Monday, July 05, 2010

Datuk Husam Bergambar Dengan Gadis Beijing


CATATAN PERJALANAN CHINA 2

INI, gambar Datuk Husam Hj Musa Exco Negeri Kellantan bersama wanita muda di Beijing 3 Julai 2010 semalam.

Maaf, ceritanya begini.. Selepas mesyuarat dengan sebuah Dewan Perniagaan di Beijing China semalam, setiausaaha dewan perniagaan bertaraf antarabangsa tersebut, seorang wanita muda, mungkin gadis memohon untuk bergambar berdua sahaja dengan Datuk Husam. Datuk Husam keberatan. Beberapa kali didesaknya, akhirnya terpaksa bergambar juga. Maka dipanggilnya kami sekali, saya dan YB Zulkifli Mamat. Inilah gambar sebenarnya.. Bukan gambar yang tadinya diatas sekali.


Dari kiri YB Zulkifli Mamat, wanita itu, Datuk Husam dan Ibnu Hasyim.

Gambar semasa sedang mesyuarat dan akhirnya menanda tangani persefahaman antara Kelantan dengan Dewan Perniagaan tersebut.

Juga kerjasama bagi menjayakan program
di...
Kelantan Trade Centre And Sultan Muhammad IV stadium
Cheng Ho Exhibitian’–ProsperousIslam-

Bergambar selepas mesyuarat.Datuk Husam di tengah-tengah..

Ibnu Hasyim.. gambar kenangan..



Makan tengahari di sebuah restoran tradisional Muslim di Beijing.

Gambar Beijing, tengahari itu. 
“Mengapa engkau siar gambar Datuk Husam dengan wanita (gambar yang dipotong-potong) itu?”
Tanya kawan sebilik se waktu saya sedang mencatat catatan perjalanan ini. 
“Sebelum musuh-musuh politik beliau siarkan apa lagi waktu pilihan raya, biar aku jelaskan dulu!!” 

Sekian, bersambung.



Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 2
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 3, 2010

Maaf selama di Beijing Blog Google tidak dapat dibuka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails