Monday, October 05, 2015

P'raya S'wak Bersejarah, PAS Senaraikan Calon Bukan Islam..

PAS akan menyenaraikan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri ke-11 yang dijangka diadakan awal tahun depan dalam usaha menembusi landskap politik Sarawak, kata Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata penampilan calon bukan Islam dalam pilihan raya negeri itu merupakan kali pertama dalam sejarah sejak parti itu mula bertapak di Sarawak, 19 tahun lepas.
"Kami telah mengenal pasti calon-calon tetapi nama akan hanya dimaklumkan pada masa yang sesuai," katanya pada sidang media di Miri semalam.
Beliau berkata sebab utama ia memutuskan untuk menampilkan calon bukan Islam adalah untuk membetulkan persepsi bahawa parti itu hanya untuk masyarakat Islam di negeri ini.
"Kami mempunyai sokongan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan kami yakin mendapat sokongan mereka di negeri ini," katanya.
Beliau berkata penampilan calon bukan Islam bukan sesuatu yang baharu untuk parti itu di Semenanjung kerana terdapat calon bukan Islam mewakili parti itu sejak 2008.
Sebagai rekod, PAS mencipta sejarah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 apabila mengetengahkan calon daripada kaum India, Kumutha Raman, seorang graduan undang-undang, untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Tiram di Johor.
Mengenai Konvensyen PAS Sarawak semalam, Tuan Ibrahim berkata agenda utamanya adalah untuk melakukan persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri.
Kami menjangka pilihan raya negeri diadakan sama ada pada Februari atau Mac tahun depan dan kami telah mengarahkan jentera pilihan raya PAS negeri membuat persediaan mulai hari ini (semalam)," katanya.
Pada pilihan raya negeri ke-10 pada 2011, PAS gagal memenangi kesemua lima kerusi yang ditandingi.
Setakat ini, PAS telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawai manakala masih berunding dengan PKR untuk kerusi Senadin dan Lambir di Miri dan Jepak dan Samalaju di Bintulu.
-Bernama

5 comments:

Anonymous said...

Pas ni dah habih calon islam ke? Awat dok letak calon kapir? Hj hadi tak marah ke? Parti islam mesti ada peribadi islam. Minta pas bertanding semua kerusi di sarawak. Ada berani ke bro titm? Tk payah runding dgn pkr. Buang masa je bro.

Anonymous said...

Sesumpah boleh jadi apa saja asal menang.melingkup la ko PASSSSSSSS.elok letak sorang calon AMANAH kat PRK sarawak utk test market ada aura ke tak?lagi elok lawan ngan PAS.aku cadangkan Salahuddin ayub sbg calon.

Anonymous said...

Tak ada harga diri ke PAS mahu berunding dengan PKR yang telah dipil kudakan dalam PRU13 dulu dan PKR pula tak sedar ke yang kamu telah dipermainkan oleh hadi awang ulamak tolol.

nizar said...

PAScai letak calon kafir pun tak asalkan wala' dengan ularmak. Yg penting semua calon PAScai akan sumpah baiah taklik/jatuh talak kawen 1,2,3&4 ..Tunggu camana sumpah baiah calon kafir ..ya hana na ya baiah ala kasam alpadang pasiiru tompok2 tahii untaaa

Anonymous said...

PAS CHA (dalam loghat kelantan...PAS AIR LONGKANG) dah dibuai mimpi... sedarlah diri wahai TUANG2 presedeng dan Timbalang...... dulu 2008 dalam PR letak calon bukan islam pun sama-sama sokong.... beres kerana cina dan india ahli/penyokong DAP akan menyokong kamu.....
BANGKIT LAH DARI MIMPI,,,,,,
KAN KAMI SIMBAH DENGAN AIR CHA KANG.....KANG...KANG... baru sedor diri....

atau.....

lagi bagus BERGABUNG DGN UMNO DAN BARISANG..... BIAR MCA DAN MIC bagi laluang kepada PAS letak calong PAS di kawasan bukang melayu.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails