Saturday, October 24, 2015

Video: Bajet 2016: BR1M Tak Bantu Orang Miskin -PAS


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), masih belum mampu membantu golongan orang miskin. 

Video: Bajet 2016: BR1M Tak Bantu Orang Miskin

Video: Bajet 2016 Tak Mampu Tangani Krisis Ekonomi Negara

Guru Sekolah Cabuli 4 Muridnya. Biasa Saja, Bagi 'Kepala Otak' Sekular..

MATARAM, Indonesia: Lembaga Perlindungan Anak Provinsi NTB mendedahkan telah berlaku kes keganasan seksual yang dilakukan oknum guru SD (Sekolah Rendah), M (57) kepada empat orang muridnya di Lombok Barat. 

Diketahui, empat murid berinisial PD, ND dan Y serta satu orang lain yang menjadi mangsa keganasan seksual dilakukan di persekitaran sekolah.


"Isnin (19/10) kelmarin, pukul 16.00 Wita, M merayu korban (muridnya) PD agar boleh dipegang bahagian dadanya. Mangsa sempat mengelak namun pelaku terus merayu dan akhirnya korban dipegang-pegang, "ujar Joko Jumadi, Bahagian Undang-undang LPA NTB kepada Republika di Kota Mataram, Khamis (22/10).


Menurutnya, pelaku sering melakukan perkara sama kepada murid-murid lain. Bahkan tidak segan memperlihatkan perilaku itu di hadapan murid yang lain. Tindakan gangguan seksual yang dilakuan M kepada muridnya terbongkar selepas PD bercerita kepada ibu bapanya tentang sikap gurunya yang berbuat tidak senonoh. 


Ia menuturkan, ibu bapa mangsa langsung melaporkan peristiwa tersebut ke Polsek Labuapi. Sementara itu, LPA bersama Lembaga Perundingan Kesejahteraan Keluarga Lombok Barat tengah melakukan pendampingan kepada mangsa.


"Atas cerita dari anaknya itu, bapa mangsa langsung melaporkan peristiwa yang menimpa anaknya itu ke Polsek Labuapi. Saat ini LPA NTB bersama dengan lk3 (Lembaga Perundingan Kesejahteraan Keluarga) Lombok Barat sedang melakukan pendampingan kepada mangsa, "ungkapnya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasa saja bagi pemimpin-pemimpin 'kepala otak' sekular. Tidak terasa tanggung jawab yang terpikul, dan terpukul maruah agama yang dianutinya. 


Di zaman Nabi SAW dan Khalifah-khalifah selepasnya, kerana aurat wanita, pemimpinnya sanggup mempertahannya dengan kekuatan tentera kerajaan. Contoh Zaman Nabi di Madinah, zaman Khalifah Al-Muktasim, dan semasa Islam mula masuk ke India. (IH)


Begitu juga berita di Malaysia ini..

Seorang bekas guru penolong kanan sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan, April tahun lepas.

Ahmad Rapaie Mohammad, 54, didakwa memeluk dan mencium murid perempuan yang ketika kejadian berumur sembilan tahun 11 bulan dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di depan stor dalam Bilik Media, di sebuah sekolah di ibunegara pada jam 1.20 tengah hari 30 April 2014.

Tertuduh yang ketika kejadian juga merupakan guru disiplin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N.Joy Jothi menawarkan jaminan RM8,000, namun tertuduh yang diwakili peguam Agus Rosman memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya sudah bersara awal kerana menghidap kanser lutut, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta perlu menanggung isteri dan seorang anak.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan abang tertuduh membayar jaminan itu. Mahkamah menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Agus supaya anak guamnya dibenarkan duduk sepanjang prosiding kerana dia tidak boleh berdiri lama akibat kanser lutut yang dihidapinya. - Bernama

Friday, October 23, 2015

Dr M Kalah Akhirnya, Tak Mampu Singkir Najib...

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui bahawa peluang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum 2018 adalah tipis, walaupun dengan perhimpunan 'kuasa rakyat'.
Negarawan berusia 90 tahun itu, yang menerajui Malaysia selama 22 tahun, telah berulang-kali mendesak Najib supaya berundur kerana terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah urus menggunakan dana syarikat pelaburan negara 1MDB.
Bagaimanapun menurut Mahathir, sebahagian besar wakil rakyat Umno melindungi Najib dan beliau membidas mereka kerana tidak berani bersuara.
"Semua mereka takut dan jaga kepentingan sendiri. Mereka tidak jaga parti, negara. Semuanya mengenai diri mereka sendiri," katanya kepada Reuters semasa wawancara diadakan di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
"Cara bergerak menunjukkan dia (Najib) mahu menghabis penggal penuhnya. Cara ahli Umno menerimanya kerana mereka mendapati selesa untuk bersamanya, saya fikir dia boleh menghabiskan penggal penuh."
Mahathir pernah menyokong Najib tetapi bertukar terhadapnya pada tahun 2013 dengan mengkritik dasar-dasar ekonomi kerajaan dan sikap ramahnya dengan barat.
Bekas perdana menteri itu menuntut Najib berikutan laporan pada Julai lalu yang mendakwa penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku 1MDB mengesan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.
Perdana menteri bagaimanapun menafikan mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi.
Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

Zarina Anjoulie, Dadah, & Waran Tangkap. Masih Salah UMNO?


HALAMAN HIBURAN
Selepas gagal hadir pada prosiding perbicaraan peringkat bela diri berkenaan kes dadah tiga tahun lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul hari ini.

Turut dikenakan waran tangkap adalah rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi.

Kedua-dua mereka dituduh memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram pada 2013 lalu.

Namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah berlaku sosial masyarakat pincang begini, pemimpin negara masih tiada atau lepas tanggung jawab? Kembalilah kepada ciri-ciri pemerintahan Islam.. (IH)

Video Kisah 'Perempuan Ganyang Perempuan', Perakamnya Kena Reman.

Ika dipegang polis bersama dua lagi rakannya berjalan di belakang dibawa keluar dari bilik reman

KOTA BHARU - Dua suspek dipercayai perakam video membelasah seorang wanita berusia 22 tahun yang menjadi viral di laman sosial Facebook, dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah, hari ini.

Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah, terhadap kedua-dua suspek wanita berusia 20-an terbabit, sementara reman terhadap suspek utama berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Ika dilanjutkan tiga hari lagi oleh pendaftar sama.

Dua suspek perakam aksi ganas tersebut ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab, antara jam 3 dan 4 pagi, kelmarin. Ika pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perintah reman berkenaan, manakala usaha mengesah dua lagi suspek dikenali Nija dan Mokbiey, 20-an diteruskan. Mereka dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang,” katanya.

Beberapa versi video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di laman sosial selepas insiden itu dirakam dan disebarkan kumpulan wanita terbabit, sejak beberapa hari lalu.

Kejadian berlaku dipercayai mangsa yang dituduh mencuri barang kemas seorang daripada suspek, tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.

Selain dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak hingga menampakkan bahagian dada, kumpulan wanita itu turut didakwa melarikan mangsa ke Terengganu menggunakan sebuah kereta serta memukulnya dengan menggunakan pengunci stereng.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perempuan Ganyang Perempuan, Apa Manfaat Dari Vide...]

Bajet 2016: Rakyat Makin Tertekan Hari Ini..


ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok (hari ini) menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.
Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

“Sepatutnya kerajaan tidak ada masalah sangat (untuk bantu rakyat) kerana sudah mempunyai suntikan tambahan iaitu GST. Laporan media sebut, hasil GST itu setakat ini sudah mencecah RM23 bilion. Dulu dikatakan kutipan GST ini adalah untuk menampung perbelanjaan negara. Sepatutnya, inilah masa untuk menunjukkan balik kepada rakyat bahawa duit itu digunakan dengan sewajarnya.

“Kerajaan perlu menggunakan sebahagian hasil kutipan GST itu untuk menampung kenaikan-kenaikan baharu ini seperti tol. Dulu bolehlah kerajaan kata bahawa mereka terpaksa menanggung bayaran kepada syarikat konsesi, tapi sekarang ini duit sudah ada.

“Sepatutnya gunakan balik duit itu untuk menampung apa sahaja perbelanjaan tambahan kepada konsesi-konsesi lebuh raya itu. Malangnya kerajaan tidak mengambil pendekatan sedemikian,” katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau turut mengakui rakyat terutamanya yang berada di Lembah Klang semakin tertekan selepas kenaikan kadar tol yang akan memberi kesan kepada kos perkhidmatan dan harga barang.

“Walaupun kerajaan kata tak naik, hakikatnya sebelum-sebelum ini apabila tol naik, minyak naik, harga barang akan turut naik. Jadi, kerajaan kena prihatinlah pada masalah rakyat sekarang ini.

“Pada masa sama, kerajaan tidak menerangkan kepada rakyat ke mana hala tuju duit tambahan itu. Saya rasa kerajaan perlu memberitahu kepada rakyat nak guna duit tambahan itu di mana. Barulah rakyat faham dan boleh memberi sokongan kepada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, sekiranya kandungan Bajet 2016 mampu meredakan masalah dan kesengsaraan rakyat termasuk berkaitan kos sara hidup, ia mungkin bakal mengubati perasaan rakyat yang tidak cenderung dengan pemerintahan Najib.

“Saya fikir beliau akan mengambil kira bahawa Bajet 2016 ini penting untuk menentukan bagaimana persepsi dan sokongan rakyat terhadap beliau. Sudah tentu beliau akan mengambil langkah dan strategi-strategi yang dapat meredakan rungutan dan sungutan rakyat.

“Jika itu berlaku, sedikit sebanyak tidak akan menambah teruk lagi persepsi rakyat terhadap beliau,” katanya.

Meskipun rakyat sedang ‘kepanasan’, namun beliau berkata, ia tidak dapat dinafikan bahawa rakyat tetap menanti kadar BR1M dinaikkan susulan daya beli mereka yang sudah menurun.

Katanya lagi, langkah terbaik yang kerajaan boleh ambil ialah mendengar rintihan rakyat dan mengambil tindakan konkrit dengan menyalurkan balik wang yang telah dikutip itu kepada rakyat bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Manakala, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, rakyat lebih menantikan penyelesaian segera kerajaan terhadap kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menangani isu kejatuhan mata wang.

“Sekarang ini dengan keadaan tol naik, minyak naik, duit jatuh, perkara ini (pengagihan hasil GST) orang dah tak pandang dah.

“Mungkin ada segelintir yang pandang tapi ramai yang lebih risaukan keadaan sekarang ini. Daripada mengharapkan pulangan GST, mereka lebih berharap agar GST itu dihapuskan terus,” katanya. (SH)

Dadah Dalam Minuman Berperisa

MOHD. DZURAIDI (dua dari kanan) menunjukkan botol minuman berperisa yang telah dicampur dengan dadah di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

PENGGUNA
KUALA LUMPUR – Taktik sindiket dadah yang mencampurkan bahan khayal itu ke dalam minuman berperisa terbongkar selepas polis merampas sebanyak 1,218 botol minuman mengandungi dadah bernilai RM1.15 juta dalam tiga serbuan berasingan sekitar Kuala Lumpur dan Gombak, Selangor pada Selasa lalu dan kelmarin.
Serbuan selama 11 jam bermula pada pukul 8.45 malam 20 Oktober lalu itu turut berjaya menahan seramai lima warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 32 hingga 43 tahun disyaki pengedar dadah.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, sindiket itu mula aktif sejak enam bulan lalu dan menyasarkan kelab-kelab malam serta individu yang menghadiri pesta persendirian.
"Siasatan awal mendapati, sindiket ini akan mencampurkan dadah jenis ekstasi, eramin 5, atau ketamin dengan minuman berperisa menggunakan mesin pengisar sebelum memasukkan semula air tersebut ke dalam botol berkapasiti 500 mililiter.
"Ahli sindiket kemudian akan menjual air bercampuran dadah itu kepada pelanggan mereka dengan harga RM350 sebotol," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam. (KOSMO)

Pelancong M'sia Ditahan Di Melbourne, Disyaki Pengganas..



Melbourne: SEORANG pemuda Malaysia kelmarin, telah ditahan oleh pihak  imigresen Australia di Melbourne beberapa jam, kerana disyaki 'pengganas', di pejabat imigresen Melbourne.


Shah Kuala Kangsar, bergambar di tengah-tengah.

Dia disyaki pengganas, kerana pihak imigresen mendapati terdapat video penyembelihan manusia berkemungkinan oleh ISIS di dalam handphonenya.

Sebab kedua ialah kerana terdapat bukti-bukti di pasportnya, dia pernah berada di kawasan bergolak Selatan Thai. 

"Menonton video begitu biasa saja, nak tahu. Begitu juga dengan lawatan saya ke Selatan Thai." Kata pemuda yang mahu dipanggil namanya sebagai 'Shah Kuala Kangsar' sahaja.

Kerana dia memang anak Kuala Kangsar, Perak.

"Al-hamdulillah, saya telah dibebaskan, kerana saya sebenar adalah seorang pelancong biasa yang ingin menikmati keindahan alam di Australia.

"Itu saja. Terima kasih, pihak imigresen Australia!" Katanya tersenyum.
(IH Australia)


Sila Lihat..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia &; Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Thursday, October 22, 2015

Kit Siang Kena 'gantung' Ke Parlimen 6 Bulan.


Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) sah digantung kehadiran ke Parlimen selama enam bulan kerana didakwa menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Selepas pengundian dibuat, seramai 107 bersetuju beliau digantung, manakala 77 ahli parlimen membantah penggantunggannya dengan seorang yang berkecuali.
"Sesuai dengan keputusan ini, saya minta Gelang Patah meninggal dewan," kata Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee.
Lim sempat melambai dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua ahli parlimen manakala ahli parlimen BN turut menyambut lambaiannya.
Usul kerajaan untuk menggantung tokoh parlimen DAP itu dibuat mengikut peraturan 27 (3) Peraturan Mesyarat dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun ahli parlimen pembangkang khususnya daripada DAP membangkitkan bahawa Lim sepatutnya dibawa ke pendengaran Jawatankuasa Hak Keistimewaan mengikut Peraturan Mesyuarat 80 terlebih dahuu supaya beliau diberi peluang untuk dikemukakan bukti dan saksi. (MK)

PM Akan Berundur, Jika Usul Undi Berjaya,. -Abdul Rahman Dahlan

JIKA usul undi berjaya, PM akan berundur.
Ketika pembangkang merancang membentangkan usul unmdi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, seorang menteri Umno mencabar tiga pemimpin pembangkang untuk meletakkan jawatan jika usul itu tidak mendapat sokongan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam tweet mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng supaya meletakkan jawatan parti masing-masing jika mereka gagal.
"Jika usul undi berjaya, PM akan berundur.
"Jika usul itu dikalahkan WA (Wan Azizah), LGE (Lim Guan Eng) & LKS (Lim Kit Siang) mesti bertanggungjawab penuh & meletakkan jawatan jawatan dalam parti mereka," tulis Rahman yang juga adalah ahli parlimen Kota Belud.
Katanya, jika ketiga-tiga pemimpin itu mempunyai harga diri, mereka akan meletakkan jawatan jika usul undi tidak percaya dikalahkan.
"Ini adalah bukti mereka tidak mendapat kepercayaan ahli-ahli parlimen pembangkang."
Menurut Rahman, pemimpin pembangkang tidak boleh hanya membentangkan usul undi tidak percaya dan berpura-pura reputasi mereka tidak terjejas sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan dikalahkan. (IH)

Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.
E-Buku IH-105: 'Saya tidak akan turun!' -PM Najib Tegas.

Azalina Beri Kit Siang Masa Hingga Jam 11.30 Pagi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dijadual membentangkan usul kedua untuk menggantung kehadiran Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) pada pukul 11.30 pagi ini.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, Azalina berkata Lim mempunyai masa sehingga 11.30 pagi ini untuk menyelesaikan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung tuduhannya terhadap Pandikar.
Katanya, jika speaker menerima apa yang hendak dikatakannya, maka kerajaan akan menarik balik usul itu.
"Ia kini antara beliau dan speaker," kata Azalina.
Pada hari Selasa, Lim menuduh speaker menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) terhadap1MDB.
Lim juga memanggil Pandikar sebagai diktator kerana didakwanya mensabotaj perintah tetap Parlimen dan mempolitikkan statusnya sebagai Speaker Dewan.
Usul Azalina itu mendakwa tuduhan Lim terhadap Pandikar adalah serius dan penghinaan kepada speaker bersamaan dengan penghinaan kepada prosiding Dewan Rakyat.
"Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang ahli Parlimen Kawasan Gelang Patah hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh usul ini diputuskan," kata usul tersebut.
Azalina sepatutnya membentangkan usul itu semalam tetapi Pandikar mengarahkan beliau menariknya balik.
Ini selepas Lim memberi penjelasan mempertahankan dirinya, dengan berkata beliau tidak mengkritik speaker.
Pandikar, bagaimanapun, masih menuntut supremo DAP mengatakan sama ada beliau akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu selepas sejam perbahasan mengenai jerebu antara jam 4.30 petang hingga 5.30 petang semalam.
Tetapi apabila perbahasan berakhir, Lim telah meninggalkan Parlimen dan ahli-ahli Parlimen pembangkang mendakwa mereka tidak sedar bahawa Lim sepatutnya membuat penarikan balik itu pada hari itu sendiri.
Ini mendorong Azalina untuk memfailkan notis usul kedua untuk menggantung kehadiran Lim. (MK)

Padang, Kota Penghafal Al-Qur'an & Solat Subuh Berjamaah. Contoh Baik, M'sia Boleh Ikut?.

Datuk Bandar Padang saat epal akbar "Semarak Subuh" di Lapangan Imam Bonjol.

JOM KREATIF

SEJARAH baru diukir bagi kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ibu negara wilayah sumbar ini dicanangkan sebagai Bandar Penghafal Al-Qur'an dan Solat Subuh Berjamaah di setiap masjid atau surau.

Pencanangan itu dilakukan Walikota H. Mahyeldi Dt. Marajo pada epal akbar "Semarak Subuh" yang dilaksanakan di Lapangan Imam Bonjol, Ahad (18/10/2015).

Menurut Datuk Bandar, bagi santri yang rutin melaksanakan solat Subuh berjamaah di masjid tanpa terputus, nantinya akan diberi hadiah berupa wang. Begitu juga yang berjaya menghafal Al Quran 30 juz akan diberangkatkan menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci.

Dalam pelaksanaannya nanti akan ada pasukan pengawal di masjid dan mushalla atau surau di lingkungannya masing-masing. Untuk masa penilaian akan ditentukan lebih lanjut.

"Pemerintah Kota Padang akan menganggarkan sekitar indonesia Rp. 500 juta  untuk itu. Masing-masing santri yang berjaya melaksanakan solat Subuh 40 kali berturut-turut tanpa terputus akan diberi hadiah dengan besaran yang mencukupi. Hal itu guna memotivasi para santri didikan Subuh lebih bersemangat, "sebut Wako Mahyeldi.

Ia berharap, pelajar-siswi yang mengikuti Didikan Subuh di TPQ / TQA masing-masing agar lebih rajin. Selain mengikuti solat Subuh berjamaah, juga perlu rajin pula meningkatkan hafalan ayat-ayat Al-Quran. Sebab, ia ingin masyarakat Kota Padang semakin keagamaan dan menjadi masyarakat penghafal Quran.

Dia yakin, dengan rajin solat subuh berjemaah di masjid dan menghafal Quran akan menanamkan rasa mencintai agama dan mereka akan semakin mempunyai dasar keimanan yang kuat. 

"Hanya orang yang mempunyai keimanan yang kuatlah yang layak menjadi pemimpin. Mereka yang mempunyai keyakinan dan keimanan ibarat sebatang pokok yang akarnya menghunjam dalam ke bumi dan batangnya menjulang tinggi serta berbuah setiap musim. Mereka adalah generasi yang beriman seperti pelajar TPQ / TQA yang hadir saat ini, "sebutnya.

Datuk Bandar dengan lantang menyeru, "Apakah kalian bersedia menjadi pemimpin?" Secara serentak dan lantang para santri menyahut, "siaaap!". 

Suatu contoh kreatif untuk mengislamkan masyarakat yang boleh kita jadikan tauladan. (IH/Hidayatullah.)

Lihar sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Azalina Buat 'Pusingan U', Hantar Semula Usul Gantung Kit Siang,

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said membuat ‘pusingan U’ apabila menyerahkan sekali lagi notis membentang usul menggantung Lim Kit Siang daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
Keputusan itu dibuat pada pukul 6 petang, Rabu, kira-kira satu jam selepas beliau menarik balik notis usul yang sama apabila diminta oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk berbuat demikian.
Pada masa yang sama, Pandikar turut menuntut Kit Siang memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap dirinya, tetapi pemimpin veteran DAP itu melakukannya.
Penghantaran semula notis usul ini dimaklumkan kepada pemberita oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasah sebaik sahaja sidang ditangguhkan, petang Rabu.
Terdahulu, Azalina mengedarkan pemberitahuan usul kepada ahli Dewan Rakyat sebagai tindakan untuk mempertahankan kemuliaan Dewan Rakyat dan menegakkan kebenaran bahawa Speaker hanya bertindak mengikut Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasa budi bicara beliau untuk ‘sabotaj’ siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) diikuti tuduhan beliau adalah ‘diktator’ adalah satu tuduhan yang bersifat bukan sahaja menghina institusi perundangan tertinggi negara - Parlimen.
"Ini adalah satu tuduhan yang berat sekali gus menjejaskan nama baik Dewan Rakyat," kata Azalina, merujuk kepada tindakan Kit Siang terhadap Pandikar.
Azalina berkata Pandikar telah memberi masa sewajarnya untuk Kit Siang menjelaskan dan memohon maaf tetapi tiada tindakan susulan daripadanya.
"Kerajaan tiada pilihan lain selain membentangkan satu usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 27(3) untuk menggantung YB Gelang Patah," katanya.
Pada Isnin, Pandikar menuntut Kit Siang membuat permohonan maaf tanpa syarat susulan kenyataan menuduhnya menyalahgunakan kuasa speaker Dewan Rakyat dan cuba mensabotaj siasatan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pandikar pada sesi perbahasan Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan bermula itu berkata, sekiranya Kit Siang tidak membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya itu, tindakan boleh diambil terhadapnya. (mStar)

Henti Serangan Udara Atas ISIS -PM Baru Kanada.


Jet-jet pejuang Kanada akan menamatkan serangannya atas pasukan Negara Islam (ISIS / isil) di Syria dan Iraq, kata perdana menteri Kanada yang baru, Justin Trudeau, hari Selasa (20/10/2015).

Walaupun demikian Kanada masih sebagai anggota kuat dari pakatan menentang Negara Islam, kata Trudeau, selepas menjelaskan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa dia komited memenuhi janjinya ketika kempen untuk menamatkan misi tempur negaranya tersebut.

Trudeau tidak memeberikan jadwal bila serangan udara Kanada itu akan diakhiri, lapor AFP.

Para ahli politik Konservatif Kanada telah memberi amaran bahawa menyingkirkan 6 pesawat pejuang dari pasukan kerajaan campuran pimpinan AS untuk menggempur ISIS akan menimbulkan konflik antara Kanada dengan AS. Namun, Trudeau dengan kemenangan pilihan raya hari Isnin lalu, bertekad menghapuskan dasar perang di Timur Tengah yang dibuat oleh kerajaan Konservatif pimpinan PM Stephen Harper selama 9 tahun terakhir.

Ahli politik Parti Liberal berusia 43 tahun itu juga berjanji akan menampung 25,000 pelarian Syria tahun ini. Padahal pendahulunya, PM Stephen Harper, menolak untuk menampung lebih banyak pelarian Syria, walaupun ada kemarahan awam berikutan kes kematian kanak-kanak 3 tahun, Aylan Kurdi, yang terdampar di pantai Turki. 

Nasib keluarga kanak-kanak kecil itu tidak jelas selepas permohonannya untuk mencari suaka di Kanada berulang kali ditolak, hingga akhirnya kanak-kanak malang itu terkorban bersama ibu dan abangnya di tengah laut, hanya tinggal ayahnya seorang.  (IH)

Horey! Jom Bogel Ramai-ramai Di Negara Umat Islam M'sia..

Horey! Jom bogel ramai-ramai.. Mungkin begitulah gembiranya mereka di negara umat Islam Malaysia.. Beberapa gambar lelaki yang didakwa pelancong dari China berbogel di tepi pantai dengan beberapa wanita dalam keadaan separuh bogel. 
Ianya didakwa dirakam di Pulau Sibuan berhampiran Semporna, Sabah, kini menjadi viral di media sosial. Juga dikatakan tersebar secara meluas di aplikasi WeChat dan WhatsApp.
Portal Berita Harian Online memetik tu Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya.
Katanya, polis juga akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya dipetik akhbar itu.
Antara gambar yang tersebar ialah tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian menghadap kamera, selain tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.
Pada 30 Mei lalu, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri itu.
Empat daripada mereka kemudian ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga hari serta denda RM5,000 setiap orang.
Mac lalu pula, dua wanita warga asing dirakam bermain pasir di Pulau Sulug di Kota Kinabalu dalam keadaan separuh bogel sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung lain.

Semuanya, buat malu Malaysia sahaja.
(IH)

Wednesday, October 21, 2015

Sejarah Merebaknya Gereja Ilegal Di Aceh Singkil.

Ketua Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh Singkil, KH. Rasyiduddin SH, mengatakan undung-undung adalah sebuah bangunan rumah ibadah yang bentuk dan fungsinya menyerupai seperti bangunan surau atau musholla.

Awalnya, Rasyid menceritakan, pasca konflik di tahun 1979 -tepatnya 11 Julai 1979, telah dibuat perjanjian bersama di Lipat Kajang, melalui sebuah surat perjanjian yang ditandatangani secara bersama oleh 8 ulama perwakilan umat Islam dan 8 pengurus gereja wakil umat Kristian.

"Pertemuan itu disepakati untuk tidak melaksanan pendirian mahupun rehab gereja sebelum mendapat izin dari Pemerintah Daerah Tingkat II."

Perjanjian itu, katanya, adalah dibolehkannya pembangunan 1 unit gereja di Kampung Kuala Kerangan Kecamatan Simpang Kanan saiz 12 x 24 meter dan tidak bertingkat.

"Beberapa tahun kemudian, 11 Oktober 2001, sebagai wujud nyata atas toleransi umat Islam Aceh Singkil kepada umat Kristian, diberikan izin 4 buah undung-undung, yakni: 

  • 1 unit undung-undung di Kampong Keras Kecamatan Suro, 
  • 1 unit undung-undung di Kampong Napagaluh Kecamatan Danau Paris, 
  • 1 unit undung-undung di Kampong Suka Makmur Kecamatan Gunung Meriah, dan 
  • 1 unit undung-undung di Kampong Lae Gecih Kecamatan Simpang Kanan. "

Apabila terdapat gereja atau undung-undung selain itu, maka perlu dibongkar oleh umat Kristian itu sendiri. Dalam hal ini, umat Kristian perlu menepati janji dan mentaati undang-undang, peraturan dan perjanjian yang telah disepakati. Kenyataannya, bukannya dibongkar, tapi bertambah memperbanyak bangunan gereja baru dan direhab.

"Namun, faktanya, hari ini jumlah gereja dan undung-undung di Kabupaten Aceh Singkil bertambah banyak. Forum Umat Islam Aceh Singkil mencatat, terdapat 27 unit bangunan rumah ibadah tanpa izin dan melanggar SKB 2 Menteri No 8/9 dan Pergub Aceh No 25 Tahun 2007. "

Setelah disepakati bersama, umat Islam di Aceh Singkil tak lagi remeh-temeh ataupun mengusik bangunan rumah ibadah tersebut, baik gereja maupun undung-undung (1 gereja dan 4 undung-undung).

"Asal jangan gereja, umat Islam masih membolehkan bangunan yang lain. Ketika itu muncul lah istilah undung-undung dari mulut seorang pendeta, dalam hal ini dari pihak Kristian. Tapi rupanya, itu akal-akalan mereka untuk menipu umat Islam. Bangunan yang mulanya kecil lalu direhab menjadi besar, "ungkap Rasyiduddin, Ketua MPU Aceh Singkil.

Selama ini yang menjadi dasar hukum pendirian rumah ibadah di Kabupaten Aceh Singkil adalah merujuk pada peratutan Bersama Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri (SKB 2 Menteri Nombor 8/9 Tahun 2006, dan Peraturan Gubernur Nanggroe Aceh Darussalam No. 25 Tahun 2007 tentang Pedoman Pendirian Rumah ibadah Nanggroe Aceh Darussalam.

Istilah Undung-undung

Apa itu undung-undung? Kepala Kantor Kementerian Agama Aceh Singkil, Salihin Mizal, mengaku belum sepenuhnya memahami apa yang menjadi kriteria undung-undung yang berfungsi sebagai rumah ibadah. Memandangkan belum ada kriteria yang jelas dari Kerajaan Pusat. Dan pengetahuan beliau, istilah undung-undung hanya ada di Aceh Singkil, dan tidak dikenali di luar Aceh.

"Pernah kami tanya dengan orang tua di sini apa itu undung-undung, lalu dijawab, undung-undung adalah sebuah pondok kecil di tengah sawah untuk menjaga padi di sawah agar tidak dimakan burung. Sampai hari ini istilah undung-undung tidak jelas. Kalau gereja kan jelas kriterianya, tapi kalau undung-undung masih belum jelas, "ujar Salihin Mizal di ruang kerjanya.

Salihin berharap, Kerajaan Pusat sebagai pengambil kebijakan perlu merumuskan kembali apa itu undung-undung. Dalam peraturan yang ada, selama ini yang dikenali adalah gereja, bukan undung-undung.

Bukan tidak mungkin, istilah undung-undung digunakan sebagai cara untuk mengakali agar rumah ibadah non-muslim itu terus berkembang hingga menjadi bangunan kekal seperti gereja. Sehingga menjadi sukar membezakan mana undung-undung dan mana gereja.

"Oleh kerana itu, perlu dibuat standard yang jelas dari Pemerintah di tingkat pusat mahupun daerah dengan istilah undung-undung tersebut. Kalau tidak dibincangkan tidak akan selesai-selesai, "kata Salihin. (IH/Hidayatullah.Com)

Lihat sebelum ini..

Juga..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Jimat!! Pemutihan PATI, Pak Jull Sedia Bantu..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 
Pak Jull

PROGRAM pengampunan dan pemutihan imigran diadakan untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini. 
Program pemutihan PATI ini membabitkan Pendaftaran, Program Penyelesaian Menyeluruh atau Program 6P.
Kata Pak Jull (gambar), yang saya temui baru-baru ini. 

Dia dari Pusat Khidmat Masyarakat Sungai Burung, Tanjung Karang, bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat tempatan di Selangor, tetapi juga berkhidmat dan memberi pertolongan kepada golongan penghijrah atau PATI yang memerlukan bantuan darinya.

"Saya hanya membantu kawan-kawan kita dari Indonesia minta tolong, dalam melaksaanakan Program Pemutihan Kerajaan Malaysia. Yakni pengampunan PATI untuk dihantar balik ke negara asal mereka." Kata Pak Jull.

"Pernah seorang PATI datang menemui saya, mohon pertolongan kerana dia dikenakan harga yang tinggi oleh 'tekong'nya dalam proses pemutihan itu sebanyak RM3,000, untuk ke Sumatera.

"Saya membantunya, tolong mengurusnya. Hanya..
  • Bayar kompaun RM800+RM23
  • Tiket pesawat pulang ikut jauhnya antara RM300 ke 700 Indonesia.
  • Pasport RM47 + cop jari RM15.
Itu saja tak sampai RM2,000 pun, bukan RM3,000, kan jimat!" Jelas Pak Jull.

"Hubungi siapa, kalau ada kawan-kawan kita yang minta tolong atau mohon khidmat nasihat?" saya tanya.


Ya, katanya.. Hubungi terus..

Pak Jull
011 12352636
Al-hamdulillah, saya panjangkan hal ini kepada pembaca budiman.

Perhatian: 
Untuk maklumat proses pengambilan pekerja di Australia, boleh juga hubungi Ibnu Hasyim 

Ibnu Hasyim
 e-mil: ibnuhasyim@gmail.com
Tel: 014 2225865
21 Okto 2015
KL.

“Penggal Kepala Orang-orang Yahudi Itu!” -ISIS

Dalam dua hari terakhir ISIS telah mengeluarkan enam video yang mengandungi kempen sokongan terhadap Palestin. Kumpulan ini menyeru agar rakyat Palestin meningkatkan serangan terhadap tentera dan orang awam Israel.

Selain video, ISIS juga menerbitkan beberapa artikel yang ditulis oleh tokoh-tokoh ISIS. Lihat video disini: https://archive.org/details/MAQKHAYR dan disini: https://archive.org/details/ArhiboAlyahood

Dalam video terakhir yang dikeluarkan pada hari Isnin (19/10/2015) kelmarin, ISIS mendesak Palestin untuk melakukan serangan dengan menggunakan segala cara yang mereka miliki, termasuk pisau, kenderaan, racun, dan bahan letupan.

"Lawan Yahudi dengan cara apapun yang anda boleh. Keganasan mereka dengan alat letupan, sehingga air mata mereka sehingga hancur. Penggal kepala orang-orang Yahudi itu", ungkap Negara Islam menegaskan dalam video.

Dalam video berjudul "Keganasan untuk Orang-orang Yahudi", ahli ISIS memuji aksi penikaman yang dilakukan oleh warga Palestin. Mereka menilainya sebagai aksi serigala yang tidak boleh tenang dan menyebarkan ketakutan di kalangan anak-anak Zion, seperti dikutip dari laman WRAL, Selasa (20/10/2015).

Video-video ini dikeluarkan bertepatan dengan meningkatnya gelombang keganasan Israel-Palestin yang diwarnai dengan aksi penusukan yang dilakukan oleh warga Palestin terhadap tentera atau pun orang awam Israel. ISIS sendiri diketahui tidak mempunyai 'wakil' di Palestin, baik itu di Tebing Barat atau pun Jalur Gaza.
REUTERS

Doktor Klinik K'jaan Cabuli Pesakit. Ini Cara Selesai..

Seorang wanita 29 tahun mendakwa seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor mencabul kehormatannya. 
Hanya mahu dikenali sebagai “Miss T”, beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.
Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.
"Doktor arahkan saya baring untuk periksa dan dia tutup langsir. Saya hanya ikut arahan. Dia sentuh dada saya dan dengar denyutan nadi (pakai stetoskop). Dia sentuh dada saya perlahan-lahan selama tiga minit.
“Selepas itu dia minta saya duduk di katil, dia minta saya angkat pakaian dan buka bra tapi saya tak mahu dan doktor guna tangan dia masukkan ke dalam bra saya, sentuh kedua-dua belah dada saya,” katanya.
Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.
“Doktor tanya sama ada saya dah kahwin atau belum, ada anak atau tidak dan anak macam mana. Saya nak cepat-cepat pergi dari situ,” katanya.
Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.
“Dan esoknya saya ke klinik itu dan beritahu ketua jururawat apa yang berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, kata wanita itu, sehingga ke hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.
“Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.
“Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain,” kata Miss T pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini.
Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin pada sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.
Beliau hadir dengan memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi.
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi klinik terbabit.
Polis: Kes sedang siasat
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima laporan tersebut.
Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Namun Azman enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Kalau hal itu menjadi masalah kes, mampukah pihak Kementerian Kesihatan mewujudkan suatu sistem di mana doktor lelaki merawat pesakit lelaki dan doktor perempuan merawat perempuan?
Ini juga sangat sesuai dengan kehendak agama Islam yang menjaga aurat, dan menghormati pesakit. (IH)

Perempuan Ganyang Perempuan, Apa Manfaat Dari Video Ini?

Sedutan video yang viral hari ini. 

Lihat kisah dari video viral ini. Apa Manfaat yang boleh diambil iktibar.

SEBUAH video yang menunjukkan seorang wanita dipukul oleh dua wanita lain viral di laman Facebook hari ini. 

Laman Facebook Friends of BN mendakwa, kejadian tersebut berlaku di Bachok, Kelantan. 

Dalam video tersebut, seorang wanita berbaju ungu dan berseluar jeans dilihat dipukul beberapa kali di bahagian kepala dan badan. 

Seorang wanita lain pula menendang kepala mangsa beberapa kali. 

Terdapat beberapa saksi di dalam video tersebut yang dilihat hanya berdiri sambil merakam kejadian dan tidak berusaha untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.

"Kes pukul perempuan sama perempuan, mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan," tulis laman itu. 

Menurut Friends of BN, kejadian tersebut dikatakan akibat berlaku salah faham yang menyebabkan mereka yang terbabit bergaduh. 

Hampir 10,000 pelayar menyaksikan video tersebut menggesa PDRM segera menyiasat kejadian berkenaan.(IH)

Ditangkap Khalwat Bogel Begini, Siapa Salah, UMNO?


Jitra: Sepasang remaja yang bermadu asmara tergamam apabila ditangkap berkhalwat dalam keadaan separuh bogel (termasuk dalam kategori bogel) di sebuah motel di Changlun, beberapa hari lalu. 

Malah, remaja lelaki berusia 19 tahun itu sanggup meminjam kereta bapanya untuk keluar bersama kekasihnya, 19, sebelum menginap di hotel untuk melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun, tindakan mereka itu mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 2.50 petang. 

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di motel itu dan bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan. 

Menurutnya, pasukannya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang disyaki disewa pasangan terbabit yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Perlis. (hmetro)
Soalnya sekarang, siapa yang bersalah? Weblog ini sentiasa diserang kerana mengaitkan setiap perlakuan buruk dengan UMNO/BN. Mengapa dikaitkan dengan UMNO/BN?


Pertama: Kerana dasar kerajaan Malaysia gagal menekankan perlaksanaan cara hidup Islam yang syumul, kerana perlembagaan negara ini bukan berdasarkan Islam.. Yang sepatutnya mementingkan moral dan agama. Pentarbiahan dalam segenap bidang, pendidikan, penerangan, belia dan lain-lain.

Kedua: Media kerajaan dan yang di bawah naungan kerajaan seperti akhbar, tv dan lain-lain berterusan menyuburkan dasar anti Islam seperti pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batas dan hijab. Bahkan pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN pun tidak menunjukkan contoh yang baik. Lihat saja aurat keluarga-keluarga menteri.

Ketiga: Difahamkan BN menggunakan jentera kerajaan seperti polis dan pemimpin UMNO menaungi kegiatan penyebaran video-video lucah, maksiat dan judi... 

Dan banyak lagi.. Jelasnya secara langsung atau tidak langsung, memang UMNO terlibat dan bertanggung jawab dalam kepincangan masyarakat seperti seperti yang ada sekarang. Lihatlah bagaimana pentadbiran Nabi SAW dan Khalifah-khalifah Islam terdahulu sebagai panduan. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails