Thursday, June 04, 2020

Perceraian di Saudi&China meningkat ketika perintah berkurung. Mengapa?

Kes perceraian di Arab Saudi meningkat ketika perintah berkurung
Peningkatan itu dikatakan berpunca daripada para isteri mendapat tahu suami mereka telah berkahwin lagi secara rahsia.

RIYADH: Angka perceraian di Arab Saudi telah meningkat sebanyak 30 peratus ketika krisis COVID-19, lapor media tempatan.

Peningkatan itu dikatakan berpunca daripada para isteri mendapat tahu suami mereka telah berkahwin lagi secara rahsia sewaktu tempoh perintah berkurung, lapor akhbar harian Saudi, Okaz.

Sebanyak 7,482 kes perceraian dicatatkan di Arab Saudi pada bulan Februari ketika perintah berkurung dan kawalan pergerakan baru dilaksanakan.

Tiada rekod untuk bulan-bulan berikutnya akibat penangguhan prosiding mahkamah, lapor Gulf News.


Sebahagian besar perceraian difailkan di Mekah dan Riyadh.

Negara-negara lain, termasuk China, turut melaporkan pertambahan angka perceraian dalam tempoh yang sama, ketika pelaksanaan perintah berkurung dan kawalan pergerakan.


Terdapat kebimbangan terhadap peningkatan kes keganasan rumah tangga ketika pandemik COVID-19 menyebabkan tekanan ekonomi dan membawa pergaduhan dan ketegangan dalam hubungan suami isteri.

Arab Saudi dan negara-negara Teluk lain ketika ini telah mula melonggarkan perintah berkurung susulan impak negatif terhadap ekonomi negara masing-masing, namun angka perceraian dilaporkan masih tinggi. (AA)


Hibur Hibur Sikit

Kesah Rumah Tangga Lirik (P. Ramlee)

Di mana Kan Ku Cari Ganti (P. Ramlee)

1 comment:

Anonymous said...

RBA 1:28 laknatullah ternakan parti kafir Harbi DA-Pigs laknatullah sedang menyamar sebagai orang Melayu untuk melakukan kerja syaitan mencipta dan menyebarkan pelbagai fitnah untuk melaga-lagakan parti Islam dan parti Melayu dan memecah-belahkan umat Islam supaya DA-Pigs dan khadam munafik liberal boleh berkuasa semula untuk menindas Islam dan umat Islam.

Cukuplah 22 bulan musuh Islam menindas Islam dan kita semua. Hanya orang bodoh suka dikencing hancing berulang kali oleh musuh Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails