Wednesday, November 09, 2011

RM500J Bukti Hasil Negeri Untuk Rakyat -Khalid Ibrahim


SHAH ALAM, 9 Nov 11:
'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat', bergema pada persidangan dewan negeri Selangor, pagi tadi. Ini, jelas terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008.

Walaupun begitu, kini Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).

Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)".

“Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran,” ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat.

Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia.

“Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010.

“Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi bukti bahawa Pakatan Rakyat lebih layak memerintah Malaysia dari BN masa akan datang.

Pertama: Apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008.

Kedua: Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).

Rakyat perlu berusaha untuk menukar kerajaan sekarang. Undilah PR. PKR, DAP & PAS! (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

Anonymous said...

Ini membuktikan beberapa perkara

1. Seorang pemimpin tidak semestinya pandai berpidato berapi-api

2. Seorang pemimpin yang berlatarbelakang korporat boleh menjadi seorang pemimpin negeri yang berkesan

3. Negeri-negeri perlu mencari orang yang berlatarbelakang korporat untuk diketengahkan sebagai pemimpin

Ibnu Hasyim said...

T.Kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails