Sunday, October 04, 2015

Bukti PAS Masih Berkuasa, PKR Bertelagah Gara-Gara P/Harapan.



INI bukti, bahawa PAS masih berkuasa dan diperlukan dalam politik pembangkang di Malaysia. Apa tidaknya, hanya 2 minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, parti yang dipimpinnya berpecah belah berhubung isu ini.

Berlaku satu pihak mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan "mengejut" pakatan baharu itu. 

Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat. 


Lapor The Malaysian Insider.

"Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015," menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September). 

"Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut. 

"Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya," tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu. 

Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi "perbincangan awal". 

Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.

Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.


Apa yang penting, dikatakan satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang. 
Sementara itu, PAS memberikan amaran kepada PKR, tidak mustahil bakal menerima nasib yang sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyebabkan penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah). 

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti Islam itu ketika ini dapat melihat gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat. 

"Kepada PKR yang masih menjadi rakan kerjasama PAS, kami harap tidak berlaku perpecahan kerana bibit-bibit tersebut sudah kelihatan. 
"Adanya pihak yang ingin menjadi juara bagi mengawal parti pembangkang yang lain serta usaha Barisan Nasional (BN), khasnya Umno melihat semua komponen parti pembangkang menjadi lemah," katanya dalam satu kenyataan. 

Tuan Ibrahim berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan menunjukkan kepada rakyat sikap terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca Pakatan Rakyat terkubur. 

"PAS mendoakan agar PKR tidak mengalami nasib yang sedang dialami PAS. "Perpecahan dalaman parti akibat campur tangan pihak luar yang mempunyai kepentingan tertentu, akan melemahkan kekuatan suara pembangkang," katanya. 

Katanya, PAS sememangnya sudah melalui konflik dalaman parti yang menyaksikan muncul pelbagai parti kecil yang melambatkan proses perubahan dan kesedaran politik di kalangan rakyat. Tuan Ibrahim turut menyalahkan pihak luar yang didakwa menjadi punca kepada pergolakan dalaman PAS dengan bertindak mengapi-apikan rasa tidak puas hati, melaga-lagakan pimpinan dan perbezaan pendapat di kalangan pimpinan. 

"Kemelut dalaman yang berlaku ini tidak dinafikan sangat mengecewakan rakyat. Kerana setiap kali berlaku krisis, biasanya ia akan berakhir dengan pembentukan parti baru," katanya merujuk kepada Amanah. 

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yakin Amanah tidak akan berjaya mendapatkan sokonngan rakyat. (IH)

23 comments:

Anonymous said...

Orang-orang yang cerdik melihat dengan jelas DAPig mwenggunakan strategi pecah dan perintah (divide and rule) umtuk memecah-belahkan orang-orang Islam dan memusnahkan parti Islam PAS untuk menghalang perlaksanaan Hudud dan melemahkan parti-parti sekular lain seperti parti kuali supaya mereka menurut perintah pemimpin DAPig!

Hanya parti-parti mangkuk hayun (bodoh melampau-lampau) yang sanggup menjadi lembu dicucuk hidung!

Anonymous said...

kamu pikullah amanat hadi beramai-ramai hingga ke padang mahsyar kelak.

Dah kamu sendiri yang sanggup.

Buat duit dengan hudud?
kini rahsia untuk menjana duit dengan mudah ini telah terbongkar...

kereta idaman seperti hellfire, RangeRover, Mini cooper sedang menanti
untuk dipandu pulang oleh anda.

kepada yang berminat silalah hubungi walaun pasUG.

Anonymous said...

si pengfitnah kat atas ni tahu xakibat fitnah dipadang mahsyar nti? dok tuduh haji hadi dgn kereta2 mewah tersebut..ade bukti ke wahai cai amanah? jgn jadi pengfitnah mcm umno...org gila kuasa mcm korang lah sampai tubuh amanah tu...jadilah kamu diantara orang2 yg kecewa...

Anonymous said...

Anon 11:16 adalah badut DAPig yang cuba menfitnah parti Islam kerana parti Islam berusaha menegakkan hukum Allah di negara ini ! Syaitan dan iblis sangat gembira menerima Anon 11:16 sebagai saudara mereka.

Anonymous said...


Kita merasa kesian melihat macai-macai bodoh terlampau seperti Anon 11:16 AM yang berusaha menfitnah ulama-ulama negara kita. Kesian macai-macai bodoh terlampau menerima upah tulang sedangkan bos mereka makan daging ! Sekuat mana anjing bodoh menyalak, bukit tidak akan runtuh !

Anonymous said...

PAS PEMBAWA BALA

SESIAPA YG MENGAMBIL KIRA PAS MAKA AKN DIJANGKITI BALA PERPECAHAN

PENYAKIT BERJANGKIT PAS INI MESTI DIBENDUNG

KLU NAZRI UMNU PUN KT PAS AKN BAWA MASALAH PD UMNU...MAKA PH PUN KENA AMBIL PERHATIAN

PAS ADALAH PENCURI BALAK DN PEMBAWA BALA DAN PENYAKIT PERPECAHAN

PERJUANGAN ISLAM APA MCM NI

MELAYU YG TAKUTKN DAP ADALH MELAYU LEMAH SYAHWAT YG TIADA JATI DIRI

BERABAD MELAYU PERINTAH MASIH JG TAKUT PD DAP..... SGT MEMALUKN

Anonymous said...

Wahai anon 10.39 mengapa kita asik salahkan DAP kita berpecah belah .Yang melihat tu bukan orang cerdik tetapi orang yang bodoh seperti kau.Kalau kita cerdik dan benar mengikut islam yang benar parti Islam takaan berselerak seperti sekarang ,apa juga usaha DAP dan apa juga rancangan DAP kalu kita bijak mengawal bahasa,kenal kawan ,tahu siapa islis dalam parti kenal siapa musuh sebenar Pas tak akan jadi seperti ini.slelau sangat menyalahkan pihak lain padahal kita yang taburkan tahi pada kawan2 sendiri dan bila kawan lari meninggal kita .kita tuduh mereka pengkhianat tetapi kita lupa bahawa kiatlah pengkhianat sebenar yangmenyebabkan Pas akan ahncur.jangan salahkan DAP .muhasabah diri dan cari puncyanya .jangan jadi taksub bodoh sombong tak dapat di ajar.

Anonymous said...

Anon 11.33.kalau oarng kata kau bodoh kau marah Anon 11.16. bukan kata Hadi pakai kereta helllfire tetapi kau tak tahu ke siapa ahli parlimen pas yang gunakan? lain kali biar tahu dan cerdik kalau nak tulis pun biar faham apa orang tulis ,jenis macam kau nilah yang hadi maikn sombong.

Anonymous said...

Anon 12.04 Pas kat Selangor ni makan dalam satu mangkuk bersama DAP kau tak kata apa2 pula .apa hukumnya masih bersama DAPIG .tak sedar ke macam juga makan babi ,.cakap besar.suruh keluar dari tadbir Selangor jangan bersama DAP tapi takut hilang harta.dasar pas sudah terlingkup beb

Anonymous said...

Pas bukan berkuasa tetapi sekarang Pas adalah parti pemusnah pakatan ,kini cuba untuk musnahkan pakatan harapan dan cuba lemahkan PKR.dari parti islam yang baik kini jadi parti ikut nafsu setan

Anonymous said...

PAS lah penyebab semua perpecahan. No more vote for PAS

Anonymous said...

erkkk... tanda2 baiah telah terkesan pada parti PAN.. mcm sampah dah aku tgk.. hanya si kapir je yg redha dgn parti ni.. keh keh keh

Anonymous said...


Kita ketawa apabila kita membaca komen-komen macai tahap tadika membela parti kafir DAPig kerana DAPig menentang hukum Allah dan mereka menghina dan menfitnah ulama-ulama dan parti Islam kerana parti Islam mahu melaksanakan hukum Allah. Macai-macai yang buta, pekak dan tolol sahaja suka menjilat kasut dan kaki pemimpin DAPig ibarat anjing yang suka menjilat kaki tuannya.

Semua orang tahu parti DAPig yang bertanggung-jawab menghasut badut-badut dan pelawak-pelawak yang kalah dalam pemilihan untuk membentuk parti kuali untuk melemahkan parti Islam dan menghalang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Kita juga tahu parti kuali ini akan memecahkan undi orang Islam untuk mengalahkan parti Islam dan memberi kemenangan kepada Be End!

Orang-orang Islam yang cerdik tidak akan menyokong parti kafir sebab parti kafir tidak akan redha terhadap Islam dan orang Islam. Bacalah Al-Qur'an:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al-Baqarah 2:120)

Anonymous said...

Buat duit dengan hudud?
kini rahsia untuk menjana duit dengan mudah ini telah terbongkar...

kereta idaman seperti hellfire, RangeRover, Mini cooper sedang menanti
untuk dipandu pulang oleh anda.

kepada yang berminat silalah hubungi walaun pasUG.



ps: mereka yang kamu kafirkan, kamu tanggunglah sendiri di padang mahsyar kelak. Dah kamu sendiri yang sanggup.

fitnah apa fitnah?
hudud apa pinda-pinda?
hudud apa hudud?

Belum pernah kita dengar ulamak islam berhujah dibuli.
ulamak pas dibuli oleh dap.
keluar muka surat depan akhbar.

mana kamu nak sorok muka wahai malaun!!

islam agama yang sempurna tapi kamu gagal.
heboh sana sini pas dibuli oleh dap.

mana kamu nak sorok muka wahai malaun!!

Anonymous said...

Kepada Anon 5:33 yang jahil dan suka menfitnah dan menghina ulama,

Orang yang sengaja menentang, mengingkari atau mempertikaikan hukum Allah adalah orang yang kufur akidah(murtad)! Hukum yang sama untuk orang-orang yang sengaja menyokong parti DAPig menentang, mengingkari atau mempertikaikan hukum Allah:

"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.(Al-Maaidah 5:44)

Ibn Jarir dalam tafsirnya jld. 10, hlmn. 357, Ibn al-Munzir dan Ibn Abi Hatim dalam al-Durar al-Mansur, jld. 3, hlmn. 38 telah memetik tafsiran Ibn Abbas r.a mengenai surah al-Maidah, ayat 44 di mana Ibn Abbas r.a (68H) berkata:

"Barangsiapa yang mengingkari syariat ALLAH maka hukumnya kafir. Barangsiapa yang (masih) mengakui kebenarannya dan tidak melaksanakannya pemerintahannya, maka dia seorang yang zalim lagi fasiq."

Anonymous said...


Anon 5:33PM memiliki kebodohan yang bertingkat-tingkat ! Parti Islam dengan tegas mahu melaksanakan hukum Allah di negara ini walaupun parti DAPig menentang perlaksanaan Hukum Allah di negara ini. Ini bererti DAPig gagal membuli parti Islam !

Berbeza dengan parti Islam, parti-parti sekular lain sanggup menerima syarat DAPig iaitu menolak perlaksanaan hukum Allah supaya mereka boleh bergabung dengan parti musuh Islam tersebut. Orang kafir ketawa besar melihat orang yang mengaku beragama Islam menolak hukum Allah.

Anonymous said...

PKR memang bodoh sekarang PAS sudah ambil alih tempat UMNO ambil kesempatan untuk memecahkan pula PKR sebab pemimpin PKR masih ada cinta pada PAS atas sebab-seba tertentu padahal pemimpin telah berbelas kali menyatakan mereka tidak akan bersama PH selagimana ada DAP dan Amanah tapi dan berbagai alasa lagi dengan caci hamun dilemparkan pada PH dan terakhir PAS dan macai PAS dalam PKR megatakan penubuhan PH adalah tergesa-gesa apakah PKR tidak ada otak untuk berfikir putus saja dengan PAS baru kita dapat lihat bagaimana tindak balas PAS pada PH jika tidak kita tunggu dan lihat PKR juga akan hancur seperti PR dan ini akan bertambah gembiralah Hadi tolol yang menjadi penyebab terkuburnya PR dan sealiknya menyalahkan DAP aku bukan penyokong mana-mana parti tapi aku sokong gabungan pembangkang sama ada PR atau PH yang baru tubuh itu tapi jika beginilah keadaan aku juga sudah putus harap untuk PH dapat majority dalam PRU14 nanti.

Anonymous said...

Saya pun tak faham dengan penyokong PAS dari pemimpin sampai ke ahli tidak bermuhasabah diri untuk mencari dimana silapnya yang menyebabkan perpecahan berlaku. Mereka lebih suka memilih jalan senang untuk menutup kelemahan diri masing-masing dengan meletakkan kesalahan kepada DAP, sedangkan DAP itu adalah sebuah organisasi sama dengan PAS. Kalau PAS tidak mampu menegakkan Hudud di Malaysia, DAP juga tidak mampu menentang hudud kena kedua-duanya mempunyai jumlah kerusi yang sedikit di Parlimen

Anonymous said...

Itu kesimpulan yang paling tepat.. daripada pig sana sini, pas sana sini..daripada masing masing nak tegak hujah....

Anonymous said...

menfitnah dan menghina ulama?

Dap tu partai politik bukan agama. itu pun Hadi gagal.

suruh Hadi berhujah dengan paderi, amacam?

lebih baik jangan.

hanya menunjukkan kebodohan saja..
hanya memalukan saja...

setakat masuk gereja bersalam dengan paderi, ambil gambar boleh la!

keluar muka depan akhbar pas di buli dap
memalukan!!
siapa yang fitnah dan hina ulama?

"Parti Islam dengan tegas mahu melaksanakan hukum Allah di negara"
setakat tegas apa bikin? politik saja.
sembang kedai kopi boleh la.

suruh hadi menghadap sultan.
kasi settle down ini barang, amacam?

Anonymous said...

Patut DAP perangai serupa kominis.. parti yg tkde agama rupanya.. mmg patut la kena tentang habis-habisan.. sori yer anon diatas.. org yg tk bernaung dgn agama serupa binatang yg melata didunia ni.. huhuhu

Anonymous said...

Macai2 ni kuat kutuk dap dan amanah. Nk tanya khir toyo tu dap kah? Dah kena penjara krn rasuah. Bila guan eng akan dipenjara krn rasuah? Takdak kan. Makna dia baiklah. Najib pulak hari2 mahathir tuduh terima rasuah derma drp tok arab. Haha

Anonymous said...

Binatang lebih mulia drp paschai bertopeng agama. Ulamak dah putus dgn dap. Tapi pas selangor masih pakat dgn dap. Pelik. Nk muntah aku. Exco pas selangor letak jawatanlah. Malu parti islam chai. Hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails