Saturday, October 10, 2015

Pidato Perdana Pakatan Harapan, Paya Jaras. Ini...

Biar gambar bercerita..




Sumber:  http://omakkau.blogspot.my/2015/10/pidato-perdana-pakatan-harapan-di-paya.html

Penyanyi Soo Wincci Kritik Najib, Inikah Padahnya?


HALAMAN HIBUR AN
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci (gambar) dilaporkan menerima padah gara-gara terlalu lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi rakaman video, baru-baru ini. 

Memetik sebuah portal blog hiburan, penaja utama konsert pertama penyanyi keturunan Tionghua itu dilaporkan telah mengumumkan menarik diri dan menyebabkan konsert yang sedang giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan kritikal. 

Penarikan diri penaja itu dipercayai ada kaitan dengan saranannya supaya Najib berundur walaupun ia tidak dinyatakan secara langsung dalam artikel itu. Penyanyi itu yang sedang mencipta nama di Taiwan dan popular dalam kalangan peminat hiburan tempatan selepas menyertai Masterchef Malaysia terbitan ASTRO. 

Soo Wincci membuat rakaman video yang menyarankan Najib berundur selepas Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu. Dia sebelum ini sudah bersiap menerima segala risiko di atas apa yang dilakukannya itu. 

”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu. Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri” 

”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang,” kata Soo Winci selepas rakaman videonya tersebar. (FMT)

Komen: Sekilas mengenai Soo Wincci.

Dikatakan penyanyi Soo Wincci telah berpuasa secara Islam. Oleh sebab itu ramai pihak yang beranggapan bahawa dia sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam. 

Namun penyanyi tinggi lampai ini menolak spekulasi itu dan mengatakan niatnya berpuasa disebabkan ada kelebihan yang didapati sepanjang bulan Ramadan.

“Saya tahu ada spekulasi yang mengatakan saya berpuasa setiap tahun kerana mempunyai teman lelaki beragama Islam tetapi sebenarnya tidak.
“Pada mulanya saya hanya berpuasa disebabkan saya berjanji dengan peminat-peminat Melayu namun saya menyedari ada banyak kelebihan apabila berpuasa.
“Jadi saya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niat saya setiap kali tibanya Ramadan,” katanya seperti yang dilapor mStar Online.

Semoga dia tetap tidak berganjak dalam memperjuang kebenaran dan keadilan, dan meneruskan berkenalan dengan Islam. Moga-moga Allah SWT membuka pintu taufik dan hidayah kepada beliau. Amin.

Friday, October 09, 2015

Siri 3: Saya PAS Sampai Mati, Kata Husam Musa. Ibnu Hasyim Sokong Husam.

Pusing Balik

KOTA BHARU: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan kritikan, menegaskan beliau tetap setia dengan perjuangan Pas. 

Adun Salor itu berkata, banyak tuduhan khususnya mengenai status beliau dalam Pas adalah fitnah dan ia berlaku sejak muktamar baru-baru ini yang menyaksikan dirinya gagal mengekalkan jawatan dalam parti. 

“Saya Adun Pas...ini bukan soal keliru, sekarang ini orang memfitnah saya sebelum muktamar lagi. Siapa yang fitnah dan apa sikap parti terhadap orang yang memfitnah saya. Apa tindakan terhadap orang yang fitnah saya dan rakan-rakan lain. Fitnah inilah punca segala-galanya,” katanya yang merujuk kepada perpecahan sedang berlaku dalam Pas. 

Kenyataan itu, sekali gus menutup spekulasi terhadap Husam yang sebelum ini didakwa condong kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pimpinan Muhamad Sabu. Beliau bagaimanapun tidak menolak penubuhan Amanah, khususnya di Pantai Barat kerana ia mampu menarik sokongan masyarakat bukan Melayu. 

Ditanya adakah beliau akan kekal selamanya dalam parti itu, bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan yang kini masih dalam proses menjalani rawatan kesihatannya berkata: 

“Sebolehnya saya mahu kekal dalam Pas sehingga mati.” 

Mengulas kritikan beliau terhadap Kerajaan Kelantan, Husam berkata, tidak pernah ada niat atau berkomplot dengan mana-mana pihak untuk menjatuhkan kerajaan negeri, sebaliknya teguran yang dibuat supaya pemimpinnya tidak lari dari perjuangan asal lebih-lebih lagi asas yang ditegakkan oleh bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

“Apa yang saya tegur ini adalah kerana saya yakin Islam, Pas parti yang demokratik mengizinkan bahkan mewajibkan menegur yang makruf dan mencegah kemungkaran oleh siapa sahaja. 

“Anggaplah secara positif ia boleh menguatkan Pas. Kalau Pas bertindak balas mengikut apa yang diajar oleh agama, iaitu kalau teguran itu benar, terima teguran. Jangan bila orang tegur, fitnah balik orang itu,” kata bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri itu. 

Beliau berkata, setiap teguran merupakan perkara yang masih boleh diperbaiki dan Kerajaan Kelantan mempunyai banyak masa sebelum PRU14. 

“Kerajaan Kelantan boleh betulkan kekurangan pada teguran itu untuk menjadi kuat di mata orang ramai. 

“Jika tidak ada orang tegur, perkara ini berlaku berleluasa dari semasa ke semasa, menjelang pilihan raya perkara ini didedahkan musuh, pada masa itu Pas tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Tinggal lagi orang akan tanya kenapa (teguran) dibuat secara terbuka, banyak jawapan kepada soalan ini. Satu perkara pada asalnya dibuat secara tertutup tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya, mungkin saya orang yang kecil, ”katanya. 

Husam berkata, perjuangannya dalam Pas bukan untuk mendapatkan jawatan, malah tidak menolak kemungkinan kali ini adalah penggal terakhir bergelar sebagai Adun. 

“Saya tidak kisah sekiranya lepas ini Pas tidak lagi mencalonkan saya kerana saya masuk perjuangan ini bukan kerana mahu menjadi pemimpin. Saya masuk kerana idealisme dan gagasan perjuangan. 

“Siapa sahaja yang membawa gagasan itu, saya akan sokong. Siapa yang mengkhianati gagasan itu saya akan tegur, sehingga saya jadi orang biasa tidak ada apa-apa,” katanya. 

Sebelum ini, Husam mendedahkan beberapa dakwaan kepincangan dalam pengurusan Kerajaan Kelantan termasuk isu pembalakan luar kawasan di Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan isu Kompleks Perkayuan Kelantan, anak syarikat kerajaan negeri. -sinarharian-

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, weblog ini (Ibnu Hasyim) tetap menyokong Datuk Husam yang mungkin akan kekal bersama PAS sampai mati. Insya Allah dan Al-hamdulillah.

Kes Mak Nyah Berpakaian Wanita, Bukti 'Kelamkabut' Perundangan M'sia.


Putrajaya: Mahkamah Persekutuan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 menghukum lelaki berpakaian wanita sebagai tidak berperlembagaan.

Memetik laporan Harian Metro, Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara membenarkan bantahan kerajaan Negeri Sembilan dan lima lagi terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Hakim Md Raus telah memutuskan keputusan permohonan untuk mencabar kesahihan enakmen itu tidak boleh dibuat melalui semakan kehakiman.

Menurut beliau lagi responden berkenaan tidak mengikut prosedur yang betul dan hakim di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya melayan permohonan itu.

Turut bersidang adalah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Pada 7 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan tiga transgender iaitu Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30.

Dalam keputusan itu Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 66, Enakmen Jenayah Syariah Undang-undang Negeri Sembilan 1992 tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini satu lagi bukti bercempera atau kelam-kabutnya sistem perundangan di Malaysia. Mahkamah Persekutuan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 menghukum lelaki berpakaian wanita sebagai tidak berperlembagaan.

Ertinya lelaki berpakaian perempuan tidak salah, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (menghukum lelaki berpakaian wanita) sebagai tidak mengikut perlembagaan. Di situ rendahnya perundangan syariah Islam berbanding Mahkamah Persekutuan. Islam tidak berwibawa dan bermaruah di negara sendiri.

Bagaimana hukum sebenar dalam Islam? 
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)
Tarikh Keputusan:  18 Dec, 2008

Keputusan E-Fatwa: Portal Rasmi fatwa Malaysia: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:     

Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:      

Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:           

"Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.      

Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"  

Keterangan/Hujah: 
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. 

Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : 
  • Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) 
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 

2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : 
  • Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
 MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

(IH)

Sayembara £14,000, Tangkap Tentera Rusia Hidup-Hidup. Jom!!

Moscow: Keputusan Moscow membuat penyerangan perlu dibayar mahal oleh tenteranya. Apa tidaknya, salah satu tentera yang terkorban di tangan kumpulan mujahidin Jabhah Nusrah (JN), dipercayai akan dibawa pulang dengan pesawat tentera ke Moscow.

Menangani serangan Rusia itu, JN mengumumnya  sebagai sebuah sayembara. JN akan memberi hadiah kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap hidup-hidup tentera Rusia sebanyak £ 14,000. (Kira-kira RM 75,000).

Akbar The Times sampai menurunkan berita "Al-Qaeda menawarkan hadiah bagi mereka yang berjaya menangkap tentera Rusia." 

Bill Tru Marc menulis bahawa al-Qaeda di Syria menawarkan hadiah bernilai £ 14,000 bagi mereka yang berjaya menangkap hidup-hidup setiap tentera Rusia, terutama selepas rejim Syria sengaja mensasarkan beberapa kawasan milik pejuang dengan roket.

Pengumuman tersebut disebar melalui poster dan jejaring sosial, ungkap penulis dalam akhbar tersebut. Hal ini juga dikuatkan dengan pengumuman melalui tweeter yang diyakini milik Ali bin Hamad Aerjana. Ali adalah salah satu penyokong Jabhah Nushrah yang juga mengumumkan mengenai hadiah tersebut.

Mungkinkah perang psikologi JN ini boleh memberi kesan mental kepada tentera Rusia? (IH)

Anggota Parlimen Wee Choo Keong Keluar PKR. Mengapa?


Anggota Parlimen Wee Choo Keong Keluar PKR
14 Mei, 2010 19:54 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama): Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong hari ini mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat(PKR) kerana kesal dengan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Katanya beliau setakat ini tidak bercadang menyertai mana-mana parti dan akan menjadi anggota Parlimen Bebas.

"Saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan dalam PKR setelah kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan pakatan rakyat yang gagal mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu pasir di Dengkil.

"Saya merasakan saya tidak boleh lagi menyumbangkan khidmat dalam keadaan sebegini terutamanya isu-isu yang saya sendiri tidak boleh percayai," katanya pada sidang akhbar di sini.


Wee, seorang peguam berkata beliau telah memaklumkan peletakan jawatannya kepada majlis tertinggi PKR.

"Saya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini kerana saya ingin menumpukan pembangunan di kawasan saya dulu. Kepentingan rakyat mestilah didahulukan dan bukannya semata-mata untuk tujuan politik," katanya.

Katanya beliau mengambil keputusan keluar parti kerana berpegang pada prinsip menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan anggota pakatan pembangkang sendiri.

Beliau turut menafikan tindakannya keluar parti disebabkan pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad ini.

"Ini semua tidak berkaitan dengan pilihan raya Sibu kerana saya berpegang kepada prinsip saya yang menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan ahli Pakatan Rakyat itu sendiri," katanya.

Wee berkata skandal pasir "amat menjelikkan" kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedar mengenai perkara itu sejak awal Februari tahun ini kerana anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP telah membuat laporan rasmi kerpada anngota Exco kerajaan negeri Ronnie Liu.

Abdul Khalid tidak mengambil tindakan dan lebih-lebih lagi, apabila dokumen mengenai skandal itu diserahkan kepadanya, "beliau mencabar YB Manikavasagam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," kata Wee.

Beliau merujuk kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam yang membuat laporan polis semalam terhadap beberapa pengarah sebuah syarikat pasir milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi pejabat Abdul Khalid selaku Menteri Besar.

Wee turut menyelar penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Kita semua tahu yang YB Lim Kit Siang dengan cepat mengeluarkan kenyataan menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung perkara yang beliau anggap sebagai kepentingan awam. Tetapi apabila melibatkan perkara serius seperti ini, orang akan fikir yang YB Lim akan mengambil tindakan ke atas anak didiknya, YB Ronnie Liu, kerana gagal bertindak pada Februari 2010," katanya.

-- BERNAMA 

Tak Terkejut Kalau PKR Berpecah

Minggu ini bertebaran dakwaan wujud konspirasi mahu menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada sekumpulan pemimpin parti itu sendiri, sebagaimana yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Baharin atau Chegubard.

Kononnya usaha itu dilakukan menerusi satu petisyen yang ditandatangani oleh 25 pemimpin parti selepas mereka berang dengan keputusan Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan yang disifatkan sebagai tergesa-gesa.

Konflik dalaman PKR itu menarik perhatian bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan berkata tidak mustahil perpecahan terjadi di dalam PKR kerana parti gagal diuruskan dengan baik.

"Saya tidak berasa hairan sekiranya ada usaha dari ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yg lebih seimbang. 

"Saya pada masa yang sama tidak menghalang mana-mana pihak untuk melaksanakan hak demokrasi mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya percaya usaha pihak-pihak terbabit akibat dari kegagalan PKR mengurus parti mereka sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini. Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, Telus dan menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Khalid yang juga bekas pemimpin PKR yang kemudiannya disingkirkan kerana ingkar dengan arahan parti menambah tindakan beberapa pihak dalam Pakatan Harapan baru-baru ini gagal menyediakan ruang yang kondusif dan inklusif.

"Saya lebih suka melihat perkara-perkara ini dari luar dan saya tidak terlibat secara langsung dalam usaha mereka untuk mewujudkan kuasa ketiga ini," katanya. (IH)

Suami Raba Orang Gaji, Tapi Isteri Wajar Dipenjara, Mengapa?

Pada awal bulan ini, seorang wanita dari Arab Saudi merakam perbuatan suaminya meraba orang gaji menggunakan telefon.

Wanita tersebut yang berang dengan perangai suaminya kemudian memuat naik video itu ke laman Facebook dengan kapsyen "Hukuman yang paling ringan buat suami seperti ini adalah dengan memalukannya".

Dengan pantas, video itu menjadi viral di laman media sosial dan wanita terbabit kini mungkin dikenakan tuduhan cuba memfitnah dan menghadapi hukuman penjara setahun. Majid Waroob, seorang peguam di Arab Saudi, memberitahu akhbar tempatan wanita terbabit mungkin telah melanggar salah satu undang-undang teknologi di Arab Saudi.

"Undang-undang ini memaktubkan hukuman berat kepada sesiapa yang menggunakan telefon bimbit berkamera atau alat lain untuk mengambil gambar seseorang dan memfitnah mereka", kata Qaroob.

Bagaimapun, tindakan wanita tersebut menyebar video itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Momina Makin menulis "Lelaki itu melanggar hukum Islam. Pertama dia telah melakukan zina. Kedua, dia melakukan serangan seksual. Lelaki ini patut dibogel dan dirotan di jalanan dihadapn semua orang. Ini hukuman setimpal untuknya".

Menurut seorang blogger pula, Al Mezzen, perbuatan wanita itu menyebar video adalah salah.

"Dia tidak tahu cara untuk mengawal situasi itu
"Apa yang telah dia lakukan adalah menyebarkan aib dan masalah peribadinya untuk dilihat oleh semua orang", kata blogger itu sambil menambah jika pasangan itu mempunyai anak, hukuman yang lebih berat akan diterima kerana kesannya bakal menjadi lebih teruk.

Sejak ia mencetus kontroversi, video terbabit telah dibuang dari laman Youtube tetapi laman web mirror.co.uk ada menyimpan video tersebut.

Suami belum jelas berzina, tapi isteri jelas menyebar api itnah. (IH)

Thursday, October 08, 2015

Dia Ini Berpakaian Tentera Ditangkap, Pakai Kasut & Biadap Dalam Masjid.


Seorang 'tentera' telah berjaya ditangkap oleh jemaah sebuah masjid selepas lelaki berkenaan telah melakukan satu tindakan kurang ajar dengan merakam aksinya 'bersolat' dengan memakai kasut di dalam masjid, sedangkan dia bukan seorang beragama Islam.

Memetik laporan Suara.Tv, ketika ditangkap, lelaki memakai seragam lengkap tentera berpangkat leftenan muda Angkatan Tentera Malaysia (celoreng digital) singgah di Masjid Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor.

Menurut sumber, suspek yang ditangkap orang awam disoal siasat oleh pegawai bertugas sebelum dibawa ke Balai Polis Ulu Tiram, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan kepada lelaki itu juga iPad Mini dan iPhone 6 serta didapati terdapat banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital, celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid Pulada.


“Polis turut merampas kereta jenis Toyota Camry, geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, kad pengenalan, beret Kor Kor Perkhidmatan Awam, tag nama, iPad mini, telefon bimbit berjenama iPhone 6,” katanya.


Tindakan lelaki itu yang menyamar sebagai anggota tentera telah menerima kritikan netizens selepas gambar ini menjadi viral di laman sosial kerana tindakan beliau memakai kasut di ruang solat selain mempermainkan cara ibadah orang Islam dengan melakonkan aksi bersolat untuk diambil gambar.

Siasatan lanjut mendapati suspek berusia 42 tahun dan merupakan seorang jurutera di Johor. (IH/S)

DAP Tetap Pertahan P/Harapan, Tanpa PAS PH Tetap Menang PRU14


PAS yang membuat keputusan tidak menyertai gabungan baharu pembangkang terus diserang DAP malam tadi pada majlis makan malam mengutip dana bagi parti serpihan mereka, Parti Amanah Negara (Amanah).

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, PAS sebenarnya sudah mula tidak mempamerkan prestasi yang baik di kubu kuat mereka Kelantan sejak kematian bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru katanya, gabungan baharu pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan akan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang tanpa PAS sekalipun.

"Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang? Biar saya beritahu anda, kita boleh. Ia tidak mudah ataupun percuma tetapi kita boleh.

"PAS semakin hilang kawalan di Kelantan. Kekurangan kerajaan negeri Kelantan tidak begitu jelas semasa Nik Aziz ada tetapi sekarang orang Kelantan tidak perlu lagi menaruh kepercayaan mereka terhadap kerajaan negeri," katanya di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurutnya, perkara itu jelas kelihatan sewaktu bencana banjir besar di Kelantan hujung tahun lalu yang menyaksikan seolah-olah kerajaan negeri "langsung tidak ada".

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata partinya tidak akan memutuskan hubungan dengan PAS walau apa cara sekali pun.

"Kita tak boleh bakar jambatan dengan mereka, kita tetap perlu bercakap dengan mereka. Jika tidak, kita akan bertanding dalam suasana pilihan raya yang sama-sama merugikan semua pihak.
"Ia mungkin OK buat DAP dan PAS (tidak bertegur sapa) tetapi kami perlu memandu ruangan ini dan menjadi jambatan di antara mereka," katanya sewaktu berada sepentas dengan Pua sewaktu sesi soal jawab selepas makan malam. 

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua pula PKR tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas. Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu. (IH)

10 Wakil Rakyat Pas K'tan Akan Lompat Ke Parti Amanah?

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

KOTA BHARU - Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit 'panas' apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Harapan Baharu Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baharu, pada 11 September.

Bagaimanapun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga anggota Parlimen dan tujuh Adun dari negeri ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat Pas Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada PRU13.


Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai'ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat Pas adalah sah, kata Kamarul Zaman.

"Sebaliknya, wakil rakyat Pas Kelantan yang keluar daripada Pas inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.
"Jika wakil rakyat Pas Kelantan tetap keluar daripada Pas di sebalik bai'ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan PKR baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata kedua-dua ahli Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.

"Saya melihat bahawa faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat Pas Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada Pas.
"Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket BN tetapi tidak pernah menang sehinggalah beliau bertanding di atas tiket Pas, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili," katanya.

Pas menguasai majoriti 32 kerusi Dun di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi. Kamarul Zaman berkata jika benar tujuh Adun Pas melompat parti dan menyertai Amanah, Pas Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa.  

"Jika pun 10 wakil rakyat Pas Kelantan, terutama tujuh Adunnya ini benar-benar keluar daripada Pas menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan Pas Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dun yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.
"Pada masa yang sama, kemungkinan untuk tujuh Adun Pas Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan juga adalah terlalu kecil," katanya. - Bernama

Amaran Tian Chua: PKR Kalah Teruk, Jika Tiada Kerjasama PAS..

Tian-Chua-,pas-pkr
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tidak dapat bekerjasama dengan Pas.
Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua seperti dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily pada 5 Oktober lalu.

Terjemahan kenyataan Tian Chua ke dalam bahasa Melayu ditelah diviral dan dikongsi di laman sosial oleh pemimpin politik termasuk Pas. Tian Chua dilaporkan berkata, PKR tidak perlu meletak calon pada PRU14 jika parti itu gagal mengadakan kerjasama dengan Pas kerana pertukaran kerajaan memerintah bergantung kepada pengundi Melayu.

Katanya, PKR bergantung kepada undi kaum itu kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi parti berkenaan majoritinya merupakan pengundi Melayu.
Dia berkata, PKR bakal mengalami kekalahan teruk jika tidak mendapat sokongan Pas atau berlaku pentandingan tiga penjuru.

“Oleh sebab PRU akan datang yang menentukan samada ada pembangkang boleh menjadi kerajaan, undi Melayu adalah faktor utama, terutamanya pada masa ini kedudukan kerusi PKR kebanyakannya di kawasan yang ada banyak pengundi Melayu.
“Tanpa sokongan Pas atau berlaku tiga penjuru, PKR akan berdepan dengan musibah yang teruk,” katanya.

Tian Chua antara 25 pemimpin PKR yang menandatangani petisyen kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail supaya mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi membincangkan semula penubuhan Pakatan Harapan.

FMT difahamkan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong Pakatan Harapan dan satu kumpulan lagi mahukan kerjasama dengan Pas diteruskan. (FMT)

Selesai Juga Masalah Pil Kuda Yang Dituduh Kepada Presiden PAS..

Presiden PAS bebas saman fitnah RM2 juta, permohonan bekas calon PKR ditolak 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bebas daripada saman fitnah RM2 juta yang difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin.
Ini berikutan keputusan panel 3 hakim Mahkamah Persekutuan dhari ini yang menolak permohonan Shamsul bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan, dalam usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.          
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 Disember tahun lepas menolak saman fitnah Shamsul terhadap Hadi dan Mahkamah Rayuan pada Mei lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu turut memerintahkan Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang berkenaan.
Dua lagi ahli panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abu Samah Nordin.
Shamsul menyaman Hadi selepas mendakwa Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April, 2013.
Dalam pernyataan tuntutannya,Shamsul mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu, menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.
Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Shamsul itu memutuskan plaintif (Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan Hadi sebenarnya merujuk kepada beliau.
Shamsul bertanding mewakili PKR bagi DUN Bukit Besi, Terengganu pada PRU13.
Shamsul diwakili peguam A Vasudevan dan V Saravanan manakala peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Hadi. – Bernama, 7 Oktober, 2015.
Selesai kes di atas termasuk didalamnya masalah pil kuda fitnah yang dituduh kepada presiden PAS. Maka jelas, siapa fitnah siapa?

PAS Lumpuh,UMNO Berpeluang Baik Di Johor , Amanah? -ILHAM Centre

Operasi PAS lumpuh di Johor - ILHAM Centre
PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada. -Gambar fail

KL: Penubuhan Parti Amanah, terutamanya di Johor, menyebabkan pergerakan parti PAS lumpuh. Kajian Ilham Centre mendapati pemimpin pengganti PAS di Johor tiada pengalaman untuk menerajui parti berkenaan.

"Kedudukan PAS goyah biarpun mereka mendakwa tidak terkesan (dengan penubuhan Amanah) kerana semua perjawatan diganti dengan individu lain.
"Menyedari hakikat itu, individu yang jadi pengganti tiada pengalaman, tidak pernah berorganisasi malah tidak pernah menggerakkan PAS di peringkat negeri mahupun cawangan," kata Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.

Tambah beliau, PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada.

Hasil daripada kelemahan yang ada pada pembangkang ketika ini, UMNO dianggap mempunyai peluang baik untuk mengukukuhkan kedudukan di selatan Semenanjung.

"Biarpun wujud parti baharu dengan jenama baharu dan pola pengundian orang Melayu yang sukar berubah, keadaan ini memberi kelebihan pada UMNO walaupun UMNO sendiri kini dibebani pelbagai isu," katanya.

Malah, pemikir strategi UMNO dinasihat agar terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Kalau UMNO gagal yakini pengundi, mungkin berlaku undi protes yang menjadi bonus buat pembangkang.

"Dari situ, kejayaan parti pembangkang bukanlah hasil kekuatan mereka, tetapi akibat kegagalan UMNO untuk mengurus krisis dan juga apa yang berlaku pada parti pemerintah sekarang," tambahnya. (IH)

Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Norhaliza. Mengapa Agaknya?

HALAMAN HIBURAN
Seorang duda anak dua didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menunjukkan kemaluannya di hadapan rumah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, Ahad lalu.
 

Amiruddin Sulaiman, 49, didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat untuk menghina kesopanan di hadapan rumah penyanyi nombor satu negara itu di Jalan Wangsa 1/3, Bukit Antarabangsa, dekat sini kira-kira pukul 5 petang, 4 Oktober lalu.
Pertuduhan terhadap penganggur itu dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya. -Utusan
Mengapa agaknya?

Kisah 'GRO Belaian RM5,000', Lambang M'sia Bukan N/Islam.

belaian GRO
Petaling Jaya – Sanggup membazir wang membeli selendang bunga berharga sehingga RM5,000 setiap satu untuk dihadiahkan kepada pelayan pelanggan (GRO) sebelum dibawa ke hotel untuk melakukan maksiat.

Itu antara kegilaan sekumpulan ahli perniagaan yang rambang mata apabila ditawarkan 53 wanita GRO oleh sebuah pusat hiburan terletak di Dataran Mentari, Sungai Wey di sini.

Difahamkan selendang berharga antara RM100 hingga RM5,000 itu dilelong pemilik premis kepada pelanggan yang sanggup membida untuk mendapatkan pelacur warga asing itu.

Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar sepasukan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) polis Bukit Aman bersama Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya diketuai Asisten Superintendan Mohd Shokri Abdullah, kira-kira 11.30 malam kelmarin.

Seramai 53 wanita dan seorang pondan warga Thailand yang bekerja sebagai GRO di premis itu tidak sempat melarikan diri dan berjaya ditahan polis untuk siasatan selanjutnya.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya melakukan risikan dan pemantauan selama dua minggu sebelum menyerbu premis berkenaan.

Menurutnya, pusat hiburan elit itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) serta turut menyediakan pengawal keselamatan untuk mengesan kehadiran pihak penguatkuasa.

“Modus operandi premis terbabit adalah dengan cara GRO itu mendekati pelanggan dengan mengenakan bayaran serendah RM50 sejam.
“Mereka kemudian turut dipercayai menawarkan perkhidmatan seks di luar premis dengan bayaran antara RM150 hingga RM300,” katanya.

Dia berkata, pemilik premis turut mengadakan majlis khas menjual selendang yang membolehkan pelanggan memilih wanita GRO dimahukan.

“Semua GRO itu dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Seramai 60 pelanggan turut ditahan polis untuk pemeriksaan selain 12 lelaki membabitkan warga tempatan, Bangladesh, Filipina dipercayai penjaga dan pekerja premis berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas buku catatan GRO, peralatan karaoke, selendang bunga, set televisyen serta wang tunai berjumlah RM3,400.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen,” katanya. (Stv)

Kisah 'GRO Belaian RM5,000' di atas adalah lambang kegagalan untuk menjadikan Malaysia sebuah 'negara Islam', dan hanya layak disebut negara 'umat Islam' kerana majoriti penduduknya beragama Islam. (IH)

Wednesday, October 07, 2015

Masjid Negara... Maka Terbelahlah Paha Dia.... - Zainnudin Atai

Seorang pengguna Facebook, Zainnudin Atai memuat naik dua video mengkritik kod pemakaian yang dikenakan oleh Masjid Negara kepada pelancong-pelancong yang datang menziarah masjid terbabit.

Melalui pemerhatian dari video, difahamkan para pelancong yang ingin melawat masjid negara diwajibkan memakai satu pakaian seperti jubah yang bewarna purple. Masalah yang timbul adalah jubah itu terbelah.

Di dalam video tersebut, Zainnudin Atai merakam video di sekitar masjid yang memaparkan keadaan masjid ketika menerima lawatan pelancong.

"Dia bukan sarong dari atas, pakaian dia sarung macam baju saja
"Jadi bila dia jalan, maka terbelahlah paha dia. Yang nampak sikit-sikit tu yang tak jadi tu
"Kita memang menggalakkan pelancong-pelancong asing ini untuk datang menziarah masjid kita. Tetapi dengan cara yang bagi saya.. yelah pakaian yang kita sediakan kepada mereka", kata Zainnudin di dalam video tersebut.
"Kita kena fikir benda ni. Menteri jangan tutup mata benda ni. Sebab musibah datang tak kenal siapa pun", tambah beliau.

Tambah Zainnudin dia juga sudah berbincang dengan pegawai-pegawai di Masjid Negara namun respon yang diperoleh amat mengejutkan.

"Tapi kata mereka, hey u suka u ikut, u tak suka sudah", kata Zainnudin. 

Selain dari pihak masjid dan menteri, Zainnudin juga menuntut agar pihak DBKL mengambil langkah yang sepatutnya supaya perkara ini dapat diperbaiki. - Siakapkeli.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails