Saturday, January 07, 2017

DAP Umpama Parti Sdn Bhd – Liow Tiong Lai

Hasil carian imej untuk DAP Umpama Parti Sdn Bhd – Liow

KUALA LUMPUR — MCA menyifatkan DAP sebagai parti Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang gagal menjalankan amanah terhadap rakyat dengan sebaik mungkin.
Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengundi di kawasan yang dikuasai DAP boleh menilai sendiri sejauh mana pencapaian parti itu sama ada dari aspek pembangunan atau pembelaan nasib rakyat.
“Lari dari kawasan ke kawasan lain memang cara dia Lim Kit Siang untuk mengelak daripada tanggungjawab. Dari Melaka ke Ipoh kemudian ke Johor,” katanya, merujuk kepada penasihat DAP itu.
“Rakyat sudah lihat siapa Kit Siang yang sebenar dan saya juga sifatkan DAP tiada prinsip. Kita sendiri maklum bahawa DAP umpama parti Lim dan Anak-Anak Sdn Bhd,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017 edisi kedua di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan di sini, hari ini.
Liow berkata demikian ketika ditanya kemungkinan wujudnya peluang bagi MCA menawan Gelang Patah, Johor pada pilihan raya umum akan datang berikutan pengumuman Lim baru-baru ini untuk tidak lagi bertanding di kawasan Parlimen tersebut.
“Ini beri peluang baik kepada MCA. Rakyat boleh nilai sendiri bagaimana servis (khidmat) MCA berikan berbanding DAP. Kalau penasihat mereka sendiri boleh lari tinggalkan tanggungjawab, apa maknanya DAP,” katanya – BERNAMA


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

12,771 Mangsa Banjir Di K'tan..


Bah Pantai Timur CUACA cerah di sekitar pekan Rantau Panjang menunjukkan kawasan rendah yang masih ditenggelami banjir akibat limpahan air dari Sungai Golok sejak Jumaat lalu. - Foto Fathil Asri


Mangsa banjir terpaksa menggunakan bot untuk berulang alik ke jalan utama setelah kawasan rumah mereka dilanda banjir di Kampung Lapang Sira, Kuala Nerus hari ini. - Foto BERNAMA 

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 12,771 orang daripada 4,584 keluarga setakat 9 malam ini berbanding 12,931 orang daripada 4,640 keluarga 5 petang tadi. 

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir, sebanyak 29 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Jajahan Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh. Jumlah mangsa paling ramai ialah di Jajahan Pasir Mas iaitu sebanyak 8,706 orang daripada 3,286 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan, diikuti Jajahan Tumpat sebanyak 4,038 orang daripada 1,293 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan. 

Terdapat 27 orang daripada lima keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh. Berikutan banjir yang semakin surut lebih ramai mangsa dijangka dapat pulang ke rumah masing-masing esok. Menurut laman sesawang kerajaan negeri di http://ebanjir.kelantan.gov.my. hanya paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9 meter (m), namun menunjukkan trend penurunan iaitu 9.69m berbanding 9.77 m petang tadi.

Paras air Sungai Kelantan semakin surut dan berada di bawah paras bahaya dengan bacaan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 12.89m berbanding 12.99m petang tadi (paras bahaya 16m) manakala paras air sungai utama yang lain telah kembali ke paras normal. 

Di KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun sedikit kepada 1,238 mangsa setakat 9 malam berbanding 1,302 mangsa petang tadi. Mengikut laman web Infobanjir, jumlah terkini itu meliputi seramai 316 keluarga di tujuh pusat pemindahan di lima daerah. 

Kuala Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu 955 mangsa daripada 235 keluarga, Dungun (217 mangsa daripada 63 keluarga), Marang (39 mangsa daripada 13 keluarga) dan Setiu (27 mangsa daripada lima keluarga). 

Di Besut, sebuah pusat pemindahan iaitu di Pulau Perhentian telah ditutup lewat petang ini setelah disahkan kawasan terjejas kini selamat dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Di kawasan lain jumlah pusat pemindahan ialah masing-masing tiga di Kuala Terengganu, dua di Dungun manakala satu di Marang dan Setiu. - BERNAMA



PERHATIANPeluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Paksa Isteri Jadi Pelacur Kepada Warga Asing RM50 Sahaja.


SUNGAI PETANI: Seorang suami dari sebuah taman perumahan di sini, tergamak memaksa isterinya menjadi pelacur dan melayan lelaki warga asing dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM50.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata perlakuan lelaki berusia 34 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas anggota Rukun Tetangga kawasan itu melakukan serbuan di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini, kira-kira 9.30 malam Khamis selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.

"Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan dibawa secara paksa oleh suaminya dari rumahnya ke sebuah rumah di Bandar Amanjaya sebelum dipaksa melayan seorang lelaki warga Bangladesh dengan bayaran RM50.

"Menurut mangsa, suaminya hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang anak kecil mereka dan mangsa dikatakan terpaksa menurut arahan suaminya selepas diugut akan dipukul.

"Mangsa kemudiannya menceritakan perkara yang berlaku kepada mereka dan suaminya telah ditahan oleh pejabat agama, manakala lelaki warga asing itu melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Md Zukir berkata siasatan awal mendapati, mangsa dan suaminya berkahwin sejak tiga tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.

Imej yang berkaitan

"Mangsa dipaksa melacur sejak awal Disember tahun lalu, selepas suaminya berhenti kerja," katanya.

Beliau berkata lelaki itu yang kini direman selama empat hari sehingga 10 Januari, selepas isteri mangsa membuat laporan polis.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 372(A)(1) Kanun Keseksaan.-Bernama



PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Friday, January 06, 2017

Banjir: K'tan Tambah RM100,000 Lagi -Mumtaz Md Nawi




KOTA BHARU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan RM100,000 lagi untuk membantu mangsa banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, bantuan tersebut diberikan dalam bentuk keperluan makanan.

Katanya, antaranya beras, sardin, gula dan keperluan sampingan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim.

“Dalam mesyuarat Exco hari ini (kelmarin), kerajaan negeri telah meluluskan RM3,000 untuk setiap Dun.

“Sebarang keperluan tambahan kita akan bincangkan berdasarkan keadaan semasa,” katanya

Mumtaz juga memberitahu, kerajaan negeri sebelum ini telah menyalurkan RM300,000 untuk persediaan bekalan makanan di semua pusat pemindahan seluruh Kelantan.

“Makanan di pusat pemindahan kerajaan negeri yang bantu. Kerajaan Pusat pun sama-sama membantu untuk keperluan asas lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penekanan supaya persediaan banjir di setiap kawasan yang jarang ditenggelami banjir perlu dilakukan lebih awal.


“Tolonglah pindah awal. Saya terima aduan ada penduduk yang degil, tidak mahu berpindah sehinggakan pihak keselamatan perlu memujuk pada waktu lewat malam,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Banjir: Kak Lah Ucap T/Kasih. Contoh W/Rakyat Prihatin.


RANTAU PANJANG: Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, mengucapkan terima kasih kepada badan-badan ngo serta pihak luar yang membantunya menangani masaalah  mangsa banjir di Parlimen itu.

Katanya, tanpa sokongan semua pihak termasuk anggota keselamatan beliau tidak mampu menangani masaalah itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan konvoi misi bantuan banjir di Masjid Beijing, di sini hari ini.

Beberapa badan ngo antaranya Kelab Balkis, Jurugambar Prihatin, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Dewan Muslimat PAS Rantau Panjang dan lain-lain lagi.

“Kak Lah ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang bantu Kak Lah,” ujarnya.

Menurutnya, tanpa pertolongan semua ia tidak akan berjalan lancar.

Sementara itu, pakaian terpakai sumbangan badan ngo Kelab Balkis dan Jurugambar Prihatin diserbu oleh mangsa-mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau, dekat sini.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh anggotanya hari ini di pusat pemindahan terbabit.

Sebanyak 10 bag plastik besar pakaian yang diuruskan oleh ngo berkenaan bagi mewakili anggota parlimen itu.

Parlimen Rantau Panjang antara yang tertinggi terlibat dengan banjir.

Lebih 400 orang mangsa banjir dari beberapa buah kampung dipindahkan di sekolah tersebut.

Difahamkan, mangsa banjir di situ buat pertamakalinya menerima sumbangan pakaian terpakai.

Noriah Samad, 39, berkata sejak empat hari beliau berpindah, ini adalah kali pertama beliau dan mangsa banjir yang lain menerima sumbangan sedemikian.

“Dah empat hari kami berpindah, ini kali pertama kami menerima sumbangan ini.

“Ia sangat bermakna, bayangkanlah hanya sempat bawa pakaian sehelai dua, keluarga pula besar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/1/2017



Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Salah satu contoh antara wakil rakyat yang prihatin.

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Azab Kubur, Siapa Tuhan Kamu? Politik.. Kuliah Jumaat Abd Hadi 20 Mei 2016.



Hasil carian imej untuk bendera pas
Video -17/37: Kuliah Jumaat 13 Syaaban 20 Mei 2016

Hasil carian imej untuk Azab Kubur, Siapa Tuhan Kamu?


KULIAH JUMAAT 13 SYAABAN 1437 / 20 MEI 2016


Lihat sebelum ini..

Inikah Rahsianya Saifuddin Di'dedak' Oleh DAP?

Hasil carian imej untuk saifuddin & lim guan eng

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 

MEREKA merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya) dan Allah sebaik-baik perancangan." (surah Ali Imran)

DAP sedaya upaya mungkin memastikan agar partinya menguasai dan memiliki. Demi menjayakan agenda tersiratnya, komponen takhta, harta dan wanita tersangat penting. Dalam pelbagai percaturan dan situasi, mereka mesti dilihat mengungguli.

Tidak pelik Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik. Itulah bukti petunjuk kepada matlamat ingin dicapai DAP. 

Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya. Itulah 'dedak' yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat.

Sekiranya jawatan itu penting dan perlu atau DAP mempunyai perancangan yang lestari, sudah tentu selewat-lewatnya jawatan tersebut diwujudkan selepas PRU13 lalu iaitu penggal kedua menerajui Kerajaan Negeri. 

Tetapi ia bukan sahaja wujud menghampiri hujung penggal atau PRU14 semakin dekat, malah setelah LGE sendiri telah mengumumkan pengganti jawatan KM itu. Bermakna jawatan itu bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi bermotif kepartian.

Dipilihnya itu pula ketika ini adalah orang penting PKR yang walaupun secara rasminya menetapkan kedudukan di dalam Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU, tetapi masih menunjukkan 'sayang dan rindu' kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku.

Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan 'strategik' mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR. Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai 'penimbang tara' terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH - BERSATU.

Tidak sukar DAP untuk melakukan 'jual beli' sedemikian sementelah lagi diketahui umum akan 'harga diri' Saifuddin yang pernah bersalah atas kes fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Maruah dan kepentingan rakyat daripada mandat diberikan bukan tanggungjawab padanya.

Malah, kurang seminggu lalu, DAP menzahirkan sikap hipokritnya apabila menggunakan status sebagai Kerajaan Negeri untuk memastikan projek perumahan di negeri itu dapat dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Normal sahaja untuk kepentingan rakyat seperti itu kedua pihak mengadakan kerjasama. Malah, supaya tercapai kerjasama itu, pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang berurusan dengan seorang Adun BN Pulau Pinang. 

Sehingga demikian rupa DAP 'melutut' kepada wakil BN yang selalu mereka bertelingkah itu. Bahasa mudahnya juga bodek dan ampu. Tidak mengapalah, silakan agar hak dan kepentingan rakyat diperoleh.

Tetapi bagaimana jika perkara seumpama dilakukan PAS. Sudah tentu diratib bala tentera upahan dan sekutu mereka dengan kalimah "UG, UG, UG, UG, UG" dan tuduhan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Seperti itulah nasib PAS lalui dalam usaha kerjasama untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali ringkas sebagai Akta 355. Sedangkan ia berlaku antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan (G to G) iaitu Exco Kerajaan Negeri bertemu Menteri, bukan wakil Umno.

Namun, segalanya boleh bagi mereka dengan mendalangi perang saraf, manipulasi dan sensasi. Reputasi PAS mesti dicalar sehabis mungkin setelah gagal diperkuda dan diperalatkan. 

Biarlah DAP menyusun gerak perancangannya dengan himpunan segala dimilikinya demi menguasai. Tetapi PAS juga bertindak dan bersandar atas keyakinan iman bahawa semuanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Perkasa. (IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Apa Disebalik Penahanan KSU Oleh SPRM? -Tuan Ibrahim Tuan Man.



Penahanan KSU kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan ‘persaraan awal’ Bahri

“Undang-undang sarang labah-labah” dan perasaan kecewa yang diluahkan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zain sempena persaraan awalnya tidak dapat ditutup dengan penahanan Ketua Setiausaha Umum sebuah kementerian atas dakwaan rasuah salah guna kuasa.

Malah, sebenarnya penahanan KSU berkenaan menimbulkan tanda tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tetapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB, yang melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.

Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata “amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah”. 

Tindakan SPRM ini mengundang pelbagai soalan di minda rakyat. Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU, jikalau dakwaan Bahri itu benar? Apakah SPRM benar-benar bebas dalam melaksanakan tugasnya?

Kecekapan SPRM dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan. Segala tindakan perlu adil dan kelihatan adil, tanpa sebarang pilih kasih. Jangan sampai penjawat awam merasakan mereka dijadikan kambing untuk orang politik berkuasa kelihatan alim.

Oh ya, apa khabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?

Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden PAS
5 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Pastikan Generasi K/Siang Akan Terus Perintah PP?

lim
GEORGE TOWN: Veteran DAP Lim Kit Siang masih belum komited tentang ‘destinasi’ dirinya pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Pulau Pinang, di mana anaknya, Lim Guan Eng menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau berkata: “Saya sedang menunggu mesej daripada kepimpinan parti “.
Kit Siang pertama kali dipilih sebagai ahli Parlimen apabila beliau memenangi kerusi Kota Melaka pada tahun 1969.
Sejak itu, beliau telah bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Johor.
Mengenai cakap-cakap bahawa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim akan mengambil alih kerusi Parlimen di Gelang Patah, beliau telah mengemukakan pertanyaan itu kembali kepada pemberita.
“Betulkah?,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP negeri di sini.
Terdahulu, Kit Siang berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar berbahasa Inggeris kerana menyiarkan berita palsu mengenai dirinya.
Sebuah artikel berita melaporkan bahawa Kit Siang dikatakan telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 3 Disember lalu untuk memeterai perjanjian mengenai siapa yang patut menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika Barisan Nasional berjaya digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Laporan itu mendakwa bahawa Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi Perdana Menteri manakala Kit Siang akan menjadi timbalannya.
“Saya tidak pernah pun membincangkan tentang persoalan ini dengan Dr Mahathir. Media arus perdana yang menerbitkan berita palsu itu mesti bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya – Mstar

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

Taklimat Dari Yang Bukan Islam -Yougan a/l Mahalingam



SAYA semakin mencintai rakan-rakan seperjuangan dalam PAS. Saya mahu semua yang kafir sedar yang rakan-rakan Islam PAS adalah antara rakan KEMESTIAN yang perlu mereka ada.

Saya mahu semua faham yang kafir bukan kata lucah, marah atau mempersendakan orang namun kafir membawa maksud non-Muslim. 
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menguatkan persefahaman antara kaum dan mengenali budaya semua masyarakat.

Saya mahu semua sedar kepentingan akan kepercayaan kepada tuhan masing-masing...

PAS MENGHORMATI SEMUA AGAMA DAN BUDAYA DI MALAYSIA.
SAYA SELAMAT DAN BEBAS MENGAMALKAN KEPERCAYAAN SAYA.

Sesekali tidak pernah ahli PAS mendesak atau memaksa saya menukar agama bahkan saya selamat dan akan terus menyokong PAS.

SAYA SELAMAT
SAYA SOKONG PAS

YOUGAN A/L MAHALINGAM
Ketua Pemuda DHPP Perak

5 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..


Jom Ke Laut Jindo, Lihat Bukti Contoh Nabi Musa Membelah Laut..

Hasil carian imej untuk laut Jindo Korea

CATATAN SANTAI IBNU  HASYIM

AMBIL masa sikit, mari kita semak Al Qur'an yang memberitakan perihal ini, dimana Allah Ta'ala berfirman..Ayat I ada di Qur'an Surat Ash-Shu'ara (26):63.

فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ
  •  Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah lautan itu dengan tongkatmu". Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.

Ayat ke-2 ada di Quran Surat  Ta-Ha (20)  No. Ayat: : 77

وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقاً فِي الْبَحْرِ يَبَساً لَّا تَخَافُ دَرَكاً وَلَا تَخْشَى  
  •  Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu , kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".
 Hasil carian imej untuk Jom Ke Laut Jindo, Lihat Bukti Contoh Nabi Musa Membelah Laut..

Hasil carian imej


Ini kisah Nabi Musa AS membawa pengikut-pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kezaliman dan kekejaman Firaun, pemerintah dan kerajaan pada masa itu.

Mengapa dengan Laut Jindo di Korea Selatan ini, apa kaitannya?

Juga mengenai 'belah laut'. Tetapi belahan laut di Jindo itu lain ceritanya. Ia berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. 

Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu.

Hal ini menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April. Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya samada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu. Mereka tidak mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu.

Mereka meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.


Hasil carian imej untuk Dendo Yomishi



Hasil carian imej untuk laut jindo Korea, laut terbelah

Hasil carian imej untuk Dendo Yomishi,

Hasil carian imej untuk laut jindo Korea, laut terbelah

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Dongeng Rakyat.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah dongeng atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung.

Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: 

“Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong. Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk laut jindo Korea, laut terbelah


Saintis

Di Boulder, Amerika Syarikat (AS), saintis-saintis di AS telah membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa AS membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizikal.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa AS membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah, semasa mereka terperangkap di antara tentera Firaun yang sedang mara dan lautan di hadapan mereka. Kumpulan saintis itu mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil dan mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun. Lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil. 

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang. Angin yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air. Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. Menurut Agens. 




Kesimpulan

Kamu teringin nak pergi ke Laut Jindo, sila baca artikel ini, dan cuba praktikkan mana yang mampu.. Insya Allah akan sampai ke sana.


Sila hubungi segera..

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel 014 222 5865 (KL) 
Atau Muaz Jabal Wasap no 0182018342 (masih berada di Korea Selatan)
04 Jan 2017


Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia &Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails