Thursday, November 10, 2011

Kaki Raba Perempuan Calon P'raya Presiden AS?

Dakwaan ketiga gangguan seksual Herman Cain

CAIN menafikan semua tuduhan
gangguan seksual ke atas dirinya.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Bakal calon pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Herman Cain kali pertama didakwa secara terbuka kelmarin oleh seorang wanita, Sharon Bialek yang menuduh beliau merabanya.

Cain sebelum ini dilanda kontroversi selepas tiga wanita mendakwa telah dicabulnya.

Bercakap pada satu sidang media di sini, Bialek menceritakan dengan terperinci bagaimana Cain memasukkan tangan ke dalam skirtnya ketika mereka berada di dalam kereta selepas keluar makan malam di Washington pada 1997.

Diiringi pendakwa raya, Gloria Allred, wanita itu memberitahu, serangan seksual tersebut berlaku ketika dia meminta bantuan Cain selepas hilang pekerjaan di Persatuan Restoran Kebangsaan AS yang diterajui Cain.

"Dia (Cain) tiba-tiba mendekati saya dan meletakkan tangannya ke dalam skirt dan cuba meraba kemaluan saya. Dia juga memegang kepala saya dan menarik kepala saya ke arah kemaluannya," kata Bialek.

"Saya amat, amat terkejut dan tergamam. Saya berkata, anda sedang buat apa? Anda tahu bahawa saya mempunyai teman lelaki. Saya datang berjumpa anda bukan untuk ini (diraba).

Cain menjawab: "Anda mahu saya membantu anda mendapatkan kerja bukan?"

Dakwaan terkini itu boleh menjejaskan peluang Cain menentang bekas gabenor negeri Massachusetts, Mitt Romney bagi mewakili Parti Republikan untuk menentang Presiden Barack Obama dalam pilihan raya Presiden pada tahun depan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah politik di negara yang tidak pentingkan moral dan partinya yang seperti BN .. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

1 comment:

ijah tam said...

Malaysia pun sama sahaja. Calun tak bermoral diangkat sebagai pemimpin dan bakal jadi PM. Perbezaannya di sini ia ditakrifkan sebagai "fitna".. UMNO pula raja serigala fitnah, kononnya. itulah permainan politik zaman ini. Pejuang LBGT juga diangkat dan dijulang. Hanya PAs agak bersih. Agaknya lah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails