Friday, January 06, 2017

Inikah Rahsianya Saifuddin Di'dedak' Oleh DAP?

Hasil carian imej untuk saifuddin & lim guan eng

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 

MEREKA merancang (tipu daya), dan Allah juga merancang (membalas tipu daya) dan Allah sebaik-baik perancangan." (surah Ali Imran)

DAP sedaya upaya mungkin memastikan agar partinya menguasai dan memiliki. Demi menjayakan agenda tersiratnya, komponen takhta, harta dan wanita tersangat penting. Dalam pelbagai percaturan dan situasi, mereka mesti dilihat mengungguli.

Tidak pelik Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, Lim Guan Eng melantik Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik. Itulah bukti petunjuk kepada matlamat ingin dicapai DAP. 

Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya. Itulah 'dedak' yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat.

Sekiranya jawatan itu penting dan perlu atau DAP mempunyai perancangan yang lestari, sudah tentu selewat-lewatnya jawatan tersebut diwujudkan selepas PRU13 lalu iaitu penggal kedua menerajui Kerajaan Negeri. 

Tetapi ia bukan sahaja wujud menghampiri hujung penggal atau PRU14 semakin dekat, malah setelah LGE sendiri telah mengumumkan pengganti jawatan KM itu. Bermakna jawatan itu bukan untuk kepentingan rakyat, tetapi bermotif kepartian.

Dipilihnya itu pula ketika ini adalah orang penting PKR yang walaupun secara rasminya menetapkan kedudukan di dalam Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU, tetapi masih menunjukkan 'sayang dan rindu' kepada PAS di mana tidak pernah lafaz talak berlaku.

Kebimbangan itulah mendesak DAP membuat tindakan 'strategik' mengikat Saifuddin yang baharu sahaja sebelum ini dilantik sebagai SUA PKR. Secara halusnya, Saifuddin akan menjadi sekurang-kurangnya sebagai 'penimbang tara' terhadap kepentingan DAP di dalam keputusan PKR dan mengukuh dalam koalisi PH - BERSATU.

Tidak sukar DAP untuk melakukan 'jual beli' sedemikian sementelah lagi diketahui umum akan 'harga diri' Saifuddin yang pernah bersalah atas kes fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Maruah dan kepentingan rakyat daripada mandat diberikan bukan tanggungjawab padanya.

Malah, kurang seminggu lalu, DAP menzahirkan sikap hipokritnya apabila menggunakan status sebagai Kerajaan Negeri untuk memastikan projek perumahan di negeri itu dapat dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Normal sahaja untuk kepentingan rakyat seperti itu kedua pihak mengadakan kerjasama. Malah, supaya tercapai kerjasama itu, pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang berurusan dengan seorang Adun BN Pulau Pinang. 

Sehingga demikian rupa DAP 'melutut' kepada wakil BN yang selalu mereka bertelingkah itu. Bahasa mudahnya juga bodek dan ampu. Tidak mengapalah, silakan agar hak dan kepentingan rakyat diperoleh.

Tetapi bagaimana jika perkara seumpama dilakukan PAS. Sudah tentu diratib bala tentera upahan dan sekutu mereka dengan kalimah "UG, UG, UG, UG, UG" dan tuduhan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Seperti itulah nasib PAS lalui dalam usaha kerjasama untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali ringkas sebagai Akta 355. Sedangkan ia berlaku antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan (G to G) iaitu Exco Kerajaan Negeri bertemu Menteri, bukan wakil Umno.

Namun, segalanya boleh bagi mereka dengan mendalangi perang saraf, manipulasi dan sensasi. Reputasi PAS mesti dicalar sehabis mungkin setelah gagal diperkuda dan diperalatkan. 

Biarlah DAP menyusun gerak perancangannya dengan himpunan segala dimilikinya demi menguasai. Tetapi PAS juga bertindak dan bersandar atas keyakinan iman bahawa semuanya dalam pengetahuan Allah Yang Maha Perkasa. (IH)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

12 comments:

Anonymous said...

Err... Apa status saman SR? Tu bukan pasai dedak ke? Lawatan ke London pasai teh tarik RUU tu bukan dedak ke?

Anonymous said...

90juta bkn dedak ke?

Anonymous said...

Puak meroyan tu dah takde modal lain dah..

Anonymous said...

Telah berkata kata ustaz taliban dgn saksi yg ramai....

...utk masuk syurga itu mesti ada kad ahli parti pas,dan akan ditanya oleh malaikat kelak.....


APAKAH MENGULANGI KATA2 TERSEBUT JUGA DI KIRA FITNAH....??????


SAYA NANTIKAN JAWAPANNYA ....DARI USTAZ2 PARTI PAS...
SAYA TUNGGU..!!!!!

Ir Anonymous said...

Omongan kosong belaka.. syukurlah tghh masih di tempat yg selayaknya.. kami amat berharap agar pan dapat terus berkhidmat kpd dap.. percayalah kami tidak akan sesekali menghalangnya kerana memang perspektif sebegitulah yg kami inginkan agar rakyat marhaen terutamanya warga islam dan melayu khususnya dapat menilai sebaik mungkin sebelum pru14 nanti..

Pan tak perlu malu utk terus berada di dalam situasi yg sedemikian kerana bukankah pan sendiri yg memilih utk bersama dap! Bukannya pas yg telah membuat keputusan utk pan agar memilih dap..

Sekian..

Anonymous said...

Anon 12.38

Nak masuk syurga kena ada kad ahli PAS ke?
Halamak, kena selit kat kain kapan sekali ke supaya mungkar nakir boleh semak keahlian dan tahun kemasukan?
Ini sudah bagus.....

Kalau dah kad ahli PAS,
masuk syurga juga ke kalau selalu ponteng dan culas dari tugas dan tanggungjawab?

Boleh cadangkan aku di mana Kelab Masuk Syurga via Membership PAS terdekat?


wakakakakkakakakakkakakakakak

lawak tahap macai sungguh parti ni
siapa cakap tu? musa azli ke Mokhtar Senik?
aku pun dah lupa siapa


wakakakakakakakakakakakkakakkaka
mesti lepas ni ramai ahli dri perasuah, pemakan dedak, pemonteng mesyuarat,
penonton pay per view, kaki kena kencing, munafik dan pembohong.....


Anonymous said...

JIKA DAP lantik Saifuddin sebagai bagi dedak.. bagaimana dengan orang PAS dalam GLC Selangor & ahli kluster Najib?
KESIAN LEBAI MALANG..

Rabu 4 Januari 2017 Dato' Saifuddin Nasution telah sempurna mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam ramai-ramai yang mengucapkan TAHNIAH, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim.

Tulisannya sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk.

Permulaan tulisan memetik terjemahan ayat suci Al-Quran tetapi isi tulisan penuh prasangka jahat yang amat menghinakan. Inilah ciri-ciri yang disebut oleh AHOK. Mahu dilihat suci walau pun busuk, gunakan ayat quran.

Perlantikan Dato' Saifuddin Nasution dilabel sebagai pemberian "dedak" oleh DAP untuk mengikat dan mengawal KeADILan yang kononnya masih bersenggama dengan Parti Islam tanpa melafaz cerai.

Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith.

Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya 1 kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka Pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib.

Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai "dedak"?
Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak"

Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam.

Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk.

Ir Anonymous said...

Bukankah sudah ku katakan pan akan terus mempertahankan apa sahaja yg dap buat dgn berbagai alasan agar dap kelihatannya senantiasa betul.. cumanya pan masih malu nak mengaku "Ya memang kami setia berkhidmat kpd dap!" Ulang tayang serta ditambah baik lagi spt di bawah:

Hanya omongan kosong pan belaka.. syukurlah tghh masih di tempat yg selayaknya.. kami amat berharap agar pan dapat terus berkhidmat kpd dap.. percayalah kami tidak akan sesekali menghalangnya kerana memang perspektif sebegitulah yg kami inginkan agar rakyat marhaen terutamanya warga islam dan melayu khususnya dapat menilai sebaik mungkin sebelum pru14 nanti..

Pan tak perlu rasa malu atau kesipuan utk terus berada di dalam situasi yg sedemikian kerana bukankah pan sendiri yg memilih utk bersama dap? Kalaulah ianya situasi yg memalukan atau mensipukan, mana mungkin pan akan bersekongkol dgn dap sebagaimana sekarang!

Pas tidak pernah membuat keputusan utk pan agar memilih dap utk berkhidmat kpdnya..

Sekian..

Anonymous said...

Ir badut biol Pas dah kembali dgn lawak2 bodohnya..kahkahkah

Anonymous said...

Badut biol PAS sekor ni tak lekang mulutnya hari2 meratib DAP, PAN, DAP mcm wirid harian..dgn harapan dpt masuk syorga Hadi..kahkahkah

Anonymous said...

Wirid harian badut biol PAS ni tak lekang meratib DAP, PAN, DAP..mmg sahihlah PAS adalah Parti Ajaran Sesat.

Anonymous said...

lr anonymous 7.42..
Anda juga telah menjadi khadam Dap parti cina kafir harbi kerana telah memperpecah belah kan umat islam...
Takbir 3 x...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails