Wednesday, April 02, 2014

Tanding T/ Presiden PKR, Khalid Yakin Menang.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) melihat peluangnya merampas kerusi timbalan presiden PKR daripada penyandang Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti akan datang.

Khalid turut ‎yakin sokongan ahli parti tidak akan tergugat dalam pertandingan enam penjuru pada Mei nanti. Beliau bagaimanapun‎ enggan mengulas lanjut spekulasi sama ada mahu melepaskan jawatannya sebagai menteri besar ‎jika tewas pemilihan nanti.

"Saya tidak mahu buat spekulasi... tunggu selepas pemilihan," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Ditanya kemungkinan Naib Presiden PKR Tian Chua akan menarik diri daripada persaingan timbalan presiden atas alasan mahu kurangkan persaingan, Khalid berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan.


"Itu terpulang kepada setiap individu (mahu bertanding atau tidak).
"Keistimewaan demokrasi dalam PKR memberi peluang kepada semua orang yang berminat untuk memperkenalkan diri untuk bertanding dalam pemilihan," katanya. – 2 April, 2014. (TMI)

1 comment:

mohd.azrul said...

Khalid.ataupun.azmin.menang.pun.pkr.sama.macam.umno.bn.punya.perangai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails