Wednesday, March 04, 2020

Landak 5: Stigma Negatif..

Hasil carian imej untuk ibnu hasyim landak
Masyarakat perlu segera membuang apa sahaja stigma negatif mengenai landak raya yang dikatakan sebagai haiwan pemangsa. 
Buang stigma negatif terhadap landak raya

JENERI: Masyarakat perlu segera membuang apa sahaja stigma negatif mengenai landak raya yang dikatakan sebagai haiwan pemangsa.

Pengusaha Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya, Mahadzir Abdul Hamid berkata ia sekali gus usaha memastikan haiwan eksotik itu daripada terus pupus.

“Sebenarnya bila kita ambil inisiatif untuk membuka pusat ini, matlamatnya kita fokus kepada kesedaran orang ramai supaya dibuang segala stigma negatif tentang landak ini.
“Sebab orang ramai di luar menganggap landak ini memanah tetapi sebenarnya landak ini tidak boleh memanah. Landak bukan pemangsa tetapi landak menjadi mangsa.
“Sebab itu haiwan ini semakin pupus, jadi kita kena ambil satu langkah bagi menyelamatkan spesis yang dikatakan haiwan prasejarah ini,” katanya ditemui, di sini, pada Selasa.

Seekor landak raya mampu melahirkan anak lima kali dalam tempoh dua tahun. Tempoh bunting landak raya adalah sekitar tiga sehingga empat bulan. Landak raya juga boleh menyusukan anak sehingga empat bulan kecuali anak itu diasingkan daripada ibunya bagi tujuan mempercepatkan kelahiran seterusnya.

Dalam pada itu kata Mahadzir, pelbagai khasiat boleh didapati daripada landak raya.

“Selain itu, landak raya juga merupakan haiwan yang menjadi sumber perubatan, kalau orang zaman dahulu kala, mereka menjadikan landak ini sebagai haiwan bagi tujuan perubatan seperti merawat penyakit penat, menyembuhkan sengatan haiwan, menyembuhkan luka dan banyak lagi khasiatnya sebenarnya.

“Sebab itu saya menyeru kepada orang ramai supaya memahami betul-betul haiwan ini dan boleh datang ke pusat santuari ini.
“Masuk adalah percuma, kita tidak kenakan apa-apa bayaran sebab kita hendak bagi orang ramai supaya mengenali dengan lebih dekat apa itu landak raya,” ujarnya.

Landak raya atau nama saintifiknya Hystrix Brachyura merupakan antara haiwan unik yang banyak ditemui di hutan belantara Malaysia, Kepulauan Nusantara dan Afrika.

Ia dipercayai antara spesis haiwan purba yang masih hidup dan hampir pupus akibat aktiviti penerokaan hutan. Seekor landak raya boleh menghabiskan makanan hampir satu kilogram sehari.
Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya itu terletak di Jeneri, kira-kira 50 kilometer dari bandar Alor Setar.


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak raya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails