Friday, January 06, 2017

Jom Ke Laut Jindo, Lihat Bukti Contoh Nabi Musa Membelah Laut..

Hasil carian imej untuk laut Jindo Korea

CATATAN SANTAI IBNU  HASYIM

AMBIL masa sikit, mari kita semak Al Qur'an yang memberitakan perihal ini, dimana Allah Ta'ala berfirman..Ayat I ada di Qur'an Surat Ash-Shu'ara (26):63.

فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ
  •  Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah lautan itu dengan tongkatmu". Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.

Ayat ke-2 ada di Quran Surat  Ta-Ha (20)  No. Ayat: : 77

وَلَقَدْ أَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي فَاضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقاً فِي الْبَحْرِ يَبَساً لَّا تَخَافُ دَرَكاً وَلَا تَخْشَى  
  •  Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu , kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)".
 Hasil carian imej untuk Jom Ke Laut Jindo, Lihat Bukti Contoh Nabi Musa Membelah Laut..

Hasil carian imej


Ini kisah Nabi Musa AS membawa pengikut-pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kezaliman dan kekejaman Firaun, pemerintah dan kerajaan pada masa itu.

Mengapa dengan Laut Jindo di Korea Selatan ini, apa kaitannya?

Juga mengenai 'belah laut'. Tetapi belahan laut di Jindo itu lain ceritanya. Ia berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter. Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. 

Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo. Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu.

Hal ini menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April. Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya samada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu. Mereka tidak mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu.

Mereka meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.


Hasil carian imej untuk Dendo Yomishi



Hasil carian imej untuk laut jindo Korea, laut terbelah

Hasil carian imej untuk Dendo Yomishi,

Hasil carian imej untuk laut jindo Korea, laut terbelah

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Dongeng Rakyat.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah dongeng atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung.

Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: 

“Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong. Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk laut jindo Korea, laut terbelah


Saintis

Di Boulder, Amerika Syarikat (AS), saintis-saintis di AS telah membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa AS membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar. Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizikal.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa AS membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah, semasa mereka terperangkap di antara tentera Firaun yang sedang mara dan lautan di hadapan mereka. Kumpulan saintis itu mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil dan mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun. Lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil. 

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang. Angin yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air. Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. Menurut Agens. 




Kesimpulan

Kamu teringin nak pergi ke Laut Jindo, sila baca artikel ini, dan cuba praktikkan mana yang mampu.. Insya Allah akan sampai ke sana.


Sila hubungi segera..

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Tel 014 222 5865 (KL) 
Atau Muaz Jabal Wasap no 0182018342 (masih berada di Korea Selatan)
04 Jan 2017


Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.
E-Buku IH-113: Islam & Peluang Kerja Di Korea Selatan.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia &Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails