Sunday, August 05, 2007

Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam


IBNU HASYIM: FOKUS PAS SIRI 6

KEBANGKITAN Islam telah meletus bersama-sama kebangkitan PAS. Melihat peringkat awal kebangkitan PAS ini, maka difokuskan kepada dua perkara:


Pertama:


Melihat kepada latarbelakang keIslaman tokoh dan peranan individu-individu waktu penubuhan parti tersebut. Mereka adalah individu kumpulan atau parti Islam sebelum tertubuhnya Parti Islam Se Malaysia atau PAS. Yakni individu-individu perjuangan dan pergerakan PAS yang sama dengan Hizbul Muslimin atau yang sebelumnya, hatta di seluruh dunia sekalipun.


Kedua:


Dalam arus kebangkitan tersebut, berlaku proses penapisan dan pembersihan dalam wadah perjuangannya. Proses tersebut berlaku mungkin kerana ‘salah langkah’, atau ‘terpengaruh’, ataupun kerana ‘tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan parti’ oleh pemimpin-pemimpin dan pendukung-pendukungnya. (Walaupun sebenarnya perjuangan tersebut sudah jelas tercatat di kertas perlembagaan).

Mari kita lihat individu-individu yang hadir dalam Muktamar Penubuhan PAS di Kelab Melayu Bagan, Butterworth Seberang Prai tersebut. Jumlah kehadiranya kira-kira 200 ke 230, lelaki dan wanita, termasuk pemerhati, seperti yang dicatatkan oleh Utusan Melayu 25 November dan Warta Negara 26 November 1951.

Ustaz Uthman Hamzah dalam ‘Risalah cenderamata sempena Muktamar Agung PAS ke 38’ pada 10-12 April 1987 menyinaraikan persatuan-persatuan yang hadir:

1.Persatuan guru-guru agama, Perlis.
2.Persatuan ulama, Kedah.
3.Persatuan Anak-anak Rakyat Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
4.Kelab Darul Ehsan, Selangor.
5.Kelab Melayu Bagan, Seberang Perai.
6.Persatuan al-Ehya As-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
7.Perikatan Melayu Bersatu, Seberang Perai dan Pulau Pinang.
8.Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang. Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.

Menurut Ustaz Uthman lagi, wakil Persatuan Anak-anak Kalimantan Malaya, Perak, ialah Ustaz Ahmad Azam. Ia pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang pertama, dan pernah ditugaskan ke Terengganu sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu, yang berperanan sehingga berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya kebangsaan 1959. Kini beliau tinggal di Selangor dan masih aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia (iaitu sehingga buku ini ditulis cetakan pertama1993).

Juga turut bersama dalam Muktamar Penubuhan PAS itu ialah Ustaz Baharudin Latif. Beliau abang kepada Haji Subky Latif penulis politik tanah air yang dikenali ramai. Ustaz Baharudin dilahirkan pada tahun 1927 di Setiawan, Perak, adalah bekas penuntut Maahad Ihya Al-Syarif Gunung Semanggul. Beliau bergiat dalam politik sejak tahun 1945 di dalam PKMM, API dan GPMS (Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung), bersama-sama Allahyarham Aminuddin Baki, Tan Sri Abdullah Ayub dan Allahyarham Datuk Ali Haji Ahmad. Dalam PAS, beliau pernah memegang jawatan AJK(ahli jawatankuasa agung) antara 1956 hingga 1987.

Pernah menjadi Setiausaha Agung, Bendahari, Setiausaha dan Ketua Penerangan, pengarang suara resmi PAS ‘Bulan Bintang’ dan ‘Berita PAS’, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak atas tiket PAS 1959-1964 dan 1974-1978. Pada Disember 1956, beliau adalah Naib Ketua Pemuda PAS yang menghadiahkan Al-Quran dan buku undang-undang tubuh PAS kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi yang dipilih sebagai YDP PAS yang ke 3. (Dikatakan sebuah simbolik supaya YDP yang baru dalam PAS itu tidak lari dari perjuangan Al-Quran dan Hadith seperti yang diperjuangkan oleh PAS).Beliau masih aktif dalam PAS hingga meninggal dunia pada 11 Disember 2001.

Di bawah pimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad, banyak cawangan-cawangan PAS ditubuhkan. Antaranya cawangan pertama ditubuhkan, iaitu di Butterworth, Pulau Pinang pada 9 Mac 1952. Ketuanya adalah Haji Ibrahim Aqibi. Cawangan kedua pula ditubuhkan di Kuala Kangsar, Perak, pada 10 April 1952, diketuai oleh seorang tuan guru pondok iaitu Haji Abdul Samad Noh. Diikuti pula oleh cawangan Parit Buntar , Perak pada 6 Julai 1952.

Sebelum itu, cawangan yang pertama di Perlis, ditubuhkan pada 2 Mei 1952 di Bangunan Sekolah Melayu Perempuan, Kangar. Cawangan Kuala Lumpur pula diketuai oleh Haji Mas’ud Hayati bersama 40 ahli yang hadir, ditubuhkan pada 13 Julai 1952. Sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan sebanyak 16 cawangan di Tanah Melayu dan Singapura.

Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim telah menubuhkan cawangan pertama Pantai Timur Semenanjung, iaitu di Pasir Mas, Kelantan pada 23 Julai 1953. Omar Yusuf seorang saudagar getah di Pasir Mas menjadi ketua dan Amaluddin Darus sendiri menjadi Setiausahanya. Seramai 60 orang penduduk pekan tersebut menjadi ahlinya. Diikuti pula oleh cawangan kedua di Kelantan, iaitu cawangan Macang, dipimpin oleh Tuan Haji Muhammad Nor bin Haji Yusuf.

Berikut adalah dinukilkan catatan Amaluddin Darus di dalam bukunya ‘Kenapa Saya Tinggalkan PAS’ (1977) terbitan Harimau Press Sdn Bhd., Kuala Lumpur, dalam usaha mengembangkan PAS di Kelantan.

‘Menerusi saudara Ahmad Yatim, saya diminta memberi penerangan di Masjid Repek, kira-kira tiga batu dari Pasir Mas. Saya pergi ke sana dan menemui imam, dan dibenarkan saya memberi penerangan selepas sembahyang Jumaat. Saya tidak tahu siapakah yang meminta saya bersyarah di sana. Saya pergi bersendirian, dan bersyarah di sana. Orang-orang mendengar penerangan saya dan kemudian bersurai. Tidak ada seorang pun pedulikan saya.

Saya keluar dari Masjid setelah bersalaman dengan imam lalu menuju ke sebuah kedai kopi, kerana perut telah terasa kosong benar.

Saya meminta se cawan teh dan memakan kueh, sambil tunduk memikirkan bagaimana sambutan yang saya terima. Dalam hati saya mengatakan bahawa apa yang terjadi kepada saya juga pernah terjadi kepada hamba-hamba Allah yang lain. Atas apa-apa hal pun, saya telah melaksanakan tugas dan kewajiban saya. Se moga ini semua tidak akan disia-siakan oleh Allah.

Dalam keadaan begitu tiba-tiba satu suara mengejutkan saya. Suara itu dari seorang muda yang sedang berdiri sambil menarik kerusi. "Huh!” katanya, "Boleh saya tanya sikit?".

Saya merenung pemuda ini dan mempersilakan dia membuat pertanyaan. "Demo yang bersyarah tadi. Demo ingat bila PAS boleh menang nak perintah Kelantan?"
Saya tersenyum kepadanya.

Dia mengulang lagi, "Bila PAS boleh perintah Kelantan?".

“Kata saya, perjuangan ini seperti kita bertanam padi, Kita membuka hutan, menebang, membakar, membuat batas, mencedung atau menanam, menaruh baja, menghalau burung dan babi, itulah kerja kita, tetapi menggantung buah padi itu adalah urusan Allah sendiri dan bukannya urusan saya. Bagaimanapun pada hemat saya apabila sahaja Tok guru-tok guru di Kelantan membuka mata melihat perjuangan PAS ini, maka pada waktu itulah PAS menang dan insya Allah akan memerintah negeri Kelatan ini.”

Beliau mengucapkan terima kasih, dan mengatakan tidak perlu bayar harga teh dan kueh itu. Dia adalah anak dari tuan punya kedai itu barangkali. Beberapa hari setelah pilihan raya tahun 1959, di mana PAS menang 28 dari 30 kerusi negeri Kelantan, pemuda ini yang namanya saya tidak ingat telah bertemu dengan saya di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. Beliau memanggil saya dan berjabat tangan sambil mengingatkan kepada saya apa yang telah saya terangkan kepadanya pada tahun 1953 dahulu.

Katanya, "Apa yang ustaz kata dulu memang betul. Saya masa itu adalah seorang pemuda UMNO dan mulai tahun 1958 saya telah menyokong PAS”

Begitulah kisah kemasukan PAS di Kelantan oleh Amaluddin Darus.

Penubuhan PAS di Kelantan sebenarnya bertitik tolak daripada pelbagai faktor. Asas berpolitik yang dibina dalam tahun-tahun 1920an oleh Datuk Perdana Menteri Haji Mahmood bin Ismail, Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusoff bin Ahmad, Haji Muhammad bin Muhammad Said dan lain-lain sangat berperanan dalam membuka hati rakyat menyambut dan menyokong parti politik yang selari dengan pemikiran mereka. Memenuhi tuntutan inilah, PAS muncul sebagai parti yang memperjuangkan ‘survival’ politik di Kelantan.( Sumber: ‘Majalah Dunia Islam’ Ogos 1991, Penerbitan Zin, Kuala Lumpur.& Alias Muhammad (1984), ‘Kelantan di Bawah PAS, Masalah Tanah dan Rasuah’, Terbitan Insular Publishing House Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.)

Sementara dalam konteks lain, Amaluddin Darus membayangkan terdapat faktor lain yang menggerakkan tokoh-tokoh tempatan menubuhkan PAS:

"Muhammad Asri, Hasan dan Abdul Rahim adalah kawan lama, dan mereka adalah pemuda-pemuda dari API atau Angkatan Pemuda Insaf. Saya berkenalan dengan Hasan dan Abdul Rahim setelah API diharamkan, di mana banyak daripada mereka di Kelantan telah ditangkap oleh British bersama-sama pemimpin-pemimpin PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Di antara pemimpin-pemimpin API itu, ada juga yang cerdik dan melarikan diri dari Kelantan. Bila Muhammad Asri kembali ke Kelantan dan bertemu dengan teman-teman se perjuangannya, mereka berbincang hebat mengenai politik. Cara berfikir, Hasan dan Abdul Rahim masih sama seperti dulu, ke kiri. Selalunya radikal dan progresif. Tetapi cara berfikir Muhammad Asri sekarang telah berubah. Beliau memandang politik nasional dengan kacamata Islam”

Walau apapun, faktor sebenar PAS cepat bertapak dan berkembang di Kelantan adalah hakikatnya kerana arus perjuangan Islam telah lama bertapak di kalangan tokoh tempatan khususnya di sekitar Kota Bharu. Pengaruh perjuangan Islam tersebut telah dibawa oleh beberapa pimpinan Masyumi Indonesia yang datang menetap dan melawat Kelantan. Di antara mereka yang dimaksudkan ialah Tamee @ Bustamin bin Ismail yang telah datang menetap di Kelantan sejak tahun 1932.

Beliau dilahirkan di Bukit Tinggi Sumatera Barat. Di Kota Bharu, beliau telah membuka perniagaan restoran menyedia menu masakan ala Sumatera. Beliau telah bersahabat baik dengan Mohd Daud bin Salleh seorang penulis petisyen bertauliah di Kota Bharu. Mohd Daud adalah seorang yang meminati dan menghayati perjuangan Islam Masyumi. Semasa PAS ditubuhkan tahun 1951, berita itu cepat sampai ke pengetahuan Bustamin dan Mohd Daud.

Mereka mendapat maklumat daripada beberapa rakan dan individu tertentu di Perak, khususnya melalui Khaidir Khatib yang asalnya dari Sumatera juga sedang mengajar agama di Maahad Ehya Al-Syariff Gunung Semanggol. Pada masa itu, Dato' Mohd Asri yang aktif dalam API telah berpindah ke Perak lebih awal untuk mengelak dari diburu oleh pihak berkuasa dan berkahwin dengan Ustazah Sakinah anak kepada Haji Joned, salah seorang guru di Ehya Al-Syariff yang berasal dari Sumatera.

Pada masa di Ehya Al-Syariff itulah Dato' Mohd Asri telah mula memahami perjuangan Islam dan kemudian bekerja dengan pejabat PAS di Kepala Batas, Seberang Prai selepas PAS ditubuhkan. Dato' Mohd Asri adalah adik ipar kepada Mohd Daud. Dengan sokongan moral dan kewangan dari Mohd Daud dan Bustamin, beberapa rakan turut sama mengadakan ceramah mengembangkan PAS di sekitar Kota Bharu. Sehingga mereka berjaya menubuhkan ranting PAS pertama di Kota Bharu dalam tahun 1952.

Di antara tokoh yang bersama-sama Mohd Daud dan Bustamin ialah Mohd Amin bin Yaakob (pembantu Mohd Daud), Ishak Lotfi bin Omar (anak tiri Mohd Daud/pegawai Majlis Agama) dan Abdul Rahman Sulong (imam di Dewan Beta)

Demikian hasil dari temubual dengan Tuan Haji Mohd Amin bin Yaakob, seorang pengasas PAS di Bachok di rumahnya pada 16 Disember 1997 dan temubual dengan Armin anak ketiga (bongsu) Bustamin bin Ismail, di restorannya di Kota Bharu pada 17 Disember 1997, restoran yang ada adalah peninggalan Bustamin yang sekarang diuruskan oleh Armin. Bustamin meninggal dunia pada tahun 1981, mempunyai tiga anak Tamerin @ Tamberin, Salmah dan Armin.

Seperti disebutkan, PAS cawangan pertama (sekarang ini dikenali sebagai PAS Kawasan) di Kelantan mula-mula sekali ditubuhkan atas usaha Amaluddin Darus, Omar bin Yusuf, Ustaz Abdullah Ahmad dan lain-lain. Medan pertama PAS ialah di Pasir Mas yang ditubuhkan secara rasmi pada 23 Julai 1953. Berteraskan perjuangan Islam, PAS berjaya menarik golongan yang benar-benar cintakan Islam seperti para ulama', ustaz-ustaz dan pelbagai lapisan masyarakat. (Alias Muhammad (1994), PAS ‘Platform: Development and Change 1951 – 1986’, Gateway Publisihing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya. lihat juga, Amalauddin Darus.)

Melihatkan kejayaan cawangan Pasir Mas, tokoh-tokoh awal seperti Amaluddin Darus, Ahmad bin Yatim dan Mohd Noor bin Senik terus menyebarkan PAS ke seluruh negeri Kelantan dengan berbagai cara termasuklah dengan cara berbual di kedai kopi. Kesempatan berbual di kedai kopi dimanfaatkan dengan memperkenalkan dasar perjuangan PAS. (Lihat Faridah Bt Ali (1974), ‘Sejarah Awal Perkembangan PAS di Kelantan 1953-1959’, dalam JEBAT, Journal Jabatan Sejarah UKM, Bangi.

Cawangan kedua PAS ialah di Machang pada 21 September 1953 dan orang yang bertanggungjawab membawa PAS ke Machang ialah Haji Muhammad Nor bin Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai Haji Mohd Nor Machang. Selepas cawangan Machang, PAS berjaya menubuhkan rantingnya di Tanah Merah dan diikuti dengan Kota Bharu dan Pasir Puteh pada tahun 1954. PAS dikatakan berkembang pesat setelah kepulangan Mohamad Asri Haji Muda dibantu oleh Ishak Lotfi Omar anak saudaranya dan Ustaz Othman Abdullah, Ketua Pemuda PAS, di samping seorang tokoh tempatan dari Pasir Puteh, Ustaz Haji Adam Kamil.

Hasilnya PAS telah berkembang sebagai cawangan di Tanah Merah (1955), Bachok (1956), Kuala Krai (1958) dan Tumpat (1959).

Banyak jasa-jasa dan pengorbananTuan Haji Ahmad Fuad yang dicurahkan kepada persatuan yang ia sama-sama bina, taja, tubuh dan sama-sama memimpinnya. Beliau telah pergi, namun perjuangan akan tetap berjalan terus. Fajar kebangkitan Islam akan tetap selalu menyinsing, walaupun kadang-kadang dilindungi oleh awan hitam yang berarak.

Boleh dibuat kesimpulan, sejak dari kegiatannya peringkat awal penubuhan penaja pada Februari 1950 di Muar, hingga tertubuhnya PAS di Kelab Melayu Bagan Butterworth Ogos 1951, dan terus mengembangkan sayap pengaruhnya dari Perlis ke Singapura, dari pantai barat ke pantai timur Semenanjung Tanah Melayu adalah satu kejayaan dan kemenangan yang besar.

Itulah era kabangkitan PAS pertama. Walaupun Tuan Haji Ahmad Fuad melepaskan jawatan, namun yang patah tetap akan tumbuh semula, yang hilang akan berganti. Jawatannya di pangku oleh Dr Haji Abbas Alias.


Rujukan:


1.Utusan Melayu 25 November dan Warta Negara 26 November 1951.

2.Risalah cenderamata sempena Muktamar Agung PAS ke 38.10-12 April 1987

3.Amaluddin Darus. Kenapa Saya Tinggalkan PAS (1977) terbitan Harimau Press Sdn Bhd., Kuala Lumpur.

4.Alias Muhammad (1994), PAS Platform: Development and Change 1951 – 1986, Gateway Publisihing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya.

5.Faridah Bt Ali (1974), Sejarah Awal Perkembangan PAS di Kelantan 1953-1959, dalam JEBAT, Journal Jabatan Sejarah UKM, Bangi.

6 comments:

AnNam said...

boleh berikan saya biagrafi tentang ahmad fuad hassan dan dr abbas alias.

Wan Solehah al-Halbani said...

Para penyokong PAS di Malaysia kita kini telah disesatkan dengan kesesatan yang amat jauh oleh Ahlil Kitab sehingga kita tidak menyedari bahawa :

1. Demokrasi ini adalah satu agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah terdiri daripada konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang terkandung di dalam kalimah Laailaahaillallah;

2. Para penyokong PAS telah melantik para pemimpin mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik;

3. Para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang kafir, zalim dan fasik kerana :

a. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang;

b. Mereka mengabdikan manusia kepada kuasa manusia apabila mereka menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia ke atas manusia;

c. Mereka adalah disembah oleh manusia apabila segala peraturan dan undang-undang manusia itu ditaati dan dipatuhi manusia;

Jalan dan cara bagi PAS untuk menyelamatkan dirinya dan para pengikutnya daripada terlibat secara langsung dengan kesyirikan dan kekufuran :

1. Memahami dan menyedari, serta mengakui dan meyakini bahawa demokrasi ini adalah agama manusia yang syirik dan kufur;

2. Tidak mengambil bahagian dan mengamalkan sistem politik demokrasi;

3. Memisah, memencil dan mengasingkan diri daripada demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala proses politik demokrasi;

4. Tidak meredhai dan menyetujui demokrasi dan kerajaan demokrasi serta tidak menghalal dan membolehkan amalan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi;

5. Mengisytiharkan kekufuran kerajaan demokrasi dan perintah Allah untuk menghancurkannya untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah Negara Islam;

6. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi ;

7. Memusuhi dan membenci demokrasi dan kerajaan demokrasi;

8. Mengamalkan sikap tanpa kompromi dan berkonfrantasi dengan kerajaan demokrasi sehingga ia mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total;

9. Tidak bersikap “neutral” dan berkecuali terhadap kerajaan demokrasi;
10. Memperjuangkan Islam melalui jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang juga merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini.

Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

PAS yang mengamalkan agama demokrasi untuk tujuan dan matlamat yang baik dan suci murni disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan dihumban ke dalam neraka!


Sekian, terima kasih.


Yang Tulus Ikhlas



Wan Solehah al-Halbani

cara menggugurkan kandungan said...

Es un hecho establecido hace demasiado tiempo que un lector se distraerá con el contenido del texto de un sitio mientras que mira su diseño

Field engineer said...

Hi,

Engineers for Deployment of Cisco Routers & SwitchesField Engineer currently employs more than 40,000 independent IT engineers who specialize in fields such as the Cisco router and switch implementation. Hiring an independent Cisco engineer with a field engineer means that you will work together with an experienced and qualified IT engineer who has been verified and examined, and our management tools allow you unparalleled transparency throughout the process.

Anonymous said...

Great work done. Amazing website, Love it.
plex.tv/link
plex.tv/link
hbomax.com/tvsignin
plex.tv/link code
hbomax.com/tvsignin code
ij.start.canon setup

Anonymous said...

locast.org/activate, They consider internet-based channel streaming.
By going to locast.org activate, you’ll be able to register for the Locast App and activate the streaming service on your smartphone.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails