Monday, October 19, 2015

PH Longgar, Wan Azizah Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang.. -Maszlee Malik.

Pakatan Harapan adalah sesuatu pakatan yang longgar. Hal ini terserlah apabila  berlaku perbezaan pendapat mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen hari ini.

Hal yang membuktikan betapa rapuhnya penyelarasan pemimpin mereka itu.  Demikian pendapat pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik. 
"Ia menunjukkan bagaimana longgar mereka sekarang. Malah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai membentangan usul itu.
"Pakatan Harapan terlalu longgar... Dengan PKR menghadapi masalah bersetuju dengan parti-parti komponen, ini punca apa yang kita saksikan hari ini,” katanya.
Mazlee tidak berdolak-dalik dan terus-terang menyalahkan Wan Azizah.
"Semuanya bermula dengan ketidakupayaan beliau menguruskan parti. Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang.
"Sebagai ketua pembangkang, sebelum meminta Hee membawa usul itu, beliau perlu memanggil semua pemimpin parti terlebih dahulu," katanya.
Katanya, adalah sesuatu yang lumrah, bagi pemimpin pembangkang membentangkan sesuatu usul yang dianggap besar dan penting.
"Ini bukan baru, beliau mengetahuinya. Beliau juga banyak membentangkan (usul) mengenai isu-isu besar pada masa lalu apabila menjadi ketua pembangkang," katanya. (IH/MK)

1 comment:

Anonymous said...

Mereka ini bukan Pakatan Harapan tetapi Pakatan Haram,kalau ada Pas mungkin boleh jadi Pakatan Halal. he...he...he..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails