Saturday, November 12, 2011

Wanita Ini Dibogelkan Depan Ramai Kerana Mencuri.

Pencuri Wanita Dibogel dan Dimalukan Depan KhalayakTaizhou 4 Nov 11: Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China. Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China. Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut. Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia. Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou.

Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis. Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang. Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah kesannya hukuman dikhalayak ramai. Pada kami, di situlah pentingnya hukum hudud di dalam perundangan Islam, antara banyak lagi hikmah-hikmahnya. Hukum di hadapan ramai lebih banyak mendidik dari menghukum. (IH/Info Gallery )

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib)

3 comments:

Anonymous said...

1. Adakah siasatan yg adil telah dijalankan bagi mengelakan salah orang, atau fitnah ?
2. Adakah hukuman itu betul2 setimpal dengan kesalahan, mencuri-dibogelkan!?
3. Sesuaikah kalau yg melihat itu terdiri daripada kanak2?
4. Tidakah tindakan ini memalukan diri sendiri jika seluruh dunia melihat?

Anonymous said...

It's hard to find experienced people for this subject, but you sound like you know what you're talking about!
Thanks

Look at my site; acoustic guitar chord

Anonymous said...

smokeless cigarettes, e cigarettes, electronic cigarette, smokeless cigarettes, electronic cigarette, e cigarette

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails