Tuesday, January 22, 2013

Bekas K/ IMF Bayar AS1.5J Kes Cabul Seks

Kiri:STRAUSS-KAHN, Kanan:DIALLO

PARIS: Bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn membayar AS$1.5 juta (RM4.5 juta) sebagai penyelesaian luar mahkamah kepada seorang pengemas bilik hotel di New York yang mendakwa telah dicabul olehnya, lapor akhbar Perancis kelmarin.

Memetik sumber-sumber yang rapat dengan Strauss-Kahn, akhbar Le Journal du Dimanche berkata, wanita itu, Nafissatou Diallo telah menerima bayaran tersebut di bawah satu persetujuan rahsia sebagai penyelesaian saman Diallo ke atas dirinya. Akhbar berkenaan menyatakan, Diallo mendapat 70 peratus wang tersebut selepas membayar pasukan peguamnya.

Diallo tuurt menerima bayaran daripada akhbar New York Post yang disamannya sebelum ini kerana melaporkan dia bekerja sebagai seorang pelacur. Insiden itu memalukan Strauss-Kahn sehingga memaksa beliau meletak jawatan sebagai ketua IMF serta memusnahkan harapannya untuk menjadi Presiden Perancis.
Strauss-Kahn ditangkap selepas Diallo mendakwa pemimpin itu memaksanya melakukan seks oral di bilik hotel penginapannya di Hotel Sofitel, New York pada Mei 2011.

Dalam insiden tersebut, Strauss-Kahn mengaku berlaku hubungan seks tetapi menegaskan bahawa hubungan itu adalah secara suka sama suka. Siasatan jenayah terhadap insiden itu gagal selepas Diallo menukar keterangannya dengan pihak pendakwa raya menganggap kesnya sebagai lemah. Strauss-Kahn, 63, masih berdepan siasatan di Perancis berhubung dakwaan beliau terlibat melanggan pelacur selepas sebuah mahkamah tempatan menolak permintaan agar dakwaan ke atas dirinya digugurkan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dalam Islam, moral dan akhlak termasuk dalam ciri-cri kepimpinan seseorang pemimpin, walaupun pemimpin ekonomi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails