Thursday, January 24, 2013

Jual Dadah Pun Ada Papan Tanda... Arak?

Foto

Papan tanda jual dadah
Yan: Sindiket pengedaran dadah di daerah ini bertindak berani apabila memaparkan iklan menjual dadah secara terbuka di kawasan Simpang Empat, Sedaka dan Kuala Sala, di sini, sejak beberapa hari lalu sekali gus menggemparkan penduduk tempatan.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati papan iklan yang dipasang di beberapa batang pokok di kawasan berkenaan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia boleh mempengaruhi golongan remaja terutama pelajar sekolah. Iklan itu memaparkan tulisan

Bukit Neraka FC - Yan 013-......., ubat - 1g RM25, ais - 05g RM110 dan ubat 1/2 suku gram - RM1,000“.

Difahamkan, papan iklan itu dipasang sejak beberapa hari lalu bagi menarik ramai pelanggan muda membeli dadah berkenaan. Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sudin, 30 berkata, dia terkejut melihat papan iklan berkenaan dipasang di kawasan itu kerana boleh mendedahkan orang ramai khususnya golongan muda kepada bahaya pengambilan dadah.

“Saya ada menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan itu dan pemiliknya seorang lelaki memberitahu sekiranya saya mahu membeli dadah berkenaan boleh datang berjumpanya di Bukit Neraka, di sini.
“Saya membuat dua tiga kali panggilan dan ternyata nombor telefon itu adalah milik lelaki yang sama. Lelaki itu tidak berselindung dengan aktiviti penjualan dadah, malah mengarahkan saya menghubunginya semula sekiranya sudah sampai ke lokasi yang dimaksudkan itu,” katanya yang ditemui, di sini.

Menurutnya, dia terkejut melihat beberapa iklan berkenaan turut terdapat di kawasan Sedaka, Kuala Sala dan Jalan Kangkong, di sini.

“mereka ingat kawasan ini lubuk penagih dadah sehingga sanggup memasang iklan jual dadah di sini? Sindiket dadah kini semakin berani apabila secara terang-terangan memasang papan iklan menjual dadah di kawasan ini.
“Walaupun kawasan ini dikenali sebagai perkampungan nelayan tidak semestinya semua nelayan mengambil dadah. Perbuatan ini kurang ajar dan tidak bertamadun. Justeru, saya minta pihak berkuasa menyiasat sehingga ke lubang cacing kegiatan sindiket terbabit.

“Saya tidak mahu anak bangsa mati kerana dadah apatah pembabitan golongan remaja terutama pelajar yang bakal mewarisi negara akan gelap masa depan mereka,” katanya.

Sudin mendakwa kawasan Yan memang dikenali sebagai lubuk pengedaran dadah kerana ‘tauke’ besar dadah mampu hidup mewah dengan hasil jualan dadah. “Sindiket ini semakin berani dan mencabar pihak berkuasa dengan memasang iklan menjual dadah. Mereka seperti tidak takut pada undang-undang, yang penting dapat hidup mewah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap papan iklan berkenaan sekali gus membuat tangkapan ke atas pihak yang dikenal pasti menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah itu iklan dadah? Tidak ada tulis perkataan 'dadah' pun. Kalau 'ubat' (yang dikatakan dadah) itu haram, mengapa iklan-iklan arak di hotel-hotel besar tdak dilarang, sedangkan ianya jelas 'haram' dalam hkum Islam? Inilah bentuk pentadbiran kerajaan BN pmpinan UMNO.

Selagi BN masih memerintah Malaysia (kerajaan Persekutuan yang menaungi negeri-negeri) selagi itulah perkara-perkara maksiat begni akan berterusan. Bagaiman mengatasiya? Ranapkan BN sekarang (PRU 13 ini). UNDILAH PAS dan rakan PR!!

Terkini!
UPP Perlis tahan van bawa arak 24/01/2013 12:57pm
KANGAR - Dua buah van yang membawa muatan minuman keras yang diseludup ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di pekan Gurun, Kedah semalam. Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat, pasukan UPP kawasan Chuping dengan kerjasama UPP kawasan Padang Besar mengesan kedua-dua kenderaan itu di pekan Gurun pukul 8.30 pagi.

Sebaik menyedari diekori dan dihampiri UPP, seorang daripada pemandu itu meninggalkan kenderaan yang dipandunya dan melarikan diri manakala seorang lagi yang berumur lingkungan dua puluhan ditahan, katanya. Zakaria berkata, kedua-dua kenderaan itu dibawa ke Kompleks UPP Chuping dekat sini dan pemeriksaan lanjut menemui 400 kotak minuman keras pelbagai jenama dan 50 karton rokok.

Minuman keras dan rokok yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM64,468 jika termasuk cukai bernilai RM20,168, katanya di Kompleks UPP Chuping hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda minimum 10 kali nilai rampasan atau maksimum 20 kali nilai rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails