Saturday, June 06, 2020

Tun M+Anwar Lwn Muhyiddin/Najib -DAP.


Tun M, Anwar perlu bekerjasama lawan Muhyiddin dan Najib: DAP
Tun M, Anwar perlu bekerjasama lawan Muhyiddin dan Najib -DAP 

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bekerjasama melawan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, sekiranya kedua-dua pemimpin itu tidak bekerjasama, jumlah kerusi dimiliki Pakatan Harapan dan sekutunya (PH Plus) akan berpecah. 

Menurutnya, selain Dr Mahathir dan Anwar, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut memainkan peranan penting dalam gabungan tersebut. 

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai 91 kerusi selepas pembelotan Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat Jugah Muyang. Bersama kumpulan Bersatu yang menyokong Dr Mahathir dan dua ahli Parlimen Bebas pro-Mahathir, PH Plus kini memegang 109 kerusi.
“Apa lebih penting, mengelakkan perpecahan dan menstabilkan 109 kerusi itu. Tidak kira sama ada Dr Mahathir atau Anwar yang akan menjadi calon Perdana Menteri,” katanya menerusi laman sesawang liewchintong.com, hari ini. 

Menurut bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu, kedudukan Muhyiddin akan terancam sekiranya PH Plus yang terdiri daripada tiga komponen iaitu PH, Warisan dan kumpulan Dr Mahathir berjaya mempertahankan jumlah kerusi tersebut. 

Ujarnya, DAP memahami kepentingan penyatuan kekuatan antara Dr Mahathir dan Anwar. “Kita mesti bersedia untuk pilihan raya umum (PRU). Sekiranya kita sudah bersiap sedia, kita mungkin dapat menangkisnya kerana pihak lawan juga takut kalah PRU. DAP mesti mengelak daripada dijadikan ‘bogeyman’ oleh pihak lawan yang mahu meningkatkan ketegangan kaum. 
“Bagi mengelakkan lawan kita memanipulasi sentimen perkauman untuk berkuasa, DAP perlu melakukan lebih banyak lagi dengan berada di barisan hadapan bagi memimpin dalam mempromosikan perpaduan nasional,” katanya. - sinarharian 
Posted by tungkaran hati.blogspot at 6:18 PM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sanggup dua-dua pemimpin jadi barua DAP? Itulah PH..

PN Menang Lagi! AP B/Gantang Pula.. PH Tunggu Ajal?


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (kanan) menyerahkan borang permohonan keahlian PPBM kepada Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Hamzah Zainudin (kiri).
(Gambar Facebook)
Ahli Parlimen Bukit Gantang serah borang sertai PPBM

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyerahkan borang menyertai PPBM kepada Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin hari ini.

“Ya, beliau menyerahkan borang masuk PPBM pagi tadi,” kata wakil PPBM yang turut hadir ketika penyerahan borang itu, kepada FMT.

Hadir sama Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Redzuan Md Yusof.

Keputusan Syed Abu Hussin menyertai PPBM memperkukuhkan lagi kedudukan Muhyiddin menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akhir Februari lalu ketika krisis politik tercetus yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Syed Abu Hussin menafikan dirinya menyokong pencalonan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri baru seperti dalam senarai 114 ahli Parlimen yang didedahkan PH.

Beliau sebaliknya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.

Pada Pilihan Raya Umum lalu, Syed Abu Hussin memenangi kerusi Bukit Gantang atas tiket BN, menewaskan calon PH dan PAS sebelum mengumumkan dirinya menjadi wakil rakyat bebas pada Jun 2018.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH tunggu ajal?

PRK Chini. Belum Lawan PH Sudah Kalah.


Nasib baik ada alasan covid-19, PH tak bertanding di Chini


PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa ia juga bermakna Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan calon.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, partinya membuat keputusan itu dibuat selepas mengambil kira masalah Covid-19 yang masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara.

"Pada masa yang sama, dalam konteks kebiasaan baharu, prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka berhubung perjalanan pilihan raya, namun aspek keselamatan dan kesihatan para pengundi pada ketika ini masih menjadi satu kerisauan.
"PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.
"Contohnya, larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

PRK Chini di Pahang akan menjadi yang pertama diadakan ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub menyarankan agar Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dianggotai PKR, tidak meletakkan calon.
Mustapha berkata ini kerana PH tidak mampu untuk menandingi kekuatan gabungan BN dan PAS, selain Chini telah sekian lama menjadi kubu kuat BN.
PAS pula sebelum ini telah mengumumkan tidak akan meletakkan calon di PRK itu dan akan menyokong calon Perikatan Nasional (BN), gabungan baru yang dianggotai BN.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini mencadangkan PH bertanding demi "mempertahakan prinsip".
Menurut Khalid, adalah menjadi tanggungjawab PH membawa mesej kepada rakyat untuk mewujudkan pentadbiran bersih dan bebas rasuah menerusi setiap pilihan raya termasuk PRK Chini.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini telah menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 20 Jun dan pengundian awal diadakan 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun sebelum ini berkata pihaknya sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi melaksanakan PRK Chini dalam melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak termasuk pengundi.
PRK Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.
Pada PRU14 DUN Chini, Abu Bakar yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,622 selepas mendapat 10,027 undi atau 47.2 daripada jumlah keseluruhan undi.
Kerusi DUN itu mempunyai 21,251 pengundi terletak di bawah parlimen Pekan yang disandang oleh bekas perdana menteri Najib Razak.
MR (Mindarakyat):  Kalau bertanding pun nak kempen isu apa? Manifesto baharu ke? 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH kalah lagi kerana 'PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.' Mengapa tak letak calon DAP barua dari Melayu? Puak penakut juga rupanya.. tanda PH sudah dekat ajal.

Mengapa Pemandu Mabuk Banyak Berlaku Sepanjang Pentadbiran PH?


Pemandu mabuk membunuh: Apa solusinya?
KISAH pemandu mabuk langgar mati mangsa cukup banyak berlaku di sepanjang pentadbiran PH kononnya dianggap strategi media oleh pihak tertentu untuk memburuk PH.
Malah pasca peralihan kepada Perikatan Nasional, ramai netizen pro PH berbunyi sunyi lah sekarang tiada pula yang mabuk langgar orang dengan nada sindiran bahawa anggapan mereka dahulu tepat iaitu media sengaja memburuk PH.
Namun kini sebenarnya media di zaman parti mana pun tetap mendedahkan tragedi kematian akibat dilanggar pemadu mabuk.
Terkini yang meruntun hati sebahagian besar kepimpinan negara adalah kes Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31 dilanggar pemandu Toyota Hilux yang memandu dalam keadaan mabuk di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS. Arwah dihimpit kenderaan Hilux berkenaan.
Tindakan terhadap beliau cukup pantas dan tersebar luas kerana ia isu yang turut menarik perhatian dan simpati Yang di-Pertuan Agong kita.
Rentetan kemalangan itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.
Antara tindakan yang telah dan sedang diambil :
-Direman bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Akan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-Disiasat juga di bawah Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
-Akan didakwa di bawah Peraturan 3(1) Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.
-Akan dituduh mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu di bawah pengaruh alkohol serta memandu tanpa lesen sah.
-Akan dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.
Kematian Sofwan dianggap menyemarak kembali sentimen sedih dan hiba rakyat terhadap pengorbanan pejawat awam dan pasukan keselamatan menjaga rakyat di mana mereka mati di tangan rakyat sendiri sepertimana kes Arwah Adib dahulu.
Isu haramnya arak bukan isu peluru politik sesiapa
Terlebih dahulu, Islam sejak 1,400 tahun lampau telah pun mengharamkan arak atas pelbagai keburukan dan kerosakan berimplikasi dari pengambilannya. Isu menyelar budaya mabuk dan memandui dalam keadaan mabuk bukan peluru politik sesiapa.
Ia mungkin buah bagi kaum munafik untuk melagakan umat Islam. Mengutuk perbuatan memandu dalam kadaan mabuk malah mengutuk arak itu sendiri adalah satu tindakan yang perlu konsisten bagi mana-mana pihak yang mendakwa memperjuangkan Islam kerana arak jelas haram dan besar mudharatnya.
Tidak boleh kita diam semasa kita berkuasa, langsung tiada tekanan kepada kerajaan apabila kita berkuasa tetapi apabila kita hilang kuasa kita menyindir atau mendesak pula pihak lain kononnya mereka tidak tegas dalam isu arak.
Namun dalam situasi politik tidak tahu malu sekarang pemimpin politik islam sebegitu cukup bercambah.
Reaksi rakyat dan parti politik dalam isu pemandu mabuk
Janji tetapi pasif
Kita lihat janji dan usaha kerajaan PH dahulu apabila rakyat mendesak mengambil tindakan tegas kepada pemandu mabuk. Setakat 22 bulan memerintah kelihatan Anthony sahaja berminat sebut perihal tinggikan hukuman kerana melibatkan kementeriannya.
Semasa PH memerintah menteri agama PH, undang-undang, PM dan seangkatan hanya membisu dan pasif. Itu yang menyebabkan netizen mengasak hari-hari isu pemandu mabuk.
Berbeza kini PN memerintah, Menteri Undang-Undang, Perdana Menteri, Menteri Agama, kesemua senada dan memberi komitmen akan mempercepat pindaan undang-undang.
Terkini Perdana Menteri sendiri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Provok dan nada mengejek tutup kilang
Provokasi atau mengejek ngejek agar kerajaan sekarang menutup kilang arak adalah tindakan segelintir politikus atau penyokong parti yang pernah kecewa dengan PAS.
Mereka tidak lantang langsung isu arak malah hanya menunggu kenyataan Menteri Pengangkutan (DAP) sahaja yang mengeluar kenyataan sepanjanag 22 bulan pentanbiran PH.
Sedangkan yang beria ingin tutup kilang arak adalah bekas Menteri mereka yang beria ingin menutup kilang arak dalam janji politiknya.
Optimis ingin Kelantan di jadikan model
Rata-rata ahli dan pemimpin PAS akan segera merujuk model pemerintahan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di Kelantan berdekad lamanya apabila kawalan alkohol berjaya dilaksanakan.
Secara umum konsep kelantan adalah:
Tidak mengharamkan arak bagi non muslim, kawal jualan arak.
Tidak memperomosi arak atau membenar sebarang syiar membesar-besarkan arak Kerajaan PAS Kelantan hanya mengeluarkan lesen arak menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut keperluan selain mendapat sokongan daripada wakil rakyat yang berkaitan.
Minuman ini dilarang dijual di hotel, pasar raya dan kedai runcit biasa. Namun, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pihak Berkuasa Tempatan tetap mengeluarkan permit kebenaran bagi premis tertentu menyediakan kepada pelanggan bukan Islam.
Reaksi liberalis
Memang rasa marah apabila seorang peguam wanita spontan reaksi menggesa agar ditutup tahfiz tahfz jika beranai mengharamkan arak di Malaysia.
Kadangkala kita kasihan kerana status peguamnya kelihatan tidak layak dengan lafaz lafaz begitu yang kerap beliau keluarkan.
Dalam ilmu mantik, lafaz makna iltizamiyah adalah lafaz yang ada kaitan walaupun jauh. Misalnya kaitkan pemandu mabuk dengan pembatalan lesen kereta pemandu.
Tetapi mengaitkan pemandu mabuk dengan maahad taafiz kelihatan ayat meroyan yang tiada kaitan iltizamiyyah sekalipun.
Lihat ayatnya menggunakan kaedah mantik qias kononnya tetapi menampilkan kejahilannya yang cukup ketara.
“Alcohol is not the problem. The irresponsible drinkers are the problem. Just like the Tahfiz schools are not the problem. It is the management that managed the schools are the problem. You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children. (FB Peguam Terbabit)
Reaksi kedua kita lihat satu reaksi bebal dan kebudak budakan dari Ahli Parlimen DAP Kuching Dr. Kelvin Yii Lee Wuen apabila beliau menulis dalam laman Facebooknya menyaran agar dihentikan penjualan kereta kerana ianya boleh menyebabkan kemalangan.
Sebenarnya komentarnya itu satu reaksi balas kepada cadangan ketua penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad yang menggesa penggantungan penjualan arak berikutan kenaikan kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk.
Pada pandangannya PAS mungkin selalu salah mencari punca sesuatu masalah kerana beliau juga komen agar pemberhentian jualan gula juga dilaksanakan kerana ia menyebabkan kencing manis.
Ini contoh mantik dangkal liberalis yang meloncat berkomen dalam keadaan yang cukup pro kepada kebebasan arak hingga isu nyawa dianggap politik.
Statistik dan data kematian akibat pemandu mabuk
Rakyat Malaysia dilaporkan membelanja USD500 juta atau lebih kurang RM2 bilion untuk minuman keras setahun.
Pada 2011 Malaysia dinobatkan sebagai 10 negara dunia yang rakyatnya mengambil alkohol dengan kadar tinggi.
919 individu ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk pada tahun 2019, meningkat seramai 57 orang berbanding pada tahun 2018.
Bilangan pemandu dan penunggang di bawah pengaruh alkohol yang terlibat dalam kemalangan maut pada tahun 2016 adalah 237 orang.
Bilangan pemandu dan penunggang di bawah pengaruh alkohol yang terlibat dalam kemalangan maut pada tahun 2017 adalah 58 orang.
Pada tahun 2018 seramai 862 orang pemandu mabuk ditahan.
Statistik polis sepanjang tahun 2019 sebanyak 23 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk.
Statistik polis sepanjang lima bulan pertama tahun 2020 sebanyak 21 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia.
(soalan Dato Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi (Tumpat) pada 13 November 2018 kepada Menteri Pengangkutan berkenaan statistik kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk.)
Polisi negara lain terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.
Thailand
Pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya lain perlu diwajibkan membayar pampasan kepada keluarga mangsa bagi menjamin kesinambungan hidup selepas kehilangan insan tersayang.
Bukan sahaja membayar denda, malah turut perlu membayar sagu hati wang tunai kepada setiap keluarga mangsa.
Taiwan
Pesalah dikenakan hukuman paling berat yang menyebabkan kematian dengan melaksanakan hukuman gantung sampai mati.
Kabinet negara itu meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bunuh.
Namun, hukuman tersebut mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi menyebabkan ia belum dapat dilaksanakan.
Singapura
Menetapkan pesalah kali pertama dikenakan denda RM20,500 (AS$5,000) atau penjara enam bulan. Bagi kesalahan kedua, denda dan tempoh penjara boleh meningkat 500 kali ganda.
Rusia
Menggantung lesen mereka selama-lamanya.
Cadangan yang wajar dipertimbangkan:
Bagi kes kematian Koperal Sofwan ini, pemandu mabuk berkenaan Bagi kesalahan ini, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 serta tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.
Hukuman diberatkan
Undang-undang untuk pemandu mabuk adalah undang-undang yang sekian lama tiada pindaan sejak 2005. Menteri Dalam Negeri kini telah memberi jaminan akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi menggubal undang-undang berkaitan pemandu mabuk.
Ketika ini, individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun sahaja serta denda tidak lebih RM20,000 sahaja.
Pindaan undang-undang- Pembelaan waris
Perdana Menteri meminta agar pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk.
Menurut Dato Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang, cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawa ke persidangan Parlimen terdekat.
Pindaan yang dibuat bukan sahaja membabitkan peruntukan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, iaitu Seksyen 44 (Akta 333), malah juga yang memandu bawah pengaruh alkohol atau apa apa bahan memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama, walaupun tidak terlibat dalam apa-apa kemalangan.
Akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes yang melibatkan kematian angkara turut disiasat dan dituduh mengikut Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 302, iaitu menyebabkan kematian dengan sengaja ataupun Seksyen 307, iaitu cubaan membunuh dengan niat dalam kes pemandu mabuk ini.
Di samping itu, pihak polis akan disaran membantu keluarga mangsa kemalangan maut akibat pemandu mabuk membuat tuntutan sivil di mahkamah sebagai hak mereka di sisi undang-undang.
Dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman penjara selepas pindaan dibuat, Jabatan Peguam Negara boleh mendakwa pesalah di Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi.
Kawalan alkohol
Kawalan alkohol sebegaimana dilaksana di Kelantan boleh dilaksanakan. Misalnya pendahuluan kini dihapuskan jualan alkohol di kedai serbaneka dan kedai 24 jam kerana ia bukannya bahan ringan atau keperluan asas rakyat.
Ia boleh dilaksanakan dibeberapa negeri majoriti umat Islam sebagai pendahuluan dan tindakan awal mempromosi agenda ini.
Turun bacaan ambang BAC
PAS Sarawak ada mencadangkan agar pihak kerajaan menurunkan ambang BAC kepada yang lebih rendah daripada tahap 0.08 peratus sedia ada untuk mengurangkan risiko pemanduan berbahaya dan membawa maut.
Dengan menurunkan level BAC ini pihak yang ada sedikit pengaruh alkohol turut sangkut dan tidak dibenar membawa kenderaan.
World Health Organization (WHO) sendiri telah meletakkan piawaian ambang BAC pada tahap 0.05 peratus.
Piawaian itulah yang digunakan oleh kerajaan Belanda dan New Zealand. Kertas fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada paras selamat bagi minuman alkohol dan setiap kali seseorang mengambilnya.
MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH – HARAKAHDAILY 6/6/2020

Penggiat seni sokong usaha kerajaan .

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza. - NSTP/Salhani Ibrahim
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza. - NSTP/Salhani Ibrahim
HALAMAN HIBURAN



Tiada kerenah birokrasi, agih bantuan segera

KUALA LUMPUR: Penggiat seni menyokong usaha kerajaan melaksanakan program dan menyediakan kemudahan kewangan berjumlah RM225 juta bagi pelan pemulihan industri kreatif dan seni.
Bantuan khas diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentangan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, semalam.

Program bakal dilaksanakan menerusi kerjasama bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures dan swasta.
Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, beliau melihat usaha dan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan yang berlaku kepada warga seni.
"Mungkin jumlah tidak terlalu banyak, tetapi saya percaya cukup untuk menggerakkan kembali kesuraman industri seni sejak kebelakangan ini.
"Apa sahaja yang memberikan kemudahan, peluang dan kebaikan kepada industri seni, tentulah perkara yang dialu-alukan. Skop industri kreatif dan seni luas dan banyak cabang, semoga penggiat seni mendapat manfaatnya.
"Saya yakin berita ini memberikan kelegaan kepada golongan terjejas. Sekurang-kurangnya, bantuan diberikan boleh dimanfaatkan untuk survival penggiat seni," katanya kepada BH Online.
Pengarah Urusan, Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berharap, industri kreatif diberikan bantuan untuk pembangunan yang lebih pesat.
"Saya sudah lama mengusulkan pembukaan Taman Tema Upin dan Ipin. Dengan adanya taman itu, dapat membangunkan pelbagai sektor seperti pembangunan insan, pelancongan dan perniagaan.
Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi. - NSTP/Khairul Azhar Ahmad Pengarah Urusan, Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi. - NSTP/Khairul Azhar Ahmad
"Upin dan Ipin adalah jenama tempatan yang semakin terkenal. Lihat sahaja impak Fizi, baru-baru ini. Bila lagi kita mahu memanfaatkan populariti Upin dan Ipin untuk negara?," katanya.
Bagaimanapun, Burhanuddin bersyukur apabila kerajaan memandang berat pada pembangunan industri animasi dan kreatif.
Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam
Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim terkejut apabila kerajaan mengeluarkan dana besar bagi membantu pemulihan industri seni dan kreatif.
"Saya harap bantuan dapat diagihkan dengan segera, tidaknya dalam tempoh satu atau dua bulan. Ini kerana banyak perniagaan terjejas teruk akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Semoga proses mendapatkan wang bantuan ini dipermudahkan. Janganlah pula berdepan dengan kerenah birokrasi dan meletakkan pelbagai kriteria hingga menyukarkan warga seni mendapatkan bantuan.
"Bantuan seharusnya diberikan kepada mereka yang memerlukan. Shiraz Projects sendiri mengalami kerugian bukan sedikit selepas banyak konsert terpaksa dibatalkan hingga hujung tahun berikutan COVID-19," katanya.
Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam. - NSTP/Aziah Azmee Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam. - NSTP/Aziah Azmee
Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, tidak menyangka keluhan warga seni mendapat perhatian daripada Perdana Menteri.
Sejak tempoh PKP dilaksanakan, bukan pekerja seni dan pelakon, malah penerbit juga terjejas teruk berikutan penggambaran ditangguhkan dalam tempoh lama.
"Saya sendiri terpaksa menanggung kerugian apabila dua filem, Abang Long Fadil 3 dan Polis Evo 3 yang bernilai RM10 juta tidak dapat ditayangkan, tahun ini.
"Jadi, ia membuatkan saya terpaksa berkira-kira untuk menghasilkan filem seterusnya. Mudahan bantuan kerajaan dapat meringankan kesakitan yang ditanggung penggiat seni," katanya.
Selebriti dan usahawan, Neelofa. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din Selebriti dan usahawan, Neelofa. - NSTP/Mohd Khairul Helmy Mohd Din
Selebriti dan usahawan, Neelofa berharap peruntukan yang diberikan kerajaan dapat memberi lebih ruang untuk penggiat seni berkarya dalam situasi mencabar ini.
"Pandemik COVID-19 membuatkan penggiat seni perlu menjadi lebih kreatif disebabkan kekangan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.
"Menerusi bantuan kerajaan, saya yakin lebih banyak kandungan bermutu terhasil, sekali gus dapat memacu industri seni, budaya dan hiburan. Jadikan, bantuan dan peluang ini sebagai satu titik permulaan ke arah pembangunan pesat dan kompetitif," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penggiat seni sokong usaha kerajaan, al-hamdulillah. Jangan dilayan kerajaan 22 bulan dulu janji saja besar, ekor bergelumang tahi. 

Oh, ya. Apa yang penting, hiburan juga perlu ikut Syariat, kerana tiap kerja-buat kita di dunia, semuanya akan dituai dan diganjar di akhirat. Amin! Kerajaan pimpinan DAP tiada fikir akhirat.

Kisah Lapor Polis, L/Guan Eng&Gari...

BERIKUTAN pendedahan surat Tommy Thomas kepada Lim Guan Eng bertarikh 14 Jun 2019 yang tular di media sosial, Pemuda PAS percaya bahawa wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng selaku bekas Menteri Kewangan, atas kapasiti jawatannya pada ketika itu, cuba mencampuri urusan siasatan dan mempengaruhi Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyahbekukan akaun seorang taikun hartanah.

Oleh itu, Pemuda PAS Malaysia mengarahkan semua Pemuda PAS di peringkat Kawasan dan Negeri untuk membuat laporan polis dan laporan SPRM ke atas Lim Guan Eng.
Kami percaya bahawa perkara ini haruslah disiasat dengan seadil-adilnya, dan didakwa sekiranya terbukti ada unsur jenayah kolar putih berlaku dalam kes ini.
Pemuda PAS percaya pendedahan ini adalah suatu yang amat mengejutkan dan berkemungkinan akan membuka kepada lebih banyak skandal dan rasuah yang dilakukan di zaman pentadbiran Pakatan Harapan.
Kita harapkan agar suatu penyiasatan yang tegas dilakukan berikutan pendedahan ini.
IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 5/6/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begini kira-kira, surat Guan Eng kepada Tommy arah lepas akaun taikun hartanah tular
Sebuah akaun Facebook Peniup Wisel Siber telah memuatnaik bukti menunjukkan ada campur tangan Lim Guan Eng dalam keputusan Peguam Negara Tommy Thomas melepaskan akaun seorang ahli perniagaan yang dibekukan.

Surat yang dimuatnaik tersebut ialah dari Peguam Negara, Tommy Thomas kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan tajuk “Application to Release The Frozen Accounts of YBhg. Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng, Founder of the Malaysia Entrepreneurs Foundation”.
Surat pemakluman tersebut menunjukkan ada permintaan dari Lim Guan Eng pada 31 Mei 2019 untuk Pejabat Peguam Negara menarik balik pembekuan akaun ahli perniagaan tersebut.

Peniup Wisel Siber dikesan menampal pautan akaunnya dalam beberapa akuan facebook milik aktivis media sosial pro Kerajaan.
Dalam beliau memuat naik surat tersebut bersama tulisan “Apa khabar Lim Guan Eng dan Tommy Thommas , inilah bukti salah guna kuasa Lim Guan Eng yang cuba disembunyikan pejabat peguam negara.”

Portal Free Malaysia Today sebelum ini mendedahkan ada campur tangan Lim Guan Eng dalam pejabat Peguam Negara di bawah Tommy Thomas. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN:
Guan Eng, Tommy arah SPRM batal pembekuan akaun milik taikun hartanah SPRM siasat Guan Eng, Tommy isu akaun taikun hartanah Kesalahan Guan Eng mirip kes Anwar yang dipenjarakan selama 6 tahun Najib dedah Guan Eng, Tommy mengaku salah guna kuasa isu akaun taikun hartanah



AP Lubok Antu keluar PKR, umum sokong PN




KUCHING: Anggota Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang mengumumkan keluar dari PKR untuk menjadi anggota parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ketika dihubungi, Jugah mengesahkan beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan langkah itu berkuatkuasa serta merta.

"Saya berikrar menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, perdana menteri Malaysia dan kerajaan negeri Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai YAB Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohri bin Tun Abang Haji Openg, ketua menteri Sarawak demi kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat di Lubok Antu.

"Dengan ini saya mengumumkan untuk keluar dari PKR dan kekal menjadi ahli parlimen Bebas yang menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional serta kerajaan GPS di negeri Sarawak," kata Jugah dalam kenyataan itu.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang (kiri) bersama Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, di bilik kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sebalik tiba dari Kuala Lumpur, malam ini.
Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang (kiri) bersama Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, di bilik kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sebalik tiba dari Kuala Lumpur, malam ini.

Kadar pengangguran dijangka 5.5 peratus tahun ini


Sikit Tazkirah Ekonomi:
KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran pada tahun ini dijangka akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur mengikut perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dengan mengambil kira situasi mencabar ini, ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini berikutan usaha membendung penularan COVID-19 yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara.


"Untuk menangani situasi ini, kerajaan telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi termasuklah PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang kesemuanya berjumlah RM260 bilion," katanya ketika berucap membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) di sini, hari ini.

Friday, June 05, 2020

Ini, RM35 bilion, istimewa untuk rakyat.


Sikit Tazkirah Ekonomi:
Antara inisiatif #PENJANA yang bernilai RM35 bilion istimewa untuk rakyat:

1) Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion yang dilanjutkan selama 3 bulan lagi.
2) Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion termasuk insentif bagi melibatkan penggangur berumur di bawah 40 tahun, penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
3) RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.
4) Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga
golongan belia yang memberi manfaat kepada lebih daripada 200 ribu orang.
5) Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan selain insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000.
6) Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
7) 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.
8) Kemudahan skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.
9) Perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma akan diberikan kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video sehingga 31 Disember 2020.
10) Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia.

11) Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.
12) Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.
13) Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.
14) Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.
15) Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.
16) Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
17) Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.
18) Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.
19) Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.
20) Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta.

21) Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
22) Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021.
23) Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
24) Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta.
25) Bagi industri pertanian dan makanan, kemudahan pinjaman Dana Agrofood
sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor ini.
26) Pengusaha pertanian bandar juga akan diberi bantuan bernilai RM500 seorang dan RM50,000 untuk setiap komuniti.
27) Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.
28) Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta.
29) RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini.
30) Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) yang merupakan pelepasan sementara atau temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

Catatan :
Mustaman Bin Mustain,
Bukit Garam, Kinabatangan.

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

Mulakan Hari Baru, Tanpa Tun M, DS Anwar Dan L/Kit Siang.


YDPA menyelamatkan, Tun M pula buat masalah


PADA 28 Februari, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk ‘Melayu Tertipu Lagi’ dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya:

(1) Orang yang menggagalkan penubuhan Kerajaan PN adalah Tun Dr. Mahathir.
(2) Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka
daripada arena politik negara….
(3) Umno, PAS, BERSATU (termasuk kumpulan Azmin) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang berkemungkinan membolehkan mereka menubuh kerajaan baru. Tetapi, ini hanya boleh dilakukan tanpa Tun Dr Mahathir dalam BERSATU kerana beliau tidak boleh menerima Umno sebagai satu parti.

Pada masa itu, belum nampak penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan, kumpulan Tun Dr. Mahathir, kumpulan DS Anwar dan kumpulan TS Muhyiddin yang disokong kuat oleh Umno dan PAS, masing-masing tidak mempunyai majoriti.
Dalam masa 24 jam sehingga petang 29 Februari, kita dengar cerita berbagai-bagai perkembangan; PH mencalonkan DS Anwar sebagai calon PM; DS Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP dengan angkuh mengatakan ‘we have the numbers’; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Tun Dr. Mahathir, sekejap menyokong DS Anwar dan sekejap menyokong TS Muhyiddin; DS Anwar sekejap menyokong Tun Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan berlagak seperti sudah pasti akan dilantik; Tun Dr Mahathir yang enggan menerima kekalahan, bermodalkan sokongan GPS dan WARISAN, membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan PAN untuk ditonjolkan semula sebagai calon PH, yang bererti Kerajaan PH yang ditamatkannya dengan peletakan jawatannya hendak dihidupkan semula dan DS Anwar sanggup mengundur diri daripada menjadi calon PM demi menyelamatkan Kerajaan PH.
Perkembangan yang terakhir disebut itu menunjukkan sejauh mana DS Anwar dan Lim Kit Siang sanggup berkompromi untuk menyelamatkan Kerajaan PH kerana, mereka tahu, jika mereka terlepas kuasa, mereka akan berada di kedudukan yang merugikan.
Akhirnya, pada petang 29 Februari, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan rasminya mengatakan bahawa YDPA telah berkenan melantik TS Muhyiddin sebagai Perdana Meteri Kelapan.
Kita berhenti di sini dahulu untuk membuat beberapa pemerhatian.
(1) Dengan keluarnya kenyataan itu, tamatlah krisis seminggu itu. (Apa yang akan berlaku selepas itu, akan dibincang berikutnya.)
(2) Dengan terlantiknya TS Muhyiddin sebagai PM, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi PM. Mereka akan terus menimbulkan masalah. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-raja Melayu sudah muak dengan tindak tanduk mereka dan mengenepikan mereka untuk selama-lamanya.
(3) Orang Melayu merasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Theresa Kok, Syed Sdiq, Mat Sabu dan lain-lain.
(4) Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai-pegawai perundangan, ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada tiga puluh tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diberi kepercayaan terhadap kepakaran mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti beliau. Demikian juga diharapkan seorang pegawai MACC yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti Lateefa Koya.
Tetapi, sebaik sahaja kenyataan itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Tun Dr Mahathir bersama-sama DS Anwar telah menolak keputusan yang dibuat oleh YDPA itu. Itu tidak menghairankan. Mereka akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima pengampunan walaupun cara dilakukannya menyalahi prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Tetapi, apabila YDPA membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, YDPA pun mereka tentang. Ini menunjukkan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.
Perkara 40 (2), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:
“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) melantik seorang Perdana Menteri;”
Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budi bicara itu. Tetapi, adalah patut bahawa baginda melantik seorang Ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Jika tidak, Undi Tidak Percaya mungkin akan dibuat dan, jika berjaya, PM itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula.
Dalam kata-kata lain, YDPA tidak dikehendaki menemu duga setiap Ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, untuk membuat keputusan itu.
Sekarang, keputusan telah dibuat, PM telah dilantik, tak usahlah memperdulikan apa kata Tun Dr Mahathir, mahupun senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuas hati, mereka bolehlah mengemukakan Undi Tidak Percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budi bicara YDPA.
Bagaimana kedudukan Tun Dr Mahathir dan Ahli-ahli Parlimen dalam senarai Tun Dr Mahathir yang tidak menyokong TS Muhyiddin, dalam BERSATU? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya “Melayu Tertipu Lagi”, jika mereka tidak mengikut pendirian parti, singkirkan mereka.
Pagi ini, saya teruja melihat pemimpin-pemimpin Umno, PAS dan BERSATU bersama-sama ke Istana Negara untuk menubuh kerajaan baru. Diharapkan ia berkekalan. GPS dan WARISAN eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Tun Dr Mahathir ke mana sahaja yang dibawanya. Sudah tiba masanya beliau ditinggalkan atau disingkirkan.
Beliau telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi PM: menyebabkan krisis Perlembagaan dengan Raja-raja sebanyak dua kali; menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas; menyebabkan Umno dibatalkan; bergaduh dengan Tun Musa Hitam; bergaduh dengan DS Anwar; bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi; bergaduh dengan DS Najib; menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada DAP; menyebabkan krisis Perlembagaan lagi sekarang; mencabar YDPA; masuk keluar Umno entah berapa kali. Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.
Kita mulakan hari baru, tanpa Tun Dr. Mahathir, DS Anwar dan Lim Kit Siang.
TUN ABDUL HAMID MOHAMAD – HARAKAHDAILY 2/3/2020

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails