Sunday, October 18, 2015

Demi Lovato: Trend Didik Artis Wanita Berbogel Dikhuatiri Landa M'sia..


HALAMAN HIBURAN
SEJAK kebelakangan ini, bukan lagi menjadi satu perkara tabu buat penghibur wanita antarabangsa untuk tampil berbogel bagi menjayakan sesi fotografi majalah.
Bahkan, menurut mereka, bergambar tanpa mengenakan seurat benang dilihat sebagai sebuah metafora bagi meraikan bentuk tubuh selain mengga­lakkan golongan wanita untuk mencintai diri sendiri.
Itulah manifestasi yang cuba disampaikan oleh penyanyi dan pelakon, Demi Lovato apabila dia mengambil keputusan untuk beraksi bogel menerusi majalah fesyen terkemuka, Vanity Fair baru-baru ini.
Bagi pemilik nama Demetria Devonne Lovato, 22, itu, idea untuk tampil minimalis tanpa pakaian, solekan dan sun­tingan grafik mampu memberikan keyakinan terhadapnya untuk terus mendidik wanita mengenai maksud kecantikan yang sebenar.
“Bagi saya, ada sesuatu yang luar biasa tentang idea untuk bergambar sedemikian,” ujar Lovato kepada majalah Vanity Fair.
“Saya sendiri tidak menyangka mampu berasa selesa di hadapan kamera bagi menjayakan sesi fotografi seperti itu.
“Ia memberikan impak yang positif terhadap keyakinan saya dan golongan wanita lain. Setiap orang mempunyai rasa takut dan tidak mustahil untuk rasa takut itu dapat dihapuskan,” katanya yang berketurunan Mexico dan Sepanyol daripada sebelah bapanya, manakala ibunya pula berdarah kacukan Irish dan Itali.
Itulah trend didik artis ajaran sesat Demi Lovato yang dikhuatiri melanda negara ini. Ini juga ajaran sesat yang merbahaya, Bahagian Agama negara perlu ambil perhatian, perlu peka tidak pura-pura pekak! (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

Alasannya mengguna kepala otak yg sebijik macam kaum sodomy pompeii. Gegak gempita kaum ifrit meraikan kejayaan mereka. Tunggulah balasan kehinaan bagi kaum yang melampaui batas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails