Friday, January 20, 2017

Sempena Tahun Baru Cina, PAS Santuni Masyarakat..


BUKIT GANTANG: Penerimaan masyarakat Cina cukup baik menyambut kedatangan PAS serta menyatakan sokongan usaha membawa usul RUU 355 bahkan mereka memahami pelaksanaannya tidak akan melibatkan golongan bukan Islam.

Sempena menjelang sambutan Tahun Baru Cina beberapa siri ziarah telah disusun oleh Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang untuk menyantuni mereka serta bertukar pandangan dengan rakyat pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas mengedar limau di beberapa penempatan masyarakat seperti di Kuala Sepetang, Pekan Teluk Kertang, Pekan Simpang Temerlok dan Kampung Baru Sungai Rotan, 18 Januari lalu.

"Peluang mendekati mereka serta mengambil pandangan mereka tentang PAS menjadi satu tanda aras bentuk pendekatan PAS sama ada boleh dirasai oleh rakyat ataupun sebaliknya.

"PAS merupakan sebuah gerakan yang bukan hanya mengkhususkan kepada politik semata-mata bahkan penedekatan dakwah juga menjadi salah satu tunjang utama perjuangan PAS.

"Kebanyakkan pandangan yang diterima oleh mereka tentang RUU 355 adalah mereka memahami bahawa pelaksanaan itu tidak melibatkan orang bukan Islam serta beranggapan ia bakal memberikan kebaikan kepada semua," ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/1/2017

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails