Friday, December 25, 2009

Aktres & P'cara Tv Ditahan Di P/Hiburan Haram, Siapa?

HALAMAN HIBURAN
Beberapa orang wanita dibawa keluar oleh anggota polis dari sebuah pusat hiburan haram yang terletak di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi. Serbuan pada 3.15 pagi itu mendapati pusat hiburan berkenaan telah beroperasi secara haram semenjak beberapa bulan lepas. Ketika serbuan, polis turut menahan seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen. fotoBERNAMA

Pelakon Lelaki Ditahan Enggan Jalani Ujian Dadah

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki yang juga pengacara program hiburan televisyen antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini awal pagi ini.

Artis yang berusia 28 tahun itu enggan menjalani ujian air kencing manakala dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.

"Dua individu ditahan kerana bertindak kasar serta memaki hamun polis manakala dua lagi ditahan kerana tidak memiliki kad pengenalan diri yang sah," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus selepas selesai serbuan di pusat hiburan itu.

Sharifah Hawariah berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati telah beroperasi tanpa lesen lebih enam bulan pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

"Ketika serbuan, terdapat 361 pengunjung termasuk 113 wanita dengan lima daripada mereka turut ditahan," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Memang pusat hiburan menjadi virus punca segala maksiat. Mengapa kerajaan masih biarkan berleluasa? Malam minggu di KL sahaja berpuluh-puluh pusat hiburan begitu masih beroperasi berleluasa, terutama di Jalan Bukit Bintang. Tak tahulah pula ada pusat hiburan yang haram atau halal? Takkan menteri-menteri tak tahu banyak pusat-pusat begitu di KL, atau tak kenal juga 'halal-haram'?

Cepat-cepatlah kena bagi PAS bersama PR memerintah Malaysia. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

kenapa brita2 mcmni hanya crita ttg kejadian jer..
bagitau ler terus nama artis2 yg terlibat tu,...kenapa susah sgt nak sebarkan kebnaran..kalau takut..baik tak payah tulis brita mcmni..
amal maaruf nahi mungkar tak dilakukan dgn sepenuhnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails