Thursday, October 22, 2015

Horey! Jom Bogel Ramai-ramai Di Negara Umat Islam M'sia..

Horey! Jom bogel ramai-ramai.. Mungkin begitulah gembiranya mereka di negara umat Islam Malaysia.. Beberapa gambar lelaki yang didakwa pelancong dari China berbogel di tepi pantai dengan beberapa wanita dalam keadaan separuh bogel. 
Ianya didakwa dirakam di Pulau Sibuan berhampiran Semporna, Sabah, kini menjadi viral di media sosial. Juga dikatakan tersebar secara meluas di aplikasi WeChat dan WhatsApp.
Portal Berita Harian Online memetik tu Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya.
Katanya, polis juga akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.
"Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya dipetik akhbar itu.
Antara gambar yang tersebar ialah tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian menghadap kamera, selain tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.
Pada 30 Mei lalu, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri itu.
Empat daripada mereka kemudian ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga hari serta denda RM5,000 setiap orang.
Mac lalu pula, dua wanita warga asing dirakam bermain pasir di Pulau Sulug di Kota Kinabalu dalam keadaan separuh bogel sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung lain.

Semuanya, buat malu Malaysia sahaja.
(IH)

9 comments:

Anonymous said...

Tajuk sama buruk macam tuan punya blog. nampak sangat perangai pun buruk, hati pun buruk

Anonymous said...

Lantak pi la dia orang bogel....
itu masing2 la..
kalau hampa tak nak bogel..jangan la bising.
itu hak individu.
dia orang tak da kacau hampa lah
hampa ja sebok lebih
apa punya bingai la hampa ni

Anonymous said...

Hahaha aku pun nak tumpang bogel,harap Ibnu Hasim dapat upload gambar ku nanti yang hensem.

Anonymous said...

Alahai kenapalah Pak Ibnu tak keluarkan gambar wanita muda,barulah ada stim apabila melihatnya.Blog Pak Ibnu juga akan bertambah terkenal.Ini gambar batang balak.

Anonymous said...

Alahai kenapalah Pak Ibnu tak keluarkan gambar wanita muda,barulah ada stim apabila melihatnya.Blog Pak Ibnu juga akan bertambah terkenal.Ini gambar batang balak.

Anonymous said...

Ini semua salah UMNO sebab tak bagi ceramah agama kepada setiap pelancong yang datang ke Malaysia.PAS juga tak salah sebab sibuk dengan ceramah maki hamun dan fitnah terhadap pemimpin Malaysia. Anwar juga tak salah sebab cuma mampu melihat sebelah mata buktinya lambang parti sebelah mata.Mat Sabu juga tak salah sebab sibuk kira duit babi dari Lim Tokong. Yang salah adalah pelancong yang suka tayang pantat dan konek.

Anonymous said...

Punya pasal la dia orang bogel...
menyebok tak habis-habis

cucu mamak kutty said...

PAS NGAN UMNO PUN DAN SAMA,DUA DUANYA DAH SERUPA,UMNO PUTAR ALAM GUNAKAN KUASA,PAS PUTAR ALAM GUNA UGAMA,ULAMAK PIMPINAN PAS KINI JADI PEMBOHONG DAN PEMFITNAH

Anonymous said...

Orang yang tak setuju bogel tu pun ada hak dia jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails