Wednesday, August 05, 2020

Ini Keterangan Bela Landak. Nak Dapat Di Mana?

Hasil carian imej untuk ibnu hasyim landak
Ini iklan&keterangan.. 

Sebelum menternak, yang perlu disediakan:
  1. Perlu mendapatkan lesen menternak, membawa, membeli dan menjual daripada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Taman Negara (PERHILITAN). Kalau dapatkan melalui kita, pihak kita akan urus semuanya sampai ke tempat atau ke rumah anda, di Malaysia sahaja. Kalau keluar negara, lain pula.
  2. Siapkan kandang yang bersesuaian bagi pasangan landak dan perlu diberi makanan berasaskan tumbuhan seperti buah, sayur dan lain.. 
  3. Landak tahan lasak, tahan penyakit serta boleh membesar sehingga 20 kilogram, cuma perlu tunggu sehingga berusia lapan bulan.
  4. Modal dan untung. Harga pasaran daging landak boleh mencecah antara RM120 hingga RM150 se kilogram. Hakikatnya, daging haiwan eksotik berkenaan bukan saja mendapat permintaan tinggi, malah lebih mudah dijual berbanding kambing.
  5. Walaupun memeliharanya  sangat mudah, hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari.
Pengumuman
Suka saya mengumumkan juga, kini saya sanggup membeli landak untuk tujuan pembiakan dan penjualan daging dari mana-mana pihak samada dari dalam dan luar negara. 

Pak Zuu Landak Malaya.
Julai 2020

Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

    5 comments:

    Anonymous said...

    Di mana boleh saya dapatkan sepasang landak untuk permulaan ternak.

    Ibnu Hasyim said...

    Telefon
    Pak Zuu Landak Malaya.
    Tel 011 33111321 (KL)

    Anonymous said...

    Thursday, August 6, 2020
    APA PUNYA LEKEH KERAJAAN PN NI..

    Sehingga ini belum ada penjelasan berhubung dakwaan bahawa dana GLC diguna setiap hari untuk menaja jamuan VVIP di Parlimen.
    Dakwaan tersebut telah disiarkan di beberapa portal, malah tular di media sosial sejak semalam.
    Sebelum ini, sejak Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, beliau telah melantik Ahli-Ahli Parlimen untuk menerajui GLC-GLC bagi memastikan sokongan terhadapnya berkekalan, meskipun sesetengahnya diragui dari segi kelayakan dan kemampuan.
    Kini, GLC-GLC digunakan sekali lagi untuk menaja makan tengahari VVIP setiap hari di Parlimen, termasuk yang dihadiri oleh Muhyiddin dan Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun.

    Apa perlunya dana GLC diguna untuk menaja makan tengahari mereka yang bergaji puluhan ribu itu?
    Sudah diberi gaji berpuluh ribu, sekarang kikis lagi wang GLC untuk menaja makan mereka?

    Apa punya lekehlah kerajaan PN ini?
    Tak boleh tanggung makan sendiri ke?
    Sudahlah ramai rakyat dilanda kesusahan disebabkan tiada pekerjaan, bahkan ada yang dilaporkan membunuh diri kerana dibuang kerja, tetapi ahli-ahli politik yang berkuasa nampaknya tanpa ada perasaan melantak sesuka hati membesarkan perut sendiri dengan mengguna dana GLC setiap hari sesi Parlimen diadakan.

    Sebelum ini, baik ketika BN atau PH, amalan seperti ini tidak pernah sama sekali berlaku.
    Kenapa sekarang ia berlaku di zaman PN yang diketuai oleh Muhyiddin?
    Bukankah Muhyiddin anak seorang ulama?
    Inikah juga kerajaan yang dikata nak menjaga dan membela rakyat? (Shahbudindotcom 06/08/2020)

    Anonymous said...

    Bukankah PH telah berjanji untuk TIDAK melantik ahli politik menjadi ahli lembaga pengarah GLC dll jika PH memenangi PRU 14?

    Apabila sudah memenangi PRU14, mengapa PH sibuk melantik ahli politik PH untuk menjadi ahli lembaga pengarah GLC dll ?

    Bukankah ini bererti PH telah kencing rakyat sehingga hancing dengan pelbagai janji palsu kerana manifesto bukan kitab suci ???

    Kita menasihatkan RBA-RBA supaya berhentilah dari membodohkan diri dengan menegakkan benang basah kerana rakyat sudah puak RBA adalah kaki kencing. Simpanlah sedikit kebodohan kamu untuk keturunan kamu !

    Ha ha ha ha ha 1000x .

    zainal said...

    sapadia ahli politik yg kerajaan ph lantik tu.Bagi nama, jgn pandai buat fitnah

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails