Monday, December 21, 2009

Kemboja & Pelarian Uighur, Malaysia Perlu Tangani?

About 200 people were killed in riots involving ethnic Uighurs and Han Chinese in July [Reuters]

Kemboja dikecam usir pelarian Uighur

PHNOM PENH 20 Dis. - Aktivis hak asasi manusia hari ini menyuarakan kemarahan terhadap keputusan Kemboja untuk menghantar pulang sekumpulan 20 orang Islam Uighur ke China selepas mereka memohon perlindungan di negara ini berikutan kekacauan di wilayah Xinjiang.

Mereka dihantar pulang dengan menaiki sebuah pesawat China lewat semalam, sekalipun tindakan itu mendapat bantahan daripada Amerika Syarikat (AS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia.

"Kerajaan Kemboja mengabaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah negara yang menandatangani Konvensyen Pelarian (PBB) 1951," kata Presiden Pusat Hak Asasi Manusia Kemboja, Ou Virak kepada AFP hari ini.

Beliau menyatakan kebimbangan 20 orang Uighur itu akan diseksa atau dibunuh apabila mereka kembali ke China.

Kehadiran pelarian Uighur di Phnom Penh didedahkan dua minggu lalu, apabila mereka memohon status pelarian PBB di Kemboja, dengan berkata, mereka menghadapi risiko diseksa di China.

Ketegangan meletus di Xinjiang, barat laut China pada Julai lalu apabila hampir 200 orang terbunuh dan 1,600 lagi cedera dalam pertempuran antara kaum Uighur dengan etnik majoriti Han.

Kementerian Luar Kemboja berkata, undang-undang negara ini menetapkan kumpulan Uighur di Phnom Penh itu terpaksa dihantar pulang.

"Mereka pendatang tanpa izin dan mengikut undang-undang imigresen Kemboja, mereka perlu diusir dari negara ini, kerana itu kami terpaksa mengusir mereka," kata jurucakap Kementerian Luar, Koy Kuong.

Namun Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) turut berasa kesal dengan penghantaran pulang kumpulan itu dan menyifatkannya sebagai melanggar konvensyen antarabangsa mengenai pelarian, kata jurucakap, Kitty McKinsey.

Kemboja mengambil keputusan tersebut ketika Naib Presiden China, Xi Jinping dijadual memulakan lawatan tiga hari ke negara ini hari ini. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa negara umat Islam membisu 1,000 bahasa? Wajarkah Malaysia membantu pelarian Cina dari Uighur itu? Membantu, termasuk mengambil sebagai tenaga kerja atau kepakaran demi kestabilan politik Islam Cina masa mendatang? Fikir-fikirlah!
(AK)

5 comments:

Anonymous said...

Dizaman Tunku dan Tun Razak, gerakan PULO dan MNLF pernah memohon bantuan termasuk perlindungan politik. Bagaimanapun bantuan yang diberikan itu terhad kepada perikemaknusiaan dan dari dibunuh olh tentera Siam dan Filipina. Yang penting mereka tidak disembelih.
Situasi ini semakin pudar atau hilang dizaman Mahathir.
Kini situasi lebih teruk lagi.
Kenapa ini terjadi?
Kerana ramai di Wisma Putra dan Kem Dalam Negeri serta JPM sendiri tidak tahu dan tidak faham Kemboja dan Cina. Apa lagi tentang Uighur.
Tidak hairan kalau ada dikalangan profesor universiti sendiri yang tidak faham hal ini.
Awal tahun 90an UIA membawa masuk pelajar dari Albania, Chenchenya dan Dargestan. Mereka ini ditaja oleh orang-orang Islam di Eropah. Amat sedikit agensi dari negara Arab yang membantu. Kerana mereka lebih sibuk dengan dunia barat dan terlupa atau sengaja melupakan saudara Islam di negara yang sedang membebaskan diri dari kesan keruntuhan komunis.
Di Kemboja pula lebih ramai di Malaysia berminat memperdagangkan ibadat korban. Yang kita dengar pelbagai agensi yang sibuk minta derma korban di Kemboja. Kita tidak pernah mendapat berita yang jelas apa sebenar terjadi kepada sumbangan korban ini.
Yang kita dengar cuma beberapa cerita lembu disembelih. Tiada pelan susulan.Habis setakat itu. Alangkah baik agensi seperti ABIM, WAMY dan JIM berkerjasama membina pusat pengumpulan sukarela jangka panjang.Guru dan pekerja sukarela dari kalangan pelajr boleh datang masa cuti membuat kerja amal selain dapat pengalaman.
Selagi tidak ada hubungan seperti ini amat sukar membina semangat persaudaraan dan tahu isu sebenar.
Uighur adalah saudara Islam yang etruk ditindas di Cina.
Apabila umat SIlam di sembelih di Xinqiang, tidak ada sebarang pemuda PAS yang berdemonstrasi membantah tindakan ganas regim komunis Beijing di hadapan kedutaan Cina.
kenapa ini tidak berlaku.
Sudah sampai masanya Pakatan Rakyat sendiri perlu perihatin kepada semua kaum yang tertindas termasuk Uighur di negara CIna.
Dan jangan lupa, Cina Beijing sedang menjalankan pelbagai pelan untuk melenyapkan kaum Uighur kerana terlalu banyak simpanan petroleum yang terdapat di bumi Xinqiang dan Uighur yang cuba dinafikan oleh Beijing ini.
Mungkin kenapa ramai yang tidak sedar dan tidak tahu Uighur di CIna yang sedang disembelih setiap hari oleh kaum Han di Cina...

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih. Baik sungguh pandangan tuan. Mungkin tulisan ini, tulisan orang lama dan berpengalaman.

Ali Mahmud said...

Cuba lihat pandangan pak ibnu,

Membantu, termasuk mengambil sebagai tenaga kerja atau kepakaran demi kestabilan 'politik Islam Cina' masa mendatang?

1. Adakah perlu bawa masuk pendatang tanpa izin dari negeri Cina yang Islam seperti masuknya yang bukan Islam seperti sekarang?

2. Mengadakan hubungan, sokongan dalam berbagai bentuk, supaya budaya Cina Muslim di Cina masuk dan mempengaruhi orang Cina di Malaysia. Kerana dengan semangat Islam lebih mudah berlaku penyatuan samada bidang sosial, ekonomi dan politik.

3. Mungkin itu maksud tersirat Pak Ibnu supaya 'politik Islam Cina'dapat mempengaruhi kestabilan politik Islam di Malaysia. Ertinya kaum Cina turut serta dalam kebangkitan Islam di Malaysia, juga dunia seluruhnya.

Sekian pandangan saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails