Saturday, February 28, 2009

Politik Cara Agama.. Taib Azammudden

Tuan Haji Taib Azamudden

Ibnu Hasyim Catatan Santai Dari Parlimen

PARLIMEN ke12, Penggal Ke 2, Mesuarat Pertama Bil. 7 Rabu 25 Februari 2009, menyaksikan pandangan Islam yang dibawa oleh mantan Imam Besar Masjid Negara yang kini menjadi Ahli Parlimen Baling, Kedah. Beliau adalah Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib, begini ucapan dan perbincangan beliau…

{ Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan dan laluan yang diberikan untuk turut sama membahaskan Titah Ucapan Menjunjung Kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan ingin saya menyentuh terutama sekali dalam perkara yang berkaitan dengan perkara 20 dan perkara yang berkaitan dengan perkara 8.

Tuan Yang di-Pertua, dalam situasi politik Malaysia masa kini, saya berpendapat bahawa politik sangat perlu dimurnikan dengan membawa peranan agama ke dalamnya iaitu dengan berpolitik secara agama. Jika berpolitik terpisah daripada agama dan moral, maka ini amat berbahaya kepada negara bahkan lebih bahaya daripada kemelesetan ekonomi. Politik tidak diperlakukan secara pragmatik, ‘uliteration’ yang terpisah dari nilai keagamaan. Sikap dualistic, beragama secara murni, berpolitik secara permisif bukanlah sikap tauhid seperti yang dituntut oleh agama.

Sekarang ini kita sedang menyaksikan dengan jelas bagaimana nilai etika, moral dan agama sedang tercabar dengan hebatnya. Apabila berleluasanya politik wang, rasuah, penyelewengan, pendustaan, tipu daya dan sebagainya, semuanya ini saya percaya adalah akibat daripada tidak sensitif atau tidak percaya adanya balasan Allah SWT di akhirat nanti.

(Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau] diberi laluan bercakap: Terima kasih Yang Berhormat Baling. Bercakap mengenai moral dan etika. Mengenai politik dan kepimpinan dalam negara kita. Yang Berhormat Baling ada pengalaman. Seseorang telah berjumpa dengan Yang Berhormat Baling ketika menjadi Imam Besar Masjid Negara. Ada pengakuan-pengakuan yang divideokan atau dirakamkan. Ketika itu Yang Berhormat Baling cukup merasakan perkara itu benar berlaku, yakin berlaku dan apakah pandangan Yang Berhormat Baling ketika itu dan ketika ini setelah menjadi wakil rakyat di Parlimen. Adakah moral pemimpin tersebut tercalar, tercemar dan beliau boleh menjadi kepimpinan sama di dalam sebelah sini atau di sebelah sana. Terima kasih. Apa pandangan Yang Berhormat Baling?)

1998. Suatu kisah yang begitu lama yang telah dieksploitasi oleh parti politik. Saya menjalankan tugas saya dan saya tidak memberi sebarang pengakuan benar ataupun tidak benar dalam tugas saya itu. Cuma ada pihak yang mengambil kesempatan untuk eksploit itu. .. Yang itu UMNOkah atau siapa tidak tahulah. Yang Berhormat Batu Pahat tahulah kot. Jadi saya sudah membuat kenyataan berulang kali dan kalau saya bersedia untuk menjawab di Dewan ini pada Parlimen Kesepuluh dulu tetapi waktu itu Yang Berhormat Menteri Penerangan tidak berani hendak timbulkan balik dalam Dewan ini. Saya akan dedahkan senarai keseluruhannya dalam tugas saya itu sendiri.

Jadi saya rasa berilah laluan untuk saya berucap dan saya pun tidak minta Tuan Yang di-Pertua untuk... Tuan Yang di-Pertua, isyarat cukup jelas kepada semua pihak bahawa pengundi mahukan perubahan. Mahukan kepimpinan negara di semua peringkat beramanah, bermoral dan berakhlak tinggi. Mereka tidak lagi mudah dipengaruhi oleh media massa konvensional yang bertalu-talu menyogokkan atau memaksakan pemikiran dan persepsi yang sama sekalipun ia bertentangan dengan hati nurani mereka. Projek pembangunan memang diperlukan. Namun dalam masa yang sama apabila unsur politik wang, rasuah, penyelewengan, nepotisme, kroni dan sebagainya semakin berleluasa dan ada tanda-tanda tidak terkawal.

Rakyat sedang memandang keadaan ini dengan rasa cukup cemas. Mereka sedang menuntut keterbukaan kerajaan. Keadilan pembahagian kekayaan negara dan keluhuran undang-undang. Apabila rakyat melihat pembaziran di sana sini, sesetengah pemimpin politik menunjukkan gaya hidup bermewah-mewah. Tidak sepadan dengan pendapatan mereka dan ini sangat mengecewakan. Secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, saya ingin kembali membawa sedikit suasana bermewah-mewah yang pernah berlaku satu ketika dulu dengan keadaan yang disebut sebagai begitu materialistik.

Pada zaman Bani Umaiyah, di tengah-tengah itu Allah SWT dengan segala kekuasaannya telah memunculkan seorang khalifah muda dari Dinasti Bani Umaiyah yang juga bernama Umar Ibnu Abdul Aziz yang juga keturunan Sayidina Umar Ibnu Khatab. Beliau sangat menyedari kehidupan materialistik dan bermewah-mewah adalah punca utama segala keruntuhan atau kegiatan moral, sosial, politik dan ekonomi di zamannya. Budaya ini baginya membuka ruang seluas-luasnya perbuatan rasuah, politik wang, penipuan, berebut kuasa, pecah amanah, penyalahgunaan harta awam dan pelbagai perbuatan keji. Rakyat yang berakhlak rendah dan muda tertipu, saling berkhianat dengan pemimpin dan pemerintah.

Rakyat serupa ini mengelak dari tanggungjawab untuk menegur, mengkritik dan membantah sementara pemimpin pemerintah pula berkhianat dengan mengambil sesuatu yang bukan haknya. Jadi untuk mengatasi kerosakan ini, maka Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merubah sistem nilai masyarakat. Memerangi penyelewengan habis-habisan tidak kira di pihak atasan mahupun pihak bawahan termasuklah keluarga sendiri. Mengajar supaya gaya hidup sederhana dan yang terpenting menampilkan diri dan keluarganya sebagai pemimpin teladan. Oleh itu, kepada kita sekarang, siapa pemimpin teladan yang wajar kita ikuti?

Persoalan ini harus kita jawab bersama. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu terutama yang berlegar di dalam masyarakat kita yang lebih-lebihnya menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini yang bagi saya kalau keadaan ini dibiarkan berterusan, maka Islam yang sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan sebagai agama persekutuan akan diperkotak-katikkan.

Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini terdapat tindakan sebuah NGO di negara ini yang dikenali dengan Sisters in Islam telah pun mengadakan satu musyawarah Conference of Equality and Justice in the Muslim Family yang dijemput bersama ialah Profesor Dr. Aminah Wadut. Bagi saya tindakan ini adalah suatu tindakan yang kurang tepat kerana Aminah Wadut, beliau merupakan wanita yang telah pun heboh satu ketika dulu yang membolehkan dirinya menjadi imam sembahyang Jumaat. Beliau juga menggunakan petikan ayat-ayat al-Quran bagi memperjuangkan kesamarataan di antara lelaki dan wanita yang boleh diragui.

Mereka cuba berseminar, mereka membahaskan dan mereka membentangkan kertas-kertas kerja yang semuanya mempertikaikan dalil-dalil dan hujah-hujah yang telah pun disebut sebagai [Bercakap dalam bahasa Arab] Maknanya dalil yang telah diputuskan. Bukan masalah [Bercakap dalam bahasa Arab] Mereka cuba membahaskan. Memang kita tahu mereka ahli akademik. Akan tetapi apakah mereka sedar, Sisters in Islam sedar bahawa al-Quran ialah wahyu Allah dan hadis Rasulullah. Bukan ada satu cara untuk kita membahaskan dari sudut akademik. Wahyu bukan bertaraf akademik, hadis bukan bertaraf akademik.

Kalau kita memberi ruang Al-Quran, kita memberi ruang hadis Rasulullah untuk dibahas dari perspektif ekonomi, dari perspektif akademik, maka akan bercelarulah fakta-fakta utama dalam Islam yang menyebabkan umat Islam menjadi hanyut dan tidak berpegangan. Apakah tindakan pihak yang berkuasa atau pihak kerajaan khususnya JAKIM adalah hal-hal seumpama ini kerana kita minta JAKIM member suatu garis panduan khusus kepada apa juga bentuk yang seumpama ini pada masa-masa akan datang. Pihak kerajaan di bawah peruntukan perlembagaan ini kita minta supaya agar lebih bertegas.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua masih terdapat kalau kita pergi dan kita melihat di tempat-tempat atau di kedai-kedai dan sebagainya, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran yang digunakan secara berleluasa di restoran milik bukan Islam yang digunakan untuk semata-mata menarik pelanggan beragama Islam. Isu ini sebenarnya perlu diberi perhatian serius kerana ia menjejaskan kesucian ayat-ayat suci al-Quran al-Karim, terdapat kita lihat ayat-ayat suci yang ditulis di jam-jam apa penjualan jam, hiasan yang berasaskan ayat suci al-Quran al-Karim, ada yang diletakkan di lantai, ada yang diletakkan di kaki-kaki lima, floor, yang cukup mengaibkan.

Sebenarnya umat Islam melihat keadaan ini dalam penuh rasa cukup sensitif. Setakat ini sebenarnya apa yang saya fahamkan tidak ada akta yang boleh melindungi kesucian ini. Begitu juga termasuk di dalam persoalan-persoalan yang berkaitan dengan Al-Quran yang kita dapat lihat, bebas dicetak oleh orang-orang lain yang tidak tahu menahu bagaimana cara untuk memelihara kesucian ayat ini. Ada cetakan-cetakan yang terbuang, dibakul sampahkan begitu sahaja. Inilah perkara-perkara yang harus dilihat.

Oleh itu, saya ingin bertanya bagaimanakah isu ini dibiarkan sebegitu lama, tanpa ada suatu peraturan ataupun akta khas bagi menjaga kesucian ayat-ayat al-Quran ini, begitu juga Tuan Yang di-Pertua, walaupun di Dewan ini telah pun bangkit berulang kali, persoalan-persoalan halal haram, terutama sekali yang saya ingin menyentuh dalam kesempatan ini ialah masalah sijil halal di negara kita ini sebenarnya belum selesai. Walaupun jawapan-jawapan daripada pihak kementerian seolah-olah menggambarkan untuk kita rasa lega, tapi sebenarnya masalah ini masih belum selesai.

Cuba kita lihat di medan selera ataupun di food court, sijil halal yang dipamerkan boleh diragui kerana ia adalah sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak swasta, pengusaha premis food court, Kopitiam dan restoran dilihat menggunakan sijil ini bagi menarik pelanggan. Kita beri sijil halal ini kepada HDC, Halal Development Corporation, yang semata-mata mereka mengendalikan ini dalam bentuk orientasi perniagaan, ataupun bussiness oriental dengan izin, mereka tidak beramanah sebenarnya dalam konteks menjaga masalah soal halal ini sendiri. Akta halal di Malaysia sebenarnya masih belum wujud dan ini menyukarkan pengguna terutama pengguna Islam membuat pengaduan kerana sebenarnya kita tidak menjadi kesalahan kepada pengusaha ini menggunakan logo halal syarikat swasta.

Sekarang logo halal, siapa pun boleh dapat. Banyak syarikat-syarikat swasta, bawa keluarkan logo halal dengan hanya bayar RM2 ribu lebih, RM3 ribu dapat logo halal. Ini yang menyedihkan umat Islam, kita seolah-olah dipermain diperkotak-katikkan di dalam tempat kita sendiri, di dalam negara kita sendiri. Sebenarnya saya mendesak kerajaan, pulangkan balik kuasa halal haram ini sepenuhnya kepada JAKIM. JAKIM yang berauthority, tidak ada syarikat yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan membuat sebegini penipuan terhadap umat Islam dalam negara sendiri. Persoalannya, setakat ini apabila dah tidak ada akta, tidak ada undang-undang untuk menyekat penggunaan logo halal yang berleluasa dijual begitu mudah.

Tuan Yang di-Pertua, soalannya, siapa yang pantau? Yang memastikan bahawa sijil halal ini mengikut garis panduan persijilan halal yang sebenarnya, yang menyedihkan tuan-tuan, yang menyedihkan Tuan Yang di-Pertua, ada sampai pada peringkat di mana hotel-hotel, 80% hotel dalam negara kita tidak mempunyai logo halal yang peliknya function kerajaan menggunakan hotel tersebut. Kerajaan kita, kementerian kita, menggunakan hotel yang 80% tidak dijamin halal untuk function mereka. Minta maaf kepada sahabat-sahabat saya dalam UMNO, kerana saya difahamkan yang supply kuih di Persidangan Agung UMNO pun difahamkan bukan bumiputera Islam yang sediakan, kalau tidak betul, saya minta maaf, kalau betul mari kita sama baiki.

Ini serius, begitu juga kita tidak prihatin kepada produk halal, kita bantu ratus ribu botol air mineral ke sahabat-sahabat kita di Banda Acheh, Tsunami tetapi kita tidak menggunakan produk mineral yang dibuat oleh bumiputera Muslim yang terjamin halal. Syarikat ini walaupun kita dapat bantu, syarikat berkenaan menjadi jutawan dengan kerana bantu air mineral di Banda Acheh. Kita ada air gaung, ini saya rasa Kuala Krau pun setuju, kita ada air gaung dekat dengan Kuala Krau, kenapa tak guna air gaung, misalnya, tapi Batu Pahat tak adalah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh mengenai dengan walaupun benda ini agak kecil tapi sensitif kepada umat Islam, kepada sahabat-sahabat kita yang bukan Islam, kita tidak menyentuh hak mereka.

Masih terdapat terutamanya yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah, oleh tukang gunting, berus-berus yang dibuat daripada bulu babi, bulu khinzir yang cukup sensitif kepada umat Islam. Kita pun seronok pergi bercukur, duduk di salon dan sebagainya, rileks, tapi kita tidak tahu pipi kita itu tadi dicomot dengan powder dan bedak yang dihasilkan, yang digunakan dengan bulu babi. Lepas itu, balik keluar, kita sembahyang. Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah dan usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan umat Islam tercemar dengan penggunaan berus yang seumpama ini. Sayang anak-anak kita di sekolah dan sebagainya, mereka menggunakan bahan-bahan ini untuk kosmetik dan sebagainya, tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka telah pun berada dalam keadaan yang sungguh menyedihkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh selanjutnya dengan kempen beli barangan buatan Malaysia. Memang kita sokong penuh. Tetapi langkah sokongan perlu diambil bagi memastikan peniaga bumiputera mendapat manfaat... (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar] memberitahu: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah habis.)

Satu minit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Minta izin Tuan Yang di-Pertua. Pasar raya-pasar raya kita, kita tidak dapat cari selain daripada Pasar raya Mydin dan sebagainya. Kalau kita pergi The Mall depan Pan Pasific itu sendiri, hendak cari gerai Islam kena turun bawah, selepas itu dekat penjuru gerai sembang-sembang, barulah nampak produk Islam dekat situ. Yang lain tidak ada. Kita ada Mid Valley yang diusaha sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tetapi bumiputera tidak dapat tempat. Konon kita tidak mampu bayar sewa. Kita ada Suria KLCC yang jaga orang bukan Melayu. Mat Salleh jaga.

Ini semua keadaan yang kita semua rasa cukup terkilan. Begitu juga keadaan-keadaan kita yang hebat dengan hypermarket dan sebagainya di seluruh negara, tetapi apa yang ada kepada kita. Kita buat exhibition seperti MAHA, kita da MIHAS dan sebagainya. Hanya semata-mata untuk perkenal produk, tetapi perkenalkan produk untuk dapat jualan keuntungan untuk setahun semata-mata hendak cover kos. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar] menegur masa lagi: Baiklah Yang Berhormat.)

Tetapi dalam exhibition itu sendiri kita cari dekat pasaran sebenarnya barang itu tidak sampai pun kepada pengguna. Barang itu tidak ada pun di pasar. Ini yang menjadi masalah walaupun saya ada lima enam perkara lagi yang hendak disentuh, Tuan Yang di-Pertua tetapi saya hormat kepada peraturan dan masa yang diberikan ini dan dengan itu saya ucapkan terima kasih.}

Syabas, Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib, berdakwah kepada Ahli Parlimen... Sekian catatan santai di parlimen kali ini. Wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 28, 2009. KL.

Strategi Bajet Mini: Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim.

Ibnu Hasyim Catatan Santai dari Parlimen

MENGENAI Bajet Mini 2009-2010 bagi negara ini, saya pilih pandangan Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim YB Bandar Tun Razak yang juga MB Selangor, dalam perbahasan di Dewan Rakyat Khamis Februari 26, 2009, bermula pada 3.43petang, di petik dari http://www.parlimen.gov.my/ . Antaranya …

{ Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya dapat menyertai perbahasan tentang Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Saya akan membuat ucapan mengenai tentang isu ekonomi dan kemelesetan sebelum pembentangan bajet mini yang dijangka pada 10 Mac 2009. Bajet mini yang dijangka dibentangkan di Parlimen akan menyentuh tentang situasi ekonomi seluruh dunia yang sekarang dalam kemelesetan. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu menjalankan langkah-langkah pemulihan segera yang hanya dapat dilihat kesannya dalam tempoh satu hingga dua tahun yang berlaku serentak dengan dasar-dasar pembangunan jangka panjang yang sedang dilakukan.

Memang Kerajaan Persekutuan bakal melakukan usaha dengan menyediakan Pakej Rangsangan Kedua bagi memastikan asas-asas ekonomi negara ini terus kukuh dan stabil. Namun begitu, kita harus ingat bahawa pakej bernilai RM40 bilion itu hanya sesuai diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita ketika menghadapi krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-1998. Maksudnya, ketika menghadapi kemelesetan ekonomi global, untuk tahun 2009-2010, saya mengesyorkan kalau betul-betul Kerajaan Persekutuan serius, ia perlu memperuntukkan sekurang-kurannya mini bajet melebihi RM50 bilion.

Di samping itu, Kerajaan Persekutuan dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi baru ini juga bertanggungjawab memberitahu Dewan ini, bagaimana dana tersebut dibiayai dan perkara-perkara yang dilakukan seperti perkara-perkara yang dilakukan dalam negara lain menyatakan bagaimana pakej rangsangan itu dibiayai? Pertama, adakah cara pinjaman dari pasaran? Kedua, adakah melalui penjualanpenjualan bon atau security? Soalan ini ialah dari manakah Malaysia hendak mendapatkan dana bagi membiayai pakej rangsangannya?

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah beberapa cadangan yang saya fikir boleh difikirkan dalam membuat strategi belanjawan mini yang akan kita bincangkan.

(a) Kita mesti menumpukan kepada perumahan. Mengutamakan perumahan bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah;

(b) menyediakan subsidi bagi perumahan berpendapatan rendah yang kini diberikankepada para pemaju; dan

(c) Rangsangan ini mesti juga melihat usaha mempertingkatkan infrastruktur dan prasarana iaitu:
(i)…Memodenkan jalan, jambatan, jalan raya, jalan kereta api, lapanganlapangan terbang dan juga kekisi tenaga; dan
(ii)…Menaik taraf prasarana komuniti yang sedia ada. Bagi pengangkutan awam, kita mencadangkan supaya dapat disatukan system pengangkutan awam terutama di Lembah Klang dan pusat-pusat bandar sekitar. Kedua, mencuba menggabungkan lagi jalan rangkaian, bas, teksi, kereta api dan transit aliran ringan atau LRT bagi mewujudkan sistem holistik yang lengkap. Ketiga, memodenkan stesen bas dan membina stesen-stesen baru tren atau LRT.

(d) pengeluaran makanan;
(i)…pembangunan pertanian dan pemberian bantuan kepada petani
dan pengeluar makanan;
(ii)…bantuan mengangkut makanan dari pusat-pusat jualan; dan
(iii)…pembangunan tanah bagi kegunaan menghasilkan makanan.

Bajet mini juga mesti melihat sistem kewangan:
(i)…mengadakan rangkaian peraturan kepada bank supaya memudahkan keperluan pinjaman bagi perniagaan saiz kecil dan sederhana; dan
(ii)…mengadakan rangkaian pengaturan kepada bank supaya memudahkan keperluan pinjaman perumahan.

Saya juga ingin mencadangkan dalam usaha mempercepatkan proses pembangunan ekonomi dan rangsangan ekonomi ini, saya juga syorkan salah satu projek yang saya rasa penting dan memberi kesan terus kepada meningkatkan penggunaan guna tenaga iaitu pembersihan Sungai Klang.

(i)...Dengan usaha Program Pembersihan Sungai Klang, ia memberi faedah ekonomi kepada Selangor dan Kuala Lumpur dengan cara meluaskan keupayaan pembangunan perumahan;
(ii) meringankan beban pengangkutan dengan cara menyediakan alternative bagi pengangkutan awam;
(iii)…Memajukan bidang pelancongan menerusi pembinaan lebih banyak hartanah-hartanah di kawasan-kawasan tepi sungai yang kita bersih dan cantikkan.

Apakah status pakej rangsangan yang lepas dan apakah kesan-kesan yang dirasai. Bagi dua pakej rangsangan ini nanti sepatutnya diadakan satu sistem pemantauan yang telus dan bertanggung jawab dan hal penyaluran, pengagihan bantuan kepada pihak yang memerlukan. Sebagai contoh kerajaan Amerika Syarikat ada melakukan usaha ini yang boleh dirujuk oleh semua rakyatnya dalam laman web.

Sebagai contoh, di Amerika dia menggunakan laman web www.recoveryorganisation dan apabila ini berlaku semua warganegara sebagai pembayar cukai akan dapat menyemak dalam talian tentang ke manakah wang-wang dan dana itu diagihkan. Dengan cara ini pengagihan wang rangsangan dapat terus dipantau. Akhir sekali, kesan penilaian dan kebolehan kita merancang ekonomi mestilah dilakukandalam dua tahap.

Pertama, kesan terhadap ekonomi Malaysia. Apakah peningkatan pelaburan yang dijangkakan terhadap ekonomi?

Kedua, kesan terhadap pekerjaan. Berapa banyakkah pekerjaan yang dapat diadakan dan diisi dalam tempoh dua tahun berdasarkan Bajet Mini 2009-2010. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong! }

Sekian catatan dari parlimen kali ini...

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Feb 28, 2009. KL.

ISU Bahasa Melayu, UMNO Akui Kesalahan?






Ibnu Hasyim Catatan Santai dari Parlimen

SAYA tertarik ucapan Tuan Haji Mohd Nor bin Othman YB Hulu Terengganu, dalam perbahasan di Dewan Rakyat Khamis Februari 26, 2009, bermula pada 4.18 petang. Saya petik sebahagian sahaja perbincangan tersebut dari http://www.parlimen.gov.my/ . Antaranya, setelah muqaddimah …

{ Tuan Yang di-Pertua, semua orang berkata bahawa satu ketika dulu pada abad yang ke-15, Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca, bahasa perdagangan, bahasa yang dipertuturkan oleh 100 juta manusia. Perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sebagai bahasa rasmi negara kita, merupakan satu perjuangan yang perit yang telah mengorbankan titik peluh perjuangan yang sungguh-sungguh. Berdasarkan kepada Penyata Razak yang telah diusahakan oleh seorang Menteri Pelajaran pada waktu itu berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar tunggal di sekolah-sekolah menengah di Malaysia ini.

Saya masih ingat bahawa Menteri Pelajaran kita pada waktu itu menerima dua biji peluru kerana berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar tunggal dan kemuncaknya dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970. Tuan Yang di-Pertua, perjuangan menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi sekarang mula dipandang sepi. Kita akui bahawa bahasa Inggeris itu penting. Bahasa Inggeris itu bahasa perdagangan. Bahasa Inggeris itu bahasa global. Bahasa Inggeris itu mengangkat martabat modal insan di negara kita.

Namun demikian janganlah kerana keghairahan kita untuk mengangkat martabat meletakkan keutamaan kepada bahasa Inggeris ianya akan melenyek dan merendahkan kedudukan bahasa Melayu. Apalah gunanya kita berkata bahawa kita akan mengangkat tinggi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi apabila anak-anak kita minta jawatan, minta pekerjaan, anda gagal kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. [Tepuk] Apa maknanya kita mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, dalam mesyuarat kita bercakap dalam bahasa Inggeris. Apa maknanya kita agung-agung bahasa Melayu tetapi dalam temu ramah, perbualan dan percakapan kita bercakap dalam bahasa Inggeris. Lain di bibir, lain di hati. Itu hipokrit yang berkata demikian….

Oleh yang demikian, saya bimbang kalau ini kita amalkan satu dekad, dua dekad nanti anak-anak kita yang belajar sejarah bahasa akan berkata pada masa itu, “Oh, satu masa dahulu, ada satu bahasa, bahasa Melayu tetapi sekarang hanya tinggal nama sahaja”. Perkara ini tidak mungkin tidak berlaku kerana sejarah telah mengajar kita bahawa ...bahasa Latin, bahasa Sanskrit yang tersebar luas di Eropah, yang tersebar luas di alam Melayu pada hari ini hanya tinggal nama sahaja. Jangan lupa bahawa surat khabar jawi kita telah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Oleh yang demikian, marilah kita kembali dengan erti kata yang sesungguhnya bahawa kita mengangkat martabat bahasa Melayu. Berilah keutamaan kepadanya dalam apa-apa keadaan, peluang dan sebagainya.

(Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang] diberi peluang mencelah, katanya: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat bermaksud bahawa dasar pengajaran PPSMI juga adalah satu dasar hipokrit daripada Menteri?).

Saya tidak kata dasar hipokrit, saya kata bahawa dalam keghairahan kita untuk meningkatkan pencapaian bahasa Inggeris, bukan dengan kita memperlekehkan bahasa Melayu. Mungkin kelemahan anak-anak kita menguasai bahasa Inggeris kerana kelemahan kita dalam pengajaran subjek yang berkenaan. Kita boleh cari mungkin kaedahnya tidak kena, mungkin pendekatannya tidak kena, mungkin pedagoginya tidak kena, mungkin kita terlalu mementingkan kepada grammarnya menyebabkan anak-anak kita rasa takut untuk berkata dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian pada saya bahawa kita minta supaya pengajaran Sains dan Matematik itu dikembalikan kepada bahasa Melayu. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua..

(Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu] juga diberi peluang menambah: Pertama. Terima kasih Tuan yang di-Pertua. Pertama berkaitan dengan isu PPSMI iaitu pengajaran dan pendidikan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Setuju atau tidak Yang Berhormat bahawa dalam untuk membuktikan kononnya pengajaran dan pendidikan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini berjaya Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan statistik menyatakan bahawa pencapaian atau kelulusan pelajar-pelajar cemerlang dengan penambahan sedangkan maklumat yang kita perolehi daripada mereka yang telah membuat kajian apa yang berlaku Kementerian Pelajaran telah menurunkan markah kelulusan ke tahap yang sangat minima untuk meninggikan angka lulus.

Bukankah ini satu penipuan kepada rakyat? Satu. Kedua Yang Berhormat, Satu sahaja lagi point. Adakah Yang Berhormat masih ingat disebabkan dasar UMNO pada tahun 1960-an lah menyebabkan bahasa Melayu dalam tulisan jawi hari ini sudah hampir hapus. Adakah Yang Berhormat setuju?)

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat semua sebenarnya UMNO Johor telah pun membuat keputusan supaya pengajaran Sains dan Matematik itu kembalikan kepada bahasa Melayu. Jadi oleh yang demikian bahawa kita tidak perlu mengaku atau merasa bersalah kalau kita buat silap, kita kembalilah kepada pengajaran Sains dan Matematik. Kalau asyik hendak mencelah, tidak ruang untuk saya habiskan ucapan saya ini.

(Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] pula diberi peluang menambah: Hulu Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, saya hairan kadang-kadang bila kita membahaskan masalah bahasa. Kita perjuangkan bahasa. Jangan bila kita perjuangkan bahasa kita salahkan mana-mana pihak. UMNOlah. Masalahnya kita berpolitik sepanjang masa. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat. Ini suatu keadaan yang serius. Saya tidak kira UMNO ker, PAS ker, PKR ker. Apa dan sebagainya. Kita perjuang, perjuangkan. Saya kadang-kadang merasa kecewa Yang Berhormat Hulu Terengganu. Kita berbahas, membicarakan bahasa Melayu tetapi kadang-kadang perangai kita tidak menggambarkan etika orang Melayu. Etika ketimuran. Asyik hendak mengena orang. Apa salah kita buat betul-betul.)

Itulah saya katakan bahawa isu bahasa merentasi parti politik. Kalau pihak belah sana merasakan bahawa mereka yang memperjuangkan isu bahasa ini. Itu cuma omong-omong kosong sahaja. Mereka sebenarnya ingin mengambil kesempatan untuk meraih mileage politik. Itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, negara kita merupakan sebuah masyarakat majmuk. Berbilang bahasa. Berbilang agama. Berbilang kaum. Berbilang-berbilang dan macam-macam lagi. Keadaan negara ini yang berbagai berbilangberbilang kebudayaan itu kalau kita hendak bergaduh, siang malam kita boleh bergaduh. Negara yang satu bangsa sahaja pun seperti di Palestin, Hamas dengan Fatah pun bergaduh. Tetapi negara kita yang berbilang bangsa, berbilang bahasa, berbilang macam-macam kebudayaan lagi, kita boleh hidup. Hidup dengan aman damai.

Saya pergi ke kedai. Taukenya Cina, kulinya Melayu. Mereka hidup baik. Saya pergi ke kedai, yang Melayu beli di kedai Cina, yang India beli di kedai Cina. Tidak apa-apa pun. Yang masalahnya bahawa kita orang politik yang mengapiapikan supaya timbul rasa kebencian di antara satu sama lain. Kita cuba mengubah status quo yang kita terima bersama. Yang tidak patut kita minta, kita minta. Yang telah kita beri pada masa kontrak sosial dulu, yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin kita, kita ungkit dan kita bangkitkan. Bila satu kaum itu bangkit, bila kaum itu menuntut sesuatu yang bukan yang telah dipersetujui bersama, ini menimbulkan kemarahan kepada pihak yang satu lagi.

Tuan Yang di-Pertua, janganlah bermain dengan api. Kalau terbakar sakit. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Gelugor telah mengadu dia telah menerima peluru. Kata kita salah. Kata Pemuda Umno salah. Siapa yang memulakan itu? Siapa yang memulakan. Saya tidak terima peluru. Bukit Gajah pun mungkin tidak terima peluru, yang lain pun tidak terima peluru kerana ada sopan, ada nilai, ada sesuatu menyebabkan orang rasa sakit hati dan marah. Jangan bagi orang marah. Sebab adat Melayu. Adat Melayu ini, hendak beritahu sedikit. Adat Melayu ini, kerja sendiri dikelek.. ..kerja Sultan dijunjung. Jangan timbulkan perkara-perkara sensitif yang menyakitkan hati pihak yang satu lagi.

Sebab itulah saya katakan jangan bermain api. Jangan roboh sosial kontrak yang telah kita persetujui selama ini. Memanglah, memang semua pihak, memang semua kaum ada merasakan yang tidak sesuai dengan cita rasanya, tetapi ambillah itu sebagai satu tolak ansur yang kita akui bersama. (Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta laluan bercakap: Isu peluru, isu peluru.) Tuan Yang di-Pertua, tidak payahlah saya pun bukan setuju hantar peluru itu. Saya sudah kata bahawa jangan salah orang lain kalau kita berkelakuan demikian orang hantar peluru kepada kita. Tengok diri kita... (Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] minta laluan: Ini bahaya Tuan Yang di-Pertua. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] pun minta: Laluan.)

Tengok diri kita apa yang kita buat. (Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] berkata: Biarkan dia berucap Yang Berhormat. Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja] pun berkata: Sekolah menjadi.. [Bercakap tidakmenggunakan pembesar suara] ..Provokasi boleh ganas. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] menjawab: Tidak ada provokasi pun di sana. Yang Berhormat, tidak ada.) Sebab itu saya kata bahawa jangan asyik salahkan orang lain.

(Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] menyokong: Dia tidak menyokong Yang Berhormat, dia kata dia tidak setuju Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] pula mencelah: Inilah orangnya memberi gambaran, beliau bersetuju...[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan. Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] menambah: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] menambah: Yang Berhormat, dia tidak bagi jalan teruskan Yang Berhormat Terengganu. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] menambah: Sepatutlah minta polis menyiasat, bukan kata siapa mula. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, ya cukup Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Terengganu teruskan.)

Bila saya kata saya bersetuju? Saya tidak setuju, tetapi jangan cari pasal. Itu saja. Itu saja. [Tepuk] (Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah] berkata lagi: Itu masalahnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee] menjawab : Tidak boleh macam ini Yang Berhormat. Tidak boleh Yang Berhormat.) }

Pada saya, apakah pihak UMNO sudah terlanjur dengan isu PPSMI ini hingga sanggup menggadaikan bahasa sendiri? Atau hanya sanggup mengampu kepada pemimpin terdahulu? Atau terantuk baru tengadah? Kokok saja berderai-derai tapi ekor bergelumang ….

Sekian catatan santai bantai kali ini...

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
Februari 28, 2009. KL.

Friday, February 27, 2009

Israel Batu Api Darfur, Di Malaysia Bagaimana?

Muannar Gaddafi

Ibnu Hasyim Catatan Santai

KEKUATAN asing, termasuk Israel berada dibalik konflik di Darfur, Sudan Selatan. Demikian kenyataan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, yang baru dipilih menjadi Presiden Kesatuan Afrika, Selasa lepas. Memang tepat pembongkaran tersebut. Sebenarnya, konflik di Darfur dan Sudan Selatan, yang dikuasai kelompok pemberontak Kristian pimpinan John Garang, bertujuan memecah belahkan Sudan.

Ini, disebabkan pemerintahan Sudan di bawah Jendral Omar Hasan el-Bashir lebih condong kepada Islam. Bahkan, di masa pemerintahan George Bush, ibukota Sudan, Khartoum, pernah di bom oleh AS, konon dituduh memproduksi senjata kimia dan tempat persembunyian teroris. Bahkan, ICC telah melegalkan kempen ingin menangkap Presiden Omar Hasan el-Bashir, yang dituduh melakukan kejahatan perang di Darfur.

“Ini bukan rahasia. Kami mempunyai bukti yang cukup dan sangat jelas, tentang adanya keterlibatan pehak asing di Darfur, yang sekarang menjadi api!”, kata Gaddafi dalam pertemuan antara pemimpin Kesatuan Afrika tersebut. “… antaranya pemberontak itu mempunyai pejabat di Tel Aviv”, tambahnya. Memang itu kerja Israel, selalu menciptkan konflik di negeri-negeri Muslim, yang tujuannya agar negeri itu menjadi terpaksa bergantung kepada Israel.

Teringat saya kepada kata-kata seorang pemimpin PAS Allahyarahm Amaluddin Darus semasa memberi kuliah politik di Balik Pulau Pulau Pinang satu masa dulu, mengenai Israel di Alam Melayu, antara kata-katanya…

“Pemisahan Singapura dari Malaysia dulu adalah satu langkah gopoh... Singapura akan berpisah sebagai negara berdaulat di tengah alam Melayu adalah sama seperti Istael di tengah-tengah alam Arab. Sebuah pulau kecil yang tidak cukup tanah untuk didiami dan tidak ada bahan mentah, pasti akan bergerak liar menguasai negara-negara sekelilingnya, demi kehidupan ekonominya. Perkembangan penduduknya akan menyebabkan ia terpaksa mencampuri politik negara-negara lain untuk kehidupan politiknya.”

(Sila lihat juga dalam blog Ibnu Hasyim Saturday, February 21, 2009 Sejarah PAS 25: Masalah Singapura.).

Jadi tidak hairan bila keluar berita dalam akhbar ‘The Star’ pada 5 Ogos 2008, antaranya mendedahkan mengenai sistem komunikasi dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Di mana keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Tetapi, apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel.

Malah beliau juga bertanggung jawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Pernah juga didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri kita. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia. Dikatakan juga kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Begitu juga penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding, sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi. Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen.

Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura! Dikhabarkan juga, sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Apakah batu api Israel sudah masuk ke dapur Malaysia secara senyap-senyap, bukan terang-terangan seperti di Darfur Sudan?

Sekian catatan santai, tidak hanya bantai...

ibnuhasyim.com
e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com
April 27, 2009. KL.

Sejarah PAS 26: 1969 Tahun Cabaran.

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 26

ADALAH satu cabaran bagi PAS apabila sebelah sayap perjuangannya sudah tiada, iaitu Ustaz Zulkifli Muhammad. Ditambah pula dengan terkulainya sayap yang sebelah lagi, iaitu Professor Dr Burhanuddin. Adalah suatu kezaliman menurut pengkaji-pengkaji politik apabila lapan bulan kemudian setelah kepergian Ustaz Zul, tiba-tiba Dr Burhanuddin telah ditahan di bawah ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang salahgunakan oleh kerajaan PERIKATAN waktu itu. Penahanan tanpa bicara.

Beliau ditahan pada Januari 1965, kerana dituduh terlibat dalam satu komplot menentang kerajaan Malaysia. Di dalam tahanan beliau jatuh sakit, tetapi tidak pula bertambah baik apabila dibebaskan dengan bersyarat pada Mac 1966. Hanya kira-kira 3 tahun kemudian syarat-syarat tersebut telah ditarik balik iatu pada 22 September 1969. Tetapi pada 25 Oktober 1969, Dr Burhanuddin yang masih lagi menjadi Yang Di Pertua Agung PAS telah meninggal dunia kerana keuzuran.

Merenung sejenak tentang pemikiran politik beliau, dari kegiatan, ucapan dan tulisannya, beliau menggunakan isu kemerdekaan dan kebangsaan, tetapi bukan assobiah Melayu sebagai alat untuk mencapai matlamat perjuangannya. Beliau juga pernah menyertai ‘Kaum Muda dan Islah’ atau reformis dalam menyalakan semangat anti penjajahan dan pro kemerdekaan. Buktinya, beliau pernah menyertai satu majlis forum dengan ‘Kaum Tua’ tentang soal ‘jilatan anjing’ di Kota Bharu Kelantan pada tqhun 1937.

Dalam risalahnya, ‘Perjuagan Kita’, beliau menulis:

Aliran jiwa Kaum Muda menuju kemajuan dan tamadun secara kehendak zaman yang mengandungi apa-apa yang dituntut oleh bangsa dan watan.

Dikatakan juga ada tanda-tanda yang beliau tidak pula menolak pegangan-pegangan dan amalan Islam yang biasa dianggap di luar penerimaan Kaum Muda. Misalnya, dikatakan ‘mengamal ajaran-ajaran tasauf hasil daripada pengaruh bapanya dan pengaruh pendidikannya di India’. Beliau juga pernah dijemput berucap di Persidangan Pembukaan Kongres Ahli-ahli Tariqat As-Sufiah Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1960, di Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Begitu juga di Sidang Mesyuarat Agung Persatuan Tariqat As-Sufiah yang pertama pada 3 Jun 1962, tetapi pendaftaran persatuan tersebut telah ditarik balik kemudiannya.

Beliau menyeru:

Janganlah lemah ahli-ahli Tariqat Sufiah meneruskan jihad di tengah-tengah masyarakat kebendaan yang perlu disiram dengan siraman jiwa tauhid dan sufiah, dan awas, dan jauhkan diri daripada tasauf yang maghrur, tasauf yang dirasuk oleh tipu daya musuh-musuh Islam.”

Beliau menyarankan:

Dalam meneruskan jihad Tariqat Sufiah ini, susunlah lebih kemas lagi perpaduan dan siarkanlah pelajaran-pelajaran tasauf itu mengikut adap dan akhlak ahli-ahli tasauf. Jangan tiru-tiru ahli fiqah. Biarlah ahli fiqah dengan gelanggangnya! Tetapi ahli tasauf jangan tak bergelanggang, mestilah ada bergerak dalam gelanggangnya. Adakan yayasan dan perguruan tasauf secara zaman ini, jangan jadi pak turut sahaja. Islam membenci pak turut dan taklik buta. Semua ahli tasauf, mestilah betul-betul menjadi al-tabi’in al-‘arifin al-shodiqin.

Sila rujuk risalah ‘Simposium Tasauf Dan Tariqat’ oleh Pro Dr Burhanuddin terbitan Maktabah Haji Abdullah bin Mohd Nordin Ar-Rawi Pulau Pinang, cetakan pertama 1966. Melihat kepada ucapan-ucapan dan tindakannya, jelaslah bahawa beliau sentiasa dan tetap akan menggunakan apa sahaja persatuan dan gerakan sebagai landasan untuk dakwah dan menyampaikan cita-cita politik Islam. Pada 1969 juga, sebelum berpulangnya Dr Burhanuddin ke rahmatullah, telah diadakan PRU pada 10 Mei.

PAS memenangi 12 kerusi Parlimen atau Dewan Rakyat, iaitu 3 di Kedah, 6 di Kelantan, 2 di Terengganu dan 1 di Perak. Manakala di DUN pula, PAS peroleh 40 kerusi. Iaitu, 1 di Perlis, 8 di Kedah, 19 di Kelantan, 11 di Terengganu dan 1 di Perak. Menurut beberapa analisis politik, kepincangan dalam PERIKATAN mulai jelas dalam pilihan raya 1969. Ia mengalami kemerosotan undi Parlimen, iaitu hanya lebih kurang 40% dari jumlah undi orang bukan Melayu. ‘ Angka 13’ menjadi angka sial bagi MCA, yang hanya perolehi 13 dari 33 kerusi yang diperuntukkan.

Seramai 24 dari calon bukan Melayu telah dirampas oleh parti pembangkang. Undi orang Melayu kepada PERIKATAN juga merosot 54% undi Parlimen. Sementara PAS telah berjaya memperolehi kembali sokongan mereka yang hilang semasa pilihan raya 1964. Pulau Pinang telah dikuasai oleh Parti Gerakan, atau Gerakan Rakyat Malaysia. Kelantan masih tetap di tangan PAS. Kegoncangan berlaku kepada PERIKATAN kerana kemenangan calon-calon Parti Gerakan, DAP (Democratic Action Party), dan PPP (People’s Proggressive Party), ertinya PERIKATAN dan MCAnya telah kecundang.

Parti Buruh telah memulaukan pilihan raya dan dikatakan menghasut pilihan raya supaya gagal. Beberapa keadaan telah timbul sejak bulan April membawa kepada Mei, di mana suasana tegang jelas kelihatan di pantai barat Semenanjung Malaysia. Kerajaan nampaknya cukup sedar betapa PKM (Parti Komunis Malaya) yang bergerak cergas bawah tanah mengambil kesempatan melahirkan suasana itu, bermula dari perarakan-perarakan pada 11 dan 12 Mei 1969. Terus berlanjutan kepada apa yang disebut ‘Peristiwa 13 Mei’.

PM Malaysia atau pemimpin PERIKATAN masa itu dalam bukunya ’13 Mei Sesudah dan Sebelumnya’ meletakkan keseluruhan kesalahan berpunca dari tindakan dan ucapan parti-parti pembangkang termasuk PAS. Tulisan itu dijawab oleh Abu Bakar Hamzah dalam bukunya, ‘Ilham 13 Mei – Gayung Bersambut Kata Berjawab, Terkilat Ikan Jala Pun Tiba’ terbitan di Kelantan. Beliau menolak tuduhan melulu tersebut, yang menyebabkan PERIKATAN walaupun menang tetapi terasa kalah. Kalah kerana sukar membentuk kerajaan di Selangor dan Perak.

Kesesakan jalanraya di KL semasa 13 Mei.

Ada juga penulis yang mengatakan:

Peristiwa menunjuk perasaan ketidakpuasan di kalangan orang-orang Melayu. Mereka merasa bahawa mereka telah memberi banyak keistimewaan kepada orang-orang bukan Melayu.” Sila rujuk Harold Crouch, Lee Kam Hing, Michael Ong: ‘Malaysian Politics And The 1978 Election’.

Kerajaan sendiri telah menerbitkan buku, ‘Tragedi 13 Mei’, satu laporan dari Majlis Gerakan Negara bertindak sebagai badan pemerintah, yang menjalankan pemerintahan.

Tetapi menurut Amaluddin Darus:

Pada hemat saya, seluruh keadaan yang terjadi adalah didalangi oleh komunis tanpa disedari oleh sebahagian orang. Tetapi segala peluang yang mendedahkan kesempatan kepada komunis itu sendiri ialah kerana kelemahan-kelemahan dari system pemerintahan dan system social ekonomi yang dijunjung tinggi oleh Parti PERIKATAN dan terus dipertahankan sebagai sebaik-baik system yang ada di dunia ini.

Pemerintahan berparlimen telah kembali dijalankan di Malaysia tahun 1971, dengan mengadakan beberapa pindaan kepada Perlembagaan Malaysia. Menurut Amaluddin Darus lagi, sebenarnya penyakit yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia adalah lain dari apa yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka tidak dapat melihat dan tidak mahu ubatnya. Mereka membalut dengan plaster tempat yang disangka punca penyakit, tetapi membiarkan penyakit sebenarnya hidup subur dan dipelihara.

Penyakit tersebut adalah api perkauman, kemiskinan, rasuah, tidak memberi kesedaran kepada rakyat tetapi menghibur mereka dengan lamunan kata-kata yang enak. Membiarkan rakyat berdendang berdansa ke arah kejatuhan moral, merebaknya putus asa dan kejadian jenayah. Jadi tidak hairanlah jika ada pemimpin UMNO yang mengatakan:

Biarlah secara terus terang saya berkata, generasi yang ada sekarang termasuk saya sendiri dan juga mereka yang berada di university adalah berfikir secara perkauman, masih berfaham perkauman.” Lihat ucapan Tun Dr Ismail dalam Utusan Melayu 17 Julai 1969.

Apabila Malaysia kembali ke demokrasi berparlimen, Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatan Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak bin Hussain. Tun Abdul Razak cuba mengekal dan memperluaskan idea permaufakatan sebagaimana yang wujud dalam Parti PERIKATAN dulu, iaitu membentuk formula Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh setiap kaum. Di dalam BN, beberapa parti baru telah dimasukkan dengan tujuan menguatkan kedudukan parti kerajaan menentang parti pembangkang.

Di Semenanjung Malaysia, BN adalah terdiri dari UMNO-MCA-MIC, Gerakan dan PPP. Di Sabah pula, terdiri Sabah United People’s Party atau Berjaya dan USNO atau United Sabah National Organization. Di Sarawak terdiri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBS), Iban Sarawak National Party (SNAP) dan Chinese Sarawak United People’s Party (SUPP). PAS juga turut menganggotai BN, tetapi kemudiannya menarik diri atau pun ditendang keluar.

Tahun 1986, Parti Bersatu Sabah atau PBS telah menyertai BN, tetapi kemudiannya menarik diri menjelang pilihan raya 1990. Objektif utama BN ialah untuk menambah perwakilan dari semua peringkat masyarakat dengan cara membawa masuk parti-parti yang menag ke dalam Kerajaan Pusat. Ini jelas dengan kemasukan Parti Gerakan yang menguasai Negeri Pulau Pinang, PAS yang menguasai Kelantan dan PPP yang menguasai Majlis Perbandaran Ipoh (Ipoh Municipal Cauncil).

Pembentukan BN ini jelas menguntungkan pihak kerajaan yang telah berjaya memukul teruk lawan-lawannya seperti dalam PRU 1974. Dalam PRU tersebut BN dapat 104 dari 114 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.di Semenanjung Malaysia dan 31 dari 40 kerus Parlimen di Sabah Sarawak. Apakah keuntungan ini membawa manfaat kepada agama dan perjuangan Islam?

Buku terbitan Majlis Gerakan Negara


Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam http://www.ibnuhasyim.com

1.. Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan 2..Wednesday, May 2, 2007 Sejarah PAS 2: Siasah Ulama 3..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat. 4..Friday, May 4, 2007 Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah5..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas. 6..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam 7..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas 8..Sunday, August 5, 2007 Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka

Thursday, February 26, 2009

PAS-UMNO (Islam-Nasionalis) Di Pakistan & Palestin Mulai Berdamai..

Kami mahu undang-undang Islam! Kami mahu damai! -Penduduk Lembah Swat .

Ibnu Hasyim Catatan Santai

“PAS dan UMNO di Pakistan dan di Palestin dah mula berdamai!” Seseorang memberitahu saya melalui telefon semalam.

Ya, Saya tahu. Berita dari Pesyawar Pakistan, Selasa 24 Februari… Kelompok pro-Taliban di Pakistan, bersedia ‘damai’ melalui gencatan senjata untuk jangka waktu yang tidak terbatas dan mahu membebaskan tahanan. Kelompok itu menerima gencatan senjata setelah pemerintah menyetujui perlaksanaan syariat Islam khusus di Lembah Swat. Kelompok gerila pro-Taliban di Lembah Swat yang dipimpin Maulana Fazlullah itu memperjuangkan syariat Islam selama dua tahun terakhir.

Lapan hari lalu, pemerintah Pakistan telah bersetuju melaksanakan syariat atau hukum Islam sebagai satu-satunya aturan hukum di Lembah Swat. Gencatan senjata tidak terhad itu merupakan gencatan senjata tetap untuk mengganti gencatan senjata yang berlaku sementara selama 10 hari. Mereka juga membebaskan tiga orang sebagai bukti ‘niat baik’, dua di antaranya adalah ahli politik. Pemerintah tempatan menyambut baik gencatan senjata itu kerana menganggap langkah itu sebagai perkembangan positif dan membuka peluang perdamaian abadi.

Walaupun penduduk tempatan bergembira atas kesepakatan tersebut, tetapi bagi AS, Eropah, Afganistan, dan India merasa bimbang dengan perlaksanaan undang Islam itu kerana ianya akan menyuburkan gerakan kelompok perlawanan di wilayah Barat Laut Pakistan yang selama ini menjadi .’markas’ Taliban dan Al Qaeda. Demikian menurut REUTERS/AFP/LUK. Begitu juga di Palestin, dikatakan kumpulan HAMAS menyambut baik untuk menghentikan perbalahan dengan FATAH dari PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) semalam (Lihat berita di TV semalam).

Kalau di Malaysia PAS (Parti Islam Se Malaysia) adalah gerakan berpaksikan Islam, dan UMNO (United Malay National Organization) adalah berdasarkan perjuangan kebangsaan Melayu. (Sila undang-undang tubuh kedua-dua parti). Kalau di Lembah Swat Pakistan, kumpulan pro-Taliban adalah kumpulan Islam yang puluhan tahun menentang pemerintah nasionalis Pakistan. Begitu juga di Palestin HAMAS yang perjuangkan Islam tulin sentiasa dihalangi oleh kumpulan nasionalis Arab termasuk Fatah dari PLO yang asalnya pimpinan Yasir Arafat. Pertentangan antara Islam dengan nasionalis ini sentiasa berlaku sepanjang sejarah.

“Kalau PAS di Pakistan dan di Palestin, sudah mulai ke meja rundingan dengan UMNO di sana, ada ke ruang perundingan seperti itu boleh dilaksanakan di Malaysia sekarang?” Saya tanya pendapat dia.

“PKR dan DAP nak letak di mana?”

“Kan UMNO pun ada rakan kongsi, seperti MCA, MIC dan segala macam! Sama le. Kalau UMNO setuju negara Islam, tentu PAS mahu. Kan UMNO pun selalu cakap pasal Islam?” Saya jelaskan.

“Kalau sama-sama setuju negara Islam, orang bukan Islam nak buang ke mana? Mereka sudah tentu tolak negara Islam!”

“Cara berfikir engkau kena betul.” Kata saya. “Kalau DAP yang dikatakan amat tebal perkaumannya boleh kawan dengan PAS yang keras nak ‘negara Islam’, takkan le UMNO tak boleh motivasi parti-parti gabungannya. Tak pernah saya fikir kerajaan pimpinan DAP nak ‘amal makruf nahi munkar’ macam Khalifah Umar Abdul Aziz! Tapi hal ini boleh terjadi. Kalau ada negara Islam, mengapa nak buang orang bukan Islam? Cara berfikir kamu, sudah berunsur kepengganasan! Negara Islam bukan nak buang atau bunuh orang bukan Islam,

tetapi WAJIB melindungi orang bukan Islam. Ada hak istimewa orang bukan Islam dalam negara Islam!”

Orang Islam pun tak faham agama sendiri, apa lagi orang bukan Islam, kecuali orang bukan Islam yang cerdik? Sekian catatan santai kali ini.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 26, 2009. KL.

Sila lihat tulisan berkaitan: Saturday, April 21, 2007 Strategi PAS Perintah Malaysia...

Wednesday, February 25, 2009

Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.

Gambar atas: Akibat 1 botol coca-cola yang anda minum, anda sumbang 1 peluru untuk membunuh seorang rakyat Palestin yang tidak berdosa.. Gambar bawah: Kegilaan generasi coca-cola..

By ASYOK KUMAR

TERUSKAN boikot barangan Israel, umat Islam perlu sedar, bahawa mereka ibarat harimau yang sedang tidur, kini sudah mulai bangun, dan ngauamannya sudah mulai didengar musuh-musuhnya. Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, selaku Presiden Grup Unversiti Ulu Klang yang dihubungi di pejabatnya pagi tadi.

Semalam akhbar berbahasa Ibrani, Ma’arev, Selasa (24/2) melaporkan bahawa keadaan ekonomi di negara ‘Israel’ itu memasuki fasa yang sangat buruk. Hari demi hari krisis ini bertambah parah. Banyak syarikat swasta gulung tikar setiap hari. Menanggapi krisis yang menghantui pasaran kerja di Israel, harian itu mengatakan; “Seramai 730 orang di wilayah utara Israel secara automatik masuk dalam senarai penganggur baru. Padahal majoriti daripada mereka sudah berkeluarga. Jarak antara mereka dengan garis kemiskinan sangat dekat sekali.”

Sebelumnya sempat diberitakan bahawa pihak sumber manusia Israel mengumumkan bahawa sekitar 20 ribu pekerja kehilangan pekerjaan pada bulan Januari lalu. Perkara tersebut dinyatakan dalam laporan badan tersebut yang menunjukkan angka pengangguran di Israel semakin meningkat. “Kita kena serang Israel mengikut kemampuan, keadaan dan dari tempat mana kita berada. Paling kurang teruskan serangan melalui boikot, jangan beli atau guna barangan Israel dan kuncu-kuncunya.” Kata Dr Hj Mohd Hasyim yang juga pengusaha weblog http://www.ibnuhasyim.com (AK)

Sila lihat tulisan lalu di blog ini..1..Sunday, February 1, 2009 Hukum... Syarikat Bekal Makanan Pada Israel –Dr Hj Mohd Hasyim. 2..Tuesday, January 20, 2009 Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola 3.. Friday, January 9, 2009 Palestin, Tiada Maruah Tiada Sokong.. Dr Mohd Hasyim 4.. Monday, February 9, 2009 Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot...

Mengapa Dengan Foto Bogel Ini?

By ASYOK KUMAR

BERKAIT dengan foto isu Eli Wong ADUN Bukit Lanjan, cuba lihat dua gambar aksi bogel ini. Dikatakan ini adalah artis terkenal Indonesia Sandra Dewi. Tetapi dia membantah, itu bukan dirinya, cuma seingat dia pernah difoto dengan memakai bondu putih seperti itu waktu di Mall, tetapi dengan pakaian lengkap. Anehnya kemudian tersebar fotonya dengan pos telanjang.

Dan ternyata kemudian baru diketahui di mana foto tersebut, badannya milik orang lain , tetapi kepalanya milik Sandra Dewi. Dengan menggabungkan kedua foto tersebut melalui teknik kepiawaian pembuat foto, jadilah foto Sandra Dewi yang menjijikkan. Kerana foto, asalnya adalah suatu alat bagi seseorang untuk mengabadikan sesuatu, dengan mengambil gambar sesuai dengan yang aslinya.

Di badan lembu ini ada peta dunia, aslikah gambar lembu ini?

Tetapi sekarang seiring dengan perkembangan teknologi digital, ditambah dengan perkembangan computer, membuat kita dibuat jadi susah hendak membedakan mana yang asli dan mana yang bukan. Mungkin inikah yang terjadi pada Eli Wong itu, ADUN Bukit Lanjan EXCO Selangor itu? Tetapi dia sudah mengaku gambar tersebar luas itu gambarnya, gambar dia sedang tidur. Tetapi mungkinkah yang tersebar atau akan disebar, bahkan menurut pihak polis ada tambahan VCD lagi, boleh jadi gambarnya yang ditambah-tambah?

Lihat lagi foto-foto dibawah ini sebagai contoh gambar yang ditambah-tambah. Maka kita kena jaga, supaya jangan sampai pemimpin yang kita sayangi, atau gambar kita atau kaum keluarga sendiri diekploitasi, sehingga yang kawan jadi lawan, bergaduh suami isteri, minum yang halal pun nampak macam yang haram. Walaupun ini sebagai catatan ringan, tetapi ianya sebagai suatu peringatan supaya kita berhati-hari melihat, mendengar, mempercayai atau menyebarkan sesuatu maklumat atau berita..

Tuesday, February 24, 2009

Pembaziran: Mengapa Tak Guna Proton Kalau Benar Iklas?

YB Saifuddin Nasution

Ibnu Hasyim Catatan Santai Dari Parlimen


PARLIMEN ke12, Penggal Ke 2, Mesuarat Pertama Bil. 4 Khamis 19 Februari 2009, menyaksian dialog mengenai pembaziran dan kereta rasmi. Saya petik sebahagian dari perbincangan yang ada kaitan dengan pembaziran..

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [MP BN dari Batu Pahat] sedang berucap, antara sebahagian dari sedutannya:

..... Banyak kes rasuah lambat diambil tindakan tidak ada keputusan. Sebagai contohnya kalau kita lihat pembinaan Kompleks Kastam Kelana Jaya, Projek Penjara Kuching RM165 juta, kes penglibatan pegawai JPA terlibat dalam kegiatan judi. Berhampiran judi haram, berhampiran dengan Balai Polis Sekinchan ataupun sebelum ini kita dengar tentang kes baik pulih SRJK(C) Man Hwa di Kampung Selamat, Kepala Batas. Apa sebenarnya tindakan yang sudah diambil? Kenapa begitu lambat? Termasuklah beli lembu korban 46 ekor RM110 ribu. Lembu korban pun jadi korban.

….. Ini yang menimbulkan kekeliruan. Bila kena dekat kita, kita kata ini amal jariah. Habuan Sik dikatakan sedekah. Semua jadi halal. Janganlah marah bila kena dekat sendiri jangan marah. Akan tetapi saya kata bahawa yang lebih penting ialah bagaimana kita ingin mengatasi masalah pembaziran-pembaziran seperti ini sebab ini soal kewibawaan yang melibatkan soal rasuah dan sebagainya. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa dalam soal pembaziran
bahawa ini kita hapuskan sahaja kaedah pemberian terus sahaja sebab ini sebenarnya yang menjadi ruang berlakunya rasuah ataupun pembaziran dana awam.

Bayangkan RMK-9 ini jumlah yang dibelanjakan ialah sebanyak RM220 bilion. Kalau 1% sahaja yang dibazirkan iaitu sebanyak RM2.2 bilion bayangkan RM2.2 bilion ini banyak perkara yang boleh kita buat. Banyak sekolah yang kita boleh buat sebenarnya termasuklah sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang sering dibangkitkan oleh pembangkang ini. Akan tetapi itulah masalahnya setiap tahun ada juga laporan oleh Ketua Audit Negara yang menunjukkan dan membuktikan bahawa pembaziran tetap berlaku. Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa ini harus diberi perhatian kaedahnya pembaziran ini termasuklah pembelian kereta Camry di Perak dan di Selangor.

Ini pun tidak telus sekejap RM1 juta kemudian RM2 juta dan lebih malang lagi di Perak,
Gendang gendut tali kecapi,
Jemput makan nasi beriani,
Apalah malang nasibnya diri,
Nizar beli Camry dapat pada Zambri.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [MP PR dari Machang]: diberi peluang mencelah.

Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolaholah itu benda yang cukup besarlah. Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes. Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat. Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat. Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.

Di hadapan saya yang akan saya ambil bahagian pada peringkat perbahasan nanti beberapa kes yang menyaksikan bagaimana ketika pemimpin negara sendiri menyebut bahawa rundingan terus tidak boleh lagi menjadi amalan dalam projek-projek besar. Akan tetapi di Kementerian Pertahanan misalnya, kita sudah beli dua kapal selam. Sekarang kita hendak beli pula penyelamat kapal selam itu. Di khabarkan Yang Berhormat Batu Pahat....

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya faham sudah tu soalan itu.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: ...Tender penyelamat ini sahaja RM2.45 bilion itu runding terus.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Okey. Biar saya jawab.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Bolehkah kita mengambil satu pendirian itu .....

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Biar cikgu jawab anak murid... [Ketawa]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sila terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Sebab itu Tuan Yang di-Pertua apa pun saya tidak setuju. Saya sebenarnya sebab itu saya kata saya tidak setuju apabila Ketua Menteri
kah, Menteri Besar kah jadikan kereta peribadi sebagai kereta rasmi termasuklah di Selangor itu.

Apa fasal kereta peribadi hendak jadikan kereta rasmi? Ini yang kita kata nanti. Silap-silap wang kerajaan untuk kegunaan maintenance kereta peribadi yang dikatakan kereta rasmi. Lebih buruk lagi kalau rumah sendiri jadi rumah rasmi. Habis kerosakan pijat dan anai-anai semua guna duit, dana kerajaan untuk baik pulih.

Ini bahaya sebab memberi ruang. Bab ini, saya tidak ada kompromi, saya setuju iaitu bahawa kalau kereta peribadi menjadi kereta rasmi, memang tidak boleh. Tidak boleh dibiarkan sebab itu kalau kita marah orang lain buat, kita pun jangan buat. Akan tetapi, isunya apa? Termasuklah runding terus yang disebutkan tadi. Isunya ialah memang ada perakuan tetapi apabila kita tidak ikut peraturan, maka ini jadinya….

KOMEN SAYA: Mengapa kerajaan negeri dan pusat tidak gunakan kereta Proton, kereta kebanggaan negara? Walau apapun alasan, semuanya boleh dirundingselesai. Kerana membeli barangan keluaran Malaysia adalah membantu membina ekonomi negara sendiri. Mengapa rakyat saja diasak supaya guna barang keluaran negara, sedangkan pemimpin-pemimpin bermewah-mewah dengan barangan keluaran luar negara? Di mana keikhlasan mereka dalam membantu ekonomi dan rakyat di negara ini?

Sekian catatan santai di parlimen kali ini. Wassalam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 24, 2009. KL.

Monday, February 23, 2009

10 Dalil, Haram Jadi Penaung Rotary & Lion Club?

Salah seorang pemimpin Israel yang dipilih kerana kepengganasannya. Adakah Penaung Rotary & Lion Club seluruh dunia boleh dianggap sebagai kuda tunggangan pemimpin-pemimpin Israel sepertinya?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

KONGRES Ulama Palestin Masjid Al-Aqsha Al-Mubarak, pada Jum'at 24 Rabi'ul Tsani 1412 H bersamaan 1 November 1991M membincangkan Apa Hukumnya Menghadiri Muktamar ‘Madrid’ Dan Berdamai Dengan Israel’. Mereka memutuskan ‘haram’ menurut syariat Islam ikutserta dalam muktamar ‘Madrid’ kerana salah satu tujuannya, adalah untuk berdamai dengan Israel.

Berdamai dengan Israel, bererti berkerjasama dengan penghapus syiar-syiar Islam di bumi Palestin yang berkah, perampas tanah, rumah-rumah, harta dan tempat-tempat ibadah. Adakah sama juga mereka yakni pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang turut menjadi penaung Rotary & Lion Club tajaan Yahudi itu?

Kongres tersebut memutuskan…

[ Adapun dalil-dalil syar'iy sebagai landasan dari fatwa ini banyak sekali, kami simpulkan diantaranya adalah :

1… “Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan" (QS. 57 : 25). Berdamai dengan Israel sama dengan melegitimasi kedholiman, sedangkan risalah Islam diturunkan dan para Rasul diutur untuk mengukuhkan kebenaran dan keadilan.

2… Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negeri kamu dan membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan siapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zholim. (QS. 60 : 9). Berdamai dengan Israel akan merembet pada kompromi ekonomi dan lain sebagainya, yang akan mewujudkan kemaslahatan mereka (Israel).

3… "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zholim" (QS.2 : 193). Berdamai dengan Israel bererti mendatangkan musibah (bencana), kerana mereka senantiasa berlaku zholim terus-menerus.

4… Allah SWT berfirman : “Janganlah kamu lemah, dan minta damai, padahal kamu yang diatas dan Allahpun beserta kamu. Dan Dia sekali-kali tidak mengurangi (pahala) amal-amal kamu." (QS.47:35). Kamu yang terhormat kerana dalam kebenaran, dan kebenaran selalu dalam posisi tertinggi.


5… Allah SWT berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat pedih siksaNya" (QS.5:2). Dan meligitimasi kepada agresor adalah dosa dan pelanggaran.

6… Para Ulama sepakat bahawa setiap perdamaian yang menghinakan derjat kaum Muslimin, dan mengukuhkan pelanggaran dan merampas hak-hak mereka adalah haram hukumnya. Dan argumen mereka sangat banyak sekali.


7… Yang termasuk penyebab disyariatkan jihad adalah : Menolak kezholiman dan kesemena-menaan. Dan mengadakan perjanjian didalamnya merupakan pemutusan atas berlangsungnya kewajiban jihad. Padahal sebab kewajiban jihad sudah jelas maka wajib dilaksanakan, sehingga terealisasi tujuan jihad tersebut. Rasulullah SAW telah menegaskan : "Jihad masih tetap berlangsung sampai hari qiyamat".


8… Para ulama' sepakat atas wajibnya jihad sebagai wajib `ain, ketika musuh sudah menguasai sebahagian dari bumi Muslimin, dan mengusir penduduknya yang sah.

9…Para ulama' berkata: Kalau kondisi Muslimin mengharuskan pemberhentian perang, hal itu dibolehkan sementara waktu saja, tidak untuk perdamaian selamanya. Memang gencatan senjata untuk sementara waktu di bolehkan, apabila khalifah (pemimpin) Muslimin memandang di situ ada mashlahat untuk orang-orang Islam. Adapun perdamaian selamanya, tak seorang ulamapun membolehkannya, terlebih lagi kalau didalamnya ada penghancuran rumah-rumah orang-orang Islam dan perampasan maslahah mereka. Adapun hujjah mereka adalah : Sholahuddin Al-Ayubi pernah mengadakan perdamaian "Ar-Romlah" dengan Salibis. Sesungguh-nya itu bukanlah perdamaian yang sebenarnya, tapi hanyalah gencatan senjata, kerana hal itu bersifat sementara iaitu tiga tahun tiga bulan.

10… Penguasa Muslim yang dipilih ummat dialah yang memutuskan gencatan senjata demi kepentingan ummat. Dan dia tidak berhak untuk mengadakan perdamaian abadi, akad apa sahaja yang menghalalkan hal yang haram hukumnya bathil (tidak sah) walau di lakukan oleh kholifah.


Lalu bagaimana dengan kondisi kita sekarang ini, yang di perintah oleh penguasa yang bukan dari ummat Islam, dan tidak membanggakan peradaban ummat, dari keinginan mereka hanya berkisar pada materi, dan memecah persatuan ummat, dan menyamakan hak-hak mereka?
Maka dari itulah menurut syariat Islam di haramkan untuk ikutserta dalam muktamar ‘Madrid’ kerana tujuannya adalah berdamai dengan Israel, yang jelas selanjutnya adalah memperhangus syiar-syiar Islam, dan mencaplok tanah Muslimin dan rumah-rumah mereka harta dan sarana ibadah mereka, setelah itu akan mewujudkan tujuan makar mereka.

Maka perdamaian tersebut adalah termasuk dosa besar, dan merupakan pengkhianatan terhadap Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin. Dan inilah yang disepakati oleh para ulama, oleh sebab itu perdamaian tersebut bathil menurut syariat dan akal, serta kod etika dan hukum bernegara, dan ummat Islam tidak boleh melaksanakannya atau menanggung bebannya. Dan sikap inilah yang benar sesuai dengan kondisi sekarang dan yang akan datang. Ketahuilah? Kami sudah menyampaikan dan Ya Allah ... Saksikanlah!]

Saya bukan menulis fatwa, saya cuma menterjemah balik fatwa yang telah ada. Takkan kamus sebagai penterjemah pun hendak dihukum bersalah??

Sekian catatan santai buat kali ini. Wallahu ‘aklam.

ibnuhasyim.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 23, 2009.

Sila rujuk artikal berkaitan www.ibnuhasyim.com/ dan lain-lain. 1.. Sejarah dan Bgrnd Freemason 2.. Lawan Yahudi di Indonesia 3.. Haram melibatkan diri dengan kegiatan Freemason 4.. Sunday, February 22, 200 Pakatan Mahathir, Najib, Sultan Perak Melalui… 5.. Saturday, February 21, 2009 Sultan Perak Murtad? 6.. Saturday, February 21, 2009 Mengapa Yahudi Tambah Ganas? Apa Peranan Kita.. 7.. Friday, February 20, 2009 Lawan Yahudi Di Indonesia.. 8.. Friday, February 20, 2009 Reformasi Di Saudi, Ala Yahudi? 9... Thursday, February 19, 2009 Kerajaan BN Perak, Sikit Lagi Nak Jatuh.. Dan lain-lain.

Kepada pengkomen-pengkomen saya mengucapkan berbanyak terima kasih, apa lagi kepada yang menghulurkan salam perkenalan, dan memberi hujjah-hujjah bernas, al-hamdulillah! Walaupun kadang-kadang ada yang menggunakan bahasa agak kasar atau maki-hamun, mengugut dan sebagainya. Terima kasih juga kepada mereka kerana sudi menatap blog saya yang serba kekurangan ini. Salam dari Ibnu Hasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails