Wednesday, March 04, 2020

PKR Minta PAS Hapus Hutang PTPTN -Pandangan Puak Sasau Meroyan..

Maria Chin Abdullah berkata PAS perlu mengotakan apa yang dikata selepas kini bersama membentuk kerajaan persekutuan. ― Foto oleh Shafwan Zaidon
Maria Chin Abdullah berkata PAS perlu mengotakan apa yang dikata selepas kini bersama membentuk kerajaan persekutuan. ― Foto oleh Shafwan Zaidon

Lepas tawan Putrajaya, PKR minta PAS tunai janji hapus hutang PTPTN
KUALA LUMPUR, 3 Mac — Wakil rakyat PKR menyeru PAS menunaikan manifestonya untuk mengecualikan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Maria Chin Abdullah berkata PAS perlu mengotakan apa yang dikata selepas kini bersama membentuk kerajaan persekutuan.
“Cubalah dulu. Baru tiga hari jadi kerajaan sudah cakap tak boleh tunaikan janji,” katanya dalam satu kiriman di Facebook hari ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya mengulas laporan portal yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Timbalan Mentri Besar Kelantan berkata PAS tidak berdaya menunaikan janji itu kerana membentuk kerajaan di bawah Perikatan Nasional.
Mohd Amar berkata, janji itu tertunai jika PAS berjaya menawan Putrajaya secara bersendirian. (projekmm.com)

Komen Weblog Ibnu HasyimSasau.. Jangan dilayan, puak-puak tu sudah meroyan. Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba. Itu haram. 

Memang PAS sendiri akan mengambil langkah memansuhkan PTPTN memandangkan ia satu daripada manifesto parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tapi manifesto PAS hanya terpakai sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan sendiri.
Tetapi sekarang bukan kerajaan PAS yang memerintah seluruhnya.
Itupun susah sangat nak faham. Bengong?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails