Tuesday, November 08, 2011

Sekolah Datang Ke Tempat Pelajar, Jimat Masa

Bas jadi sekolah bergerak di India


SEBUAH bas yang menjadi sekolah bergerak diletakkan di sebuah kawasan setinggan di Hyderabad pada 1 November lalu.Reuters

JOM KREATIF

HYDERABAD - Sebuah bas menjadi sekolah bergerak di bandar Hyderabad, selatan India untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan. Keluarga kanak-kanak itu merupakan buruh di tapak pembinaan, pembantu rumah dan pengutip akhbar, pakaian serta barang lama yang boleh dijual manakala ibu mereka menjadi pembantu rumah.

"Kanak-kanak ini tidak mempunyai masa untuk pergi ke sekolah melainkan sekolah datang kepada mereka," kata Pengasas Yayasan CLAP, T. L. Reddy yang mengendalikan perkhidmatan bas yang menjadi sekolah itu.

Keluarga kanak-kanak itu tidak pernah pergi ke sekolah menyebabkan mereka bekerja keras untuk membayar hutang. Menurut Reddy yang bertugas sebagai guru sejak 25 tahun lalu, dia mengumpulkan sumbangan dan mendirikan khemah untuk dijadikan kelas sebelum menggunakan bas tiga tahun lalu.

Dinding di dalam bas itu dihiasi dengan huruf, nombor dan gambar buah-buahan serta haiwan. - Reuters

Selanjutnya..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails