Wednesday, November 09, 2011

Gaji Minimun RM1,500. Sokong PR S'ngor. Horey!!

Gaji minimum RM1,500 bagi firma k'jaan negeri S'gor
Shah Alam 9 Nov 11: Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

NONEPengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.

Sebagai kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi bukti bahawa Pakatan Rakyat lebih layak memerintah Malaysia dari BN masa akan datang. Rakyat perlu berusaha untuk menukar kerajaan sekarang. Undilah PR. PKR, DAP & PAS! (IH)

Lihat sebelum ini...

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

batu pelangi/BZ said...

Haramjadah UMNOYAHUDI kalau tak
rampas PERAK dah tentu rakyat PERAK
pun akan dapat gaji minimun.

Anonymous said...

hahahaha cepatnya org percaya ngan janji2 manis PR nie...nanti bila nak laksana jgn kata pulak hanya sebilangan kecil anak syarikat kerajaan selangor yang capai kedudukan kewangan yang stabil n perlu diingat utk yg xstabil bantuan hanya diperuntukan 10 juta sahaja...jgn nanti ada double standard..kalau bole laksanakan bagus la jgn sampai jadi muflis xleh bayar gaji pekerja lak nanti...nak janji smua leh janji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails