Saturday, June 03, 2017

Kasino Diserang 36 Maut. Tempat Maksiat Bukan Tempat Aman..


 AP - ASAP tebal dari kompleks Resort World Manila yang terbakar dalam kejadian serangan lelaki bersenjata di Pasay, Manila semalam.
MANILA – Sebanyak 36 mayat ditemui di dalam sebuah kasino di ibu negara Filipina semalam selepas seorang lelaki bertopeng memecah masuk, melepaskan tembakan dan membakar bangunan tersebut.
Kejadian itu sekali gus mencetuskan kebimbangan serangan pengganas, kata polis yang kemudian menafikan kaitan dengan militan di selatan Filipina. 
“Sebanyak 54 orang cedera apabila mereka saling merempuh untuk keluar dari Resort World Manila yang terletak bertentangan lapangan terbang antarabangsa Filipina, selepas seorang lelaki bersenjata senapang M4 masuk ke bilik perjudian pada waktu tengah malam,” kata Ketua Polis, Ronald Dela Rosa.
Katanya, mayat lelaki bersenjata itu kemudian ditemui di dalam sebuah bilik hotel bersebelahan kompleks kasino tersebut kira-kira lima jam selepas kejadian.
Tambahnya, lelaki itu hanya melepaskan tembakan ke arah skrin televisyen dan tidak menyasarkan kepada sesiapa. Polis percaya 36 mayat yang ditemui di dalam kasino itu mati akibat terhidu asap tebal.
“Kesemua 36 mangsa terkorban disebabkan lemas,” kata Ketua Polis Manila, Oscar Albayalde kepada CNN Filipina.
Menurut Dela Rosa, lelaki bersenjata itu pada mulanya hilang di tengah-tengah asap tebal dan keluar bersama pengunjung yang melarikan diri.
“Dia terbaring di atas katil dalam keadaan berselimut tebal dan dipercayai mencurahkan minyak sebelum membakar dirinya,” kata Dela Rosa.
Beliau menegaskan, insiden itu seperti satu kesilapan rompakan dengan mengatakan lelaki itu tidak menembak sesiapa dan hanya mencuri cip perjudian.
“Buat masa sekarang, kami boleh katakan ini bukan tindakan pengganas. Tiada sebarang elemen keganasan, ancaman atau ugutan yang membawa kepada serangan pengganas,” katanya.
Lelaki itu melarikan cip perjudian bernilai 113 juta peso (RM9.7 juta).
“Ia merupakan satu rompakan dan dilakukan oleh seorang individu yang gila,” katanya kepada pemberita di luar kasino. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semakin jelas, tempat maksiat seperti kasino, kelab malam, bukan lagi tempat hiburan dan mencari ketenangan.. Tetapi adalah tempat yang merbahaya dan menjadi punca pembawa kerosakan kepada masyarakat 
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails