Saturday, January 21, 2017

Sedia Ubah Kepimpinan Negara, PAS Ajak Melayu, Cina, India..

Hasil carian imej untuk abdul hadi dan cina
DUNGUN: PAS mengajak seluruh pengundi Melayu, Cina dan India agar bersedia membuat perubahan kepimpinan negara dengan mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jika PAS menang semula seperti tahun 1999 di peringkat Malaysia banyak perkara boleh dilaksanakan.

Katanya rakyat hari ini menghadapi kesukaran kenaikan harga barang yang tinggi serta cukai yang mahal.

Ini kerana, menurutnya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah tidak pandai mentadbir dan mengurus negeri.

“Kita kena pakat Melayu, Cina dan India sama-sama untuk buat perubahan, sokong (PAS) lagi pilihan raya ini. Jika kita menang pula seperti tahun 1999 dan kalau boleh menang peringkat Malaysia, banyak kita boleh buat, insya Allah.

“Hari ini kita menghadapi harga barang-barang naik, cukai mahal. Ini kerana, kerajaan Umno BN tidak pandai tadbir, tidak pandai nak urus negeri. 

“Malaysia ini, Tuhan beri hasil banyak kelapa sawit ada dan macam-macam lagi. Jadi tidak patutlah kita menyusahkan rakyat,” ujarnya ketika berucap pada program Sambutan Tahun Baharu Cina 2017 dan Dailog Bersama Presiden PAS di Kampung Batu Lima, dekat sini, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, hasil kekayaan negara ini hanya berlegar di kalangan orang kaya dengan pemerintah.

“Banyak kekayaan harta ini dibahagi antara orang kaya dengan orang yang memerintah negara. Orang kaya bayar rasuah, komisen kepada orang yang memerintah. 

“Orang memerintah pula terima duit. Masa pilihan raya bahagi duit kepada pengundi RM50, RM500 atau RM1,000. Selepas pilihan raya naik cukai dan rakyat yang kena cukai itu. 

“Ini semua kita nak baiki dan kita tidak boleh baiki selagi kita tidak boleh tukar kerajaan,” tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi ketika mengetuai Kerajaan Terengganu tahun 1999 banyak melakukan perubahan ke arah negara berkebajikan.

Katanya, ajaran Islam dalam memerintah tidak boleh menyusahkan rakyat miskin dengan bebanan cukai.

“Bila kita (PAS) memerintah Terengganu tahun 1999, kita buat seperti ‘Negara Berkebajikan’. Ini diajar oleh Islam dan kita tak mahu bebankan rakyat dengan cukai. 

“Cukai orang kaya sahaja yang kena dan orang miskin tak patut dikenakan cukai. Sebab itu, bila kita memerintah dihapuskan cukai pintu rumah kediaman. 

“Ini kerana, (waktu itu) kita ada hasil minyak (royalti). Walaupun lima peratus sahaja kerajaan pusat beri kepada Terengganu tapi cukup untuk kita tadbir negeri dan hapus cukai pintu. 

“Tol di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu kita (PAS) hapus kerana semua orang lalu guna jalan itu. Tapi, yang sedihnya bila kita nak tunjuk macam ini, dia (pusat) rampas (royalti) minyak semasa kita memerintah,” jelasnya di hadapan kira-kira 300 warga tionghua. 

Hadir sama pada majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, Adun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun, Adun Chukai, Hanafiah Mat serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Dungun, Puan Serena Lim. - HARAKAHDAILY 20/1/2017

Tahun Baru Cina: Presiden PAS, Tarian Singa & Mercun.



DS Tn Guru Haji Hadi Awang bersama masyarakat Tionghua d Kg Batu 5, Dungun, Trg sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017. Ucapan Presiden Pas dgn selingan tarian Singa & mercun. Terima kasih kepada masyarakat cina yg sudi hadir ke Program Pas & semua yg menjayakannya. 

Tahniah kepada lajnah antara kaum dan DHPP Trg.






















Kredit
Ustaz Saiful Bahri Mamat

Friday, January 20, 2017

Nabi Isa AS Membunuh Dajjal. Kuliah Jumaat Abd Hadi. 13 Januari 2017.

Imej yang berkaitan
13. Nabi Isa AS Membunuh Dajjal. Kuliah Jumaat Abd Hadi. 13 Januari 2017. 
Imej yang berkaitan

Kuliah Dhuha TGHH 13 Jan 2017



Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-112: Kuliah Jumaat Abd Hadi Presiden PAS.
Ikutilah kuliah selanjutnya..

Dera Seks Libatkan Kelab Bola Sepak Britain..


Hasil carian imej untuk Polis siasat penderaan seks libatkan bola sepak Britain Andy Woodward 
SUKAN
LONDON – Polis Britain yang menyiasat dakwaan pencabulan seksual kanak-kanak meluas di kelab-kelab bola sepak sejak dari tahun 1970-an semalam berkata, bahawa pihaknya mengenal pasti 184 suspek berpotensi dan 526 mangsa.
Pihak berkuasa berkata, beberapa sukan lain juga dikaitkan dengan skandal seks itu.
Polis melancarkan siasatan selepas bekas pemain bola sepak, Andy Woodward mendedahkan pada November lalu bahawa dia telah dicabul semasa kanak-kanak oleh seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja.
Dakwaan Woodward mendorong lebih ramai bekas pemain bola sepak profesional untuk tampil membuat pengakuan serupa.
Setakat ini, sebanyak 1,016 kes pencabulan sukan telah diserahkan kepada pasukan detektif khas oleh sebuah yayasan perlindungan kanak-kanak dan pihak polis
“Bilangan mangsa kini seramai 526, meningkat daripada 350 orang pada bulan lalu bersama 126 suspek,” kata polis dalam satu kenyataan.
Majlis Ketua-Ketua Polis Nasional berkata, sebanyak 248 kelab bola sepak telah dikaitkan dengan skandal seks itu termasuk beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris dan kelab amatur, namun bukan semuanya disiasat oleh polis.
Menurut polis, 22 kes yang dirujukkan itu pula mempunyai kaitan dengan sukan lain termasuk ragbi, gimnastik, seni mempertahankan diri, tenis, gusti, golf, kriket dan renang.
“Dakwaan pencabulan seks pada masa lalu adalah rumit dan memerlukan kemahiran serta pengetahuan khas. Siasatan pula akan mengambil masa yang panjang.
“Namun, polis telah bertindak atas semua dakwaan dan maklumat yang diterima,” kata ketua unit perlindungan kanak-kanak polis Britain, Ketua Konstabel Simon Bailey. – Reuters

Sempena Tahun Baru Cina, PAS Santuni Masyarakat..


BUKIT GANTANG: Penerimaan masyarakat Cina cukup baik menyambut kedatangan PAS serta menyatakan sokongan usaha membawa usul RUU 355 bahkan mereka memahami pelaksanaannya tidak akan melibatkan golongan bukan Islam.

Sempena menjelang sambutan Tahun Baru Cina beberapa siri ziarah telah disusun oleh Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang untuk menyantuni mereka serta bertukar pandangan dengan rakyat pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas mengedar limau di beberapa penempatan masyarakat seperti di Kuala Sepetang, Pekan Teluk Kertang, Pekan Simpang Temerlok dan Kampung Baru Sungai Rotan, 18 Januari lalu.

"Peluang mendekati mereka serta mengambil pandangan mereka tentang PAS menjadi satu tanda aras bentuk pendekatan PAS sama ada boleh dirasai oleh rakyat ataupun sebaliknya.

"PAS merupakan sebuah gerakan yang bukan hanya mengkhususkan kepada politik semata-mata bahkan penedekatan dakwah juga menjadi salah satu tunjang utama perjuangan PAS.

"Kebanyakkan pandangan yang diterima oleh mereka tentang RUU 355 adalah mereka memahami bahawa pelaksanaan itu tidak melibatkan orang bukan Islam serta beranggapan ia bakal memberikan kebaikan kepada semua," ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/1/2017

Thursday, January 19, 2017

PRK Dun Tanjong Datu S'wak 18 Februari.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak akan diadakan pada 18 Feb ini ketika sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.-Foto Bernama.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak akan diadakan pada 18 Feb ini ketika sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.-Foto Bernama.
Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjong Datu, Sarawak akan diadakan 18 Feb ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata suruhanjaya itu dalam mesyuarat khas hari ini juga menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya (PRK) itu pada 4 Feb, manakala pengundian awal pada 12 Feb.
PRK Dun Tanjung Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem,akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lepas, di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 Mei tahun lalu, Adenan, 72, mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi. Jazolkipli hanya meraih 468 undi.
Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006.
Mohd Hashim pada sidang media berhubung PRK itu berkata kawasan DUN Tanjong Datu mempunyai 9,959 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (9,771) dan pengundi awal (188).
"Seramai 250 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM997,919," katanya.
Pilihan raya kecil itu akan menggunakan daftar pemilih induk 2015 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan sehingga suku kedua tahun 2016 yang telah dikemas kini sehingga 11 Januari, katanya.
Mohd Hashim berkata SPR bersetuju melantik Pegawai Daerah Lundu, Hamsein Atar, sebagai Pengurus PRK DUN Tanjong Datu.
Beliau turut mengumumkan penubuhan Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti kempen.
Dewan Masyarakat Lundu dipilih sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi, manakala pusat pengundian awal diadakan di Dewan Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sampadi, katanya.
Katanya sebanyak 18 buah premis akan digunakan sebagai pusat mengundi iaitu 14 buah sekolah dan empat buah dewan masyarakat, melibatkan 27 saluran tempat mengundi.
Mohd Hashim berkata mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat menjalankan pemerhatian terhadap perjalanan proses PRK itu, yang bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan pilihan raya diumumkan, boleh membuat permohonan kepada SPR sebagai pemerhati tempatan sehingga 30 Jan.
"Mereka dibenarkan membuat pemerhatian seperti di dalam pusat penamaan calon, pusat mengundi awal, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses penjumlahan undi," katanya.
Mohd Hashim berkata daftar pemilih akan mula dijual pada 2 Feb dan para pengundi dalam bahagian itu boleh membuat semakan untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka di laman web www.spr.gov.my atau melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK NO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai 2 Feb.
Selain itu, pengundi juga boleh menghubungi ibu pejabat SPR di 03-88927000 atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak (082-254233 atau 082-254867). (IH)

Hina Ulama, Hina Agama. 'Tanpa Islam Bukan Indonesia. IH Dari Bandung.

Kriminalisasi Terhadap Ulama adalah Pelecehan Terhadap Islam


Pelecehan Terhadap Islam

BANDUNG: Beberapa waktu lalu Wakil Ketua MUI Pusata KH. Tengku Zulkarnain dihadang oleh sejumlah masyarakat adat saat turun dari pesawat terbang ketika akan menyampaikan ceramah.

Kemudian Imam Besar Front Pembela Islam (FPI) Habib Rizieq Shihab dilaporkan oleh Sukmawati ke kepda pihak polis dengan dugaan (tuduhan) melakukan pelecehan terhadap lambang negara Pancasila, yang diambil dari tesis Habib Ririeq. 

Hal ini kemudian dinilai oleh kalangan Islam sebagai bentuk kriminalisasi terhadap ulama.
Hasil carian imej untuk demontrasi islam di bandung

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk demontrasi islam di bandung

Menurut Ketua Gerakan Pagar Aqidah (GARDAH) Suryana Nurfatwa kriminalitas terhadap ulama adalah pelecehan pada Islam.

"Sementara Islam adalah agama legal di negeri ini, bahkan Indonesia tanpa Islam bukanlah Indonesia," katanya kepada voa-islam.com, Selasa (17/01).

"Maka tatkala ada tindak krininalitas terhadap ulama, pemerintahlah yang harus bertindak karena mengganggu ulama berarti mengganggu Islam dan berarti pula mengganggu Indonesia," pungkasnya. 

(Ibnu Hasyim dari Bandung)


PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

Bolehkah Ambil Duit Umno Lawan DAP, Apa Kaitan Ulama Dunia?



ASYIK berbual, tiba-tiba telefonnya berdering. Kod negara +97 something. Sebelum jawab Ayah Chik tanya dulu negara mana. "Ke Yaman?" telahnya. Mungkin juga, sebab baru-baru ini menantunya ada ke sana untuk misi kemanusiaan.

Tapi saya kata bukan, sebab Yaman kalau tak silap +967. Saya biasa telefon Yaman semasa di Syria dahulu.

"Qatar kot." Teka saya perlahan. Boleh jadi datang dari wakil Kesatuan Ulama (KUIS).

Abang Din (Ustaz Zaharuddin) semak melalui telefon bimbitnya. Ya, memang Qatar.

Panggilan itu rupanya datang dari Dr Ali Qurrah Daghi, Setiausaha Agung KUIS. Beliau minta Ayah Chik tengok emel, sebab sekretariatnya ada menghantar permohonan untuk Ayah Chik tulis beberapa artikel. Ayah Chik terus bersetuju. Panjang juga sembangnya. Bukan saya curi-curi dengar, memang suara Ayah Chik dah macam speaker. Satu rumah boleh dengar.

Rupanya hubungan Ayah Chik dengan KUIS masih baik. Ingatkan lepas polemik ke Iran baru-baru ini, dah tegang. Nampaknya minda saya sudah dipengaruhi mainan persepsi media. Bahaya betul penangan zaman fitnah ini.

"Syeikh-syeikh KUIS tak ada apa pun. Tapi 'geng-geng' ni yang ramai cucuh belakang. Sampai tekan suruh pecat. Kalau pecat, pecatlah." Ayah Chik seolah dapat membaca fikiran saya. Balas Abang Din, kalau Ayah Chik letak jawatan, bersorak sakanlah geng-geng ni. Memang mereka dah tunggu lama nak masuk sebenarnya. Pandai-pandailah teka geng mana tu.

Pada hemat Abang Din, walaupun KUIS hanya sebuah NGO antara NGO-NGO ulama antarabangsa yang lain, namun ia memiliki pengaruh yang tersendiri. Bukan semata-mata faktor Dr Qardawi, tetapi kerana ia menghimpunkan Ulama daripada berbagai mazhab, arah dan kumpulan. Dijemput semua tokoh-tokoh agama berpengaruh dunia Islam untuk menyertai. Jadi di mata pemerhati golongan akademik, ahli politik dan elitis, ia adalah NGO yang disegani.

"KUIS NGO biasa saja, banyak lagi kesatuan ulama seperti itu." Ayah Chik ulang lagi benda sama sejak berita beliau dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan itu tidak lama dahulu. Memang beliau dari dulu cuba menanamkan sikap usah membesarkan sangat KUIS itu. Tapi kami sering lihat lain, seolah-olah ia menaungi PAS pula dan perlu ikut setiap telunjuknya.

Soalan cepumas yang patut ditanya kepada semua, "sejak bila kita mengenali KUIS?"

Sebelum itu Ayah Chik pernah kongsi beberapa isu dalam KUIS. Antara yang paling dikesali adalah kata-kata salah seorang anggota KUIS: "Kena ingat, KUIS ni boleh bergerak atas bantuan dana kerajaan Qatar."

Ayah Chik paling pantang apabila dengar bab duit sebegini. Beliau terus menegur, tak sepatutnya kita terikat dengan polisi Qatar walaupun dia banyak bantu kita. KUIS tak boleh terpengaruh dengan mana-mana dasar luar yang ada kepentingan tersendiri. Kena berani dan yakin tuhan akan tolong kita.

Cukup tegas Ayah Chik bab makan budi orang ini. Sebetulnya inilah sikap para ulama dan tokoh Islam sejak dahulu. Integriti mereka cukup tinggi. Kisah Nabi Sulaiman, Saidina Umar, Hasan al-Basri, Ibn Taimiyah perlu diambil iktibar.

Rasanya sikap Ayah Chik ini sudah menjawab soalan yang pernah diajukan kepada saya oleh seorang ustaz beberapa bulan dahulu. "Bolehkah ambil duit Umno untuk lawan DAP?"

Memang ada sesetengah ahli yang terlajak faham BPMS, sampai semua jadi halal.

Maaf kalau ada yang berfatwa boleh demi matlamat. Pemikiran ini tidak ubah seperti minda machiavelli golongan yang sudah tersingkir dari PAS; matlamat menghalalkan cara.

Maaf juga kalau ada yang berfatwa demi maslahah. Kena timbang juga antara maslahah dan mafsadahnya, mana lagi besar. Bagi saya, mafsadahnya lebih besar lebih-lebih lagi zaman fitnah ini.
Maaf sekali lagi kalau ada yang berfatwa boleh kerana darurah. Sejauh mana terdesaknya kita untuk ambil?

Saya berasa cukup lega dipimpin oleh Presiden yang memiliki sikap tegas sebegini. Namun dalam yang sama timbul perasaan khuatir, apakah ada jaminan presiden akan datang memiliki sikap yang serupa?

Perlu ada pendirian yang jelas berhubung batas-batas ini. Bahagian tarbiyyah perlu masukkan ini dalam silibusnya. Atau setidaknya, Majlis Syura yang berfatwa segera. Takut-takut berlaku tanpa sedar di mana-mana negeri, parlimen atau dun menjelang pilihan raya yang hampir tiba nanti.

Ahli semakin ramai. Politik pula semakin rencam. Jangan sampai PAS jatuh macam Nazi dahulu. Apabila terlalu banyak negara yang ditawan, tak mampu urus lalu jatuh dengan mudah.

Semoga PAS terus terpelihara daripada anasir yang merosakkan. 

(Diangkat dari..
Sejam yang berharga bersama Ayah Chik.
Ada apa dengan kesatuan ulama? (BHG 1)
ALANG IBN SHUKRIMUN
HARAKAHDAILY 10/1/2017)

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails