Friday, June 18, 2010

Umumkan P'raya Bukan Monopoli Najib, PR Cadang Awal -Husam

p ramasamy husam musa penanti by election ceramah 290509 03JUN18, 10: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat disarankan supaya umumkan tarikh pilihan raya negeri lebih awal untuk "menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihan raya" dan "ia merupakan tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak".

"Sebelum (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihan raya kita sekarang," tulis exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Muda dalam blognya.

"Ini bermakna, tarikh pilihan raya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

"Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan," tulis Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mengulas kenyataan Najib kelmarin bahawa kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen berdasarkan pendapat rakyat yang menyokong beliau dan tarikhnya "akan mengejutkan semua pihak".

Mengulas lanjut, Husam berkata, pilihanraya DUN dan Parlimen tidak akan berjalan serentak, kecuali kerajaan pusat menjadualkan sama dengan jadual di negeri Pakatan Rakyat.

"Ada dua kemungkinan, pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata.

"Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita," tulisnya dalam blog yang ditulis semalam.

"Namun, kita telah mulakan satu precedent (duluan) baru iaitu tarikh pilihan raya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerintah semata-mata".

Husam yang juga ADUN Salor berkata pilihan tarikh pilihan raya boleh dibuat "atas berbagai asas".

"Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012.

"Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

"Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan," katanya.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan. Menteri Besar Kelantan itu berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia. (AK)

Thursday, June 17, 2010

Jom, 19 Jun Sama-sama Muslimat Serang Pengganas Moral!


KL. Jun 17,10: Muslimat merupakan sayap penting dalam perjuangan Islam, semenjak zaman Nabi SAW silih berganti, bahu membahu bersama muslimin dalam membentengi agama Allah SWT.

Fasa awal dakwah, Sumaiyyah bersimbah darah di zaman makiyyah, ummu Nusaibah Binti Kaab menjadikan dirinya sebagai perisai kepada Nabi dalam pertembungan di medan Uhud, membenarkan bai’ahnya di Aqobah (ii).

Madinah pula menyaksikan kehebatan, Khaulah yang menjadi sumbu api semangat terhadap anak-anak lelakinya untuk menggapai piala syahid dijalan Allah. Aisyah, ummu mukminin gigih melakukan pencerahan kepada sahabat dan sahabiah terutama selepas kewafatan Nabi SAW.

Di belakang tokoh besar sahabat adalah srikandi yang sentiasa merangsang api semangat dan mengalirkan energi perjuangan. Di zaman moden ini, langit sejarah telah merakamkan seorang muslimat pejuang berdepan dengan kezaliman pemerintah.

Mendekam di penjara militer dengan seribu satu penyiksaan dan penistaan, namun beliau tabah mengharungi mehnah. Zainab al Ghazali, disebalik jeriji penjara adalah mercutanda sebuah catatan kanvas perjuangan, meruntuhkan gunung kezaliman yang menyelimuti ummah yang sedang terlena.

Saat Mesir menjadi sasaran Barat untuk diruntuhkan benteng akidah dan pi ncang akhlak, Allah menghantar tentera fikrah seperti Zainab al Ghazali untuk menjulang izzah, menggodam samudera kegelapan yang memayungi langit Mesir dan seluruh peta ummat Islam.

Kehebatan Zainab mencabar jahiliah moden terpaksa dibayar dengan harga yang mahal, Gamal Abdul Naseer tidak mengenal ampun samada muslimin atau muslimat yang lahiriahnya santun.

Zainab, Sayyid Qutb, Hameedah Qutb, Sheikh Abdul Kader Audah, Sheikh Fattah Ismail adalah sebaris tokoh yang disumbat ke penjara militer dan dibicarakan di mahkamah ‘kangaroo’, ribuan ‘hero tak didendang’ iaitu anggota Ikhwanul Muslimin diserkap dalam penjara dan mengalami penindasan yang tidak terperi sakitnya.

Lukisan hodoh kezaliman dengan rumbu-rumbu hitam menyesakkan relung dada, Zainab adalah contoh di zaman kontemporari bagaimana kezaliman tidak akan berhenti untuk menghalang para pejuang manakala para pejuang tidak akan pernah lelah untuk bangkit melawan.

Zainab al Ghazali, akan mengingatkan kita akan jalan panjang perjuangan, bahawa medan ini akan ditabur dengan duri dan seribu kejerihan yang menghambat. Pengkisahan kisah Zainab akan mengingatkan kita bahawa tidak pantas untuk kita pejuang untuk mempunyai penyakit ‘hubbu riasah’( kecintaan kepada kedudukan), sibuk dengan agenda menebar pesona dan sibuk untuk memposisikan diri supaya dipandang oleh manusia lain.

Kita yang ingin merengkuh kasih sayang Allah tidak akan melacurkan perjuangan untuk meletakkan diri kita setaraf dengan perjungan ‘women –lib’, kononnya untuk menuntut hak. Jangan kita meninggalkan manhaj Islam untuk menjadi kelihatan liberal kononnya untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan dan juga tuntutan politik massa di era pemuafakatan politik yang menjanjikan sesuatu.

Ikhwanul Muslimin dan Zainab al Ghazali menjadi cerminan kepada kita dalam menjaga ketulenan manhaj perjuangan. Mungkin cabaran kepada kita di Malaysia lebih kompleks akibat kejayaan kita berada di serambi kuasa, namun ujian kuasa inilah menuntut kepada program amal tarbawi yang semakin serius.

Muslimat terutamanya akan diseret jauh kedalam untuk menghayati kisah hidup muslimat ‘bertulang besi, berurat dawai’ ini, sesepuh pejuang Ikhwanul Muslimin, sebuah gerakan fenomenal abad 20. Datanglah, kita membedah sejarah ibu berhati emas ini bagi mengambil pengajaran dalam menapaki jalan juang yang jauh ini.

Jom, teman-teman muslimin dan muslimat sekelian , kita menghadirkan diri ke program wacana Zainab al ghazali pada 19 Jun ini , bertempat di Dewan Seminar Masjid al Azim Pandan Indah Selangor.

Antara pembentang wacana ini ialah Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (DPPP), Ustaz Dr Zulkarnaen Hassan(DUPP), ustaz Riduan Nor. Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.

Dianjurkan bersama oleh Dewan Muslimat PAS Selangor dan DMP Pandan serta Masjid al azim. Hubungi Puan Lin:0133539440, Nik,0193238455 untuk maklumat lanjut. (Sumber Harakah)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Front Pembela Islam (FPI) Indonesia mengatakah 'teroris moral' (pengganas moral) telah menyerang umat Islam dunia, antaranya melalui serangan video lucah. Maka salah satu cara membina benteng pertahanan ialah seperti yang dilaksanakan oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia. Iaitu program 'Wacana Zainab Al ghazali' yang akan diadakan pada 19 Jun ini , bertempat di Dewan Seminar Masjid al Azim Pandan Indah Selangor.

Jom sama-sama sokong serang pengganas moral dengan menghadirkan diri dan keluarga!!

Lihat sebelum ini..

Mohamad Sabu Di Jerman, Isterinya Dirompak Di M'sia


KL, 17 Jun 10: Mohamad Sabu AJK Pusat PAS sekarang berada di universiti Frankfurt dan Berlin, Jerman untuk membentangkan kertas kerja akademik berkaitan demokrasi, dunia Islam dan Gaza.

Sedangkan isterinya Normah Alwi, 55, petang ini dirompak di perkarangan tempat letak kereta berdekatan Bank Islam (M) Berhad (BIMB) cawangan Pusat Bandar Shah Alam, di Malaysia.

Anak kedua Mohamad, Nurul Huda ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh dua suspek pemuda.

"Yang masuk kereta rompak mak, baju kelabu, yang pandu motor berbaju merah," ujar beliau sebagaimana memetik aduan polis yang dibuat oleh ibunya.

Disebabkan rompakan tersebut, beliau memaklumkan bahawa ibunya kehilangan wang tunai RM4,000, kad kredit, telefon bimbit serta beberapa dokumen peribadi bapanya.

Pun begitu, beliau berkata, pihak polis sedang memburu dua suspek di persimpangan tol berdekatan Damansara.

"Sarjan Hamzah (pegawai penyiasat) kata ada nampak suspek bahagi-bahagi duit di simpang tol Damansara menaiki motosikal," ujar beliau lagi.

Mohamad turut dihubungi kemudian untuk mendapat maklum balas berhubung insiden tersebut, tetapi gagal.

(Sumber: Harakah/AK)

9 Sebab Mengapa Karnival K'tan Gagal.. Royalti Minyak?


KOTA BHARU, 16 Jun 10: Harakah melaporkan, sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Dikatakan gagal adalah kerana antaranya 8 sebab...

Pertama: Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Kedua: Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib. Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ketiga: Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Keempat: Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap. Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau (Datuk Takiyuddin Hassan) yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Kelima: Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Keenam: Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ketujuh: Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung. Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Kelapan: Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan banting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.

Kesembilan: Komen Blog Ibnu Hasyim, kegagalan ini juga disebabkan rakyat mula menzahirkan kebencian mereka kepada pemimpin BN yang menzalimi rakyat Kelantan dengan merampas royalti minyak.

Oleh itu, hukumlah BN melalui PRU 13 akan datang. Tolak terus BN dan sekutu-sekutunya. Allahu Akbar! (2MA)

Wednesday, June 16, 2010

Indo: Ariel, Luna & Cut Tari, Ganyang Teroris Moral!



FPI Minta Ariel, Luna & Cut Tari Ditahan

SEJAK beredarnya video porno mirip Ariel, Luna dan Cut Tari, banyak masyarakat yang resah atas meluasnya peredaran video tersebut. Front Pembela Islam (FPI) pun meminta polisi agar segera menangkap Ariel, Luna dan Cut Tari.

Dalam spanduk yang dibentangkan oleh FPI saat berunjuk rasa di depan Polda Metro Jaya tertulis "Ganyang Teroris Moral". Ketua DPD FPI DKI Jakarta, Habib Salim bin Umar Al Atthas atau Habib Salim Selon, menyebutkan skandal video mesum yang heboh lantaran si pelaku wajahnya mirip dengan artis idola anak-anak muda ini ibarat bom waktu yang membunuh moral anak bangsa secara perlahan.

"Ini sudah meresahkan. Kalau bom Bali hanya membunuh ratusan orang, tapi ini bisa merusak moral Jutaan anak bangsa kita," tegas Beliau.

"Kita meminta Kapolda dan Kapolri untuk menangkap dan menahan Ariel, Luna dan Cut Tari artis porno yang videonya beredar," ujarnya.

FPI juga mendesak agar Polda Metro Jaya melakukan razia video mesum di pusat penjualannya di Glodog, Jl Hayam Wuruk, Jakarta. Karena tempat juga sebagai pusat penjualan video porno dan turut andil mendongkrak penyebaran video porno artis. "Di Jalan Gajah Mada itu penjual video porno dekat dengan pos polisi, apa polisinya ikut melindungi?!" tuding Habib Salim tegas.

Meski belum terbukti kalau pelaku video porno tersebut adalah Ariel, Luna dan Cut Tari, tetapi Habib Salim yakin kalau itu adalah mereka. Ia mengaku belum pernah menonton, tetapi sudah memeriksa keaslian video tersebut lewat tim ahlinya.

Sementara itu,
Menteri Komunikasi dan Informatika Tifatul Sembiring meminta ketiga artis, yakni Ariel, Luna Maya, dan Cut Tari, yang diduga terlibat skandal video porno untuk bersikap tegas.

"Kalau memang iya katakan iya. Kalau memang bukan katakan bukan," kata Tifatul Sembiring dalam rapat dengar pendapat dengan Komisi I DPR di Jakarta, Rabu (16/6/2010).

(Sumber:
Dewan Pimpinan Pusat Front Pembela Islam, Jakarta Pusat/Kompas/AK.)

Lihat sebelum ini..

Karnival K'tan: Red Carpet Langgar Persetujuan. Siapa Dalang?


KOTA BHARU, 16 Jun 10: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.

“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini.

“Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi. Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri. “Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide,” ujarnya.

Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya. Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.

Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai event management.

“Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.

“Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.

Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut. Jelasnya, antaranya Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.

Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.

“Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.

“Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama,” ujarnya lagi.

Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet akan berucap bersama Perdana Menteri. Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.

Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik. (Harakah/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nak masuk bilik rumah orang, janji nak ikut syarat tapi tak ikut. Biadap! Patut diterajang keluar ikut tingkap, baru tahu siapa dalangnya?

Bukan Islam Tanding Bawah PAS, Cetus Konflik Dlm PR?

By ASYOK KUMAR

KUALA LUMPUR, 16 JUN 10: BLOG Ibnu Hasyim menolak kenyataan dan anggapan walaupun PAS optimis untuk memberi hak kepada calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu bertanding dalam PRU 13, namun ada yang tetap melihat langkah itu boleh mencetuskan konflik kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat (PR).

Hal ini timbul berikutan pandangan Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugam Pandian yang berkata tindakan PAS membenarkan calon bukan Islam bertanding pada pilihan raya akan memberi kesan terutamanya di kalangan pengundi tradisional yang masih berpegang kuat kepada idealogi dan dasar parti.

Pandangan ini juga disokong oleh Pengarah Eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian yang berkata langkah PAS itu akan menimbulkan persoalan sama ada pengundi tradisional boleh menerima calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu.

Tetapi, "...Pada saya, soal 'pengundi tradisional' boleh diselesaikan, apabila mereka boleh difahamkan bahawa tindakan itu dilakukan kerana kehendak agama, tidak menyalahi hukum Islam dan diputuskan oleh kelompok jamaah Islam (PAS) bukan individu, dijelaskan melalui media-media canggih masa kini." Jelas editornya Dr Hj Mohd Hasyim sebentar tadi.

"Jadi tidak timbul soal bukan Islam bertanding atas nama Islam (PAS)!" Katanya lagi.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Prof Madya Dr Ghazali Mayhuddin juga berpendapat, keputusan PAS itu tidak akan memberikan kesan pola pengundian dalam kalangan pengundi tradisional kerana mereka percaya tindakan pucuk kepimpinan parti itu pasti ada sebabnya. Dr Ghazali juga, yakin mereka juga percaya keputusan yang dibuat parti dan pasti ia merupakan strategi yang dibuat untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya nanti.

Menurutnya lagi, keputusan PAS itu besar kemungkinan dibuat berdasarkan perpecahan pengundian dalam kalangan orang Melayu dan menyedari bahawa undi orang bukan Melayu boleh menentukan kemenangan dalam pilihan raya. Undi orang Melayu terpecah dua iaitu BN dan PR, jadi keputusan PAS ini menunjukkan bahawa mereka mahu mendapatkan undi daripada orang bukan Melayu.

Mengulas anggapan, tindakan tersebut secara tidak langsung boleh menimbulkan spekulasi kurang baik kepada PR seolah-olah PAS bersedia untuk menerajui dan mendominasi kepimpinan PR, Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang berkata, "DAP juga ada calon Melayu Islam, PKR juga ada calon bukan Islam, mengapa PAS tak boleh letak calon bukan Islam? Bahkan Islam lebih luas lagi skopnya, meliputi perbatasan kaum, bangsa dan sempadan?"

Walaupun begitu, PAS telah mengumumkan bahawa parti itu akan membenarkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket PAS, menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang, tetapi ia bersyarat. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, calon-calon bukan Islam, bakal dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan diwajib membuat ikrar bagi mengelakkan budaya melompat parti.

Sambil yakin budaya itu tidak akan menjangkiti PAS, Abdul Hadi berkata, Majlis Syura telah memberi kelulusan bagi membenarkan bukan Islam menggunakan lambang parti itu kelak. Abdul Hadi juga percaya, mereka yang ada moral tidak akan lompat parti.

"Saya juga yakin, pemimpin-pemimpin PR rakan PAS, tidak akan berfikir negatif begitu (menimbulkan konflik dalam PR) sehingga melonggarkan ikatan yang semakin kuat. Insya Allah!" Jelas editor Blog Ibnu Hasyim lagi. (AK)

Israel Siap Sedia Perangi Bantuan Iran Ke Gaza.


KL JUN 16, 10: Ada usaha untuk mencegah kapal bantuan kemanusiaan Iran masuk ke Jalur Gaza dari memasuki Mediteranian. Hal ini menunjukkan bahawa Angkatan Laut zionis Israel akan memerangi setiap kapal yang berusaha mematahkan sekatan pada wilayah tersebut dan mencegah kapal apapun mendekati pantai Gaza. Sumber Israel melaporkan.

Dijelaskan oleh radio awam Israel, meskipun adanya rundingan untuk melonggarkan sekatan, Israel akan melawan setiap kapal yang mencuba memecahkan sekatan dan mencegah kapal mendekati pantai Gaza, termasuk kapal dari Iran. Radio negara itu melaporkan sebelumnya kapal bantuan kemanusiaan Iran akan berangkat menuju ke Jalur Gaza. Kapal lain juga akan berangkat pada Jumaat depan untuk membawa bantuan berupa makanan dan bahan bangunan.

Seperti yang dilaporkan akhbar Yediot Aharonot, tentera Israel sedang mempersiapkan diri untuk "menyambut" dua kapal yang akan tiba ke wilayah tersebut akhir minggu ini, satu kapal Iran dan lainnya dikirim dari Hizbullah Lebanon. Teheran telah mengirimkan bantuan ke Gaza beberapa waktu lalu melalui Mesir, tidak jelas apakah bantuan ini akan mengikuti rute yang sama atau mencuba membawa sendiri kapal bantuan ke dermaga di Gaza.

Sebelum itu, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengingatkan negara-negara yang bersekutu dengan rejim Zionis Israel agar menghentikan sokongan mereka pada Israel kerana era Israel akan segera berakhir. Dia mengatakan, serangan Israel ke armada kapal bantuan kemanusiaan untuk Gaza "Freedom Flotilla" menunjukkan rejim Zionis sudah hilang akal sihatnya. (AK)

Video - Majlis Pengkebumian Ustaz Hassan Shukri



Keganasan Artis Lucah, FPI Beri Tempoh 3 Hari.

Aktivis Front Pembela Islam mengadakan protes di pekarangan ibu pejabat polis di Jakarta. — Gambar The Jakarta Globe

Rakaman siaran televisyen menyiarkan temu bual pertama bersama Ariel dan Luna Maya (kanan) semalam. — Gambar The Jakarta Globe

JAKARTA, 15 Jun 10: Pertubuhan bukan kerajaan Indonesia, Front Pembela Islam (FPI) menyifatkan klip video klip skandal seks penyanyi muda Nazril Irham atau Ariel dan teman wanita Luna Maya dan bekas kekasihnya Cut Tari itu sebagai satu bentuk “keganasan”.

Mereka mengancam mahu mengambil undang-undang di tangan mereka jika polis gagal mengawal pengedaran rakaman membabitkan artis berkenaan. “Jika polis tidak boleh menahan Ariel, Luna, dan Cut Tari dalam tempoh tiga hari, kami akan menyerbu tempat-tempat yang menjual video lucah di Jakarta,” kata Habib Salim, ketua pertubuhan kontroversi itu yang turut dikenali sebagai FPI.

Habib memberitahu Jakarta Globe semalam bahawa “kami masih menunggu siasatan polis.”

“Tetapi jika mereka gagal, kami akan bertindak,” kata Habib selepas mengetuai protes di hadapan ibu pejabat polis di sini.

“Artis lucah adalah satu lagi bentuk keganasan. Ini adalah keganasan moral. Kita perlu menyelamatkan rakyat kita daripada apa juga bentuk kemudaratan yang akan menjejaskan moral,” kata beliau.

Habib juga mendesak ketiga-tiga mereka tidak muncul di khalayak demi kepentingan ramai. “Saya menggesa umat Islam menjauhi mereka,” katanya.

Cut Tari hadir di ibu pejabat polis bersama suaminya Johanes Jusuf Subrata, yang dia kahwin ketika video itu dirakamkan. Sebelum ini Cut Tari telah menafikan wanita dalam video itu adalah dia. Klip skandal seks tersebut bukan sahaja mengejutkan Indonesia, malah menjadi bahan perbualan seluruh dunia.

Bagaimanapun Ariel dan Maya, seorang model dan pengacara program televisyen melahirkan rasa terkejut dengan klip video, yang kini diedarkan dengan meluas menerusi internet. Setakat ini tiga klip video membanjiri ruang siber. Ia mula muncul sejak awal bulan ini.

Video yang kurang jelas itu kelihatan dirakamkan oleh Ariel ketika mereka mengadakan hubungan seks. Rakaman itu menunjukkan Ariel, penyanyi berusia 28 dari kumpulan Peterpan juga mengadakan hubungan seks dengan Cut Tari, yang kini sudah mendirikan rumah tangga.

Dalam temu bual bersama dengan TVOne, Ariel dan Maya berkata, mereka kini menjadi mangsa fitnah dan oleh itu, meminta peminat-peminatnya tidak membuat rumusan tidak berasas sebelum siasatan polis selesai. Bagaimanapun Ariel dan Maya tidak menafikan dengan tegas yang individu dalam rakaman itu adalah mereka.

Maya, 26, pula mendakwa media sengaja membesar-besarkan perkara itu. Polis telah menyoal siasat ketiga-tiga selebriti berkenaan, yang kemungkinan boleh menghadapi hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan menghasilkan atau mengedarkan bahan lucah di bawah undang-undang antibahan lucah yang diguna pakai di Indonesia sejak dua tahun lalu.

Semalam, di Jawa Timur polis menyerbu sekolah-sekolah tinggi dan memeriksa telefon bimbit pelajar bagi memastikan mereka tidak memuat turun klip video itu. Penaja korporat termasuk Unilever dan Sharp telah menggugurkan Maya daripada penerbitan promosi, di mana dia tidak lagi menjadi hos program muzik popular televisyen.

Golongan konservatif dalam Kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dikatakan menimbulkan persoalan mengenai keperluan undnag-undang yang ketat ke atas akses internet di negara yang mempunyai 240 juta orang.

Video pertama yang terdedah membabitkan klip enam minit, menunjukkan Ariel berada di atas katil bersama Maya, model sabun Lux. Media tempatan menyebut klip video muncul di ruang siber awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan beberapa rakaman yang serupa, dengan selebriti-selebriti lain juga dikatakan diperoleh.

Video kedua lapan minit juga muncul. Kali ini menunjukkan hubungan intim dengan bekas teman wanitanya. Jurucakap timbalan polis nasional Brig. Zainuri Lubis berkata siasatan masih dikendalikan. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Aksi artis lucah itulah yang ganas, bukan kumpulan perjuangan Islam.

Lihat sebelum ini..

RM3.2 Trillion Alasan AS Jajah Afghanistan?


Gambar menunjukkan bandar Kabul di Afghanistan pada waktu senja semalam

Afghanistan ada simpanan galian RM3.2 trilion

WASHINGTON - Ahli-ahli geologi Amerika Syarikat (AS) telah menemui sejumlah mineral galian di Afghanistan yang mampu menukar negara yang sedang berperang itu menjadi kaya-raya, kata jurucakap Presiden Afghanistan, Hamid Karzai kelmarin.

Jurucakap itu, Waheed Omar berkata, mineral yang masih belum terusik itu meliputi sejumlah besar emas, besi, tembaga, kobalt dan logam-logam industri penting seperti lithium yang kesemuanya bernilai lebih AS$1 trilion (RM3.2 trilion).

Pakar-pakar dari AS juga percaya penemuan tersebut akan menjadikan Afghanistan sebagai antara pusat pelombongan paling penting di dunia. Satu memo dalaman Jabatan Pertahanan AS atau lebih dikenali sebagai Pentagon menyatakan Afghanistan boleh menjadi 'lithium Arab Saudi'.

Lithium merupakan logam utama yang digunakan untuk menghasilkan bateri komputer dan telefon bimbit BlackBerry. Pada kebiasaannya ia digunakan di dalam bateri kerana ketahanannya yang boleh menjangkau 15 tahun. Apabila digabungkan dengan logam-logam lain seperti aluminium dan kadminium, aloi lithium digunakan untuk membuat alat ganti pesawat berprestasi tinggi.

Kadang-kala, lithium juga digunakan sebagai penyejuk di dalam reaktor-reaktor nuklear. "Wujud potensi yang sangat besar di sini. Sudah pasti akan timbul banyak kemungkinan, tetapi saya fikir potensinya amat signifikan," jelas seorang pegawai tinggi AS di rantau itu, Jeneral David Petraeus.

Logam-logam tersebut dikatakan berada di sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan yang merupakan lokasi pertempuran sengit antara pejuang-pejuang Taliban dengan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta lokasi persembunyian pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden.

Maklumat penemuan itu bocor kerana pentadbiran AS dikatakan terdesak untuk memperoleh berita baik ketika usaha ketenteraannya menentang Taliban hanya mencapai kejayaan kecil. "Logam-logam ini akan menjadi tulang belakang ekonomi Afghanistan," kata penasihat Menteri Perlombongan Afghanistan, Jalil Jumriany.

Namun begitu, para penganalisis bimbang penemuan itu akan mencetuskan keganasan serta perebutan kuasa antara pemerintah di Kabul dengan pemimpin-pemimpin puak di kawasan yang memiliki banyak bahan mineral. Ia juga boleh menimbulkan ketegangan antara AS yang sudah banyak melabur di Afghanistan dengan China dan Rusia yang mahu berkongsi kekayaan tersebut.

Pada tahun 2001, tentera AS menceroboh Afghanistan dalam misi untuk menangkap Osama dan melumpuhkan pejuang-pejuang Taliban. Negara itu juga dipenuhi dengan sejumlah askar pengaman antarabangsa termasuk NATO yang turut disertai oleh AS. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah itu alasan sebenar Amerika Syarikat menjajah Afghanistan, atau mencari alasan baru mengekalkan penjajahan tersebut? (AK)

Reman Saiful Apek Kes ganja Tamat Hari Ini

HALAMAN HIBURAN

PJ- JUN 16 10: Tempoh reman pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek (gambar) bersama lima rakannya yang kini masih dalam tahanan polis kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan tamat hari ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa solusi persatuan-persatuan seniman untuk atasi masalah dadah ini?

Lihat sebelum ini..

Tuesday, June 15, 2010

Video2 Kyrgyzstan Berdarah





ADUN Malim Nawar: Bersih dan Sapu Bersih, Siapa Dalang?


KL, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Tetapi hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh. Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi. Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu. Bersih dan sapu bersih? Kemelut politik Perak makin menarik, siapa dalang, siapa penghalang?

ADUN Perak Umum Akan Lompat Hari Ini?


SUBANG JAYA JUN 15 10: Seorang ADUN Perak dari Pakatan Rakyat dijangka akan meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas. ADUN DAP dari kawasan Perak Tengah itu dijadual akan mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel di Subang Jaya, dalam masa terdekat hari ini. Laporan Malaysiakini.com sebentar tadi.

Sementara itu di KL, Harakah hari ini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Perak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir disaran mengusulkan undi tidak percaya terhadap Zambry.

Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, Pakatan Rakyat (PR) Perak mengalu-alukan tindakan mereka meninggalkan Umno/BN dan menyertai PR negeri itu.

"Pakatan Rakyat Perak alu-alukan Adun BN yang tidak puas hati dengan Umno/BN untuk meninggalkan dan mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Zambry bagi membolehkan pembubaran Dun," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Rupanya yang akan berlaku sebaliknya, Adun PR yang akan lompat. (AK)

Hiasan Lucah Budaya Tidak Bermoral

JOM KREATIF

LIHAT gambar-gambar hiasan ini. Membangkitkan ingatan kepada seks. Segala-galanya kerana seks seperti khayalan kepala otak saintis filsafat Sigmen Frued?






Memang hiasan lucah ini, budaya tidak bermoral, amat tidak sesuai untuk budaya masyarakat Malaysia.
Perlu dijauhi..





(sumber: http://feedproxy.google.com/)

Jutawan Segera , Punca Jadi Mangsa Mat Afrika

PENGGUNA

Helah ganda wang kantoi

KL JUN 15, 10:
Tembelang empat warga Afrika yang mendakwa kononnya ahli perniagaan yang cuba memperdayakan seorang suri rumah dengan menawarkan wang tunai jutaan dolar Amerika Syarikat (AS) tidak berhasil apabila semua mereka dicekup dalam satu serbuan di Ampang, Khamis lalu.

Kegiatan sindiket itu terbongkar apabila suri rumah berusia 55 tahun itu membuat laporan polis apabila pelaburannya sebanyak RM17,000 tidak berhasil untuk digandakan. Sebaliknya, sindiket terbabit mendesak mangsa memasukkan lebih banyak wang konon bakal mendapat keuntungan berlipat ganda.

Menurut sumber, bertindak atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Cheras menahan seorang lelaki warga Afrika berusia 27 tahun sebelum menyerbu sebuah rumah di pangsapuri di Bandar Baru Ampang, dekat sini, kira-kira jam 11 malam.

“Dalam serbuan itu, tiga lagi lelaki warga Afrika ditahan dan polis menemui beratus-ratus not kertas tempatan dan dolar Amerika dipercayai palsu dalam beg yang cuba dicampak warga Afrika berkenaan sebaik mengetahui rumah mereka diserbu,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit cuba memperdayakan mangsa supaya membuat pelaburan mencecah ratusan ribu ringgit bagi ditukarkan dengan wang palsu bernilai AS$3.5 juta (RM11.2 juta).

"Awal Mei lalu, mangsa menerima panggilan daripada seorang suspek yang menawarkan pelaburan menggandakan wang menyebabkan mangsa ghairah untuk menjadi ‘jutawan segera.’

“Pada mulanya mangsa diminta melabur RM5,560 dan selepas menerima wang itu, sindiket terbabit mencari helah supaya mangsa melabur dengan jumlah yang lebih banyak. Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata manis lelaki Afrika itu kemudian membuat pelaburan kali kedua sebanyak AS$3,550 (RM11,360),” katanya.

Bagaimanapun, helah sindiket itu akhirnya dapat dihidu mangsa apabila dia diminta memasukkan lebih banyak wang menyebabkan dia membuat laporan polis.

“Semua suspek berusia 24 hingga 30 tahun memasuki negara ini sebagai pelajar dengan seorang daripadanya mendakwa pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mereka ditahan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 489 Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu,” katanya. (Sumber: myMetro/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tamak untuk jadi jutawan segera tanpa usaha yang menasabah antara penyebab wanita suri rumah 55 tahun itu menjadi mangsa. Berhati-hatilah, dengan trend baru penipuan ini. Sebagai bentengnya, perlu ingat sumber 'halal-haram' dalam kehidupan, dan kembali kepada agama. Bukan senang menjadi senang.

Mengenai tamak, pantun Melayu menyebutkan..

Dalam semak ada duri
ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi
bagai anjing dengan bebayang.

Imbauan 9: Hassan Shukri Sifu & Guruku.

Ibnu Hasyim: Catatan Santai

Allahyarham Ustaz Hassan: Mengadap kamera 2 dari kanan.. & gambar bawah..

PETANG semalam, lepas zohor hampir asar, saya dapat berita tentang perginya Ustaz Hassan Shukri ke rahmatullah. (Lihat Ustaz Hassan Shukri Kembali Ke Rahmatullah) Saya pun terus ke rumah beliau dengan seorang kawan saya.

Rumah Allahyarham di Pusat Tarbiah PAS Taman Melewar, Selangor. Se sampai di sana, kereta sudah penuh, susah dapat tempat parking. Di dalam rumah pula sudah tiada ruang lagi untuk kami masuk. YDP PAS Batu, Ishak Surin tersenyum bersama orang kuatnya Sdr Tarmizi Md Jam, menyambut kami. Kami bersalam-salaman dan berdiri di luar.

Nakhaie Hj Ahmad bekas Naib Presiden PAS yang lompat masuk UMNO beberapa tahun lalu pun ada. Maklumlah, rumahnya berjiran dengan dengan rumah Allahyarham Ustaz Hassan. Dan ramai lagi orang-orang PAS ada di luar tidak dapat masuk dalam rumah. Khalid Samad, Kamaruddin Jaafar antara pemimpin-pemimpin PAS ada di dalam, yang saya tahu.

Kenangan lama kini menghimbau kembali bersama Ustaz Hassan Shukri. Saya akui beliau adalah sifu dan guru saya tidak secara langsung, terutamanya dalam berpolitik. Saya masuk PAS sekitar awal tahum 80an, di Pejabat Agung PAS. Sewaktu saya mula menggerakkan PAS, beliau, Osman Razak dan Allahyarham Uthman Hamzah (bekas pimpinan Hizbul Muslimin, gerakan Islam sebelum PAS yang diharamkan penjajah) sama-sama menbantu menubuhkan PAS Kawasan Kuala Lumpur Bandar (sekarang PAS Kawasan Bukit Bintang). YDP pertamanya Ustaz Osman Razak dan saya dipilih sebagai Ketua Pemuda pertama.

Pada pertengahan tahun 80an, saya dan kawan-kawan ingin menghidupkan kembali PAS di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ustaz Hassan waktu itu sebagai Setiausaha Agung PAS banyak membantu memberi khidmat nasihat sehingga tertubuhnya PAS Cawangan Kampung Perlis dan Kawasan Parlimen Balik Pulau, yang menjadi kontraversi agak panas di Perhubungan Negeri Pulau Pinang masa itu.

Terkenang juga, bagaimana Allahyarham berusaha menbina pusat tarbiah, di Melewar ini. Dibelinya sekeping tanah, dipecah-pecah dan dibahagi-bahagikan kepada pembeli-pembeli orang PAS. Tapak yang depan sekali dibuat pusat tarbiah, dan pernah dijadikan pejabat agung PAS. Selepas itu rumahnya, rumah Nakhaie (yang waktu membeli itu jadi pemimpin PAS), dan seterusnya.

Bila kesuntukan wang, allahyarham cari saya, "Mat! (nama gelaran saya), ada apa-apa nak derma tak? Aku perlu beberapa lori pasir dan beberapa bantal simen.. Kita nak siap cepat markas kita ni.." Rayunya. "Korek-korek duit zakat harta atau niaga kalau ada, yang akan datang pun boleh bayar sekarang. Kita perlu sangat ni.. Muktamar dah dekat." Begitulah caranya mengumpulkan wang untuk bina pusat tarbiah di samping kutip derma melalui ceramah umun dan lain-lain.

Pernah Allahyarham mengajak saya raund Semenanjung Malaysia ziarah mangsa-mangsa bekas tahanan ISA, membantu dan beri derma kepada mereka dengan menaiki kereta saya. Begitulah cara berpolitik menarik hati orang-orang kampung, terutama di negeri Selangor dan Perak waktu itu. Sehingga beliau naik ke puncak pimpinan PAS memegang jawatan Timbalan Presiden PAS, sebelum Ustaz Nasaruddin yang memimpin sekarang.

Begitu, secuit imbauan angin dingin masa lalu bersama sifu dan guruku Allahyarham Ustaz Hassan Shukri. Al-fatihah! ...............

Catatan santai:
ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)
KL.
15 Jun 2010.


Sila lihat imbauan kenangan lama sebelum ini...

Monday, June 14, 2010

Nik Aziz Mahu Anwar Jadi PM, Kalau PR Tawan Putrajaya?


KOTA BHARU, 14 Jun 10: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Nik Aziz juga berkata, Anwar juga telah lulus ujian dari segi moralnya apabila menghadapi segala cabaran dengan tabah dan penuh dedikasi.

Beliau ditanya apa komen beliau terhadap cadangan seorang perwakilan dalam muktamar PAS selepas kejayaan beliau memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai PKR mencadangkan agar Nik Aziz dilantik sebagai Pemimpin Spiritual (Spiritual Leader) Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: “Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya.”

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tok Guru Nik Aziz sokong Anwar Ibrahim sebagai orang no 1 dalam PR. Bererti PR jika PR tawan Putrajaya, Anwar yang akan jadi PM Malaysia. Apakah itu maksud Tok Guru? Dan perlu diketahui juga, orang yang layak dilantik memimpin ialah orang yang tidak gila merebut jawatan pemimpin itu. (AK)

Ustaz Hassan Shukri Kembali Ke Rahmatullah

KL, 14 Jun 10: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan. (HarakahDaily.net/AK)

Pelawak Pesta Ganja Dicekup, Siapa?



Pelawak berusia 41 tahun itu diserbu di sebuah apartmen di PJS7, Subang Jaya, kira-kira jam 10 malam. Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Subang Jaya itu membawa penemuan dadah dipercayai ganja seberat kira-kira 40 gram bersama enam suspek.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang dihubungi berkata, ketika serbuan, selain daripada pelakon terbabit, terdapat lima lagi suspek termasuk seorang wanita yang semuanya berusia 20 hingga 30-an. Zainal Rashid berkata, serbuan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat awam dan hasil intipan polis.

“Ketika serbuan, terdapat enam penghuni termasuk lima lelaki dan seorang perempuan di dalam sebuah apartmen yang dipercayai milik pelakon komedi terkenal itu yang membintangi beberapa filem besar tanah air.

"Serbuan itu menemui beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram dan siasatan awal berdasarkan kuantiti dadah terbabit ia untuk kegunaan sendiri,” katanya, semalam.

Menurutnya, semua suspek dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan hasil ujian mendapati mereka positif ganja. "Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan kini direman sehingga 16 Jun bermula hari ini (semalam), mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Difahamkan, pelawak terbabit pernah dikaitkan dengan kes sama sebelum ini apabila penyebaran gambarnya menghisap dadah melalui Internet dan telefon bimbit, bagaimanapun perbuatan itu dinafikan. Sebelum ini, beberapa artis pernah ditahan pihak berkuasa kerana terbabit penyalahgunaan dadah, termasuk kes terbaru seorang pelakon yang juga anak seniwati terkenal Azean Irdawaty, Benjy serta penyanyi popular Ameng Spring. (myMetro/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Siapa? Akan tahu juga akhirnya.

Cari 1/2 Juta, jika mahu kekal S'ngor-Kedah -L/P'raya PAS


KOTA BARU, 14 Jun 10— PAS Selangor dan Kedah perlu melipatgandakan usaha memikat minimum 50 peratus daripada 1.2 juta orang yang belum mendaftar sebagai pengundi baru di negeri itu jika mahu Pakatan Rakyat (PR) mengekalkan tapak kuasa di kedua-dua negeri tersebut.

“PAS perlu berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus pengundi baru... kerana kini ada kira-kira 700,000 orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di Selangor dan 300,000 orang lagi di Kedah.

“Jadi, kita perlu meletakkan sasaran untuk mendaftarkan separuh daripada mereka jika mahu menarik pengundi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya,” kata Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika dihubungi, menurut The Malaysian Insider.

Sambil menegaskan ia sebagai satu peringatan serius menghadapi pilihan raya umum akan datang, Abdul Halim memberitahu, sasaran itu perlu dicapai menjelang hujung tahun ini. “Kita (PAS Selangor dan Kedah) tiada pilihan, kena capai sasaran ini sebelum hujung tahun ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

PAS dijangka akan mengadakan ‘retreat’ bulan depan bagi menyiapkan pelan komprehensif menghadapi pilihan raya umum sebelum September ini. Kelmarin, Muktamar Tahunan PAS Ke-56 telah meluluskan pelan 15 strategi menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebahagian daripada usul yang diluluskan parti komponen PR ini.

Ditanya sebab meletakkan sasaran itu di atas bahu PAS sahaja sedangkan Selangor dan Kedah diterajui bersama oleh PR, Abdul Halim menjelaskan, usaha menarik pengundi harus digerakkan oleh parti, bukannya kerajaan. “PAS sebagai parti komponen Pakatan perlu menggerakkan usaha ini, parti kena ke depan... sebab itu saya mengatakan pesuruhjaya PAS dan ketua kawasan kena tingkatkan usaha mereka,” katanya lagi.

Abdul Halim juga berkata, berbanding PAS rakan mereka DAP lebih ke depan dalam mendaftar pemilih baru di Selangor. “Di Kedah usaha mendaftar pengundi baru ada tetapi tidak agresif... jadi saya telah meminta pesuruhjaya PAS kedua-dua negeri agar melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih baru ini,” kata beliau.

Dalam ucapan penggulungan muktamar pagi semalam, Abdul Halim melontarkan kejutan dengan menegaskan kedua-dua kerajaan negeri itu berada di “ambang keruntuhan” jika kepimpinan PAS negeri tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Dengan mengambil kira prestasi PR ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Selangor, Abdul Halim berkata, PAS perlu mempergiatkan usaha mendaftar pengundi-pengundi baru.

“Berdasarkan (prestasi ketika) pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya hendak ingatkan pesuruhjaya PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, kita kena tingkatkan pendaftaran pemilih... di Hulu Selangor kita kehilangan enam peratus pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India.

“Kalau kita tidak daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang keruntuhan. PAS ‘out’, cuma boleh dapat dua kerusi,” katanya.

“Kedah pun kena tambah pengundi-pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di ambang kejatuhan,” kata Abdul Halim.

Pelan tindakan 15 strategi PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 menyasarkan strategi mendapatkan sejuta pengundi baru. Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Pandangan Abdul Halim muncul ketika Umno Kedah meletakkan sasaran untuk menambah sekitar 100,000 pengundi baru dalam usaha merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam temu bual telefon dengan The Malaysian Insider bulan lalu, Setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad tidak menolak perkara itu tetapi enggan memberikan angka tepat pengundi yang mereka sasarkan.

Beliau mengakui ada memberikan pendekatan dan strategi mereka untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. “Kami sasarkan sekitar 10 peratus daripada jumlah (pengundi) yang ada sekarang,” kata beliau.

The Malaysian Insiden difahamkan sasaran itu dijanjikan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada pertemuan ‘retreat’ Umno di Janda Baik dekat sini awal bulan lalu. Pemimpin-pemimpin Umno bahagian membentangkan laporan KPI enam bulan mereka kepada Perdana Menteri pada pertemuan itu.

Bagaimanapun Nawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kuah memberitahu, pihaknya dalam proses menggerakkan usaha menambah keahlian parti dan pada masa yang sama mahu menjadikan mereka sebagai pengundi.

Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13.

Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.

Ketua Dewan Pemdua PAS Nasrudin Hasan al-Tantawi menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda. Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 319,000 warga Kedah dan 799,000 lagi di Selangor, yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mengundi sebagai pemilih. Keseluruhannya seramai 4.44 juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pemilih. (The Malaysian Insider/AK)

Perak: BN Akan Tumbag, 3 ADUN UMNO Lompat?


IPOH JUN 14 10: PKR Perak hari ini mendakwa tiga ADUN Umno akan melompat parti kerana dikatakan tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pada tahun 2009, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tumbang selepas sepuluh bulan mentadbir Perak selepas tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra BN. Mereka ialah dua ADUN PKR - Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dan ADUN DAP Foong Hee Yit.

Hari ini, ketua penerangan PKR Perak, Zulkifly Ibrahim memberitahu satu sidang media di Ipoh bahawa rundingan sedang berjalan antara tiga ADUN Umno dengan pucuk pimpinan PKR. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama mereka tetapi berkata pucuk pimpinan akan membuat kenyataan rasmi mengenainya tidak lama lagi serta mengumumkan nama tiga ADUN Umno yang akan melompat menyertai PKR.

Zulkifly juga mendakwa bahawa 12 ketua Umno bahagian di negeri itu juga tidak puashati dengan senario politik di Perak dan meracang untuk menyertai PKR tidak lama lagi. Menurutnya, ahli Umno di negeri itu tidak puas hati dengan langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalalkan pertaruhan sukan dengan meluluskan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd milik hartawan Tan Sri Vincent Tan.

Di samping itu, Zulkifly mendakwa, wujud rasa tidak senang di kalangan ahli Umno di Perak kerana keutamaan dikatakan diberikan kepada ahli-ahli PKR yang melompat parti, berbanding dengan ahli Umno sendiri. Tiada butiran terperinci mengenai terma dan syarat mereka melompat parti. Pemimpin lain PKR di Perak tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai perkara itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan yang Zambry menafikan dakwaan Zulkifly itu dan menyifatkannya sebagai satu pembohongan. (Sumber Malaysiakini.com AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kalau berlaku betul Kerajaan BN Perak akan tumbang. Atau projek memahalkan diri?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails