Saturday, January 26, 2013

HAMAS Tubuh Akademi Bebaskan P'tin. M'sia?


Hamas akan dirikan akademi militer

HAMAS merancang mendirikan sebuah akademi tentera bagik kanak-anak sekolah di Jalur Gaza. Akhhbar Jerusalem Post melaporkan, Jumaat (25/1), Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyah mengumumkan akademi tentera itu merupakan yang pertama di Jalur Gaza. Dia menegaskan langkah itu untuk menyiapkan kanak-kanak membebaskan Palestin.

Kata beliau, kanak-kanak yang  masih duduk di kelas tujuh hingga sembilan boleh bergabung dalam akademi ini. Bila lulus nanti mereka akan mendapat ijazah di bidang ketenteraan. Beliau menyampaikan pengumuman itu pada kunjungannya ke Jalur Gaza dalam peringatan Maulid Nabi Muhammad kemarin. Lebih dari 10 ribu kanak-kanak menghadiri perayaan peringatan itu.

Beliau telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyusun rencana pembangunan akademi tersebut. Akademi itu nanti mendidik kanak-kanak untuk mendirikan negara Palestin yang berdaulat dari sungai hingga ke laut. Pembangunan akademi itu merupakan sebahagian dari rencana HAMAS membentuk Kementerian Pertahanan sendiri di Jalur Gaza. Pengumuman itu disampaikan tidak lama setelah penyerangan pasukan Israel ke Gaza November tahun lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau di Malaysia, PAS atau Pakatan tubuh Akademi PRU(Pilihan Raya Umum) untuk menghadapi kelicikan penipuan BN sepanjang masa, dalam pertarungan politik peti undi di Malaysia? (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan haji mohd. Hasyim. Saya nak tanya

1) bagaimana dgn isu politik wang yang akhbar sinar harian nyatakan menular dlm pemilihan PAS baru2 ni?

2) bagaimana dgn pmilihan PKR yg ahli2nya sendiri nyatakn penuh dgn manipulasi,pengundi hantu serta.kewujudan jawatan yg tak ada dlm perlembagaan parti?

3) bagaimana dgn pemilihan DAP baru2 ni yang CEC boleh ubah keputusan ikut sesuka hati atas alasan ada kesilapan tanpa buat pemilihan semula?

Mohon uladan tuan haji

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails