Saturday, November 12, 2011

Wanita Ini Dibogelkan Depan Ramai Kerana Mencuri.

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan KhalayakTaizhou 4 Nov 11: Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China. Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China. Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut. Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia. Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou.

Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis. Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang. Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah kesannya hukuman dikhalayak ramai. Pada kami, di situlah pentingnya hukum hudud di dalam perundangan Islam, antara banyak lagi hikmah-hikmahnya. Hukum di hadapan ramai lebih banyak mendidik dari menghukum. (IH/Info Gallery )

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib)

Somalia Kubur Pesawat Pengganas Barat

Kota Makkah, Pembangunan Ala-barat.

Satu sudut kota makkah
MAKKAH. Kota Suci Makkah telah berevolusi secara drastis dalam beberapa dekad terakhir. Yang mebgkhawatirkan ialah Masjidil Haram bakal tenggelam dalam mewahnya pencakar langit yang bertebaran di Makkah.

Namun, Walikota Makkah membantah pembangunan yang kian pesat tanpa perhitungan. Sebaliknya, pengotoriti Makkah mempertimbangkan lebar jalan dan lokasi sehingga tidak sembarang bangunan pencakar langit dapat dibangun.

"Projek masa depan akan jauh dari Masjidil Haram, sekitar 300 meter. Bangunan sendiri akan memiliki ketinggian wajar antara 8 hingga 10 tingkat," ungkap Walikota Makkah, Osama Al-Bar, seperti dikutip Reuters, Rabu 9 Nov.

Dalam enam tahun, lanjut dia, pengotoriti Makkah berharap infrastruktur kota Makkah akan bertambah sehingga mempermudah umat Islam dari seluruh dunia menuju Masjidil Haram. "Kami akan membuat jalan, pedestrian, jembatan dan jalur untuk MRT," paparnya.

Al-Bar juga memastikan projek jangka panjang di sekitar masjid akan meliputi hotel, mal dan kafe. Pembangunan wilayah pinggiran kota, termasuk perumahan dan taman bagi warga, telah diselesaikan.

"Makkah dikenal sebagai sebuah kota tua, memiliki beberapa bangunan tua yang tidak tertata rapi. Projek pembangunan akan mengubah dan meningkatkan kapasiti dan layanan kota Makkah," kata Bar.

Pada tahun 2020, lanjut Al-Bar, penduduk Makkah dan para jamaah haji bakal melihat kejutan pembangunan. Meski bermaksud menata ulang tata ruang kota, sesetengah pihak melihat pembangunan itu meniadakan keaslian kota Makkah. Yang terjadi, nuansa kota ala peradaban barat lebih menonjol berbanding ciri-ciri khas kota Makkah.

Sebagai contoh, Menara jam Raja Abdulaziz. Bangunan ini dimaksudkan untuk menjadi patokan waktu dunia Islam. Namun, arsitekturnya tidak mencerminkan selayaknya peradaban Islam. Bahkan ada kecenderungan pembangunan ini lebih bernuansa kebarat-baratan.

"Apa yang tidak menyenangkan adalah dezain luar tidak mengikuti tradisional Arab. Bangunan ini nampak seperti bangunan di Australia, tidak memberikan nuansa Arab dan Makkah," kata Wafa Abbet, jamaah haji asal Australia. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Gambar Ini Dilelong RM13.5J. Termahal Didunia


INILAH foto Sungai Rhine yang dirakam oleh Gursky dan dicetak di atas kaca akrilik.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sekeping gambar pemandangan Sungai Rhine di Jerman yang dirakam pada tahun 1999 oleh artis Jerman, Andreas Gursky dijual pada harga AS$4.3 juta (RM13.5 juta) di sini, sekali gus mencatat rekod lelongan gambar termahal di dunia.

Bertajuk Rhein II, gambar warna itu dijual pada Selasa lalu dalam satu lelongan oleh firma Christie. Agensi lelongan berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut.

Rekod gambar termahal yang pernah dijual dalam lelongan sebelum ini ialah sekeping gambar yang dirakam oleh Cindy Sherman bertajuk Untitled. Foto berkenaan dijual pada harga AS$3.8 juta (RM11.9 juta) oleh firma lelongan Christie pada Mei lalu. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa rahsianya sehingga begitu mahal? Kajilah dari segi seni atau bisnes. Mengapa identiti tidak didedahkan?

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Seks: Suka Sama Suka, Tapi Wanita Dihukum. Adilkah?



Guru berasmara dengan 11 pelajar

COVINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru wanita berusia 41 tahun dituduh mengadakan hubungan seks dengan 11 orang pelajarnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pihak pendakwa raya AS percaya guru berkenaan, Cindy Clifton(gambar) akan dikenakan lebih banyak dakwaan berhubung jenayah terhadap pelajar bawah umur berbanding guru-guru lain di AS sejak sedekad lalu.

Dia kini berdepan 53 tuduhan yang membawa hukuman penjara lebih 60 tahun. Polis berkata, Clifton menggunakan minuman keras untuk mengumpan remaja-remaja terbabit sebelum dia melakukan hubungan seks dengan mereka di kediamannya di sini, negeri Tennessee.

Clifton didakwa berasmara dengan 11 pelajar berlainan antara bulan April dan Julai tahun ini. Menurut polis, kebanyakan pelajar terbabit merupakan rakan-rakan anak perempuannya. Semua mangsa Clifton berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan sebahagian mereka ialah pelajar di sekolah Crestview tempat guru berkenaan mengajar.

Polis di sini melancarkan satu siasatan pada Ogos lalu selepas pengetua sekolah berkenaan membuat aduan berhubung perilaku tidak bermoral membabitkan Clifton. Selepas tiga bulan siasatan dilakukan, pihak berkuasa mengenakan 53 pertuduhan terhadap Clifton.

Peguamnya bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau menyatakan Clifton ialah seorang isteri yang setia, guru yang berdedikasi dan kerap menghadiri upacara keagamaan di gereja. Clifton menangis apabila gambarnya dirakam semasa dalam tahanan polis.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$40,000 (RM126,100) tetapi diperintahkan supaya hadir di mahkamah semalam untuk berdepan 53 dakwaan terhadapnya termasuk jenayah rogol dan memberikan alkohol kepada remaja bawah umur.

Pada minggu lalu, seorang guru wanita berusia 33 tahun di negeri Ohio, Stacy Schuler dipenjara selama empat tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan lima pelajarnya. Dia didapati bersalah atas 16 tuduhan jenayah seks selepas seorang juri di Cincinnati menolak alasan tertuduh bahawa dia kurang siuman. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang guru wanita berhubungan seks dengan 11 pelajar lelaki. Guru itu berumur 41 tahun dengan pelajar bermur antara 14 hingga 17 tahun. Guru wanita itu dihukum sedangkan pelajar-pelajr itu terlepas, atas alasan dibawah umur. Pelajar itu dianggap dirogol kerana mereka masih kanak-kanak.

Kalau kanak-kanak perempuan menasabah dia dirogol atau setubuhi secara paksa. Tetapi kanak-kanak lelaki, bagaimana hendak dipaksa kalau dia benar-benar tidak cukup umur, tidak baligh, 'anu'nya tidak naik? Bererti kalau berlaku juga persetubuhan, tandanya suka sama suka dan atas kerelaan kedua belah pihak. Bagaimana sama-sama rela tetapi wanita sahaja yang dihukum?

Jadi jelas undang-undang itu tidak adil, kerana tidak menditailkan taarif cukup umur bagi kanak-kanak yang sebenarnya remaja. Mungkin itulah sebabnya trend guru perempun rogol murid lelaki begitu menjadi-jadi di AS seperti dalam kes lanjutnya ke atas Stacy Schuler. Pelajar lelaki bebas berhubungan seks dengan gurunya tanpa menerima hukuman. Maka wanitalah yang teraniaya. Mengapa pejuang wanita terlepas pandang hal ini?

Pada orang Islam tulin, hukum yang terbaiknya ialah hudud. Wallahu 'aklam.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Piramid Ditutup Kerana Tekanan Pengguna Internet



TINDAKAN menutup Piramid Giza dibuat kerana ada pihak yang mungkinmelakukan aktiviti pemujaan di sana

KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menutup Piramid Giza bagi mengelakkan sebarang aktiviti pemujaan oleh kumpulan yang mahu meraikan tarikh 11/11/11 semalam.

Keputusan itu diambil selepas ia mendapat tekanan daripada pengguna internet negara berkenaan yang mendakwa aktiviti penyembahan akan diadakan di sekitar piramid itu, kata Ketua Jabatan Arkeologi Pharaonic, Atef Abu Zahab.

Majlis Tertinggi Antikuiti mengesahkan penutupan Piramid Gaza kepada pelancong. Namun dalam kenyataan yang dikeluarkannya, penutupan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan selepas musim cuti yang panjang baru-baru ini.

Piramid Giza disenaraikan dalam tujuh keajaiban dunia berikutan status pembinaannya yang unik. Salah satu daripada tiga piramid itu, Piramid Cheop merupakan yang terbesar dan paling terkenal.

Ia menempatkan makam firaun Khufu, iaitu salah satu peninggalan purba terkenal di dunia.

Tarikh 11/11/11 dianggap sebagai keramat. Malah banyak kumpulan merancang mengadakan upacara pemujaan pada pukul 11.11 pagi.

Ribuan orang pula bercadang untuk bertemu dan mengadakan majlis tarian. Malah beberapa laman khas berkenaan tarikh berkenaan turut muncul di laman sosial, Facebook. - AFP

Ada kaitan..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Friday, November 11, 2011

Ulama Cirebon: Bersatu Hadapi Arogansi Kristen

Ketua MUI Kota Cirebon (Jawa Barat), KH Sholihin Uzer, dalam acara Kerukunan Internal Ummat Beragama (25/10/2011) di Gedung Islamic Centre Cirebon lalu, meminta kepada seluruh unsur Ummat Islam Cirebon agar bersatu menghadapi arogansi kaum Kristen yang terus melakukan pembangunan gereja-gereja dengan cara melanggar hukum, dan melakukan pemurtadan serta menantang dan memancing ummat Islam agar berlaku anarkis. Menurut KH Sholihin Uzer, kenapa ummat Islam harus bersatu melawan arogansi kaum Kristen ini, karena mereka setidaknya memiliki enam modal yang sulit ditandingi Ummat Islam.

Pertama, kekuatan uang yang sangat berlimpah.
Kedua, kualitas pendidikan mereka yang tinggi.
Ketiga, persatuan mereka kuat.
Keempat, mereka sangat gigih dan disiplin dalam memperjuangkan keyakinannya.
Kelima, penguasaan atas akses informasi, lobby dan diplomasi.
Dan keenam, dukungan kekuatan politik.

“Tetapi kekuatan mereka itu sebenarnya tidak ada artinya, jika ummat Islam bersatu dan berani menghadapi mereka. Kenapa mereka bisa berani, karena ummat Islam sekarang sangat cinta pada dunia serta takut akan mati, itulah dinamakan wahhan oleh rosulullah SAW. Sehingga Allah mencabut rasa takut dari musuh-musuh Islam. Karena Wahhan ini, Ummat menjadi takut dan akhirnya menjadi mangsa yang kapan saja bisa dimakan oleh mereka “ demikian KH Sholihin Uzer menjelaskan.

Beliau menambahkan jika ummat Islam bersatu dan berani, maka pertolongan Allah akan turun, sehingga kedudukan Ummat Islam akan kuat, barulah akan tercipta Rahmatan Lil “alamin. Senada dengan KH Sholihin Uzer, ulama lainnya Prof Dr KH Salim Badjri Ketua Forum Ukhuwah Islamiyah, dalam khotbah ‘Iedlul Adlha dijalan Pekiringan, di depan ruko yang dijadikan Gereja Bethel Indonesia (GBI), menyerukan kepada ribuan jama’ah agar terus melakukan upaya perlawanan dengan berbagai cara, agar kaum Kristen tidak semena-mena dan menantang warga serta pemerintah yang telah membuat hukum.

Sholat ‘Iedl Adlha itu digelar di tempat itu oleh masyarakat karena jengkel dengan ulah gereja.

Wali Kota Cirebon, telah membuat SK bulan september lalu, yang isinya melarang adanya kegiatan keagamaan di dua gedung, yaitu ruko jalan Pekiringan no 165, yang dijadikan gereja Bethel Indonesia, dan gedung pertemuan umum Gratia, dijalan dr Sudarsono no 32. SK Wali Kota no 011/1477-Adm Kesra tanggal 26 September 2011, menetapkan kembali gedung Gratia sebagai Gedung Pertemuan Umum, sesuai ijin yang dikeluarkan Dinas PU no 645/548/IB-PU/92 tanggal 16 januari 1992, perihal IMB no 645/74/IB-PU/96 tanggal 15 mei 1996.

Dan menetapkan tidak boleh lagi menjadi tempat peribadatan. Sedangkan untuk Gereja Bethel Indonesia Pekiringan jalan Pekiringan no 165 berdasarkan SK Wali Kota no 452.2/1478-Adm Kesra. Tapi hingga akhir pekan kedua 8 November 2011 rabu malam dengan alasan ada acara ulang jemaat, GBI tetap melakukan berbagai kegiatan, dan hampir terjadi insiden benturan seperti terjadi di Gedung Gratia 19 Oktober lalu. Warga yang memantau melihat sendiri adanya acara peribadatan. Pimpinan GBI, Pendeta Heru beralasan, SK Wali Kota itu hanya edaran yang bersifat tidak mengikat.

Saat H Abdul Kholil tokoh warga Pekalipan, juga tokoh dari Gerakan Pagar Aqidah (Gardah), Gerakan Anti Pemurtadan dan Aliran Sesat (Gapas), Gerakan Muslim Cirebon (GMC), meminta adanya surat pernyataan diatas segel kepada pihak GBI, yang salahsatu pointnya tidak akan lagi mengadakan acara peribadatan di tempat itu, pihak GBI menolak, dan mereka bertekad akan terus bertahan.

Yang patut disayangkan, pihak pemerintah termasuk Wali Kota yang mengeluarkan SK penutupan gereja-gereja liar itu, terkesan tidak mau berjuang untuk memenuhi tuntutan warga. Sehingga warga yang dipimpin H Abdul Khalil melakukan lobby keberbagai pihak supaya Wali Kota ikut turun dan menekan pihak gereja, yang melecehkan SK Wali Kota, sayangnya hingga kini Wali Kota selalu tidak bisa ditemui.(Humas Forum Ukhuwah Islamiyah Wilayah Cirebon)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

MCA Kolot, Tak Ikuti Media Baru -Tuan Ibrahim


KL, 11 NOV 11:
PAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal, cetek pemikiran, kolot kerana tidak mengetahui perkembangan media baru yang sudah menjangkaui sempadan global

“Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat maklumat sebenar, maka apa beza dengan masyarakat pedalaman yang hanya mendapat maklumat sehala dari media perdana sahaja.

Ia juga tidak seimbang dan meragukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Ketika membentangkan pandangan parti kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC), ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata, cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".

"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.

Tuan Ibrahim berkata hujah MCA tidak boleh dipakai kerana “rakyat Malaysia di luar negara samada sebagai pelajar atau pekerja, mereka mempunyai akses kepada media baru dan mengikuti perkembangan semasa dalam negara.”

“Andaian mereka bahawa rakyat Malaysia di luar negara tidak mengetahui apa yang berlaku dalam negara; seolah-olah menggambarkan MCA sendiri yang kolot kerana tidak mengetahui perkembangan media baru yang sudah menjangkaui sempadan global,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Rakyat di mana mereka berada, hujah Tuan Ibrahim kini bebas mendapat maklumat, bahkan kemudahan media alternatif di luar negara lebih baik dari kawasan pendalaman yang hanya bergantung kepada media perdana yang dikuasai oleh BN sahaja.

“Daripada melahirkan kebimbangan terhadap hak undi rakyat Malaysia yang layak mengundi, lebih baik MCA memokuskan bagaimana untuk menghalang konspirasi yang membolehkan warga asing mengundi di negara ini,” tambah beliau.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan agar Suruhanjaya Pilihan Rayat (SPR) tidak menyekat hak rakyat Malaysia walau di mana mereka berada untuk mengundi sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

“Sebarang usaha menyekat hak mengundi adalah pencabulan prinsip demokrasi yang menjadi dasar politik negara,” terang beliau lagi. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Husam Imani Solat Jenazah 'Wira Royalti'



KOTA BHARU, 11 Nov:
Anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan, pegawai khasnya, Allahyarham Kamarulzaman Abdullah, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya di Paloh kira-kira 2.30 pagi tadi sebagai wira royalti.

Menurutnya, semua urusan tuntutan royalti telah diurus oleh Allahyarham dengan baik dan penuh amanah demi untuk kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Allahyarham seorang pegawai saya yang amanah, jujur, rajin berusaha terutama dalam tuntutan royalti ini.

"Dia yang banyak menyelidik, mencari bahan bukti dan memang dia wira termasuk sahabatnya yang turut cedera dalam kemalangan itu,” ujarnya.

Husam berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di Kampung Kota, di sini tengahari tadi.

Selepas itu, jenazah dibawa ke Masjid Kampung Kota untuk disolatkan kali ketiga sebelum di kebumikan di perkuburan Islam Tok Panjang, dekat sini. Sebelum ini Husam sendiri mengimamkan solat jenazah di rumah keluarga allahyarham di sini.

Allahyarham berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Husam sejak tiga tahun lalu. Allahyarham merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Bharu, Anggota Exco Pemuda PAS Negeri serta beberapa lagi jawatan lain. Allahyarham Kamarulzaman, 32, terlibat dalam kemalangan maut ketika kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang dinaikinya, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang

Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti semalam. Bagaimanapun, dua orang lagi rakannya Penolong Pengurus Sumber Manusia PKINK Mohd Roslan Mohd Zain cedera dikepala pegawai di Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ridwan Elias hanya cedera ringan.

Roslan yang juga suami kepada kakitangan Harakah Cawangan Kelantan (Noraisiah Deraman), mulanya dirawat di Hospital Kuala Krai kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu manakala Ridwan kini dibenarkan pulang.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut hadir pada majlis pengebumian itu mengucapkan takziah pada anggota keluarga.

“Semoga Allah menempatkan allahyarham di tempat orang yang soleh,”ujarnya.

Turut menziarahnya Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. (IH)

Sebelum ini..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

5 Sebab G/Eng Tak Bubar DUN Jika BN Panggil ..


KL 11 Nov 11: Kerajaan negeri Pulau Pinang menyenaraikan lima sebab ia tidak akan mengikut langkah Barisan Nasional (BN) jika Parlimen dibubarkan sekarang untuk membuka laluan bagi pilihan raya umum tergempar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih bertegas mahu memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini, maka Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan memanggil sidang khas untuk membawa usul bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan bersama pilihan raya umum Parlimen.

Salah satu sebab menurut Lim ialah pentadbiran Najib masih belum menunaikan janji memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 yang dijanjikan untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

"Memandangkan spekulasi semakin rancak sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil pilihan raya umum pada tarikh bertuah 11 November (2011), ada lima sebab mengapa Pulau Pinang tidak akan ikut dan tidak akan mengadakan pilihan raya seiring dengan pilihan raya umum Parlimen tahun ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Di sebalik spekulasi itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini petang ini, yang dijangka antara lain akan membincangkan soal pengagihan kerusi.

"Persoalan timbul sama ada BN hanya akan mengadakan pengubahsuaian kosmetik berbanding memansuhkan ISA, sebaliknya menggantikan dengan dua undang-undang mirip ISA, menyebabkan rakyat Malaysia berhadapan dengan dua ISA berbanding satu sebelum ini," kata beliau lagi.

Keduanya kata Lim, adalah tidak adil mengadakan pilihan raya umum sekarang memandangkan jemaah haji belum pulang ke tanah air dan mereka akan dinafikan hak untuk mengundi, sekali gus menentukan kerajaan akan datang.

Kumpulan terakhir jemaah haji hanya akan pulang ke tanah air pada 11 Disember ini.

"Ketiga, kegagalan dan keengganan kerajaan BN untuk menjelaskan salah guna dana, penyelewengan yang jelas dan salah guna kuasa sebagaimana digariskan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Laporan Ketua Audit Negara mengingatkan rakyat Malaysia tentang setiap perkara yang salah di pihak kerajaan persekutuan BN," kata beliau, yang antara lain merujuk kepada perbelanjaan berlebihan oleh sembilan kementerian atau agensi kerajaan pusat dan projek kontroversi ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan milik keluarga Ketua Wanita Umno, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul.

Lim berkata, pihaknya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri memandangkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen masih menghalusi syor mengenai pembaharuan bagi mengadakan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

"Kegagalan untuk berbuat demikian akan membenarkan pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah dengan kewujudan pengundi-pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin yang diberikan status kerakyatan dan menjadi pengundi dalam beberapa jam. Apakah nasib Malaysia akan ditentukan oleh rakyat Malaysia atau pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin ini?" katanya lagi.

Selain itu menurut beliau, agenda nasional seharusnya difokus ke atas usaha mengelakkan banjir.

"Malaysia seharusnya belajar daripada keperitan masalah banjir di Thailand. Untuk mengadakan pilihan raya ketika musim tengkujuh apabila mangsa banjir lebih memikirkan keselamatan daripada mengundi, (kita) bukan sahaja menafikan hak demokratik mereka tetapi bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan. (IH)

KLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Awas Dari Kerana Hidung...

PENGGUNA
LUKA...Chong menunjukkan gambar hidung Kuo selepas menjalani rawatan.
LUKA...Chong menunjukkan gambar hidung Kuo selepas menjalani rawatan.

KL 11 Nov 11: Seorang wanita warga Singapura yang ingin mencantikkan hidungnya berdepan risiko kehilangan deria bau dan sukar bernafas akibat kegagalan rawatan kecantikan muka yang dijalaninya di pusat kecantikan sejak 26 Ogos lalu.

Mangsa, yang mahu dikenali sebagai Kuo, 49, mendapatkan rawatan kecantikan untuk hidungnya di sebuah pusat kecantikan yang beroperasi di Petaling Jaya mengalami jangkitan kuman selepas beberapa kali rawatan dijalankan melalui suntikan.

Menurutnya, ketika mendapatkan rawatan, pemilik pusat kecantikan itu menyarankan dia melakukan pembedahan kecil di bahagian hidung dikenali sebagai ‘rhinoplasty’ bagi mencantikkan struktur hidungnya.

“Saya kemudian disuntik untuk kali pertama di bahagian hidung pada 14 September dengan sejenis cecair dinamakan ‘hyaluronic acid’.

“Selepas disuntik untuk pertama kali, hidung saya berasa sakit dan membengkak sehingga mengganggu tidur saya selain tekanan darah meningkat akibat masalah pernafasan.

“Seterusnya saya disuntik lagi dengan dos yang lebih kuat pada 1 Oktober sebelum hidung saya mula mengeluarkan nanah dan kulit mula menggelupas,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di Wisma MCA, semalam.

Tertekan dengan masalah yang dihadapinya itu, Kuo pulang ke Singapura dan berjumpa dengan doktor yang kemudian mengarahkannya menghentikan segera pengambilan glukosa seperti disarankan pusat kecantikan itu.

Katanya, dia kerugian hampir RM16,000 sebagai bayaran prosedur kecantikan yang dilaluinya dan lebih mengejutkan, pengusaha pusat kecantikan berkenaan tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepadanya. Beliau berkata, dia bercadang menyaman pusat kecantikan berkenaan bagi mendapatkan ganti rugi.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, setakat ini, pihaknya menerima lebih daripada 14 kes serupa dan hanya membabitkan seorang lelaki manakala selebihnya wanita.

“Pihak kami akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan menyarankan mereka membuat pemeriksaan terhadap setiap pusat kecantikan yang beroperasi,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terimakasih kepada Biro Pengaduan Awam MCA yang membantu rakyat tanpa mengira negara. Setakat ini, pihaknya menerima lebih daripada 14 kes serupa dan hanya membabitkan seorang lelaki manakala selebihnya wanita.

Orang ramai patut diseru supaya berjaga-jaga jangan tertipu dengan pusat kecantikan seperti di atas. Bahkan Islam melarang penganutnya merobah-robah anggota badan sendiri yang sudah sempurna dicipta oleh Penciptnya. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

'Artis Bebas' Pengganas, Bakar Masjid. Benarkah?

Gambar hiasan

Kumpulan misteri bakar masjid di Perancis

BESANCON, Perancis - Polis menyatakan satu kebakaran kecil di sebuah masjid di bandar Montbeliard, timur Perancis dicetuskan oleh satu kumpulan misteri. Menurut polis, kumpulan sama sebelum ini mendakwa bertanggung jawab membakar dua lagi masjid di negara berkenaan.

Perbuatan khianat itu dilakukan sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan di dalam sebuah tong sampah berhampiran dinding belakang masjid berkenaan. Pasukan bomba bagaimanapun berjaya memadam kebakaran sebelum ia merebak.

Polis berkata, mereka menemui sepucuk surat yang memiliki tandatangan bermaksud 'Artis-Artis Bebas' di tempat kejadian. Kata polis, kumpulan tersebut mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan sabotaj itu. -AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah perjuangan artis, bebas membakar masjid? Kerajaan tak boleh kawal.. atau menyokong?

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Takziah Kpd keluarga Allahyarham Kamarulzaman


KUALA KRAI, 11 Nov 11: Weblog Ibnu Hasyim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman Abdullah (gambar, berdiri kiri), pembantu khas Datuk Husam Musa, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dekat Paloh di sini awal pagi ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, beliau bersama dua lagi rakannya menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, bertembung dengan sebuah kereta Produa Myvi di kilometer 40 jalan Kuala Krai-Gua Musang.

Mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari Kula Lumpur selepas menghadiri majlis penyerahan 'Amanat Tun Razak' kepada perdana menteri di parlimen berhubung tuntutan bayaran royalti Kelantan. Akibat kemalangan itu, beliau yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazah Allahyarham kini dibawa ke Hospital Gua Musang.

Dua lagi rakannya Roslan Mohd Zain juga cedera di kepala dibawa ke Hospital Kula Kerai manakala Ridwan Elias hanya mengalami mengalami cedera ringan. Pemandu dan penumpang Myvi juga cedera parah dan turut dibawa ke Hospital Kula Kerai untuk rawatan lanjut.

Solat jenazah allahyarham akan diadakan di rumah ayahnya di Batu 4 Wakaf Che Yeh selepas solat Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota. Allahyarham yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Kelantan, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

Sementara itu, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang kini dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman. "Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...Al-Fatihah," katanya.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kamarulzaman. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung

KOTA BHARU, 11 Nov 11: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini sebentar tadi.

Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan.

Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti.

Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini.

Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011.

Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini. (Harakahdaiy)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Gadis Bali 100 Tahun Lalu, Bogel?






Sebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Thursday, November 10, 2011

Lembu O Lembu! Siapa Jadi Lembu?

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirRAMAI rakyat Malaysia gemar makan daging lembu. Walau bagaimanapun, bekalan yang tidak mencukupi dan harga daging lembu import yang tinggi menjadikan keluhan panjang rakyat negara ini.

Justeru, kata Sandra Rajoo dari badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA), ramai yang menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan projek menternak lembu kelolaan Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) pada tahun 2008.

Namun, merujuk pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dan beberapa laporan media, Sandra berkata projek usahasama antara kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menghasilkan daging lembu tempatan dan mengurangkan import cukup mengecewakan.

Projek itu sepatutnya menghasilkan 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 yang cukup untuk memenuhi keperluan 40 peratus pengeluaran daging lembu dalam negara.

"Jadi, projek ini bermula dengan peruntukan RM74 juta di atas tanah seluas 5,000 ekar di Gemas,” katanya.

Walau bagaimanapun, salah urus dan ketidakcekapan yang tiada berkesudahan menyaksikan hanya terdapat 3,289 lembu yang berkeliaran di ladang yang tidak diuruskan dengan baik itu.

"Daging lembu NFC ini, ironinya dinamakan 'Gemas Gold' bernilai pada harga RM184 sekilogram, lembu-lembu NFC adalah kononnya dalam kelas daging lembu Wagyu yang menjadi legenda dan amat diminati ramai.

“Seekor lembu Wagyu boleh dijual antara RM30,000 hingga RM60,000. Lembu ‘Gemas Gold’ berdasarkan wang yang dibelanja itu pula bernilai RM55,000 seekor pada 31 Julai,” kata Sandra.

Projek lembu, akhirnya siapa meng'lembu'kan siapa? Menternak lembu di atas belakang keperitan dan penderitaan rakyat. Ada yang beli kondo mewah guna nama lembu. Siapa menglembu dan siapa jadi lembu? Rakyat perlu fikirkan, guna undi mereka, tolak BN supaya rakyat tidak jadi lembu...

Ada kaitan...

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Husam Serah Amanat Tun Razak Kpd PM

Kelantan hantar amanat Tun Razak kepada PM
KL 10 Nov 11: Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.

NONEMerujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Sehubungan itu, Kelantan yang diwakili oleh exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa menyerahkan surat atau amanat berkenaan kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

"Kami berharap dengan pulangnya Haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Haji: Najib Tak Faham Selesai Wukuf Dg Selesai Haji?


SEPANG, 10 Okt 11: Kenyataan Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu bahawa beliau telah selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu telah disalah tafsir, kata Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA di sini hari ini, Jamil Khir (gambar) dipetik Bernama Online berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

“Jadi pada petang itu mungkin... barangkali soalan itu ditanya petang itu... selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau.

Bernama dalam laporannya Ahad lalu berkata, Najib dan Rosmah selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

“Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia. Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Isu itu timbul apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Juanda berpendapat bahawa sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor Selasa lalu, itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Samada PM Najib salah faham antara selesai wukuf di Arafah dengan selesai haji. Atau beliau salah tulis tetapi yang penting, bukan salah tafsir. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Cubaan Gulingkan Najib, Ini Buktinya.

PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib


Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned 050511 n surendrenMengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran (kanan) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.

"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

NONEAntara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.

Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails