Saturday, October 24, 2015

Guru Sekolah Cabuli 4 Muridnya. Biasa Saja, Bagi 'Kepala Otak' Sekular..

MATARAM, Indonesia: Lembaga Perlindungan Anak Provinsi NTB mendedahkan telah berlaku kes keganasan seksual yang dilakukan oknum guru SD (Sekolah Rendah), M (57) kepada empat orang muridnya di Lombok Barat. 

Diketahui, empat murid berinisial PD, ND dan Y serta satu orang lain yang menjadi mangsa keganasan seksual dilakukan di persekitaran sekolah.


"Isnin (19/10) kelmarin, pukul 16.00 Wita, M merayu korban (muridnya) PD agar boleh dipegang bahagian dadanya. Mangsa sempat mengelak namun pelaku terus merayu dan akhirnya korban dipegang-pegang, "ujar Joko Jumadi, Bahagian Undang-undang LPA NTB kepada Republika di Kota Mataram, Khamis (22/10).


Menurutnya, pelaku sering melakukan perkara sama kepada murid-murid lain. Bahkan tidak segan memperlihatkan perilaku itu di hadapan murid yang lain. Tindakan gangguan seksual yang dilakuan M kepada muridnya terbongkar selepas PD bercerita kepada ibu bapanya tentang sikap gurunya yang berbuat tidak senonoh. 


Ia menuturkan, ibu bapa mangsa langsung melaporkan peristiwa tersebut ke Polsek Labuapi. Sementara itu, LPA bersama Lembaga Perundingan Kesejahteraan Keluarga Lombok Barat tengah melakukan pendampingan kepada mangsa.


"Atas cerita dari anaknya itu, bapa mangsa langsung melaporkan peristiwa yang menimpa anaknya itu ke Polsek Labuapi. Saat ini LPA NTB bersama dengan lk3 (Lembaga Perundingan Kesejahteraan Keluarga) Lombok Barat sedang melakukan pendampingan kepada mangsa, "ungkapnya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasa saja bagi pemimpin-pemimpin 'kepala otak' sekular. Tidak terasa tanggung jawab yang terpikul, dan terpukul maruah agama yang dianutinya. 


Di zaman Nabi SAW dan Khalifah-khalifah selepasnya, kerana aurat wanita, pemimpinnya sanggup mempertahannya dengan kekuatan tentera kerajaan. Contoh Zaman Nabi di Madinah, zaman Khalifah Al-Muktasim, dan semasa Islam mula masuk ke India. (IH)


Begitu juga berita di Malaysia ini..

Seorang bekas guru penolong kanan sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencabul seorang murid perempuan, April tahun lepas.

Ahmad Rapaie Mohammad, 54, didakwa memeluk dan mencium murid perempuan yang ketika kejadian berumur sembilan tahun 11 bulan dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di depan stor dalam Bilik Media, di sebuah sekolah di ibunegara pada jam 1.20 tengah hari 30 April 2014.

Tertuduh yang ketika kejadian juga merupakan guru disiplin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N.Joy Jothi menawarkan jaminan RM8,000, namun tertuduh yang diwakili peguam Agus Rosman memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan anak guamnya sudah bersara awal kerana menghidap kanser lutut, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis serta perlu menanggung isteri dan seorang anak.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan abang tertuduh membayar jaminan itu. Mahkamah menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Agus supaya anak guamnya dibenarkan duduk sepanjang prosiding kerana dia tidak boleh berdiri lama akibat kanser lutut yang dihidapinya. - Bernama

6 comments:

Anonymous said...

Salam pak hasyim

jauh sangat merewang pak hasyim ni
orang tengah panaz kat malaysia, pak hasyim melalut ke Indonesia

Ulas sikit ler kisah di parlimen
kisah di cafe parlimen
kisah undian di parlimen
kisah orang kena gantung di parlimen

Akhir ulasan, tulislah begini
Kita Istiqamah Bersama Pimpinan Ulama
Walaupun Mereka Mengular


wasalam

Anonymous said...

Pak Haji Ibnu jangan suka buat fitnah berdasarkan gambar,video dan cerita.Anda tak ada ditempat kejadian dan tak ada empat orang saksi yang memenuhi syarat hukum syarie. Kah...kah..kah... ini nasihat dari penyokong PKR dan PAS yang selalu kita dengar.

Anonymous said...

Kalau mengikut ulasan Ibnu Haysim,perkara begini biasa2 saja ikut hukum sekular. Tetapi sebenarnya bagi sesetengah ustz.PKR dan PAS,perkara begini memang perkara biasa berdasarkan perangai rakus mereka dalam hal2 seks.Begitu juga Ibnu Hasyim sendiri suka pada cerita2 seks.

Anonymous said...

Insaflah wahai ibenu hasyim! Hentikn hobi tgk web lucah! Dah tua kutuk, tapi nafsu kuda!

Anonymous said...

semua jawapan di atas, tak ada hujah.. ha ha ha..

IrWrWs said...

Alamak.. aku rasa LKS ni dah sampai tahap dewata PH.. mana taknya dah jelas dia laku kesalahan pun masih nak dibetulkan oleh para penyembah dewata LKS.. tapi apa yg nk diherankan kerana begitulah sebaliknya nasib TGHH.. sampai nak tegakkan hukum hudud pun dah dikira sudah melakukan kesalahan besar lantaran x selari dgn kehendak DAP!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails