Sunday, October 18, 2015

Israel Tolak Pengaman PBB, Hanya Yang Tak Cerdik Tak Tahu..

POLIS Israel mengawasi penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di atas jalan raya di timur Baitulmuqaddis kelmarin.
NEW YORK – Israel kelmarin menolak seruan Palestin agar satu pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dihantar ke timur Baitulmuqaddis untuk meredakan keganasan di pekarangan Masjid al-Aqsa.
Duta Palestin, Riyad Mansour menyeru Majlis Keselamatan PBB agar segera campur tangan bagi menamatkan kekerasan terhadap rakyat Pa­lestin yang tidak mampu mempertahankan diri dan meminta ‘perlindungan antarabangsa’.
Riyad berkata, pasukan ke­selamatan Israel perlu berundur dari kawasan timur Baitulmuqaddis yang dirampas daripada Palestin.
“Biar saya nyatakan dengan jelas, Israel tidak akan bersetuju dengan apa jua kehadiran pasukan antarabangsa di Kuil Bukit. Kehadiran mereka akan mengubah status quo sedia ada,” kata Timbalan Duta Israel, David Roet kepada Majlis Keselamatan PBB berhubung gesaan Riyad.
Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 negara itu mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan keganasan yang memuncak sejak beberapa minggu lalu antara penduduk Israel dan Palestin di Baitulmuqaddis dan kawasan-kawasan lain.
Penduduk Palestin membakar sebuah tempat suci orang Yahudi di Tebing Barat kelmarin ketika mereka mengadakan perhimpunan ‘Revolusi Jumaat’ bagi menentang Rejim Zionis sementara seorang lelaki Palestin yang menyamar sebagai jurugambar berita menikam seorang askar Israel sebelum dia ditembak mati.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengutuk keras serangan di Makam Nabi Yusuf di bandar Nablus itu dan menyeru semua yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Keganasan sejak dua ­minggu lalu turut meragut nyawa 39 warga Palestin terbunuh, manakala beratus-ratus yang lain cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel. Kekacauan sama menyebabkan tujuh warga Israel maut dengan berpuluh-puluh lagi cedera. – AFP
Hanya yang tak cerdik saja, yang tak tahu lakonan pengganas itu! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails