Thursday, June 04, 2020

Tun M, Saspek Yang Saspen, Berakhirkah Kemelutnya Politiknya Malan Ini?

PETALING JAYA 29 MEI 2020. Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. NSTP/ASYRAF HAMZAH
Kedudukan Tun M terjawab malam ini


MESYUARAT Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini dijangka akan memuktamadkan kedudukan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi ahli Parlimen yang dilucut keahlian secara automatik minggu lalu.
Ia bakal mengakhiri kemelut parti berkenaan yang menyaksikan episod singkir-menyingkir serta penafian ahli Parlimen Langkawi itu bahawa mereka bukan lagi ahli parti susulan surat pemecatan yang dikeluarkan 28 Mei lalu.
Sumber berkata, mesyuarat malam nanti dijangka dipengerusikan Presiden Parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri ahli MPT yang bersama-sama Dr Mahathir seperti Datuk Marzuki Yahya dan Datuk A Kadir Jasin.
Menerusi jemputan yang ditunjukkan kepada Harian Metro, mesyuarat berkenaan akan diadakan di Dewan Bankuet Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia (PAUM) di Kuala Lumpur, jam 8.30 malam.
Mereka yang menerima jemputan termasuklah Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Srikandi, Bendahari serta Ahli MPT.
"Kita jangkakan isu membabitkan keahlian Dr Mahathir dan yang lain akan terjawab malam ini, malah beliau juga dijangka hadir.
"Ia selaras dengan perlembagaan parti yang menyatakan setiap keputusan mengenai keahlian perlu diputuskan MPT," katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, Marzuki dan A Kadir yang memihak kepada Dr Mahathir sudah menyatakan persetujuan untuk hadir.
Kemelut Bersatu kembali mencuri tumpuan minggu lalu apabila lima ahli parlimen termasuk Dr Mahathir menerima surat pemecatan dari Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.
Selain bekas Perdana Menteri itu, turut tersenarai adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Jumaat lalu dalam satu sidang media, Dr Mahathir memecat Muhammad Suhaimi yang didakwanya menjalankan tugas melangkaui batas.
Pada sidang media lain hari yang sama, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin pula memaklumkan, lima ahli parlimen berkenaan dilucut ahli secara automatik kerana beberapa kesalahan termasuk berada di blok pembangkang pada sidang Parlimen, 18 Mac lalu.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan media kelmarin, kelima-lima mereka mendakwa masih lagi ahli Bersatu dan pelucutan secara automatik itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti. (MyMetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails