Sunday, October 04, 2015

Pengalaman Pemetik Buah & Pendatang, Di Pusat Tahanan 'Univ.Pemulihan' Australia..

Buah orange di Australia.
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM   

KELMARIN sehari sebelum Raya Haji, kawanku mengajak aku menemui kawannya baru pulang dari Australia. Menariknya dia tertangkap di Australia, dan ditahan di 'universiti pemulihan' di sana, selama sebulan. 

Saya sebut pusat tahanan itu sebagai 'Universiti Pemulihan', adalah kerana kebijaksanaan Australia dalam menangani pendatang tanpa izin di sana. Dia atau kawan tadi diberi pilihan oleh pegawai pusat tahanan itu, untuk ditahan terus, atau pulang ke kampung jumpa anak isteri. 

Dia pilih pulang, menyambut Aidil Adha dikampung. Kawannya yang sama-sama ditahan tetapi masih bujang belum kahwin, pilih untuk terus tinggal dan berkerja di sana tidak pulang ke Malaysia. 

Begitu juga tiga orang wanita Malaysia pekerja ladang yang di tahan bersama-samanya di Australia, dua darinya dilepaskan pulang. Seorang lagi tidak dibebaskan kerana didapati berpenyakit yang perlu diubati sebelum dibebaskan. Begitu cara urus pusat tahanan pendatang tanpa izin di sana.


Mesin dan Buah (R2E2) di Darwin.

Kini dia yang kami temui itu berada di KL, hendak membeli barang permainan untuk anaknya, yang dia janjikan sewaktu akan berangkat meninggalkan mereka dulu, kira-kira setahun lalu. Dia sebelumnya pernah belajar di Australia dan pernah berkerja di Labuan, Malaysia. 

Tetapi demi membuat perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, dia membuat kesimpulan pergi ke Australia semula, dan berkerja sebagai pemetik buah atau perladangan di sana. Malangnya dia tertipu dengan ejen pembawa pekerja-pekerja ladang di Australia. 

"Aku tidak mengatakan tertipu 100%, kerana aku kenal syarikat itu. Mula-mula mereka bawa sikit-sikit pekerja, mereka berjaya memberi keselesaan kepada pekerja. Tetapi apabila bila sudah ramai, rupanya mereka dah tidak dapat menampung pekerja yang ramai serentak." Katanya.

"Takkanlah kerja-kerja kosong di Australia tak cukup?" Aku tanya.

"Memang kerja banyak, tetapi bila ramai memberi respon secara mengejut, mereka tidak dapat melayani sepenuhnya, sehingga ramai yang tiada kerja. Jelasnya, mereka tidak profesional dalam pengurusan.." Jelasnya.

"Usaha telah dibuat bagi mengatasinya dengan menyerahkan kepada suatu syarikat lain, bahkan syarikat-syaikat itu pula tidak mampu menampung dan mengurus sepenuhnya. Maka ramailah pekerja-pekerja yang terlantar, terkandas dan terpaksa menyerah diri kepada pihak pemerintah Austtralia.

"Mujurlah, kerajaan Australia bijak dalam menangani maslah pendatang tanpa izin ini.. Contohnya. Dalam tahanan tersebut aku berkenalan dengan seorang pendatang tanpa izin dari Myanmar." Dia terus bercerita.
Pendatang Myanmar di Indonesia.

Pendatang tanpa izin Myanmar itu bercerita pengalamannya pula kepada kawanku itu...

"Kerana tekanan politik aku berhijrah dari Myanmar ke Thailand dan Malaysia. Aku kerja secara haram di Lembah Klang beberapa tahun hingga fasih berbahasa Malaysia. Ada wang sikit aku dan kawan-kawan dari Myanmar menyeludup masuk secara gelap ke Indonesia, dengan tujuan untuk cuba nasib hidup di negara Australia jiran Indonesia yang dikatakan rakyatnya mewah itu..

"Suatu pengalaman yang sangat menyayat hati, bila kami diselamatkan dari tangkapan polis Indonesia yang bengis oleh penduduk kampong di sebuah pulau berhampiran Surabaya. Kami dipecah-pecah tiap satu rumah seorang disorokkan di dapur rumah mereka. Masya Allah! Mereka seolah-olah menyelamatkan nyawa kami yang sedng kelaparan, atas nama saudara se agama. Ya Allah, terima kasih ya Allah!" Ceritanya sambil menangis tersedu-sedu.

"Mereka seperti sanggup menggadaikan nyawa mereka untuk mempertahan nyawa kami, dalam berdepan dengan polis bangsa mereka sendiri. Aku masih ingat ketua kampongnya bernama Abdus Salam, yang mengarahkan anak buahnya memberi makanan dan menyelamatkan kami yang sedang kelaparan.

"Akhirnya, kami yang kira-kira kira-kira berjumlah 200 orang berjaya menumpang sebuah bot menuju ke Australia. Tetapi di tengah perjalanan antara Pulau Jawa ke Crismas Island, Australia, tiba-tiba tekong bot itu mengarahkan kami mencampakkan semua barang kami supaya  nampak terapung-rapung ke laut, apabila melihat pesawat terbang Australia melintasi kami.

"Maka kerana itu, akhirnya kami diselamatkan oleh kerajaan Australia, sehinga sekarang Tuhan temukan kita di pusat tahanan ini. Alhamdulillah. Sekarang sudah hampir setahun dalam pusat pemulihan ini, hanya tinggal 20 orang saja lagi pendatang Myanmar yang masih belum bebas lagi termasuk saya.

"Yang lain semuanya bebas, setelah dilatih dengan pelbagai kegiatan di sini dan diberi kerja sekurang-kurang sebagai 'jaga' yang gajinya mungkin lebih baik sikit dari pekerja ladang. Dan ada pula yang dibayar menurut skil dan kursus pemulihan yang mereka pilih. Ada yang memilih juru teknik dan sebagainya. Dan ramai juga yang menjadi pengasuh pusat pemulihan di sini.

"Bahkan ramai pengasuh-pengasuh di sini terdiri dari bekas tahanan dari berbagai negara termasuk dari Bangla, Myanmar, bahkan Malaysia, Thai dan lain-lain." Jelas kawan kita dari Myanmar itu.

"Habis, mengapa kamu masih belum dibebaskan?" Kawan kita yang dalam tahanan itu bertanya si Myanmar.

"Kerana aku sedang belajar lagi, aku mohon belajar di Universiti Online, yang direstui dan diiktiraf pusat ini. Aku mahu, bila keluar nanti akan jadi pegawai tinggi di sini." Jawab si Myanmar dengan penuh yakin.

Akhirnya kawan kita yang bersamanya di tahanan itu bertanya dia, "Kita akan berpisah, apakah pesanan dan harapan kamu yang boleh aku bantu kamu, bagi memungkinkan persahabatan kita ini dapat berterusan?"

Terpinga-pinga pula si Myanmar itu memikirkan.

"Oh, ya." Katanya seolah-olah terkejut. 

"Kalau kamu tidak keberatan, bolehkah kamu tolong cari bapak ketua kampong yang menyelamatkan nyawa kami di Indonesia seperti saya sebutkan.. Yang namanya Abdus Salam.. di Surabaya. Tolong dapatkan nombor telefonnya, kerana aku ingin menyambungkan silatur rahim kembali dengannya.. kerana nombor telefonnya sudah terbuang di laut hari itu... Dan hubungan kami terputus.

"Aku ingin membalas jasa budi baiknya menyelamatkan nyawa kami, bila aku keluar dari tahanan ini.. Fajar kemenangan dari ujian kehidupan ini mulai menyinsing, insya Allah!". Katanya dalam azam cukup kuat, dengan mata yang mulai digenangi air, dan tangannya memegang erat tangan kawan kita itu.

"Insya Allah! Aku akan cuba semampuku." Jawab Kawan kita itu, walaupun dalam kotak fikirnya masih berserabut ke mana hendak mencari seorang ketua kampong di sebuah pulau berhampiran Surabaya bernama Abdus Salam.

Begitulah kisah pertemuan saya Ibnu Hasyim, dengan kawan yang baru pulang dari Australia.. yang ditahan di 'universiti pemulihan' di sana, selama sebulan itu. 

Kata saya akhirnya, "Aku rasa aku dapat bantu kamu. Bantu mencari Abdus Salam itu. Dari penceritaan itu, aku dapat gambarkan pulau tempat Abdus Salam itu tinggal adalah Pulau Madura, kira-kira 4 jam perjalanan mobil dari kota Surabaya melintasi sebuah jambatan yang panjang. Aku pernah sampai ke sana. Di situ ramai kawan-kawanku, aku yakin dapat mencarinya, kalau orang itu masih ada.."

"Insya Allah!" Kami sama-sama yakin dan berharap.

Ibnu Hasyim
 e-mil: ibnuhasyim@gmail.com
Tel: 014 2225865
2 Okto 2015
KL.

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

5 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam Buat Pak Hasyim :
Amat menarik catatan tuan mengenai cara Kerajaan Australia melayani pekerja haram atau dalam lain perkataan pendatang haram yang masuk ke negara tersebut secara tidak sah. Dan tentunya terdapat perbezaan dalam mengendalikan hal yang sama oleh negara lain bila dibanjiri dengan ribuan kemasukkan pendatang asing kesesebuah negara hinggakan terpaksa menanggung kos yang tinggi dalam pengurusan penahan dan penghantaran pulang ke negara asal disebabkan sengaja "merempuh" masuk dengan tujuan mencari pekerjaan tampa permit.
Mungkin tuan juga tahu bahawa kadang-kadang orang yang sama ditahan semula setelah dihantar pulang dan ini tetap berulang kerana sesetengahnya ada yang berkata " tinggal dalam lokap" tahanan lebih selesa dari diluar kerana dapat makan minum dengan percuma.
Mungkin juga kerajaan Australia agak kaya dan belum menerima fenomena kemasukkan ribuan pendatang asing dengan cara sedemikian. Cuma masa yang boleh menentukan. Apa pun atas sikap kemanusian adalah wajar untuk memberi perlindungan asalkan tidak bertentangan dengan dasar kerajaan sesebuah negera.Walhaualam

pkrcabangtambun said...

Kisah yg menarik. Terima kasih dan teruskan menulis. Sy minat kisah dan cara penceritaan Ibnuhashim.

Ibnu Hasyim said...

Tq. pengomen.

pepi rahayu said...

Assalamu'alaikum..pk ibnu..kalau dari indonesia..bagaimana cara ny..kerja ke oz

Alia Munirah said...

Assalam pak ibnu hasyim. Masihkab ad peluang untuk bekerja d australia pada mase kini. Saya teringin sgt nak g sana. Nak ubah hidup saya kt sni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails