Sunday, January 26, 2020

Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semudah Bela Kucing Di Rumah.....

Hasil carian imej untuk gambar landak

Seorang penternak landak menunjukkan landak raya yang diternak secara komersial di rumahnya..
  
Catatan Santai Ibnu Hasyim

"RAYA Cina ni kamu ke mana? Datanglah tempat aku, aku nak perkenalkan 'daging landak' kepadamu.. Dikatakan daging landak boleh mengubati berbagai penyakit. Boleh dijadikan hobi memeliharanya seperti pelihara kucing di rumah. 

"Bahkan yang menariknya ialah memeliharanya boleh menjana ekonomi. Ada potensi berkembang maju, ke arah menjadi perusahaan yang besar." Kata kawanku yang baru pulang dari negara jiran, dalam rangka lawatan meninjau peluang-peluang perniagaan dan perusahaan, termasuk menternak landak.

Ya. Semalam, aku dan kawan aku pergi ke rumahnya.. Dan ini oleh-oleh yang ku bawa pulang.. ku hidang kepada pembaca-pembaca budiman.


Ini, ringkasan dialog dan taklimatnya.. 

Penternakan landak memang mampu menjana pulangan lumayan. Menternak landak sebenarnya sangat mudah. Bagaimana memulakannya, apa yang patut dibuat? 

Pada saya...

Satu: 
Perlu mendapatkan lesen menternak, membeli dan menjual daripada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Taman Negara (PERHILITAN). Bagaimana mendapatnya? Kita akan lanjutkan kemudian. 

Dua:
Siapkan kandang yang bersesuaian bagi pasangan landak dan perlu diberi makanan berasaskan tumbuhan seperti buah, sayur dan lain.. Contoh ringkasnya seperti gambar di bawah.
Tiga: 
Landak tahan lasak, tahan penyakit serta boleh membesar sehingga 20 kilogram, cuma perlu tunggu sehingga berusia lapan bulan.

Empat:
Modal dan untung. Harga pasaran daging landak boleh mencecah antara RM120 hingga RM150 se kilogram. Hakikatnya, daging haiwan eksotik berkenaan bukan saja mendapat permintaan tinggi, malah lebih mudah dijual berbanding kambing,, 

MOHAMMAD Fauzan memberi makan kepada landak

Walaupun memeliharanya  sangat mudah, hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari.

Ini kisah, Mohammad Fauzan Mansor

Lihat, ini kisah, Mohammad Fauzan Mansor, 35, menceburi bidang ternakan landak secara komersial sejak tiga tahun lalu. Dia yang menjalankan perusahaan itu di belakang rumah bapanya di Kampung Tanggol, Hulu Terengganu, Terengganu dan ketika ini landak ternakannya sudah membiak hingga 66 ekor semuanya.

“Mulanya, saya membeli induk dan baka landak sebanyak tujuh ekor dengan harga RM4,000.
“Pada 2016, jumlah ternakan ini ditambah 20 ekor lagi melalui perjanjian pindah milik daripada pengusaha yang juga rakan baik di Banting, Selangor yang sudah tidak berminat meneruskan perusahaan menternak landak.
“Saya membelanjakan hampir RM10,000 untuk membina kandang menggunakan peruntukan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tapi sebelum memulakan proses menternak, saya lebih dulu mendapatkan lesen memelihara dan menjual landak daripada PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara),” 

Kata bapa kepada dua anak berusia tiga dan tujuh tahun itu. Menurut pembekal ikan air tawar itu, dia menyasarkan untuk membekalkan daging landak dalam tempoh dua tahun lagi. Katanya, setakat ini sudah ramai pengusaha restoran dari seluruh Terengganu memintanya membekalkan daging landak untuk mereka.


“Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah yang ada tidak dapat memenuhi permintaan apatah lagi landak agak lambat membiak, tidak seperti ternakan lain.
“Dalam tempoh dua tahun lagi saya jangkakan jumlah ternakan mencecah 200 ekor sekali gus membolehkan saya membekalkannya secara terus-menerus.
“Permintaan tinggi ini menambah keyakinan saya untuk meneruskan perusahaan ini malah rasanya ia lebih menguntungkan berbanding penternakan kambing yang saya lakukan sebelum ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Mohammad Fauzan, landak boleh dijual apabila mencecah usia lapan bulan ke atas.


“Biasanya daging landak dijual pada RM120 tetapi boleh mencapai RM150 untuk sekilogram sementara induknya boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan umur.
“Seekor landak seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) bersama induknya boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM5,000 bergantung harga pasaran semasa,” katanya.
Menurutnya, dia mempelajari selok-belok penjagaan landak menerusi Internet, bacaan dan bantuan PERHILITAN selain banyak bertanya kepada penternak landak yang berjaya untuk mendapatkan tip penjagaan.
“Landak mempunyai peminat tersendiri sama ada untuk dijadikan makanan atau peliharaan. Saya sendiri pernah memelihara seekor landak yang dijadikan haiwan kesayangan dan ia memang manja serta suka mengekori kita.
“Sayangnya ia hilang dan mungkin sudah menjadi santapan orang lain. Pendek kata, haiwan ini cukup unik, mudah diuruskan, jinak dan manja,” katanya. (MyMetro 30 Mac 2018)

Lima:
Artikel 'Landak 1: Peluang  Jana Ekonomi ...' akan bersambung. Kita akan teruskan secara bersiri, dan akan membuat liputan di ladangnya, supaya mudah untuk dipelajari dan dicontohi.

Kesimpulan: 

Kawanku Pengusaha Landak mengatakan:
"Saya sudah memulakan usaha landak ini baru beberapa bulan lalu, kini sudah memiliki kira-kira puluhan ekor. Ladang saya di dalam negeri Selangor. 
"Sengaja saya tak pelkenalkan diri saya dulu, kerana saya masih belum mampu membekalkan benih-benih landak kapada orang ramai. Apa lagi untuk mengeluarkan hasil jualan daging landak, buat masa ini..

Pengumuman
"Suka saya mengumumkan juga, kini saya sanggup membeli landak untuk tujuan pembiakan dan penjualan daging dari mana-mana pihak samada dari dalam dan luar negara. 

Pengurusan penghantaran dan penerimaan akan diuruskan."
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
26/1/2020 KL.

Vide: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit


Jika berminat sila hubungi..
IKLAN LANDAK

Biakkan Landak Komersial..
(Membeli dan Menjual)
Sila hubungi..
Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

3 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Saya berminat dengan kisah santai tuan,

".. daging landak boleh mengubati berbagai penyakit..." Boleh tuan huraikan sikit, untuk maklumat bersama..

cik minah said...

Bro,

Dagng Landak berpernan macam tongkat ali jugak.

Kopeknyioq said...

Inshaa Allah berminat juga tapi modal belum cukup lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails