Wednesday, January 04, 2017

Janet Jackson: Masuk Islam, Hamil, Berhijab & Kini Bersalin, Usia 50.

 Janet Jackson dan suami, Wissam Al Mana menyambut kelahiran bayi pertama mereka pada Selasa.

HALAMAN HIBURAN

PENYANYI terkenal Janet Jackson selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Eissa Al Mana pada Selasa lalu. 

Jurucakapnya dalam satu kenyataan kepada People memberitahu Janet, 50 dan suaminya Wissam Al Mana teruja dengan kelahiran bayi berkenaan dan keadaan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

"Janet dan suami teruja dengan kelahiran Eissa Al Mana dan penyanyi itu kini berada dalam keadaan baik selepas melalui proses bersalin yang selamat," kata kenyataan itu.

Di antara sekian banyak selebriti Hollywood yang masuk Islam Janet Jackson merupakan salah satunya. Adik Michael Jackson ini sudah lama dikhabarkan berpindah keyakinan kepada agama Islam, terutama setelah berkahwin dengan seorang pengusaha kaya asal Qatar, Wissam Al Mana.

Sejak tahun 2012 silam, mulai dari acara pernikahan mereka yang diumumkan sesuai dengan syariat Islam, sehingga perubahan penampilan Janet yang tidak lagi seksi dan tidak mendedahkan.

Menurut salah seorang sumber pernah melalui sebuah wawancara dengan The Sun, "Sejak berpindah agama, dia (Janet) merasa telah mencari rumah barunya. Ia juga sudah bercakap dengan keluarganya, dan mereka benar-benar menghargai keputusannya. Dia akhirnya mula belajar tentang segala hal tentang Islam. "
Janet hamil tua dan pakai hijab © dailymail.co.uk
Masuk Islam bererti berada di dalam kancah kebahagiaaan sejati..

Pernah juga wawancara dengan majalah People. Di sanalah ia mengungkapkan rasa bahagianya kerana akan menjadi ibu sambil bergambar dan memperlihatkan perutnya yang mula membuncit seiring bertambahnya usia kehamilannya. 

Sebelum itu spekulasi mengenai keadaan Janet hebat diperkatakan apabila dia menangguhkan konsert jelajahnya dan memberitahu ingin memberi fokus kepada keluarga.

"Saya dan suami sedang merancang keluarga dan atas sebab itu saya terpaksa menunda konsert jelajah ini," katanya dalam satu video pendek. 

Janet secara terbuka berkongsi gambar kehamilannya menerusi majalah People tersebut dan memberitahu bersyukur dengan kurniaan tuhan kepadanya dan suami.  (IH)

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails