Monday, January 25, 2021

Terdedah, menurut Dr Kamarul Zaman. Mana muka Anwar Nak Sorok?

 


Anwar tak faham atau tak boleh jawab soalan?

YANG ditanya oleh moderator program ialah bila bilangan Ahli Parlimen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru nak cukup dan bagaimana caranya. Yang dijawab oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah ada 114, 115 Ahli Parlimen yang memohon YDPA untuk menimbang semula soal darurat dan memanggil sidang Parlimen.

114, 115 Ahli Parlimen ini, kalau betul, bukannya bilangan yang setuju untuk menyokong pembentukan sebuah kerajaan baru yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim bawalah sebanyak mana Ahli Parlimen untuk memohon sekalipun, bilangan ini bukannya ada sebarang impak ke atas pengisytiharan darurat oleh YDPA.

Sesatunya perkara yang diambil kira dalam pengisytiharan darurat ini adalah kepuasan hati YDPA bahawa keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam terancam. Dan mengikut Perlembagaan kepuasan hati YDPA ‘adalah muktamad dan konklusif dan tidaklah boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan’.

Soalnya ialah mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab soalan sebenar yang diajukan oleh moderator program: Apakah beliau tak faham atau tak boleh nak jawab soalan? Dan soalnya ialah mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim terus-terusan bukan sahaja mencabar dan mempersoalkan kuasa YDPA tetapi menghasut Ahli-ahli Parlimen lain berbuat demikian?

Soalan Dr Muhammad Asri Mohd Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Baik, soalan real politik yang ingin diketahui oleh ramai orang sekarang ini, sebab pada bulan 10 yang lalu kita tahu Datuk Seri memang telah pun mengadap Agong dan polemik yang besar timbul dan Datuk Seri mengeluarkan kenyataan bahawasanya Datuk Seri telah ada kerusi. Persoalannya bila bilangan kerusi ini nak cukup, Datuk Seri, dan bagaimana caranya, adakah bekerjasama dengan parti tertentu? Boleh jelaskan, Datuk Seri?”

Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada soalan Dr Muhammad Asri Mohd Ali 

“Itu soalan berupa sindiran. Kalau kita tengok yang mutakhir, memohon ihsan kebijaksanaan KDYMM Tuanku YDPA untuk menimbang semula melihat, pertama, soal darurat, kedua, memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera, itu sudah mencecah 114 115 Ahli Parlimen yang menolak usul Kerajaan PN Tan Sri Muhyiddin. Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup? Itu lebih daripada mencukupi kerana ini dalam ruang yang terbuka. Yang lain itu, sepertimana yang saya sebut, saya hanya mampu menyampaikan kepada dan akan kemudian mengusuli dengan YDPA dan tidak sebelumnya. Bagi saya, kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi. Tetapi kena tunggu ihsan dan budi bicara Tuanku untuk mendapat maklumat berikutnya. Tetapi yang ternyata sekarang, tidak boleh disangkal, adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan PN, perkara besar ya, perkara darurat, perkara penggantungan Parlimen, perkara besar, ini ditolak oleh majoriti Ahli Parlimen. Dan sekarang untuk GPS Sarawak jugak sedang membincangkan, saya tidak tahu apa keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku maknanya yang committed betul untuk mendukung darurat dan penggantungan Parlimen itu mungkin tak sampai 90 Ahli Parlimen ataupun jauh lebih kurang.”

(Sumber: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program Bicara Negarawan anjuran Majlis Profesor Negara pada 23 Januari 2021)

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 23/1/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Maka terdedahlah sudah kelemahan Datuk Seri Anwar, samada beliau  tak faham atau tak boleh jawab soalan? Mana muka Anwar nak sorok?

IHtv

Presiden UMNO itu dah mula cari pasal?

 

Ahmad Zahid ketika mengikuti Mesyuarat Ahli Majlis Presiden PN secara maya dipengerusikan Muhyiddin yang turut dihadiri 11 presiden serta wakil presiden parti. Gambar dari Facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid persoal kewajaran kerajaan isytihar darurat

KUALA LUMPUR: UMNO hari ini mempersoal kewajaran kerajaan mengisytiharkan darurat ketika rakyat berdepan kesukaran dalam hidup susulan penularan COVID-19.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut membangkitkan persoalan bagaimana ada negara lain mampu bebas daripada pandemik itu tanpa perlu mengisytiharkan darurat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membangkitkan perkara berkenaan dalam Taklimat Darurat Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

"Petang tadi dalam Taklimat Darurat kepada presiden parti politik, saya sempat membangkitkan, kenapa terdapat negara yang bebas daripada wabak COVID-19 dan banyak lagi yang kadar pandemik berkurangan.

"Sedangkan negara kita terpaksa proklamasi darurat dan rakyat semakin sengsara dengan kepayahan hidup," katanya menerusi ciapan di Twitter dan hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam hantaran di Facebook memaklumkan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan PN berlangsung petang tadi dihadiri 12 wakil presiden parti termasuk timbalan presiden.

Parti berkenaan adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, PAS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), MCA, MIC, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam yang diadakan secara maya dan berkata ahli Majlis Presiden PN berpuas hati dengan penjelasan berhubung ordinan dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik COVID-19 yang sedang dilaksanakan,

Taklimat mengenai proklamasi darurat disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.(BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimPresiden UMNO itu dah mula cari pasal?

IHtv

Kisah lelaki gelang merah jambu.. Hentikan!

 

ALOR GAJAH: Polis hari ini menjelaskan lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya ingkar perintah kuarantin sebenarnya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk memotong gelang itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Arshad Abu berkata disebabkan itu, warga emas berumur 69 tahun terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah pada kira-kira 9.54 pagi semalam, sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan sehingga menerima pelbagai kecaman.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa telah diarah menjalani kuarantin di rumahnya di Pengkalan Balak bermula 13 Jan lepas hingga semalam dan stesen minyak Petron Masjid Tanah itu merupakan stesen minyak pertama yang dijumpai mangsa dalam perjalanan tersebut.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan dalam perjalanan ke HAG bersama isteri dan anak perempuannya bagi memotong gelang merah jambu itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, lelaki itu hanya mengetahui gambarnya mengisi minyak tersebut tular hari ini selepas dimaklumkan oleh anaknya, sebelum dia membuat laporan polis pada kira-kira 1 tengah hari tadi bagi menjelaskan perkara sebenar selain meminta mereka yang berkenaan memadamkan gambar berkenaan.

Orang ramai juga diminta berhenti menularkan gambar tersebut. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih kepada pihak polis kerana membantu menyelesaikan kekeliruan orang ramai. Al-hamdulillah!

IHtv

UMMAH mohon polis siasat Anwar isu darurat

 

BAGAN SERAI: Gerakan pembela Ummah (UMMAH) menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah menghantar surat kepada semua ahli parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat.

Setiausaha Agungnya, Khalil Idham Lim membuat laporan tersebut di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, disini, petang tadi.

Laporan tersebut menyatakan bahawa maklumat mengenai warkah itu telah disiarkan dalam laman Facebook bernama Anwar Ibrahim.

Walaupun kini telah dipadamkan dari laman Facebook itu, ia sudah tersebar secara meluas dalam media sosial dan dilaporkan oleh media-media utama negara, termasuk oleh portal-portal berita online, katanya.

Menurut Idham yang juga pengerusi UMMAH Perak, Perkara 150 (8) (a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hal puas hati Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Oleh itu katanya, sekiranya Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa ia tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan, maka sudah semestinyalah ia juga tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di luar mahkamah.

“Oleh itu, saya berpandangan bahawa tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini adalah satu hasutan kepada pihak-pihak lain supaya mencabar atau mempersoalkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong kerana tindakan beliau jelas mendatangkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong,” tegasnya.

Tambah Idham lagi, kesalahan yang dibuat oleh Anwar kali ini adalah sangat serius memandangkan beliau mempunyai status sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, Pengerusi Pakatan Harapan, Presiden PKR, Ahli Parlimen Port Dickson dan mantan Timbalan Perdana Menteri sangat berpengaruh dan ramai pengikut.

Beliau berpandangan kesalahan yang dilakukan Anwar adalah sangat serius kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara.

Justeru itu, beliau meminta supaya pihak bertanggungjawab termasuk PDRM dapat membuat siasatan dengan segera, tegasnya lagi.

Idham dalam masa sama turut memaklumkan bahawa satu arahan rasmi telah dibuat kepada semua UMMAH negeri dan 500 jaringan NGO UMMAH untuk membuat laporan polis mulai esok. – HARAKAHDAILY 24/1/2021

Sunday, January 24, 2021

Cuba ganggu darurat perlu tangani dengan tegas, menurut Abd. Hadi.

 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

'Berbalah nak jadi PM kerja mengarut'

KUALA LUMPUR: Sebarang percubaan untuk cuba mengganggu pelaksanaan darurat dalam usaha kerajaan mengawal penularan COVID-19, perlu ditangani dengan ketegasan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan ganggu gugat itu perlu dicegah dan ditolak demi keselamatan rakyat.

"Perkara yang tidak patut kita lakukan pada masa ini adalah berbalah siapa nak menjadi Perdana Menteri, nak melantik siapa menjadi Perdana Menteri atau soal undi (jumlah) majoriti di Parlimen.

"Ini semua kerja mengarut, tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat. Ini mesti ditolak dan dicegah.

"Apa sahaja yang boleh mengganggu proklamasi darurat ini, mesti ditangani dengan peraturan tegas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi webinar bertajuk 'Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?' anjuran Gerakan Pembela Ummah, hari ini.

Sesi webinar itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary; Pengerusi Biro Perlembagaan dan Undang-Undang Majlis Perundingan Melayu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz; dan Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof.

Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat berkata, semua pihak tidak seharusnya ragu dengan darurat kerana pelaksanaannya adalah demi kemaslahatan.

"Dalam suasana hari ini, darurat mesti diisytiharkan serta-merta. Bagaimana kita boleh menilai darurat itu, sama ada ditamatkan atau sebaliknya dan ia boleh dibincangkan.

"Tindakan yang diambil kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan pencegahan wabak COVID-19.

"Dalam ajaran Islam ada semua perkara, Sebab itu kita jangan ragu, syak atau was-was kerana kita mempunyai tanggungjawab kepada negara," katanya. (BH)

IHtv

Turki: ''Pandemik Buka Peluang Baru di Dunia Perniagaan'' -Erdogan.

 

Jumlah syarikat ditubuhkan di Turki tahun 2020 meningkat 20%, mencapai 101,318 walaupun pandemik.


Presiden Recep Tayyip Erdoğan menyatakan bahawa walaupun wabak jenis baru coronavirus (Covid-19) membawa pelbagai kesulitan dan masalah, ia juga membuka peluang baru di depan dunia perniagaan.


Presiden Erdoğan menyatakan pada tahun 2020 Turki dan seluruh dunia menghadapi masalah kerana pandemik, namun, bersamaan dengan itu dalam tempoh wabak, selain infrastruktur kesihatan yang kuat, pentingnya penyelidikan dan pengembangan dalam pengeluaran, eksport, pasaran dan kepelbagaian produk dalam perdagangan, jelas terlihat.


Presiden Erdoğan menekankan bahawa syarikat Turki membuat perbezaan kepada pesaing mereka selama proses Covid-19 dengan produk berkualiti, harga yang kompetitif dan kebolehpercayaan mereka, 


''Dalam eksport, kita berjaya menutup tahun lepas dengan 169.5 bilion dolar, 5 bilion melebihi sasaran program jangka sederhana. Bahagian negara kita dalam eksport global melebihi 1 peratus untuk pertama kalinya pada data Januari-Oktober tahun lalu, mencapai 1.03 peratus. Jumlah pengeksport kami melebihi 87 ribu 400, jumlah syarikat kami yang mengeksport untuk pertama kalinya tahun lalu dicatatkan sebanyak 18 ribu 123.'' Katanya.


Presiden Erdoğan menyatakan bahawa jumlah syarikat yang ditubuhkan di negara ini pada tahun 2020 meningkat 20 peratus, mencapai 101,318 walaupun pandemik.


Presiden Erdoğan menekankan bahawa mereka akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk mewujudkan iklim di mana persekitaran pelaburan akan diperbaiki lagi, ramalan akan meningkat lebih jauh, dan harapan pelabur akan dipenuhi pada tahap yang lebih tinggi. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails