Thursday, October 08, 2015

PAS Lumpuh,UMNO Berpeluang Baik Di Johor , Amanah? -ILHAM Centre

Operasi PAS lumpuh di Johor - ILHAM Centre
PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada. -Gambar fail

KL: Penubuhan Parti Amanah, terutamanya di Johor, menyebabkan pergerakan parti PAS lumpuh. Kajian Ilham Centre mendapati pemimpin pengganti PAS di Johor tiada pengalaman untuk menerajui parti berkenaan.

"Kedudukan PAS goyah biarpun mereka mendakwa tidak terkesan (dengan penubuhan Amanah) kerana semua perjawatan diganti dengan individu lain.
"Menyedari hakikat itu, individu yang jadi pengganti tiada pengalaman, tidak pernah berorganisasi malah tidak pernah menggerakkan PAS di peringkat negeri mahupun cawangan," kata Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.

Tambah beliau, PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada.

Hasil daripada kelemahan yang ada pada pembangkang ketika ini, UMNO dianggap mempunyai peluang baik untuk mengukukuhkan kedudukan di selatan Semenanjung.

"Biarpun wujud parti baharu dengan jenama baharu dan pola pengundian orang Melayu yang sukar berubah, keadaan ini memberi kelebihan pada UMNO walaupun UMNO sendiri kini dibebani pelbagai isu," katanya.

Malah, pemikir strategi UMNO dinasihat agar terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Kalau UMNO gagal yakini pengundi, mungkin berlaku undi protes yang menjadi bonus buat pembangkang.

"Dari situ, kejayaan parti pembangkang bukanlah hasil kekuatan mereka, tetapi akibat kegagalan UMNO untuk mengurus krisis dan juga apa yang berlaku pada parti pemerintah sekarang," tambahnya. (IH)

2 comments:

paparock said...

Benarkah PAS lumpuh di Johor? Benarkah tiada pengganti yang berwibawa yang boleh memimpin PAS di Johor? Ini adalah kajian sampah. Pemimpin datang dan pergi. Ia boleh dilatih. Sama seperti urusan yang lain. Cuma sudah menjadi satu sifat dalam urusan kepimpinan PAS, mereka tidak suka menonjolkan diri selagi ada orang lain yang sanggup memimpin. Ini kerana mereka sedar menjadi pemimpin sesebuah jamaah Islam tidak akan berakhir di dunia sahaja. Mereka lebih takutkan nilaian prestasi di akhirat. Namun apabila pemimpin yang ada itu berundur, dengan sendiri mereka akan memikul tanggungjawab itu. Sebab itu apabila kita menganalisis pola kepimpinan sesebuah organisasi Islam, jangan gunakan cara yang sama seperti kita lakukan terhadap parti sekular. Kerana hasilnya tidak sama. Walau bagaimanapun kehadiran PAN sebenarnya lebih berharga kepada UMNObn berbanding dengan PERKASA atau ngo yang lain. PAN bakal mengukuhkan UMNObn bahkan mampu memberikan kerusi tambahan kepada UMNObn. Pedulikan isu yang berlegar sekitar Najib atau Malaysia. Itu semua tidak menjejaskan undi
melayu UMNObn terutama di kampung atau Felda...apatah lagi di Johor. Bahkan dengan sifat kurang matang DAP yang secara terang menentang Islam, mereka melihat KEBENARAN yang selama ini dibawa oleh UMNObn tentang sifat DAP...sementelahan lagi pengundi cina tetap akan mengundi calon cina tanpa melihat logo parti yang diwakili. Masyarakat cina akan mengundi cina yang boleh membawa suara mereka di parlimen. Andai Salahuddin Ayub (PAN) vs Cina yang tidak dikenali pun nescaya Salahuddin akan tetap tewas. Johor akan kembali menjadi kubu
UMNObn

Anonymous said...

Salam semua,

Kalau kajian tu sampah, kajian mana yang tak sampah??? Kajian PAS mampu bersendirian macam kata Timbalan Menteri Besar PAS Ustaz Amar??? Itu bukan kajian, itu bodoh nak mampus!!!

Mana boleh tak ada langsung pemimpin PAS yang tak nak menonjolkan diri??? Pemimpin PAS tu malaikat ke??? Kalau takut akhirat sangat tak adalah menuduh orang munafiq haraki, rosak akidah, pengkhianat dan berbagai-bagai label lain memburukkan orang!!! Islam apa macam tu??? Rasulullah S.A.W ada ke melabel-label??? Nak ikut Rasulullah ke ikut PAS???

Bukan PAN atau Perkasa yang berharga tetapi sikap bodoh PAS yang berharga kepada UMNO!!! Sebut hudud je lupa Islam,lupa 1MDB, lupa penyelewengan, lupa pecah amanah UMNO, lupa rakyat!!! Apa, hudud je ke hukum Islam, tak menyeleweng, tak pecah amanah bantu rakyat bukan ajaran Islam ke???

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails