Tuesday, June 02, 2020

Al-Sultan Abdullah - Erdogan bincang cabaran tangani COVID-19

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima panggilan daripada Erdogan di Istana Negara, hari ini. - Foto ihsan Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima panggilan daripada Erdogan di Istana Negara, hari ini. - Foto ihsan Facebook Istana Negara


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istana Negara, hari ini.
Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook berkata, perbualan telefon secara peribadi selama 30 minit yang bermula jam 4 petang itu menyaksikan kedua-dua pemimpin menumpukan perbincangan dalam menangani cabaran COVID-19 di antara kedua-dua negara.


"Dua pemimpin ini turut berbincang mengenai langkah memperkasakan hubungan dua hala yang sedia ada selain meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.
"Ia merupakan perbincangan julung kali di antara Sultan Abdullah dan Erdogan menerusi perbualan telefon," katanya.
Istana Negara turut menyatakan, Sultan Abdullah sepatutnya mengadakan Lawatan Negara ke Turki selama lima hari, bermula 19 April namun lawatan berkenaan ditangguhkan berikutan penularan COVID-19. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails