Tuesday, April 01, 2014

Kumpulan XPDC Bakal Gegarkan Litar Antarabangsa Sepang


Ahli kumpulan XPDC yang bakal menjayakan konsert pada 26 April depan.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Kumpulan rock XPDC bakal mengegarkan pentas dalam Konsert Return Of Rock XPDC Live In Concert 2014  pada 26 April ini di Litar Antarabangsa Sepang.
Dalam satu kenyataan, kumpulan yang dikenali sebagai 'Raja Funfair' itu akan mengembalikan ingatan peminat-peminat rock di zaman kegemilangan mereka dengan cara tersendiri selama hampir lima jam.

"Konsert yang bakal berlangsung bermula jam 8 hingga 12 malam ini dibawa oleh ‘Return of Rock' dan dijayakan bersama ‘SNF Racing’ iaitu salah satu acara permotoran tempatan yang mula mengisi minat masyarakat Malaysia hari ini.
"Ia juga bakal mengubat rindu jutaan peminat muzik rock tanahair selepas hampir 15 tahun konsert sebelum ini iaitu Konsert Raksaksa XPDC Brutal yang dihadiri lebih 13,000 penonton," ujar kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, sempena 25 tahun berada dalam industri seni tanah air, sebuah album kompilasi yang mengandungi 24 buah lagu terbaik akan diterbitkan termasuk sebuh lagu baharu berjudul Khilaf.
Konsert ini akan diterajui oleh kumpulan XPDC iaitu Mael (vocal), Izo (gitar) dan Amy (drum) dan Eddie sebagai pemain bes undangan. (IH/mStar)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails