 Papan tanda jual dadah
Papan tanda jual dadah
Yan: Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila
 memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat,
 Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus 
menggemparkan penduduk tempatan.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati papan iklan yang dipasang 
di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan 
penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar 
sekolah. Iklan itu memaparkan tulisan
“
Bukit Neraka FC - Yan
 013-......., ubat - 1g RM25, ais - 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram - 
RM1,000“.
Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia 
terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan  itu kerana 
boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya 
pengambilan dadah.
“Saya ada menghubungi nombor telefon yang 
tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu 
sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di 
Bukit Neraka, di sini.
“Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon 
itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan 
aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula 
sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu,” katanya yang 
ditemui, di sini.
Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa 
iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan 
Kangkong, di sini.
“mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup 
memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani 
apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di 
kawasan ini.
“Walaupun kawasan ini dikenali sebagai 
perkampungan nelayan tidak semestinya semua  nelayan mengambil dadah. 
Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta 
pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket 
terbabit.
“Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah 
apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi 
negara akan gelap masa depan mereka,” katanya.
Sudin 
mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah 
kerana ‘tauke’ besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah. “Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan 
memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada 
undang-undang, yang penting dapat hidup mewah,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan 
siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke 
atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan 
pengedaran dadah. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah itu iklan dadah? Tidak ada tulis perkataan 'dadah' pun. Kalau 'ubat' (yang dikatakan dadah) itu haram, mengapa iklan-iklan arak di hotel-hotel besar tdak dilarang, sedangkan ianya jelas 'haram' dalam hkum Islam? Inilah bentuk pentadbiran kerajaan BN pmpinan UMNO.
Selagi BN masih memerintah Malaysia (kerajaan Persekutuan yang menaungi negeri-negeri) selagi itulah perkara-perkara maksiat begni akan berterusan. Bagaiman mengatasiya? Ranapkan BN sekarang (PRU 13 ini).
 UNDILAH PAS dan rakan PR!!
Terkini!
UPP Perlis tahan van bawa arak 24/01/2013 12:57pm
KANGAR - Dua buah van yang membawa muatan minuman keras yang 
diseludup ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di pekan Gurun, Kedah
 semalam. Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, berdasarkan 
maklumat, pasukan UPP kawasan Chuping dengan kerjasama UPP kawasan 
Padang Besar mengesan kedua-dua kenderaan itu di pekan Gurun pukul 8.30 
pagi.
Sebaik menyedari diekori dan dihampiri UPP, seorang daripada pemandu 
itu meninggalkan kenderaan yang dipandunya dan melarikan diri manakala 
seorang lagi yang berumur lingkungan dua puluhan ditahan, katanya. Zakaria berkata, kedua-dua kenderaan itu dibawa ke Kompleks UPP 
Chuping dekat sini dan pemeriksaan lanjut menemui 400 kotak minuman 
keras pelbagai jenama dan 50 karton rokok.
Minuman keras dan rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai 
RM64,468 jika termasuk cukai bernilai RM20,168, katanya di Kompleks UPP 
Chuping hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 yang 
memperuntukkan denda minimum 10 kali nilai rampasan atau maksimum 20 
kali nilai rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - 
BERNAMA