Wednesday, January 23, 2013

Pelarian: Dasar Pintu Terbuka Turki Patut Dicontohi.







Timbalan Perdana Menteri Turki, Beşir Atalay Selasa lalu berkata semua rakyat Syria boleh menerima perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan sama ada mereka sedang ditempatkan di kem-kem pelarian atau tinggal di bandar-bandar tanpa berdaftar.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Atalay berkongsi maklumat mengenai situasi terkini pelarian Syria yang berlindung di Turki.

Lebih daripada 150,000 pelarian telah ditempatkan di Turki dan tinggal di kem-kem di berhampiran sempadan. Turki juga telah memberikan rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Syria yang cedera, termasuk kepada kumpulan penentang yang melawan rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.


Atalay menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan bagi mereka yang berada di kem-kem pelarian, rakyat Syria yang datang ke Turki tanpa berdaftar dan memilih untuk tinggal di pangsapuri di bandar-bandar di selatan Turki juga boleh mendapat perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan.


Atalay menafikan laporan berita menyebarkan bahawa wabak sedang merebak di kem-kem pelarian Syria ketika menjawab soalan dari wartawan.


"Isu ini tidak wujud. Perkhidmatan kesihatan berfungsi seperti biasa. Terdapat satu masalah, tetapi ia telah diselesaikan. Masalah tersebut berkaitan dengan penjagaan kesihatan rakyat Syria yang tinggal di beberapa wilayah Turki. Sekarang, mereka juga boleh pergi ke hospital kerajaan [untuk menerima rawatan perubatan],"ujar Atalay.


Turki mengamalkan "dasar pintu terbuka" dan menerima beratus-ratus, sehingga beribu-ribu pendatang baru dari Syria setiap minggu. Selain pelarian Syria yang berdaftar, terdapat puluhan ribu rakyat Syria yang menetap di Turki tanpa berdaftar. (todayszaman.com)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah pelarian, 'dasar pintu terbuka' ini patut dicontohi oleh negara-negara lain di dunia.

1 comment:

Anonymous said...

Kecuali di Malaysia nanti semua pelarian tu akan diberi IC untuk mengundi UBN, contoh pelarian Filipina selatan,rohingya dan melayu champa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails