka yang meninggal dunia, mati mempertahankan diri dan orang lain.
"Sama ada Dr Mahathir di sini atau tidak bukan isu besar. Apa yang penting keadilan untuk penduduk di Memali," katanya.

Penduduk juga berhadapan stigma dan salah tafsir berkenaan insiden tersebut, kata Zakaria, dengan orang luar berfikir penduduk Memali kasar dan bersikap seperti samseng.

"Kami mahukan kebenaran, supaya kami boleh bertenang."

Kebanyakan anggota keluarga Zakaria terlibat dan terkesan dengan insiden tersebut. Abang sulungnya Md Yusop adalah anggota polis ketika insiden itu berlaku. Dua hari kemudian Yusop dipindahkan ke luar kawasan. Dua lagi abangnya dalam pasukan polis turut dipindahkan. Salah seorang daripada mereka ditukarkan ke Pahang. Yusop, 58, yang kini bersara menimbulkan persoalan terdapat perkara besar yang berlaku, namun amat sedikit yang mereka tahu.

"Kami berempat anak Memali dalam pasukan polis. Kami semua mendapat surat pindah.
"Nampak jelas ketika saya di Alor Star. Saya tidak diberi cuti jadi saya tetap berada di sana.
"Saya tahu apa yang berlaku dengan menonton TV3. Saya terus bekerja tetapi keliru. Tiada yang boleh saya lakukan," katanya.

Zaman Mahmud berkongsi pengalamannya semasa insiden Memali yang menyebabkannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. 
Zaman Mahmud berkongsi pengalamannya semasa insiden Memali yang menyebabkannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 April, 2014. 

Sementara itu, salah seorang penduduk Memali dan bekas tahanan ISA, Zaman Mahmud, 62, yang juga digelar Pak Teh Man oleh penduduk, menggelar Ibrahim sebagai guru agama yang baik.
Beliau berkata, sebelum Ibrahim mula mengajar, mereka mempunyai pengetahuan agama yang sedikit.

"Saya sedih apabila saya dengar Musa berkata Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur pada masa itu. Kebanyakan kami mahu menyalahkan beliau kerana beliau perdana menteri.

"Saya harap fail akan dibuka semula. Mereka akan menyiasat insiden itu sebaik mungkin."

Musa mendedahkan minggu lepas Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika insiden Memali.
Semalam, Musa mengatakan dalam satu kenyataan beliau dan pemangku ketua polis negara pada ketika itu memberikan taklimat kepada Dr Mahathir berhubung apa yang berlaku dalam operasi polis di Memali.

Musa berkata, beliau memohon Dr Mahathir menangguhkan program lawatan ke China, tetapi Dr Mahathir membuat keputusan untuk tetap ke China. Dr Mahathir setakat ini masih belum memberikan sebarang jawapan konkrit, tetapi mengatakan beliau tidak ingat apakah Musa bercakap benar kerana insiden ini sudah lama berlaku.

Sesetengah penulis blog mempertahankan Dr Mahathir dengan mengeluarkan senarai nama orang yang ke China bersamanya. – 5 April, 2014. (TMI)

Suara Dari Baling.. Harga Getah -Dr Mohd Hatta



BALING: Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 siang tadi mengimbau kembali sejarah Demonstrasi Baling tahun 1974 yang diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah kejatuhan harga getah. Rata-rata pemimpin dalam ucapan mereka menceritakan kembali kisah demonstrasi Baling yang berjaya menunjukkan kuasa rakyat miskin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, walaupun sudah 40 tahun berlalu namun keadaan petani masih tidak berubah dan kerajaan masih gagal mengatasi masalah kejatuhan harga getah sehingga munculnya himpunan pada hari ini.

"Keadaan tak bertambah baik selepas 40 tahun peristiwa di Baling dahulu.
"Suara dari Baling hari ini akan menjadi suara keramat untuk menuntut kerajaan mengambil tindakan dalam isu harga getah ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul pula dalam ucapannya berkata, peranan mahasiswa 40 tahun dahulu sangat kuat sehingga berjaya menghimpunkan para aktivis turun ke Baling membela nasib petani.

Menurutnya, pada 1974, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan demonstrasi besar-besaran apabila ada laporan media yang menyatakan bahawa penduduk di Baling mati kerana kelaparan akibat kemiskinan. Hasil demonstrasi tersebut, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) selama 22 bulan.

"40 tahun lalu Anwar dan mahasiswa yang lain sanggup datang ke Baling untuk berdemo isu petani.
"Mereka datang bukan sahaja bas universiti tapi dengan motorsikal.
"Akibat demo ramai ditangkap termasuk Anwar dan Syed Husin Ali dan dikenakan ISA.
"Himpunan hari ini hantar mesej yang jelas bahawa kalau tak ambil tindakan segera banyak lagi himpunan akan berlaku," katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin.

Himpunan bermula jam empat petang dan berhenti sebentar untuk solat Asar berjemaah dan disambung dengan ucapan wakil-wakil NGO berkaitan isu petani, penternak dan nelayan. Sebelum itu, kira-kira 50 buah motosikal ditunggang anak muda berkonvoi mengelilingi pekan Baling sambil membawa kangkung sebagai sindiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pekebun kecil, petani, dan nelayan dari beberapa daerah hadir membajiri padang bagi menyatakan kemarahan berhubung kejatuhan harga getah dan isu-isu petani yang lain. (HD)


Hudud, Bukan Islam Boleh Pilih.. Timbalan MB K'tan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan menggunakan ahli Parlimen Kelantan untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dipraktikkan, dan sementara itu, umat bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak patuh kepada hukum tersebut. – Gambar fail.  
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan menggunakan ahli Parlimen Kelantan untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dipraktikkan, dan sementara itu, umat bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak patuh kepada hukum tersebut. – Gambar fail. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberi pilihan kepada penganut bukan Islam di negeri itu sama ada untuk patuh kepada hukum hudud atau sebaliknya, sekiranya ia berjaya dilaksanakan di negeri berkenaan tahun hadapan.

Beliau berkata pendekatan hudud yang akan dilaksanakan di negeri itu tidak mengambil model mana-mana negara, sebaliknya berteraskan kepada prinsip Islam sebenar.

“Kelantan tidak mengikut mana-mana negara, kita hanya mengikut agama.
“Pendekatan kita juga adalah terbuka, iaitu terpulang kepada orang bukan Islam hendak ikut ataupun tidak," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan menggunakan ahli Parlimen di negeri itu untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dipraktikkan di negeri serambi Mekah itu.

Katanya, sekiranya usul berkenaan mendapat perkenan Parlimen, maka Kelantan akan mengguna pakai hukum hudud paling awal pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Biro Perundangan MCA, Choo Wei Sern yang mendesak kerajaan Kelantan supaya tidak membawa usul rang undang-undang Jenayah Syariah II  Kelantan 1993 ke Parlimen.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Shamsuddin Moner berkata, tindakan tersebut merupakan cubaan mencampuri hal ehwal Islam di negara ini serta menunjukkan pendirian berat sebelah MCA.

“Kenapa sebelum ini MCA tidak membantah tindakan gereja Katolik yang bertindak secara biadab mencabar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan negeri mengawal pengembangan apa-apa agama dalam kalangan umat Islam?
“Perkasa memberi amaran kepada Biro Undang-Undang Pemuda MCA supaya jangan bermain api dan tidak cuba memperlekeh cadangan Kelantan untuk membentangkan draf enakmen jenayah syariah itu di Parlimen," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Shamsuddin turut menggesa kerajaan negeri agar menubuhkan sebuah panel bebas yang terdiri daripada ahli akademik serta pakar undang-undang untuk mengkaji draf usul tersebut terlebih dahulu serta memastikan kesesuaiannya sebelum dibawa ke Parlimen.

Draf itu perlu diteliti oleh pakar terlebih dahulu agar menepati kehendak syariat dan memenuhi peruntukan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan serta negeri," katanya menurut akhbar itu. – 5 April, 2014. (TMI)

Penculikan Di Semporna, Komen Bekas Tebusan Abu Sayyaf..

Kua Yu Loong, bekas tebusan Abu Sayyab di culiknya pada 23 April 2000.
Pasukan polis Filipina melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal di Kampung Indanan, selatan Filipina selepas dua orang wanita diculik kumpulan lelaki bersenjata dipercayai kumpulan Abu Sayyaf. -foto EPA


SEMPORNA: Kumpulan lelaki bersenjata yang menculik dua wanita  dari resort Singgahmata di sini mungkin melayan tawanan mereka dengan baik, demikian kata bekas tebusan Abu Sayyaf, Kua Yu Loong.

Beliau berkata tebusan dianggap 'komoditi' dan penculik mahu memastikan tidak ada perkara yang membahayakan mereka. Apa yang mereka mahu adalah wang tebusan.

Kua, yang merupakan antara 15 lelaki dan lima wanita yang dibawa lari dari Sipadan oleh lelaki bersenjata daripada kumpulan pemisah Filipina 14 tahun lalu berkata penculik sentiasa memastikan tawanan mereka tidak dianiaya. Kua, 38, adalah seorang tukang masak di sebuah resort di Sipadan apabila lelaki bersenjata menculiknya pada 23 April 2000.
Semua tebusan telah dibebaskan pada 20 Ogos pada tahun yang sama selepas menghabiskan masa selama enam bulan di dalam hutan di pulau Jolo selatan Filipina. Mengimbas pengalaman diculik, beliau berkata kumpulan lelaki bersenjata mengangkut dia dan tawanan lain menggunakan dua buah jongkong atau bot panjang.

"Kami telah dibawa lari dari Sipadan pada kira-kira jam 8 malam pada 23 April dan tiba di tempat yang akhirnya saya dapat tahu sebagai pulau Jolo pada kira-kira pukul 7 malam pada hari berikutnya," katanya.

Beliau berkata kumpulan lelaki bersenjata akan mengelak dari laut terbuka untuk mengelakkan pasukan keselamatan dan berpindah dari pulau ke pulau supaya tidak dikesan.

"Mereka memberikan kami makanan yang ringkas, seperti sardin atau ikan garam dan nasi. Empat daripada kami terpaksa berkongsi satu tin kecil sardin," katanya ketika ditemui di kedai kopi yang dibukanya di pekan di pantai timur Sabah kira-kira setahun selepas dibebaskan.
"Melarikan diri adalah satu idea yang tidak bernas kerana anda berada di tempat yang asing dan di kalangan orang yang berbeza," katanya.
"Keutamaan saya adalah untuk terus sihat dan mahu terus hidup," tambah Kua.

Beliau berkata jika Gao boleh bercakap bahasa Inggeris, dia akan dapat bercakap dengan orang yang menangkapnya kerana sebahagian daripada mereka bercakap bahasa itu. (mStar)

Protes Baling 1974 Bantu Petani..


 
Pada tahun 1974, pekan Baling di Kedah dikejutkan oleh demonstrasi besar-besaran oleh Barisan Tindakan Kesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia bagi menuntut hak-hak petani. Mereka membantah harga getah yang rendah, yang mereka dakwa, menyebabkan ramai penoreh getah hidup dalam kelaparan hingga ke tahap kebuluran.

Hari ini, PAS Kedah berharap orang ramai dari seluruh negara akan menghadiri himpunan peringatan kejadian itu di Padang Awam Kupang di Baling mulai jam 3 petang hingga tengah malam. Ketua Pembangkang PAS Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah memberi jaminan bahawa tidak akan ada berlaku sebarang masalah di himpunan tersebut, yang akan menyaksikan beberapa pemimpin kontroversi berucap kepada orang ramai.

Mereka termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim , Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, pemimpin pelajar dan yang lainnya yang menyertai dalam protes tahun 1974 itu.

Menurut Amiruddin, himpunan itu bertujuan untuk mengetengahkan rungutan penoreh getah, yang didakwanya telah diabaikan oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

"Keadaan ini semakin teruk bagi mereka terutama dengan kenaikan harga barangan keperluan asas termasuk makanan dan harga minyak," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, sebelum ini mereka dapat menjual satu kilogram getah untuk 25 sen, yang kira-kira sama dengan harga gula ketika itu.

"Hari ini, harga gula ialah RM2.50 sekilogram, manakala getah hanya RM2.40," katanya sambil menambah harga getah telah menurun sejak Januari tahun ini, yang ketika itu RM3 sekilogram.

Adalah menarik untuk mendengar ucapan Anwar malam ini kerana penglibatannya dalam protes di Baling itu telah melancarkan kerjayanya dalam politik, semasa beliau ketika itu memimpin Angkaan Belia Islam Malaysia.

Berikutan protes itu, Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyertai Umno, di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar cepat naik dalam hirarki parti sehingga menjadi timbalan perdana menteri sebelum dipecat daripada jawatan itu dan dihukum penjara enam tahun bagi tuduhan kes liwat pada tahun 1998 - tahun lahirnya gerakan politik reformasi. (MK)

Taklimat Presiden PAS Liqa' Pemuda Di Baling.


BALING: Sifat manusia itu memerlukannya mengejar masa untuk menyambung segala kebaikan dan tidak menangguh sebarang kemaarufan, demikian dijelaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sebagai menghurai tafsir surah al-'Asr pada Liqa' Pemuda di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini. Pemuda serunya, perlu menggunakan masa muda yang penuh keberanian, kekuatan dan semangat dengan memperbanyakkan beribadah, bermasyarakat, berkasih sayang, menahan godaan nafsu, menafkahkan harta serta berzikir.

Katanya, walaupun manusia berkemampuan membangunkan tamadun, manusia memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT. Oleh itu tegasnya, persoalan keimanan perlu menjadi perhatian utama dalam menggerakkan agenda perjuangan dan disertai dengan istiqamah serta diperkuatkan dengan amal.

Iman terang Tuan Guru, turut terkait dengan keadilan iaitulah keadilan menurut neraca Allah SWT. Sifat itu katanya, terdapat kepada pemimpin yang menegakkan syariat Allah SWT. Perjuangan dan amal itu terangnya lagi, akan menambahkan iman apatah lagi apabila wujud pertembungan dengan musuh.

Selain itu, perjuangan juga hurai beliau, perlu digerakkan bersama agenda kebajikan meliputi segala aspek muamalah manusia dan dalam mengurus semua itu baik berhadapan cabaran dalaman mahupun luaran, mestilah dihadapi dengan sabar kerana sabar itulah sifat takwa.

Demikian itu, tegas Ustaz Abdul Hadi, jangan ditangguh segala gerakerja perjuangan dengan alasan berkaitan masa. Mengakhiri pembentangan, beliau menghuraikan kepentingan untuk saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran serta kesabaran. (HD)

Halangan Hudud Kerana J9 P'bagaan, Bagaimana Melepasinya?

Oleh:  
DR MOHD KHAIRUDDIN




1.Negara Islam adalah sebuah negara yang terserlah dan terlaksana padanya hukum-hakam dan undang-undang Islam. Hukum-hakam Islam pula tidak hanya terbatas pada hukum hakam ibadah, munakahat dan muamalat tetapi juga merangkumi hukum-hakam dan perundangan jenayah.

2.Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dalam sesebuah negara umat Islam merupakan satu kewajipan kepada seluruh umat Islam khususnya kepada pemerintah Islam yang telah sabit dalam al-Quran dan Sunah serta disepakati oleh seluruh Ulama dan Sarjana Islam sejak 14 kurun yang lalu hingga sekarang.

3.Atas kesedaran itu maka PAS sebaik berkuasa memerintah negeri dengan kuasa majoriti kuat yang ada telah mengkanunkan undang-undang jenayah Islam menerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2002.

4.Namun, PAS menyedari bahawa pelaksanaan undang-undang yang telah dikanunkan terbatas dan terhalang oleh jadual 9 perlembagaan yang meletakkan kuasa perundangan jenayah adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kuasa kerajaan negeri.

5.Maka menjadi kewajipan bagi ahli Parlimen Islam di Malaysia berusaha dengan apa sahaja kaedah dan cara di parlimen yang membolehkan pelaksanaan undang-undang tersebut di peringkat negeri.

6.Kita menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di parlimen baru-baru ini yang menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak ada halangan untuk mana-mana negeri melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Kenyataan itu perlu disusuli dengan tindakan oleh kerajaan pusat untuk membawa sebarang pindaan perlembagaan ke Parlimen atas nama kerajaan yang berkuasa yang membolehkan ia dilaksanakan di peringkat negeri.

7.Kita juga mengharapkan sokongan ahli-ahli Parlimen bukan Islam yang membawa mandat pengundi-pengundi Islam atas kesedaran bahawa undang-undang jenayah Islam adalah satu kewajipan beragama bagi muslim dan hanya dikenakan kepada orang Islam serta  sebagai satu usaha yang telah terbukti berkesan menurut rekod sejarahnya dalam menangani permasalahan jenayah berat melibatkan nyawa, harta dan maruah rakyat yang semakin meningkat dan menggangu kestabilan dan keamanan negara.

8.Juga menyedari bahawa kerajaan sembilan negeri-negeri Melayu beraja sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan negeri-negeri yang meletakkan Islam sebagai asas perundangan dan perlembagaan negeri.

Ust Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Nerus

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Khemah Asmara, Penarik Baru Ke Maksiat Urutan Batin & Najis Zina..

Foto
ANGGOTA penguat kuasa merampas tilam dalam serbuan di premis di Bandar Puteri Puchong, semalam.
Puchong: Khemah asmara. Itu daya penarik terbaru disediakan sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong, di sini, kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan khidmat urutan batin dan seks.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang Rabu lalu, pintu besi rumah urut terbabit terpaksa dipecahkan berikutan ia dibuka kepada pelanggan bermula jam 4 petang.


Difahamkan, setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM100 hingga RM150.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, serbuan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang itu diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ Shamsul Syahrizal bersama 19 anggota.

“Ketika serbuan, rumah urut ini masih belum dibuka menyebabkan tiada tangkapan dilakukan. Malah, premis ini turut menggunakan pintu besi sehingga menyukarkan pihak kami masuk.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Perkataan 'khidmat urutan batin dan seks', 'perkhidmatan tambahan', di atas, menggambarkan ianya suatu kerja baik atau kebajikan. Sedangkan ia sebernarnya kerja buruk maksiat yang dilarang. Itu adalah penyalah gunaan bahasa. Bolehkah 'khidmat' itu diganti dengan 'maksiat' dan seks itu digantikan dengan 'najis zina' seperti tajuk di atas?

MH370: Raba Dalam Gelap, Fasa Baru Operasi Bawah Lautan.

Foto
SALAH satu kapal pertahanan tentera laut Australia, Ocean Shield milik tentera laut British.

PERTH: Ibarat meraba dalam kegelapan, fasa baru operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di bawah permukaan Lautan Hindi oleh dua kapal tentera laut Australia dan British bermula pagi tadi tidak menjanjikan sebarang penemuan namun ia tetap dijalankan kerana pasukan pencari menyifatkan usaha itu bukanlah kerja sia-sia.

Laksamana Pertama Tentera Laut Diraja Australia Peter Leavy mengakui tidak menaruh harapan tinggi dapat mengesan kotak hitam memandangkan sehingga kini belum ditemui sebarang serpihan pesawat bagi menentukan kawasan pencarian sewajarnya.

Foto
ALAT pengesan kotak hitam milik Tentera Laut Amerika Syarikat atau 'Towed Pinger Locator' (TPL).

Alat TPL itu dapat mengesan isyarat sehingga kedalaman 6,100 meter tetapi hanya jika berada di dalam lingkungan kotak hitam itu, bagaimanapun usaha mengesan hanya membabitkan kedalaman 5,800 meter dengan kedua-dua kapal harus bergerak pada kelajuan yang rendah sekitar tiga knot, katanya.

Leavy juga berkata, usaha harus dijalankan secara tersusun dan berhati-hati bagi memastikan TPL dapat mengesan sebarang isyarat termasuk yang sangat lemah. Ketua penyiasatan kemalangan di Central Queensland University, Australia Geoff Dell berkata, tanpa penemuan serpihan yang dapat dikaitkan dengan MH370, pasukan pencari tidak boleh menentukan mereka berada di kawasan yang betul.

“Mereka mungkin bernasib baik dan lalu di atas kotak hitam itu. Namun, pada pendapat saya, mereka terpaksa bersedia untuk tempoh pencarian yang lebih lama,” katanya.
‘Meraba dalam kegelapan’
Mengesan di lautan.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston pada sidang media di sini, hari ini memberitahu, Ocean Shield dan HMS Echo akan melakukan pencarian dalam laluan sejauh 240 km. Menurutnya, ini adalah kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370.

“Kawasan pencarian dipilih berdasarkan kebarangkalian tertinggi di mana ia mungkin memasuki lautan.
“Kami dimaklumkan isyarat lokasi daripada kotak hitam hanya berfungsi selama sebulan dan tamat tempoh semakin dekat,” kata Houston.

Menurut laporan, Isnin ini adalah hari ke-30 sejak pesawat itu hilang sekali gus dijangka berakhirnya kuasa bateri kotak hitam. - Agensi

Lihat kisahnya dari awal..
E-Buku IH-84: Apa Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?
E-Buku IH-84: Apa Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?

Muslim Tatar Tawarkan Umat Kristian Crimea Ibadah Di Masjid


Muslim Tatar tawarkan umat Kristen Krimea ibadah di masjid
Jurucakap uskup Ibu Kota Kiev Ukraine Yevstratiy Zorya.

Kemelut politik belum berkesudahan di wilayah Crimea kini bergabung dengan Rusia membuat banyak pihak ikut kacau. Salah satunya warga Kristian Ortodoks kini kebingungan beribadah lantaran terancam diusir dari gereja.

Laman risu.org.ua melaporkan, Khamis (3/4), bahkan dua dari sebelas pendeta telah memindahkan keluarganya ke Ibu Kota Kiev. Uskup Agung Yevstratiy Zorya juru bicara dari keuskupan Kiev mengatakan kaum Nasrani mendapat tawaran dari muslim Tatar beribadah di masjid-masjid mereka.  

"Mereka berjanji melindungi hak-hak kami," ujar Zorya.

Meski pengusiran belum terjadi namun keuskupan nampaknya mempertimbangkan tawaran muslim Tatar ini. Mereka ingin ibadah terus berjalan tanpa diliputi rasa takut.

Sekitar 11 pendeta masih berkhidmat kebaktian di beberapa gereja di Crimea. Namun mereka mengaku was-was dan terancam jika sewaktu-waktu tentera Rusia menyerbu tempat ibadah mereka dan mengusir semua jemaah. (IH)

Makan Malam 'Rahmat Untuk Semua' -Dr Mujahid & Father Sebastian

 
Dari kiri, Dr Mujahid dan Father Sebastian pada majlis makan malam kedamaian.

GEORGETOWN: Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Pulau Pinang telah menganjurkan makan malam kedamaian dalam usaha mempromosikan konsep "Rahmat Untuk Semua" yang disarankan Presiden PAS.

Majlis yang dikendalikan secara bersama oleh LPN dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang itu dihadiri Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Uskop Roman Katholik Pulau Pinang, Father Sebastian Michael.

Hadir sama para pemuka masyarakat setempat dari pelbagai kaum dan agama.
Ketika berucap Father Sebastian menjelaskan keperluan keadilan untuk mencapai kedamaian dan keperluan bermaafan untuk mencapai kedamaian.

Dr Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional  PAS Pusat menyambut baik saranan Uskop dengan menyatakan komitmen PAS untuk membela hak semua kaum dan agama bagi mencapai keadilan.
PAS, jelas Mujahid komited untuk menjangkau sokongan merentasi semua kaum.

Majlis turut diserikan dengan ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui rakaman video yang menegaskan bahawa risalah Islam adalah demi kedamaian untuk semua.
Pengerusi DHPP negeri, Asokan mengulangi komitmennya untuk memperjuangkan slogan "PAS Untuk Semua" dan yakin dengan perjuangan Islam berciri universal yang dibawa PAS.

Beliau menganggap Tuan Guru Mursyidul Am sebagai 'ayah angkat' atas kasih sayang dan prinsip yang ditunjukkan oleh pemimpin tertinggi PAS itu. Majlis berakhir dengan komitmen semua pihak yang hadir untuk memastikan kedamaian adalah milik semua demi keharmonian negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi LPN negeri, Yusof Noor menjelaskan tumpuan lajnah pimpinannya kepada 3P iaitu pendidikan, pekerjaan dan perumahan untuk semua. Beliau menjelaskan, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan program 3P dapat dilaksanakan. (HD)

Jesus Seorang Muslim, Muslim Juga Mengasihi Jesus. Gempar?


Papan iklan 'Yesus seorang Muslim' bikin heboh Ohio
Papan iklan bertuliskan Yesus seorang Muslim di Ohio. bizpacreview.com

Sebuah papan iklan kontroversi dibiayai oleh laman maklumat Ask - A - Muslim.com menyebabkan kegemparan di Bandar Columbus , Negara Bahagian Ohio , Amerika Syarikat .  

Papan iklan itu bertuliskan slogan - slogan seperti ' Isa seorang Muslim ' dan ' Muslim juga mengasihi Jesus ' .Dave Daubenmire dari perkhidmatan Pass the Salt Ministry merasa papan iklan itu menyesatkan dan tidak sopan , terutama kerana iklan itu dibuat selama musim Pra - Paskah .  

Dalam siaran akhbar yang dihantar ke Christian Newswire, Daubenmire mengumumkan niatnya untuk melakukan protes doa ' Isa adalah Tuhan ' di dekat papan iklan itu , seperti yang dilaporkan oleh laman the Huffington Post , Rabu ( 2 / 4 ) .

"Meski kami menyokong hak kebebasan bercakap bagi komuniti Islam , serta hak mereka untuk menghantar mesej di papan iklan , tapi kami tidak menyokong rampasan nama Jesus Kristus dalam usaha mereka untuk memikat kaum Nasrani yang kurang mendapat maklumat menjadi agama mereka , " kata Daubenmire . 
" Selama musim suci Pra - Paskah ini kami mencari mesej di papan iklan yang sangat sensitif , tidak jujur ​​dan pantas menerima respon dari orang Kristian yang prihatin . Kita akan berada di jalan - jalan untuk menyatakan Isa bukanlah muslim tetapi Isa adalah Tuhan ! " ujar dia . 

Kenneth Tour , seorang ahli dari organisasi Ask A Muslim , menjelaskan kepada stesen televisyen Fox News bahawa mesej dalam papan iklan itu adalah untuk menggalakkan orang - orang agar belajar tentang Islam dan mengetahui apa yang kaum muslim fikirkan tentang Isa .

Laman Ask A Muslim menulis , ' Bagi para pemula , kaum muslim adalah Nasrani , jika pengertian ' Kristian ' bermakna seseorang yang mengikuti ajaran Kristus , sehingga dengan belajar tentang Islam anda tidak tidak menentang Isa'.

" Jika mereka membaca papan iklan itu , dan mungkin jika mesej sedikit kontroversi , maka mereka akan mengajukan soalan , " ucap Tour .

Namun , pihak lain tidak bersetuju dengan strategi itu .

"Isa bukan muslim . Untuk mengisyaratkan bahawa Isa muslim , adalah sebuah kebohongan , sebuah perkara yang mustahil , " ujar Rev Bill Dunfee , seorang pendeta dari New Beginnings Ministries , kepada akhbar the Columbus Dispatch.  
"Motif kami hanyalah untuk mempertahankan gereja dan mempromosikan Injil tentang Jesus Kristus . " 

Peguam antara agama dan majlis presiden dari Pusat Budaya Islam Noor , Imran Malik , merasa papan iklan itu mungkin ' sedikit berlebihan ' , seperti dikutip the Columbus Dispatch . 

Menurut dia ini sama saja seperti memberi mesej tertentu tentang Nabi Muhammad menyinggung beberapa orang muslim . Dia memahami mengapa mesej itu boleh menjengkelkan bagi orang Kristian .

 "Kami adalah sebuah kumpulan muslim yang berasaskan di Columbus , Ohio , Amerika . Kami mendedikasikan diri kami untuk mendidik anda tentang Islam , memberikan anda suatu peluang untuk mendengar tentang Islam dari berlatih menjadi muslim , " tulis Ask A Muslim di laman mereka .[IH/fas] 

Mat Taib: Kenapa Beliau Keluar UMNO, Sertai PAS?


MUAR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini turut hadir memeriahkan Karnival 60 Tahun PAS Johor yang berlangsung di Parit Tarom di sini.

Dalam ceramah 'warming up' petang tadi, tokoh Umno itu turut berkongsi rahsia kenapa beliau bertindak keluar dari parti yang dia begelumang sekian lama, dan menyertai PAS. Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau nekad meninggalkan Umno selepas menyedari bahawa hidup ini bukan hanya bermatlamatkan dunia semata-mata tetapi akan menuju ke alam akhirat.

"Kita nak selamat dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW pesan kalau nak selamat kena ikut al-Quran dan Sunnah.
"Zaman Umno, memang buat surau, pergi haji, umrah sembahyang terawih, tapi rohnya tidak ada.
"Yang betul buat jugak, yang tak betul pun buat jugak, menari pun buat jugak," kata beliau yang lebih popular dengan gelaran Mat Taib.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat itu lagi, sistem pemerintahan negara ini kian rosak dengan pemimpinnya pula tidak berminat untuk membetulkan keadaan seperti diajar agama.

"Khatib di masjid tadi sebut tugas kita 'amar makruf nahi mungkar' (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran).
"Keluar masjid buka TV, tengok makruf banyak ke atau mungkar banyak," soal beliau sambil menekankan bahawa pemimpin sekarang harus ditukar.

Turut serta pada ceramah itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan. Malam ini, ketiga-tiga mereka akan sekali lagi berceramah sempena majlis perasmian Karnival 60 Tahun PAS Johor itu. (HD)

Filipina Kerah Tentera Ke Tawi-tawi, Tapi A/Sayyaf Masih Suspek


MANILA - Askar-askar Filipina telah dikerahkan ke sebuah pulau terpencil di selatan negara itu di mana beberapa militan Islam dipercayai menahan dua tebusan wanita yang diculik dari sebuah resort di Malaysia, kata tentera semalam.


Jurucakap angkatan bersenjata Filipina, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, kumpulan militan Abu Sayyaf menjadi suspek utama kes penculikan seorang pelancong China dan pekerja resort warga Filipina pada Rabu lalu.


"Seramai tujuh lelaki bersenjata menaiki sebuah bot laju berwarna putih dipercayai telah menculik dua wanita di sebuah resort di negeri Sabah dan membawa mereka ke kepulauan Tawi-Tawi di selatan Filipina," kata Zagala.

"Apa yang penting adalah untuk kami mencari dan menghalang mereka daripada meninggalkan kepulauan itu," tambahnya.


Menurut jurucakap tersebut, satu pasukan tentera laut yang turut disertai askar-askar Marin telah dihantar ke sebuah pulau berkenaan. Zagala berkata, dua tebusan berkenaan dipercayai dibawa ke bandar Simunul yang dihuni oleh kira-kira 35,000 orang dengan majoritinya orang Islam. 

Bandar tersebut terletak lebih 1,000 kilometer (km) dari sini dan 145 km dari resort tempat mereka diculik atau menyamai perjalanan menaiki bot selama sehari. Dalam pada itu, pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti identiti dua tebusan itu sebagai Gao Huayuan, 29, dari Shanghai dan pekerja hotel berusia 40 tahun, Marcy Dayawan. 

Menurut Zagala, kumpulan penculik itu dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang komander Abu Sayyaf, Murphy Ambang Ladjia yang pernah terlibat menculik seramai 21 tebusan dari Sabah pada tahun 2000. Sejumlah 20 tebusan tersebut yang kebanyakannya pelancong asing telah dibebaskan dalam tempoh lima bulan selepas sejumlah wang tebusan dilaporkan dibayar. Tebusan terakhir yang merupakan warga Filipina ditahan hingga tahun 2003.


Abu Sayyaf hanya memiliki beberapa ratus anggota bersenjata tetapi didakwa bertanggungjawab melakukan serangan-serangan keganasan terburuk dalam sejarah Filipina termasuk pengeboman dan penculikan warga asing dan orang Kristian.


Semporna: Abu Sayyaf Dituduh Minta Tebusan RM11.5J. Bukti?



PETALING JAYA: Kumpulan Abu Sayyaf yang dipercayai bertanggungjawab menculik seorang warga china dan seorang pekerja resort warga Filipina di Semporna Sabah akan meminta wang tebusan sehingga AS$3.5 juta (RM11.5 juta) untuk membebaskan mangsa bukan warganegara Filipina, kata seorang penganalisis keselamatan.

Prof Dr Aruna Gopinath yang pakar dalam keselamatan maritim berkata, kumpulan pemisah yang berpangkalan di Basilan, selatan Filipina itu akan mengenakan kadar yang lebih rendah sekitar tiga juta pesos (RM219,000) untuk membebaskan tebusan warga Filipina.

"Kumpulan Abu Sayyaf hanya berminat untuk mendapatkan wang dan wang tebusan akan dibayar sebelum mereka membebaskan tebusan," katanya.

Aruna berkata, seorang wartawan Filipina yang dikenalinya diculik oleh kumpulan itu pada 2011 dan dijadikan tebusan selama 90 hari.

"Dia bertemu dengan ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan untuk temu bual tetapi sebaliknya diculik oleh mereka. Dia dikurung di dalam sebuah rumah dan hanya diberikan air dan dua biji pisang tiga kali sehari.

Aruna berkata, seorang ahli kongres Filipina akhirnya bersetuju untuk membayar wang tebusan tiga juta pesos sebelum mangsa dibebaskan.

Sebuah lagi kumpulan iaitu Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) yang pakar dalam kegiatan penculikan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa Malaysia, kata Aruna.

Dalam perkembangan lain, Associated Press memetik seorang pegawai risikan Filipina pada Khamis sebagai berkata mengesahkan penculikan itu dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf. Menurut pegawai tersebut, ketua kumpulan Abu Sayyaf itu berang kerana tidak dibawa bersama dalam perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). -mStar

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Culik 2 wanita di Semporna, Abu Sayyaf  yang dituduh minta tebusan RM11.5J. Kita tunggu bukti-buktinya. Kerana Islam mengajar, dalam menghukum, mesti jelas bukti dan kesalahannaya. Bukan macam AS menghukum 'pengganas' tanpa dibuktikan kesalahannhan.  Bertindak terus ikut kepalanya saja..

Lagi, Tawaran Tampar Zahid Hamidi RM500




I offer a RM500 reward to slap Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi due to the security breach in Sabah which saw the recent kidnapping in a resort and RM1,000 to any BN MP who moves a motion in Parliament to deduct the salaries of the Home Minister, Defence Minister and the Rural Development Minister (Shafie Apdal, the MP for Semporna) to show the anger of Sabahans over the repeated failures of the federal government to fulfil its constitutional duty to protect Sabah and people,” - Yong Teck Lee
Bekas KM Sabah Tawar RM500 Sesiapa Dapat Tampar Zahid Hamidi...


Pencabulan keselamatan : Yong menawarkan RM500 untuk tampar Zahid

Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee menawarkan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi semasa dia datang melawat Sabah sekali lagi kerana telah secara serius (kementeriannya) gagal menjaga keselamatan pantai timur Sabah.

Tahun lepas Yong juga telah menawarkan RM500 kepada sesiapa sahaja yang dapat menampar Zahid kerana Zahid mendakwa tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang dalam serangan Sulu di Kampung Tanduo di Lahad Datu. 

Zahid, yang ketika itu Menteri Pertahanan telah membuat tuduhan-tuduhan ini pada malam pengundian awal oleh pasukan keselamatan dan ahli keluarga mereka. Beliau berkata beliau akan mendedahkan nama-nama tersebut selepas pilihan raya umum tetapi Zahid lansung tidak berbuat demikian.

Sambil menyifatkan politik Zahid sebagai sakit, Yong berkata semalam: 

"Saya kini menawarkan RM500 lagi untuk tamparan ke atas Menteri Dalam Negeri itu. Kali ini kerana pencabulan terhadap keselamatan (semalam )".

Yong melahirkan kekecewaan beliau terhadap penculikan terkini seorang pelancong wanita dari China dan seorang pekerja Filipina oleh sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjata. Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam pada malam Rabu. 

Wanita itu sedang bercakap di telefon bimbitnya di serambi Singahmata Reef Resort di Semporna tidak jauh dari pulau Bum-Bum yang dihuni kebanyakannya oleh kaum Bajau dan Sulus.

Yong berkata: 

"Saya juga hari ini menawarkan RM1, 000 kepada mana-mana Ahli Parlimen BN yang sanggup membawa usul ke parlimen bagi memotong gaji Menteri Dalam Negeri (Ahmad Zahid Hamidi) , Menteri Pertahanan (Hishamuddin Hussein) dan Ahli Parlimen Semporna (Shafe Apdal) untuk menunjukkan kemarahan rakyat Sabah terhadap kegagalan yang berulang-ulang pihak kerajaan persekutuan di dalam memenuhi tangungjawab perlembagaan bagi melindungi Sabah dan rakyatnya."

Beliau mengingatkan bahawa keselamatan merupakan satu janji yang dibuat kepada Sabah untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963. 

Yong juga meramalkan bahawa beberapa pegawai persekutuan akan sekali lagi memberi alasan pantai yang panjang, kekurangan sumber dan kekurangan kerjasama daripada rakyat.

"Seperti yang saya telah berkali-kali beritahu, satu-satunya kekurangan adalah tiadanya pegawai tertinggi yang dipertanggungjawabkan apabila berlaku satu-satu kesalahan. Perkara yang paing baik untuk dilakukan sekarang terhadap pegawai tertinggi Polis dan Tentera di Sabah, termasuk pengarah Esscom, adalah meminta (mereka) dipindahkan keluar dari Sabah," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa selepas pencabulan keselamatan terakhir di Pom Pom November lalu, polis telah mengumumkan bahawa dua lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan-penculikan ditangkap.

"Tetapi selepas itu lansung tiada apa lagi yang didengari mengenai kedua-dua lelaki sejak itu. Pencabulan peraturan keselamatan mendatang kerugian yang sukar diperbaiki terhadap ekonomi Sabah disamping merosakkan imej Sabah yang akan mengambil masa lama untuk pulih semula," kata Yong. 
-FMT

Bekas KM Sabah: Tampar Zahid dapat RM500

Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi. 

Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan. 

Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru. 

Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar. 

“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya. 

Wan Junaidi mengeluarkan cadangan penutupan resort terpencil ekoran tiada sesiapa dapat menjamin keselamatan tempat itu ekoran kedudukannya. 

Hudud: Tahniah MB K'tan, T'ganu Bila Pula? -T/K.Pemuda PAS

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI



Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik kenyataan Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum Hudud pada tahun 2015 nanti.

Ianya berikutan kesediaan Kerajaan Pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen ini sebagaimana jawapan yang telah diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Parlimen baru-baru ini.

Malah dengan kesediaan Kerajaan Pusat ini, Pemuda PAS berpendirian tiada lagi alasan untuk kerajaan negeri Terengganu terus menangguhkan perlaksanaan kanun Hudud dan Qisas yang telah digazetkan oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin setelah ianya dibentangkan oleh Kerajaan Negeri PAS Terengganu pada tahun 2000 yang lalu.

Ustaz Datuk Ahmad Yakob telah menyahut cabaran perlaksanaan Hudud di Kelantan. Bila pula Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akan melaksanakan Hudud di Terengganu?

Jangan sekadar lantang bersuara sehingga sanggup menggunakan Al-Quran untuk bersumpah mengenai urusan bola sepak sedangkan hukum Allah yang wajib dilaksanakan para pemimpin diabaikan. 

Malah Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan jika kerajaan Pusat berhasrat untuk meletakkan perlaksanaan undang-undang Hudud ini di bawah makmal transformasi jenayah yang telah ditubuhkan di bawah Pemandu JPM dengan menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai model perlaksanaannya.

Inilah masanya elemen syariah diperkenalkan untuk menangani permasalahan jenayah yang semakin serius.

Komitmen Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dengan membawa isu dan pindaan berkaitan melalui suatu bil persendirian ke Parlimen adalah satu langkah yang mencerminkan pendirian Tuan Guru Presiden dan PAS bahawa perlaksanaan Hudud akan melalui proses demokrasi.

Ianya juga sebagai ingatan kepada pihak ketiga termasuklah NGO Islam tertentu yang semacam mempersoal komitmen PAS kepada perlaksanaan Islam yang syumul dan meragui kedaulatan kerajaan negeri yang sebenarnya mempunyai ruang tertentu untuk menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukum Hudud ini dengan kerjasama kerajaan Pusat.

Dan sekadar satu cadangan kecil buat kerajaan negeri Kelantan agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai ahli-ahli parlimen yang dipertimbangkan untuk menaja bil persendirian tersebut ke Parlimen kelak.

Ini memandangkan Tuan Guru Presiden merupakan tenaga pemikir penting di sebalik penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Penglibatan Ustaz Nik Abduh di dalam bil persendirian ini pula akan menjadi satu penghormatan simbolik kepada Tuan Guru Mursyidul Am dan mantan Menteri Besar Kelantan yang gigih memperjuangkan hukum Hudud berdepan segala kecaman dan ugutan.

Pemuda PAS siap bersedia untuk turun membantu menerangkan hukum Hudud yang akan dilaksanakan ini kepada rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, wakil-wakil rakyat BN dan rakyat keseluruhannya.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua untuk melihat tertegaknya hukum Allah di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Filem 'Noah' Haram, Filem Anak Rosmah Pun, Mana Lebih Teruk?


Pelakon utama filem Noah, Russell Crowe (kiri sekali) dan Jennifer Connelly bersama pengarahnya, Darren Aronofsky.



HALAMAN HIBURAN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem Hollywood, 'Noah,' kisah berdasarkan kehidupan nabi yang dihormati oleh penganut Kristian dan umat Islam, kerana ia dikatakan ‘tidak sensitif kepada orang Islam’, lapor Sun Daily, hari ini.


Pengerusi Lembaga Penapisan Filem, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, berkata kepada Sun Daily, keputusan yang diambil itu adalah sebagai ‘langkah berjaga-jaga’ kerana ajaran Islam tidak membenarkan imej nabi dipamerkan.


“Filem itu diharamkan kerana bagi umat Islam, kami percaya kepada Nabi Nuh dan menurut ajaran Islam, adalah salah untuk melakonkan watak seorang nabi. 
“Sebarang gambaran mana-mana nabi dilarang dalam Islam,” katanya dipetik daripada akhbar itu.



Beliau berkata, lembaga itu berpendapat filem itu tidak sesuai untuk ditayangkan di Malaysia selepas mempertimbangkan fakta berdasarkan Islam dan sejarah.
Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menonton filem itu bersama lembaga berkenaan dan mendapati ia tidak menepati garis panduan sedia ada, kata laporan itu.

Sebelum Malaysia, negara Islam seperti Pakistan, Bahrain, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Indonesia, Timur Tengah dan Afrika Utara turut mengharamkan filem Darren Aronofsky itu atas alasan yang sama. University Al-Azhar di Mesir turut mengeluarkan fatwa terhadap filem itu, memetik larangan menggambarkan nabi, dan menggesa umat Islam tidak menonton Noah. 

Satu kenyataan daripada Jawatankuasa Sarjana Tertinggi Al-Azhar berkata:

”Penerbitan seumpama itu bertentangan dengan kedudukan tinggi seorang nabi dan utusan, serta memberi kesan kepada undang-undang Islam. Ia juga memprovokasi emosi umat.”


Filem fantasi diinsipirasikan daripada ajaran kitab Bible bernilai RM427 juta itu dibintangi Russel Crowe sebagai Noah bersama pelakon lain seperti Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson dan pada asasnya berkisar mengenai kisah Bahtera Noah.


Crowe dipetik berkata kepada The Telegraph, Noah bukan kisah teladan agama Kristian yang sering disampaikan kepada kanak-kanak dan ia akan mencabar pemahaman penonton mengenai Bible. Bintang dari Australia itu berkata, filem itu akan memprovokasi perbincangan tanpa mengira kepercayaan seseorang.


“Secara jujur, memandangkan terdapat rukun dalam agama Islam yang menyebabkan anda tidak boleh membuat cerita atau mempersembahkan imej mengenai nabi, sudah dijangka beberapa negara Islam akan mengharamkan filem itu,” katanya. – 4 April, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mana lebih teruk dengan filem keluaran bumiputera  (?) ini yang juga diharamkan di Malaysia?



Iaitu filem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah.
 
"Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter.
Filem itu diterbitkan Red Granite Pictures, syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz (kiri) yang merupakan anak Datin Seri Rosmah Mansor, hasil daripada perkahwinan pertamanya.

Ini pula gambar-gambar filem 'Noah'.

Friday, April 04, 2014

HP Jatuh Dalam Parit, Panggil Bomba...

Foto
ELLA-Anne ketika diselamatkan anggota bomba.

London: Seorang remaja perempuan berdepan situasi mencemaskan apabila cuba menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam parit besar.

Telefon bimbit Ella-Anne Birchenough, 16, tercicir dalam parit berhampiran rumahnya di Dover, Kent. Dia kemudian cuba mengambil alat itu, namun tersangkut dan menghubungi ibunya Joanne Birchenough, untuk mendapatkan bantuan.

Joanne yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menghubungi bomba yang mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan Ella-Anne. Menceritakan kejadian itu, Ella-Anne berkata, telefon itu terjatuh ketika dia sedang berbual dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Saya terfikir ‘tidak mungkin saya akan membiarkannya di situ’ sebelum terus terjun mengambilnya,” katanya. (myMetro)

Semporna: Penculik Hanya Mahu 'telefon bimbit kami'

Gao Huayun
Gao Huayun.



PETALING JAYA: Pelancong warga China, Gao Huayun yang diculik dari sebuah resort di Semporna, Sabah pada malam Rabu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibunya mengatakan dia baru saja selesai mandi, beberapa minit sebelum dia diculik.

Bapa Gao memberitahu stesen radio, Shanghai People bahawa anak perempuannya itu menghantar SMS tersebut kira-kira pukul 10 malam.

"Tidak lama lepas itu, rakannya menghantar mesej menerusi aplikasi WeChat mengatakan anak perempuan saya telah diculik. Ramai orang mula menelefon kami untuk mendapatkan pengesahan.
"Kami amat bimbang dan tidak tidur sepanjang malam," kata bapa Gao kepada stesen radio itu sambil merayu bantuan untuk mengesan anaknya.

Menurut laman media sosial China, Kaixinwang milik Gao, wanita berusia 29 tahun itu gemar melancong bersendirian dan pernah melancong ke Tibet, Filipina, Korea Selatan dan sekeliling negaranya. Gao, yang baharu saja menerima kemasukan untuk menyambung pengajian dalam program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Britian, berlepas ke Malaysia pada Selasa bersama seorang rakannya.


Rakan Gao, yang hanya dikenali sebagai Su, memberitahu Dragon Television dalam temu bual menerusi telefon bahawa mereka pergi ke Semporna untuk belajar menyelam. Su berkata, dia dan Gao meninggalkan bilik mereka kira-kira pukul 10 malam Rabu untuk mandi di bilik air yang terletak di bahagian luar.

"Gao selesai mandi lebih awal. Apabila saya kembali ke bilik kami, saya lihat pintu terbuka dan Gao tiada di situ," katanya.

Dia kemudiannya menunggu Gao di dalam bilik dan kira-kira 30 minit kemudian, dia menyedari beberapa anggota polis sedang melakukan rondaan di resort tersebut.

"Tidak lama kemudian, ada seseorang mengetuk bilik kami dan meminta saya supaya pergi ke lobi.
"Mereka berkata seorang wanita yang memakai gaun berjalur hitam dan putih telah diculik," katanya.
 
Su berkata selepas mendapat pengesahan maklumat tersebut daripada beberapa pihak, dia menyedari Gao telah diculik. Katanya, sekumpulan penculik itu tidak menggeledah bilik dan tidak mengambil pasport mereka.

"Hanya satu benda yang mereka ambil adalah telefon bimbit kami," katanya. (IH)
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails