Thursday, January 24, 2013

PRU13: 7 Resolusi Untuk Polis K'tan



KOTA BHARU: Pemantau Kelantan telah mula melaksanakan tugas ke arah Pilihan raya Umum ke-13 dengan menyerahkan resolusi kepada pihak Polis Kota Bharu, petang kelmarin. Koordinator Pusat Rakyat CP, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, resolusi Pemantau Kelantan itu telah dikeluarkan hasil daripada seminar sehari pemantau PRU13 Kelantan pada 19 Januari lalu.

Katanya, antara 7 resolusi tersebut termasuklah..
  • menuntut pihak polis mampu bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti politik sekaligus meletakkan harapan ke arah penambahbaikan integriti pasukan PDRM dalam suasana PRU13. 

Menurutnya lagi,
  • sikap profesional PDRM amat penting bagi menjamin kelangsungan suasana yang membolehkan rakyat menikmati hak-hak dalam sistem demokrasi termasuklah hak untuk bersuara, berhimpun dan menyatakan pandangan sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Negara.
  • “Apatah lagi dalam suasana pilihan raya umum ini, rakyat amat perlu dibekalkan dengan maklumat-maklumat tepat dari parti-parti politik,” ujarnya.
Katanya,
  • apabila suasana semasa begitu melihatkan parti-parti BN diberi liputan meluas dalam media-media elektronik, tiada pilihan lain kepada parti-parti PR selain turun padang dan mengadakan himpunan seberapa kerap bagi menerangkan pelbagai isu kepada rakyat.
  • “Dalam situasi sebeginilah peranan pihak PDRM amat signifikan bagi memastikan keamanan dikekalkan bagi membolehkan rakyat mendapat cukup penerangan dari parti-parti politik negara,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya meyakini kerajaan yang baik hanya lahir dari pilihan raya yang bebas dan adil tanpa dikotori oleh pelbagai anasir yang tidak sihat. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya perlu wujud pasukan pemantau begini di seuruh negara, apa lagi apabala menjelang PRU 13 ini. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails