Friday, June 05, 2020

Perkasakan kembali kuasa Majlis Raja-Raja

Coat of arms of Malaysia.svg

KUASA Majlis Raja-Raja yang juga merupakan ketua bagi setiap negeri wajar diperkasakan semula menerusi penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara ini dilihat signifikan selepas melihat polemik kestabilan politik tidak menentu terutama sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.
Malah, titah Yang di-Pertuan Agong As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah di Parlimen pada 18 Mei lalu tidak diendah segelintir pihak.
Arahan supaya menghentikan polemik politik dan semua pihak perlu fokus kepada pembangunan negara  dipandang sepi sebilangan pemimpin.
Terutama sekali ketika negara sedang menghadapi serangan pandemik Koronavirus (Covid-19) sekarang yang memberi kesan besar kepada ekonomi dan rakyat.
Pandangan sedemikian dilontar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii apabila wujud gerakan bagi melemahkan ‘Institusi Diraja’.
“Patik memohon agar Majlis Raja-Raja menggunakan peluang yang ada untuk mencari jalan memperkasakan, memperbetulkan dan memperbaiki Perlembagaan Negara.
“Patik memohon agar Majlis Raja-Raja menggunakan peluang yang ada untuk mencari jalan memperkasakan, memperbetulkan dan memperbaiki Perlembagaan Negara.
“Termasuklah memperkasakan kuasa Raja – Raja Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia.
“Sekiranya Akta Darurat perlu digunakan untuk menulis semula Perlembagaan Negara, ini adalah masa sesuai sebelum menyerahkan kuasa memilih kepada rakyat,” katanya dalam Facebook malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berhubung amaran terhadap perebutan kuasa eksekutif.
Tambahnya, ramai pihak terutama dari dalam kalangan pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan (PH) semakin kurang ajar apabila mempertikai titah baginda.
“Ingin saya ingatkan mereka serta pemimpin parti pembangkang supaya jangan mulakan sikap kurang ajar dalam mempersoalkan kuasa – kuasa Sultan Johor.
“Umum ketahui bahawa PH yang memulakan dan membenarkan perkara ini berlaku sewenang-wenangnya sejak mereka di tampuk pemerintahan dengan menutup sebelah mata.
“Demi memperkasakan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta dari jatuh semula ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti sebelum ini.
“Kami rakyat sentiasa menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu sebagai teras utama politik negara. Daulat Tuanku!” tegasnya. – SM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit imbasan mengenai Majlis Raja-raja.
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. 
Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. 
YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat.
Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Kuasa Majlis Raja-Raja

Pada 1983, pindaan untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun pindaan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Sebagai komprominya, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan semula. Pindaan Perlembagaan 1994 juga tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Kuasa raja melantik menteri besar merupakan kuasa formal sahaja. Tetapi dalam keadaan tidak menentu seperti di Perlis dan Perak pada 2008, kuasa raja akan menjadi sangat signifikan. Begitu juga di Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar Terengganu 2008.

1 comment:

Anonymous said...

Sekarang kita boleh melihat dengan jelas Agong dan raja-raja Melayu berfungsi melindungi dan menyelamatkan negara kita dari dimusnahkan oleh puak kafir Harbi dan puak munafik liberal yang gila kuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails