Sunday, October 18, 2015

Tanpa PAS, Mana-mana Pihak Tidak Boleh Menang P'raya. -Kadir Sheikh Fadzir


Kadir Sheikh Fadzir

Kira-kira 100,000 penyokong PAS mengisi ruang Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru malam ini, dalam satu perhimpunan raksasa dikenali sebagai Himpunan Fastaqim (H60K). – Gambar The Malaysian Insider, 17 Oktober, 2015.
Kira-kira 100,000 penyokong PAS mengisi ruang Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru malam ini, dalam satu perhimpunan raksasa dikenali sebagai Himpunan Fastaqim (H60K). – Gambar The Malaysian Insider

KOTA BHARU: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, tanpa pembabitan PAS dalam politik di Malaysia mana-mana pihak tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Katanya, ia adalah semangat yang ditunjukkan tanpa penglibatan PAS bermakna sesebuah parti itu tidak boleh menubuh kerajaan.

“Sebab itulah ada pihak yang hendak pujuk balik PAS, di pihak lain juga hendak pujuk PAS,"  ujarnya pada perhimpunan Fastaqim di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam ini. 

Menurutnya, tiga tahun lagi PAS kemungkinan boleh membina kekuatan sendiri dan parti lain tentunya akan bersama PAS untuk menguatkan kedudukan mereka.

“Kita harap kerajaan yang dibentuk akan datang ditunjangi PAS. Mereka akan lebih hormati segala harta kepunyaan rakyat. PAS akan menyelamatkan negara,” katanya. - HARAKAHDAILY 

5 comments:

Anonymous said...

Parti Angkuh Sekarang (PAS)...syok sendiri ditempat sendiri.

Ha...ha...ha..

Menepati hasrat mereka ie "BUKAN CITA2 PAS UTK AMBIL PUTERAJAYA"

Anonymous said...

PAS alternatif terbaik Melayu dan Islam.
UMNO ada melayu, islam dan penyelewengan...

Pilihlah.

Anonymous said...

PAS dah pandai cakap pasal perkauman MELAYU. Dulu bukan main...Assabiyah3..

Haiiiii....dah jilat balik ka ludah2 lama
mungkin sejak berkawan dgn Hassan Jati dan PESAKA agaknya.

Anonymous said...

Macai dan balaci sekular AMAT KECEWA dimarahi seperti budak tadika oleh sifu-sifu sekular kerana mereka gagal sabotaj dan fitnah parti PAS! Siang dan malam macai, balaci dan sifu sekular menanggis lebat kerana parti Islam PAS mendapat sokongan rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dll.

Selepas ini, macai dan balaci akan mencabar PAS membuat perhimpunan di Israel. Macai dan balaci memang haprak dan banggang! Bodoh bertingkat-tingkat ! Kah...kah...kah...kah ! Oh malu besar !

Unknown said...

Tunggu je piliharaya nanti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails